BSKD 1

Romance Series 30336

KELAS mulai penuh dengan kehadiran beberapa orang lagi bakal pelatih. Hanya tinggal tempat di bahagian hadapan yang masih kosong. Memang kebiasaan, tempat di depan hanyalah untuk orang yang lewat ataupun lebih tepat dibiarkan kosong sahaja. Siapa suka duduk di depan? Tempat favorite budak nerd biasanya. Heh!

Kalau begitu, nampaknya ahli kelasnya bukan di dalam kategori nerd. Masing-masing memonopoli tempat di ruang tengah dan belakang sahaja. Suasana agak riuh sedangkan masing-masing yang telah lama berada di dalam kelas sibuk bersembang. Sesekali mereka menoleh ke pintu utama, menunggu siapalah yang akan mengendalikan kelas mereka sebentar lagi.

Ada juga yang hanya mendiamkan diri, mungkin kerana ini adalah hari pertama bagi mereka. Belum cukup kenal dengan pelatih yang lain.

Buku latihan yang berada di depan mata ditarik lagi. Setiap meja disediakan satu buku masing-masing. Buku yang mengandungi isi pembelajaran sepanjang tempoh latihan mereka selama dua bulan lebih. Helaian dibelek pantas, meneliti apakah yang akan dipelajari sebentar lagi walaupun itu entah yang ke berapa kali dia mengulangi perkara yang sama. Jam ditangan menunjukkan jam 9.15 pagi. Pengajar kumpulan mereka masih belum menunjukkan wajah. Iman bangun dari tempat duduknya, botol air dicapai. Terlupa pula untuk mengisi air sebelum masuk ke kelas tadi.

“Kau nak pergi mana…?” soal Aliza, kawan yang baru dikenalinya hari ini. Kebetulan mereka duduk bersebelahan dan ramah pula Aliza bertegur sapa dengannya tadi. Eloklah juga, kalau tidak dia akan termanggu sendirian.

"Ni..." balas Iman pendek. Botol air diangkat sedikit, menunjukkan botolnya yang kosong.

Aliza mengangguk.

Iman melintasi beberapa kelas sebelum sampai ke pantry, kelas lain sudah pun memulakan pembelajaran mereka bersama pengajar masing-masing. Cuma kelasnya sahaja masih belum ada pengajar yang masuk. Wujud kah pengajar itu pada hari ini..?

Iman tetap melangkah ke pantry. Selesai mengisi air, dia sengaja melambatkan waktu sedangkan pengajar kelasnya masih belum muncul. Iman bertenggek di tepi cermin, matanya memandang lalu-lintas yang agak sibuk. Terhibur pula terasa melihat kereta silih berganti. Berhenti menunggu lampu isyarat merah dan bergerak apabila lampu bertukar kepada warna hijau.

Pernah tak terfikir? Kenapa lampu isyarat menggunakan warna merah, hijau dan kuning? Sedangkan warna asas merupakan merah, kuning dan biru. Kenapa tidak digantikan warna hijau tu dengan warna biru..?

Ha..Ha.. Bibir Iman mengorak senyuman. Kalau nak tahu, boleh gunakan cik go girl ya. Mesti akan jumpa jawapannya.

Agak-agak sudah lama masa yang dibazirkannya, dia kembali semula ke kelas. Langkah Iman mula perlahan apabila kelasnya sudah senyap sunyi. Tiada lagi hingar bingar seperti sebelumnya. Iman perasan ada seorang lelaki berdiri di bahagian hadapan. Pakaiannya tidak menunjukkan dia pelatih baru seperti kami. Mungkin itulah pengajar yang akan mengajar kelas mereka.?

Alamak!

Iman menolak pintu kaca kelas perlahan dan ketika itu percakapan pengajar tersebut terhenti.

Iman senyum tipis dan segera menghampiri tempatnya. Mujur paling belakang, dan itulah tempat terbaik untuknya ketika mana-mana kelas pun. Masa belajar dulu pun sama. Bukan Iman lah cerita dia kalau tetiba volunteer pilih tempat duduk depan sekali.. Hi..Hi..

“Kau keluar sekejap sahaja trainer masuk..” bisik Aliza perlahan.

“Ye ke..?” Iman gigit bibir, dia pula bukan main sibuk duk menengok pemandangan di pantry tadi. Siap berteka-teki lagi. Tak pasal-pasal.

Iman angkat muka, beberapa pelatih lain turut memandang ke arahnya termasuklah lelaki yang sedang berdiri di ruang tengah kelas. Ya... Pengajar kelas dia lah. Siapa lagi. Iman kembali menunduk. Tuhan.. Bantulah hambamu. Dia tidak mahu mencari masalah dihari pertama latihannya. Sudah cukup dia menafsirkan pandangan tajam daripada lelaki itu ketika pandangan mereka bertembung tadi..

“Excuse me..!” suaranya yang agak kuat menaikkan lagi darah Iman.

Dia panggil aku ke..? Iman masih mahu berteka-teki walaupun dia sedar. Something will happen to her..

Iman tidak berani mengangkat muka lagi sekali. Tidak mampu. Moga perjalanan hari ini dipermudahkan. Itulah doanya dalam hati.

Aliza tiba-tiba menyiku lengannya.

Iman angkat muka perlahan-lahan. Urggghhh.. Dia nampak kelibat seseorang di hadapan mejanya.

Sudah..!

"Look at me when I'm talking to you..." Tegur pengajar tersebut, sekali pakej dengan ketukan marker pen di mejanya. Keras bunyi ketukan itu.

Iman mengetap bibir. Seram sejuk dirasakan. Kedua belah tangannya digengam erat. Mencari sedikit kekuatan untuk menjawab soalan pengajar tersebut.

Apabila pandangan mereka bersatu, tusukan tajam penuh amaran dirasakannya.

“Awak lambat..! Sila penuhkan meja depan… Kenapa hendak menyorok di belakang.?” ujar pengajar tadi dengan tegas.

Iman menarik nafas panjang sebelum menjawab. “Saya.. Sebenarnya.. Saya dah sampai awal. Tadi saya keluar sekejap ke pantry. Isi air..” balas Iman sambil menunjukkan botol yang telah pernuh berisi air. Berharap sangat alasannya diterima.

Mendengar jawapan Iman, lelaki tadi menayangkan senyum senget seperti memperlekehkan alasan yang langsung tidak munasabah itu.

Eh!

Cara senyum tu..

Macam…

“Saya bagi awak masa selama SATU minit. Pindah ke depan. Kalau tak, satu kelas saya denda..” ujar pengajar tadi. Jelas dan padat. Satu kelas mendengar ugutannya.

Huh?

Kereknya..

Sumpah Iman dalam hati. Bukannya dia bersalah sangat pun. Setakat masuk lewat sedikit sahaja. Eh, dia pun lagi lewat masuk ke kelas tahu..! Kalau tak kerana lelaki itu yang masuk lambat tadi, tidaknya dia ke pantry. Mesti sekarang mereka belajar dengan tenang.

Iman memilih untuk membekukan diri. Lagipun, malu kot kena sergah depan orang ramai macam ni. Macam budak-budak tadika pula.

“30 second..!” suaranya kedengaran lagi.

Iman sendiri tersentak apabila mendengar suara lantang lelaki itu walaupun kelibat lelaki itu sudah pun bergerak ke ruang hadapan kelas.. Ingat sudah habis. Nafasnya dihela berat apabila suara-suara pelatih lain juga bising menyuruhnya ke depan.

Berat macam ni..!

“Pindahlah ke depan, takkan nak biarkan kami kena denda..” ujar seorang pelatih di meja barisan depannya.

Wajah pelatih itu dipandang simpati. Dia faham. Namun..

“15 second..!”

“Kau pergi lah dulu Iman, esok baru duduk sini balik..” Aliza pula menambah. Nampak gaya macam isu ini takkan selesai selagi Iman tidak berganjak.

Iman mula tidak senang duduk, beg sandang miliknya dipegang kemas. Nampaknya tiada harapan untuk dia terus berkeras.

“5 second…!”

Iman terus bangun dan bergerak ke meja depan. Dia tidak mahu kerananya, satu kelas didenda. Tak pasal-pasal menambah senarai musuh daripada kawan. Di hari pertama pula tu.

Meja paling hujung dipilih walaupun dia sedar mata pengajar tadi tidak lepas dari melihat pergerakkannya. Rasanya macam dia tengah catwalk sebab bukan pengajar itu sahaja, pelatih yang lain pun sama.

“Sini..!”

Iman kerling dan memang mata lelaki itu masih bertapak pada wajahnya.

''Siniiiii...." ulang pengajar sambil menepuk meja yang menjadi tempat duduk dia sekarang.

Iman memandang dengan kerutan tidak puas hati. Dia ni betul ke tidak.? Takkan nak duduk dekat meja yang sama dengan meja yang menjadi tempat duduknya. Gila ke apa…?

“Awak nak kawan-kawan awak kena denda ke…?” ugut pengajar itu lagi.

Itu sahajalah modalnya. Geram betul aku dengan dia ni. Mujurlah cikgu. Kita datang ni hendak menimba ilmu. Aiisyyyhhhhh...

Iman akhirnya mengalah. Kerusi ditarik sedikit kasar, tanda protes dalam diam. Kerusi ditarik menjauhi meja asal. Kalau dia duduk juga, ada lah nanti anggota badannya yang akan terlanggar peha pengajar tu. Kang tak pasal-pasal dia pula kena caj sexual harassment.

Haru jugalah hidup dia nanti.

Iman merungut di dalam hati.

Sibuk suruh orang duduk dekat situ, dia pula sibuk duduk bertenggek dekat meja tu kenapa, tiada kerusi nak duduk ke..?

Hurrmmmmm...

Macam cannot brain.

Senyum senget terbias di bibirnya apabila melihat muka kelat pelatihnya. Setelah Iman duduk, dia pula yang bangun.

“Saya dah explain rule sepanjang tempoh training kita dekat kawan-kawan awak tadi. Jadi saya takkan ulang. So.. your first task. Cari apa rules yang saya senaraikan. Esok saya nak awak bacakan dalam kelas semula supaya kawan-kawan awak tak lupa."

Iman ketap bibir. Sah, memang task untuk dia. Tidak perlu ditanya lagi. Apalah nasib, hari pertama pun dah jadi macam ni. Entah bagaimanalah hari-hari mendatang.

Mendengar arahan pengajar, pelatih yang lain semua turut terdiam. Apalah nasib mereka mendapat tenaga pengajar garang dan hurrrmmmmm... Kerek..!

“Are you listen…?” meja Iman diketuk lagi apabila melihat pelatih itu hanya tunduk memandang ke bawah.

“Ya..” jawab Iman pendek. Malas hendak bersoal jawab. Dia akan dapat pengecualian ke? Kalau ya boleh lah cuba, tetapi rasanya tidak akan berlaku.

“Okey good.. okey class. Saya akan continue the whole objektif training dengan sedikit pengenalan hari ini. Buka buku yang ada depan mata awak semua.” Suara pengajar bergema di dalam kelas. Semua patuh dengan arahan yang dikeluarkan. Situasi yang terjadi pada awal tadi betul-betul mengubah keadaan kelas mereka.

Syazrul Zhafrul bin Zhafran /

“Nama saya seperti tertera di papan putih depan. Nombor phone saya boleh simpan, sila jangan text saya secara pukal. Saya tak nak layan. So pandai-pandai awak pilih siapa nak jadi ketua.” Sambung Syazrul. “By….5PM, saya nak seorang mesej saya, dan dialah orang yang saya akan update apa-apa berkaitan dengan kelas. Kalau ada sesiapa yang tertinggal info yang saya sampaikan, orang tu yang akan bertanggungjawab.”

Masing-masing hanya mengangguk. Siapa yang akan jadi mangsa nanti, bersiap sedialah.

Iman hanya mendiamkan diri sehinggalah kelas berhenti rehat pada waktu tengahari. Muka pun dia tidak berani hendak angkat, lenguh kepala apabila terpaksa memandang buku nota di depan mata. Lagipun dia tidak mahu memandang wajah Syazrul semasa kelas berlangsung.

Kelas petang pula dibatalkan kerana Syazrul ada hal dan kelas akan bersambung pada esok hari.

Sebelum Syazrul keluar kelas, dia menyampaikan satu amanat yang amat menyakitkan dan menyeksakan jiwa.

“By the way. This is your fixed place. Dont move, if you dare, you will know the consequences..” selesai memberi amanat, Syazrul terus keluar kelas. Yang lain turut terkejut.

Iman terasa seperti mahu menangis. Dahlah sepanjang kelas, perhatiannya berterbangan merata-rata. Ini macam kena gam pula dengan Syazrul.

“Sabarlah…” kata pelatih-pelatih yang berdekatan.

“Nah. Rules yang Encik Syazrul beritahu tadi. Mujur aku ada tulis..” buku dihulur kepada Iman.

Iman mengambil buku nota yang dihulur dan tersenyum.

“Thanks.. Saya pinjam ya. Saya Iman..”

Auni senyum. “Saya Auni..”

Really slow update . Saya cuba dapatkan balik momentum dan rewrite sikit2 each chapter... Enjoy ya u allsss...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience