Bab 29

Romance Completed 11728

BAB 29

Akif membuka matanya perlahan-lahan. Dia nampak keadaan di sekelilingnya putih. Pandangannya masih kabur. Dia juga perasan siling yang dipandangya saat ini putih.

Kepalanya berat sedikit. Ada balutan kemas dikepalanya. Dia memegang kepalanya. Dia ingin bangun tapi perlakuannya terhenti apabila tangan kirinya seperti dipegang erat.

Akif menoleh ke arah figura yang sedang duduk disebelahnya.

"Sakinah."

Panggilnya perlahan. Rupa-rupanya Sakinah setia menunggunya sedar sehingga tertidur di sisinya.

Dia mengingat kembali kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Kalau bukan sebab sikapnya dulu yang kasanova, kejadian ini takkan berlaku.

Dia mengeluh kesal. Dia teringat kata-kata ayahnya dulu,

"Jangan main-mainkan perasaan perempuan Akif. Hati perempuan ni lembut."

"Nanti tak pasal-pasal ramai yang serang Akif sebab main-mainkan perasaan mereka. Jangan cari padah Akif."

Nasihat ayahnya dulu seperti telah memakan dirinya sendiri. Dia menyesal. Dia berdosa. Tidak tahu berapa ramai hati perempuan yang telah dia mainkan dulu.

"Ya Allah, ampunilah hambaMu ini kerana memainkan hati perempuan selama ini. Hamba sangat berdosa, ya Allah."

Doa Akif. Khilaf.

Akif teringatkan Diana. Dia tidak tahu macam mana keadaan Diana sekarang.

Dia kini memandang Sakinah. Lama dia memandang seraut wajah tenang itu. Mata Sakinah agak sembab dan bengkak, mungkin terlalu banyak menangis.

"Maafkan abang, sayang."

Kata Akif perlahan. Tiba-tiba dia sebak. Dia mengusap kepala Sakinah.

Waktu itu juga Umairah terjaga. Dia mengusap matanya dan perasan ada orang membelai kepalanya.

"Abang."

Umairah nyata terkejut kerana Akif sudah sedar.

"Alhamdulillah, abang dah sedar. Abang tak apa-apa? Nanti Mairah panggil doktor sekejap."

Ujar Umairah tersenyum gembira. Dia bersyukur kerana Akif sudah sedar. Akif tidak sedarkan diri selama satu hari ini. Akif kehilangan banyak darah tapi keadaannya tidak berapa teruk.

Belum sempat Umairah berdiri, tangannya dipegang oleh Akif.

"Sayang."

Panggil Akif. Dia memandang isterinya dengan pandangan yang redup sambil tersenyum.

"Terima kasih sebab terima abang kembali. Terima kasih sebab masih mengizinkan abang menyayangi dan mencintai sayang. Terima kasih atas segala-galanya sayang. Maafkan juga kesalahan abang selama ini. Abang janji, abang akan menjadi pemilik cinta sayang yang terakhir kerana cinta ini selalu untuk Sakinah Nur Umairah."

Tutur Akif ikhlas. Dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan kembali dirinya dengan Sakinah.

Umairah yang mendengar ucapan Akif tadi terus mengalirkan air mata. Dia terus meluru ke arah Akif dan memeluknya erat.

Dia sudah menangis teresak-esak.

"Abang, Mairah dah lama maafkan abang. Mairah juga banya berdosa dengan abang, maafkan Mairah bang. Mairah bersyukur sangat kerana Allah telah datangkan kembali kasih dan cinta Mairah untuk abang. Terima kasih juga sebab telah bukakan hati Mairah untuk menyayangi dan mencintai abang setulus hati. Abanglah pelengkap hidup Mairah."

Jelas Umairah. Dia ingin melupakan segala kenangan pahit yang pernah dia lalui. Dia tahu itulah hikmahnya. Allah telah mengajarnya rasa erti sabar dan kuat.

Jika dia ingin mengelak sekalipun, tapi jika Allah sudah kata 'Kun Fayakun', maka akan terjadilah juga. Semua itu kuasa Allah S.W.T.

Akif mengucup ubun-ubun Sakinah.

Umairah hanya tersenyum manis.

Mereka pun berpelukan erat.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Hari ini merupakan hari terakhir Akif di hospital. Dia akan 'check out' dari hospital itu.

Umairah membantu Akif. Encik Ashraf dan Puan Salsabyla sudah menunggu di kereta.

Abah dan umi Umairah juga ada melawat Akif kelmarin tapi mereka terpaksa sekejap sahaja kerana ada kerja yang hendak diselesaikan.

"Sayang ambil cuti emergency ke?"

Tanya Akif. Mereka sudah berada di dalam kereta. Dia menoleh ke arah Sakinah yang duduk disisinya.

"Ha'ah. Kenapa bang?"

Umairah memandang Akif pula.

"Oh, tanya je. Maaflah sebab abang susahkan sayang beberapa hari ni."

"Ish, takdelah. Dah tanggungjawab Mairah, tak susah pun. Sepatutnya Mairah yang duduk kat hospital, bukan abang."

Kata Umairah perlahan. Dia menggenggam erat tangan Akif. Dia sudah menyandarkan kepalanya di bahu Akif.

'Kalau bukan Akif yang selamatkan dia dulu, mesti Akif tidak masuk hospital.'

"Hah, cakap apa tu? Merepek erk?

Ujar Akif. Dia sudah mengerutkan dahinya.

"Tapi betullah. Abang yang terpaksa di tahan kat hospital tu. Sepatutnya biar Mairah je yang kena langgar, nasib baik abang tak apa-apa juga."

Omel Umairah.

Akif yang mendengar omelan Sakinah itu terus memegang dagu isterinya. Geram pula dengan kata-kata isterinya itu.

"Sayang, pandang abang."

"Jangan cakap macam tu lagi tau, abang tak suka. Semua ini sudah terjadi, jangan nak merapu cakap yang bukan-bukan. Yang lepas tu, biarkan lepas. Kita lupakan yang lalu. Semua ini pasti ada hikmah. Yang penting sekarang, kita mulakan hidup baru. Faham?"

Pinta Akif. Matanya membulat. Dia tidak mahu lagi mengungkit perkara yang lama. Dia mahu mulakan buku baru bersama Sakinah.

"Ya, faham. Maafkan Mairah."

Umairah rasa bersalah pula. Dia tunduk memandang tangan mereka berdua yang sedang berpegangan. Dia bermain dengan tangan Akif.

Akif mencebik.

"Hah, faham pun. Nak abang sengsara sorang-soranglah tu kalau dia yang..."

Belum sempat Akif menghabiskan kata-katanya, Sakinah meletakkan jari telunjuknya di bibir Akif.

"Tadi kata nak lupakan yang lalu? Ni mengomel lagi apasal?"

Umairah menjuihkan bibirnya sambil menjeling ke arah Akif. Dia terus menggigit bibirnya.

'Kata jangan cakap merapu, dia pula merapu."

Akif tersenyum sengih. Dia terus mengucup jari telunjuk Sakinah dan menoleh ke arah isterinya.

"Okay sayang, maafkan abang. Lupakan apa yang abang cakap tadi. Heee."

Akif terus mengenyitkan matanya kepada Sakinah.

Umairah terkebil-kebil pula. Tidak sangka pula Akif mencium jari telunjuknya.

'Dan mata itu. Ya Allah, cair aku weh. Dah lama tak nampak penangan mata dia.'

Mukanya sudah mula merona merah. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

'Alahai takkan masih malu pula isteri aku ni.'

Bisik Akif. Dia hanya menahan gelak.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Abang, nak bawa Mairah kat mana ni? Dahlah orang tak nampak."

Tanya Sakinah. Matanya ditutup oleh kain yang diikat di kepalanya oleh Akif.

"Kejaplah sayang. Dah nak sampai ni."

Jawab Akif. Dia hanya tergelak melihat isterinya yang tidak sabar untuk melihat dunia lagi.

"Hah, dah sampai pun."

Beritahu Akif. Dia sudah membuka tali pinggang kereta.

"Dah sampai? Mairah dah boleh bukalah ni?"

Umairah yang baru saja ingin membuka ikatan di kepalanya dihalang oleh Akif.

"Eh, kejap. Sabarlah. Biar abang buka."

Jawab Akif pantas. Dia sudah keluar dari kereta.

"Yelah, yelah."

Umairah hanya menjuihkan bibirnya.

'Entah kat manalah suami aku bawa aku ni."

"Okay, sekarang pegang tangan abang ni. Ikut je dimana abang bawa tau."

Pinta Akif. Dia sudah memegang kedua-dua tangan Sakinah.

Umairah hanya mengangguk. Diikut juga gerak suaminya.

"Alright dah sampai. Abang nak buka dah kain ni. Sedia tau."

Kata Akif. Dia tersenyum sambil itu tangannya sedia untuk melepaskan ikatan.

"Okay."

Umairah teruja tapi perasaan gementar pun ada tiba-tiba.

Akif melepaskan ikatan.

Umairah pula perlahan-lahan membuka matanya.

Saat itu juga matanya membulat. Dia terlopong apa yang dilihatnya sekarang.

"Ap, apa ni bang?"

Gugup Umairah. Ada sebuah banglo tersergam indah di depan mereka. Cantik.

"Mulai hari ini, kita akan tinggal di sini. Rumah ni, abang hadiahkan untuk isteri abang yang tersayang."

Beritahu Akif. Dia menggenggam kedua tangan Sakinah.

"Betul ke bang?"

Umairah rasa terharu. Dia ingin menangis pula.

"Betullah, untuk isteri abang satu-satunya. Suka tak?"

Akif meyakinkan Sakinah. Sudah lama dia membeli banglo itu, cuma waktu belum mengizinkan dia untuk memberitahu isterinya.

"Suka, suka sangat. Tapi ibu dan ayah tahu ke pasal ni?"

Tanya Umairah. Dia suka sangat dengan pemberian suaminya itu. Tidak sangka pula dia akan memiliki rumah seperti itu.

"Tahu, jangan risau. Abang dah bagitahu dorang. Okay?"

Akif memaut bahu Sakinah. Dia memberikan senyuman kepada isterinya.

"Oh. Hurm. Terima kasih ya bang, Mairah tak tahu nak balas apa dengan abang. Mairah suka sangat dengan rumah ni."

Umairah rasa bersalah pula. Dia belum pernah menghadiahkan Akif apa-apa.

"Sama-sama sayang. Alah, jangan risaulah. Abang memang ikhlas nak bagi sayang. Abang cuma nak satu je hadiah dari sayang."

Akif mengangkat keningnya sambil tersenyum sinis.

"Apa?"

"Bagi abang anak yang ramai supaya rumah ni tak sunyi. Boleh?"

Usik Akif.

Umairah sudah malu dengan kata-kata Akif.

"Alright abang. Nanti Mairah bagi abang anak-anak seramai yang mampu. Okay? Insyaallah."

Jawab Umairah selamba. Dia akan berusaha untuk memenuhi permintaan suaminya itu.

"Yes! Sayang isteri abang. Kalau macam tu jom masuk. Tak sabar pula abang. Heheh."

Jerit Akif. Ada nada gurauan di akhir katanya. Dia gembira. Dia terus membawa Sakinah masuk ke dalam untuk melihat keadaan rumah itu.

Umairah hanya menggeleng sambil tersenyum lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience