Completed
11728
BAB 14
Umairah mengambil MC pada hari isnin itu. Dia nak juga ke sekolah tapi Nafisah melarang.
"Kalau diorang tanya kenapa muka kau macam tu? Nak cakap ape? Kena cakar ayam, begitu?"
Sindir Nafisah. Memanglah Umairah ni, degil tak bertempat. Sabar jelah.
Akhirnya Umairah mengalah juga. Terpaksalah dia terperap di dalam rumah tu. Dia melihat mukanya di cermin meja solek. Luka di mukanya sebenarnya sudah beransur pulih, cuma ada sedikit lagi bekas cakaran. Manakala sakit di punggungnya pula sudah sembuh.
Umairah tak sangka yang dia akan diserang sampai begitu. Itulah pengalaman tragis dia yang pertama.
Tiba-tiba dia terpandang patung arnab yang diberi oleh Akif di atas katil. Terus dia teringat mamat tu. Mahu saja dia buang patung tu tapi tak sanggup. Kalau sudah fanatik patung, memang taklah jawabnya kan.
Saat itu juga telefonnya berbunyi.
Whatsapp message from Akif.
"Akif?"
Panjang umur. Getusnya.
"Apa pula yang dia mahu kali ini?"
Rungut Umairah tapi dibuka juga mesej itu.
Akif - Assalammualaikum awak.. ;) Apa khabar? Sihat? Muka awak macam mana? Dah okey? Kalau tak, kita pergi klinik minta ubat yang berkesan sikit.. :)
"Mak ai, satu-satulah soalan tu. Ini tak."
Umairah menggeleng. Dia malas nak balas sebenarnya, tetapi rasa bersalah pula buat Akif tertanya-tanya. Nanti kang, dia datang sini. Lagi susah.
Umairah - Waalaikumsalam. .
- Alhamdulillah, sihat je ni.
- Dah okey pun.
- Tak payahlah pergi.
Hah, ini lagi seorang. Hantar Whatsapp message bukan satu kali tapi satu-satu. Heheh.
Akif - Alhamdulillah, baguslah kalau begitu. Lega hati saya. . ;) Saya harap awak sentiasa sihat kat sana . . ;D Hurm, kalau ada apa-apa bagitahu saya ye. . ;-*
Entah kenapa Umairah sakit hati tiba-tiba dengan ayat Akif itu. Dia tidak membalas mesej Akif.
"Saya harap awak sentiasa sihat kat sana."
Ya, itulah ayat yang sama Akif cakap dengan dia. Ayat 7 tahun lalu yang sentiasa Akif cakap dengan Umairah jika Akif memulakan chat dengannya.
"Ya Allah, kenapa aku masih ingat semua ini?"
Umairah mengeluh. Dia sakit hati untuk mengingati semua itu. Memang perempuan mudah memaafkan tetapi kenangan yang pernah ada takkan dapat dilupakan.
Perasaan itulah yang Umairah rasa sekarang. Dia ingin memaafkan lelaki itu, tapi tidak mudah. Banyak kenangan tentang lelaki itu yang datang kembali dalam fikirannya.
Umairah buntu. Dia bingung. Lelaki itu sudah menjadi suaminya. Dia teringatkan tanggungjawabnya terhadap Akif. Dia ingin terus membenci lelaki itu tapi dia takut dosa.
"Ya Allah, kau ampunilah aku. Aku hanya hambaMu yang lemah. Bantulah hambaMu ini, ya Allah. Aku serahkan semuanya kepadaMu, ya Allah."
Doa Umairah. Dia termenung seketika. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Wah, inilah kot syarikat ayah?"
Ujar Umairah. Dia sudah berada di depan bangunan syarikat AK's holding. Dia melihat kembali alamat yang Encik Ashraf berikan. Setelah memastikan tempat itu betul, barulah dia masuk ke dalam syarikat itu.
"Wei, Akil. Tengok, awek cun. Comel gile."
Kata Umar, salah satu pekerja di syarikat itu. Dia menyiku Akil yang sedang memandang laptop. Matanya terus ke arah perempuan yang ditunjuk Umar.
"Yalah, lawa siot. Siapa tu? Tak pernah nampak pun."
Tanya Akil lagi. Manis sungguh perempuan itu.
"Tak tahu pula. Mungkin, bidadari dari langit untuk aku, hahah."
Seloroh Umar. Matanya tidak lepas melihat Umairah. Memang sesuai dijadikan isteri. Heheh.
"Okey juga ke penampilan aku ni?"
Getusnya. Dia membelek dirinya di depan cermin bilik mesyuarat syarikat itu sambil mengemaskan baju kurungnya. Tudungnya dirapi juga. Umairah tidak perasan yang dia menjadi bahan tontonan Umar dan Akil.
"Aku tegur dia dululah, mana tahu dia perlukan bantuan."
Ujar Umar. Dia tersenyum nakal.
Belum sempat dia ingin meluru ke arah Umairah, Akif menegur.
"Ehem, korang buat kerja ni dulu. Aku nak jumpa tunang aku tu."
Tekan Akif. Sengaja dia menyebut 'tunang', biar diorang tahu yang Umairah sudah berpunya. Sebenarnya dia mendengar perbualan Umar dan Akil tadi. Panas telinganya mendengar isterinya dipuji.
"Yelah, isterinya dipuji depan-depan oleh lelaki lain. Apa hati ni tak membara. Sudahlah ada hati nak ambil bidadari orang."
Dengusnya. Dia sabar saja mendengar kata-kata mereka tadi. Tapi dia hairan,macam mana Umairah boleh sampai ke sini. Takkan nak jumpa Akif? Itu tak masuk akallah. Kali terakhir mereka contact pun minggu lalu semasa dia tanya macam mana keadaan Sakinah.
"Hah? Tu, tunang kau ke tu?"
Gagap Umar. Tak sangka pula perempuan yang mereka puji tadi tu tunang Akif.
Akil pula hanya menelan air liur apabila melihat reaksi Akif yang mungkin panas sebab kata-kata Umar tadi.
Akif tidak menjawab soalan Umar malah terus menuju ke arah Umairah.
"Akif sudah bertunang ke?"
Tanya Umar lagi. Tidak puas hati.
"Tak tahulah aku weh. Sudah, sambung kerja. Kalau dia datang sini kejap lagi, kerja masih tak bergerak-gerak. Nahas kita. Dahlah tadi dia panas kita puji tunangnya."
Omel Akil. Umar diam saja. Masih tertanya-tanya sebenarnya.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Umairah terkejut apabila ada orang keluar dari bilik itu. Dia baru saja siap membelek penampilannya tadi. Dia melihat orang yang keluar dari bilik itu.
"Akif."
Kata Umairah perlahan. Tiba-tiba dia rasa malu yang teramat. Mukanya sudah mulai merah.
"Ya Allah, dia kat dalam ke tadi? Mesti ada orang lain lagi kat dalam tu kan? Arghhh, malunya. Tapi dia buat apa kat sini? Ya Allah."
Getusnya. Dia menggigit bibirnya. Kalau boleh dia nak beredar terus dari situ.
Belum sempat dia berjalan laju, Akif berdiri di depannya.
Akif cuba menahan gelak. Dia tahu Sakinah pasti malu setelah mengetahui ada orang di bilik itu.
"Lain kali, jangan sembarangan nak bercermin. Kan sudah malu sendiri."
Akif mengenakan Sakinah. Bertambah merah pula muka isterinya itu.
"Awak buat apa kat sini?"
Tanya Umairah. Dia menjeling tajam ke arah Akif. Saja ingin membuang rasa malunya.
"Huhh, dah saya kerja kat sini. Awak pula, buat apa kat sini? Rindu saya ke?"
Gurau Akif. Dia mengangkat-angkat kening kanannya.
"Hish, buat apa nak rindu kat awak? Mengade. Ayah nak jumpa sayalah."
Jawabnya cepat-cepat. Perasan pula nanti mamat poyo ni. Dia mencebik.
"Oh, jadi dia kerja kat sini? Hurm, baru tahu. Yelah, sudah syarikat ayahnya kan."
Umairah bermonolog.
"Ye ke? Okeylah, saya gurau je. Hurm, kalau macam tu lebih baik awak ikut saya. Saya bawa awak kat bilik ayah. Nak?"
Cadang Akif. Muka isterinya sudah cemberut.
"Kenapa comel sangat isteri aku ni? Buat muka macam tu pun boleh buat aku cair jadinya."
Akif mengeluh. Memang sah, mamat ni sudah jatuh cinta dengan isterinya. Semuanya dipuji.Alahai.
"Huh? Hurm, Okey."
Umairah mengikut saja cadangan Akif.
"Good, follow me."
Akif memberikan senyuman manis kepada Sakinah. Dia menunduk hormat lalu memberi ruang kepada Sakinah untuk berjalan beriringan dengannya. Lagaknya sudah seperti lelaki gentlemen.
"Poyo."
Sempat Umairah mengutuk. Menyampah pun ada.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Akif dan Umairah sudah berada di depan bilik Encik Ashraf. Baru saja Akif ingin memulas tombol pintu, ada orang terlebih dahulu membukanya dari dalam.
Tersembul muka Hakimi.
Umairah yang saat itu leka melihat keadaan syarikat Encik Ashraf terus terpandang Hakimi.
"Fateh Hakimi."
Getusnya dalam hati. Dia terkedu. Sungguh dia tidak duga akan berjumpa dengan lelaki itu. Mata mereka bertatapan seketika.
Akif yang perasan akan reaksi mereka berdua terus berdehem. Akif tidak senang hati melihat mereka berdua berpandangan. Akif terus memegang tangan Sakinah.
Reaksi spontan Akif itu membuatkan Umairah tersentak.
"Kenapa pula dengan dia ni?"
Umairah membulatkan matanya dan sedaya upaya melepaskan genggaman Akif namun tidak berjaya. Genggaman Akif kemas di jemarinya.
"Ayah saya ada kat dalam?"
Hakimi hanya melihat perbuatan Akif terhadap Umairah. Dia mengerutkan kening.
"Apa hubungan mereka berdua?"
Ujar Hakimi dalam hati. Dia tidak sangka akan berjumpa lagi dengan Umairah. Perempuan yang dia tinggalkan suatu ketika dahulu.
"Oh, ada. Masuklah."
Hakimi memberikan senyuman buat mereka berdua. Dia ingin menegur Umairah tetapi dia rasa janggal pula.
"Okey, thank you."
Akif mengangguk dan terus masuk ke dalam sambil masih memegang erat tangan isterinya.
Umairah akhirnya menurut saja. Dia hanya menunduk ke arah Hakimi apabila mereka berselisih.
"Masih tak berubah."
Sempat Hakimi berpaling ke arah Umairah yang sudah masuk ke dalam bilik Encik Ashraf. Banyak persoalan yang kini timbul di fikirannya mengenai Umairah.
Share this novel