Bab 20

Romance Completed 11728

BAB 20

"Terima kasih encik."

Umairah memberikan duit tambang kepada pemandu teksi itu. Dia melihat jam yang sudah menunjukkan masuk waktu lunch.

Di hadapannya sudah syarikat suaminya. Umairah pun meneruskan langkah untuk menyeberang jalan.

Namun belum beberapa langkah,dia merasakan ada orang memanggilnya.

Tiba-tiba tangannya direntap dengan kuat. Saat itu juga dia rasa macam tengah melayang terbang.

"Bukk."

Umairah membuka matanya. Dia sedang menindih badan seseorang. Dia cuba untuk bangun dan siku kanannya terasa seperti luka.

Akif yang sudah duduk terus menegur Sakinah.

"Awak buta ke? Tak nampak ke kereta lalu tadi? Nak minta langgar? Lain kali kalau melintas, pandang kanan kiri dulu baru jalan. Ini tak, main redah je. Nasib baik saya nampak awak kalau tak, mungkin mayat awak dah ada di tengah jalan tu."

Pertama kali Akif memarahi isterinya sepanjang perkahwinan mereka. Siapa yang tak sayang bini kan? Nasib baik semasa ingin ke parking kereta tadi dia ternampak Sakinah. Terus dia meluru ke arah isterinya. Risau Akif dibuatnya.

Belum sempat dia ingin menasihati isterinya itu, tubuhnya didakap erat oleh Sakinah.

Saat itu juga Sakinah menangis di dakapannya.

Akif terkedu.

"Kenapa dia nangis pula ni? Takkan sebab aku marahkan dia."

"Saya takut awak."

Getus Umairah perlahan-lahan. Sebenarnya dia masih trauma dengan kemalangan. Semasa kecil, dia hampir kena langgar sebab ingin menyelamatkan seekor anak kucing. Itu yang membuatkan dia berasa takut.

"Dah, jangan nangis lagi. Lain kali pandang kanan kiri dulu, baru lalu. Faham tak? Nasib baik awak tak apa-apa. Sudah jom."

Kata Akif lega sambil menenangkan Sakinah. Mahu tercabut juga jantung dia tadi.

"Nak pergi mana?"

Umairah sudah tenang sedikit. Dia terus berdiri apabila Akif menghulurkan tangannya.

"Pergi lunch. Tapi sebelum tu, rawat dulu siku awak yang dah berdarah tu. Nanti kena jangkitan lagi."

Ujar Akif sambil memimpin Sakinah menuju ke keretanya. Dia perasan ada darah di siku Sakinah memandangkan isterinya itu memakai blouse warna krim.

Umairah hanya menurut dan membiarkan Akif memegang erat tangannya. Dia merasakan dilindungi oleh Akif waktu itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Mereka sudah sampai di sebuah restoran yang berdekatan dengan syarikat Akif. Mereka pun memesan makanan.

Akif memandang Sakinah. Ada sesuatu yang mengacau fikirannya saat itu.

"Awak buat apa kat pejabat ayah?"

Tanya Akif.

"Hah? Erh, Tak adalah. Mana ada saya pergi pejabat ayah, orang cuma lalu kat sanalah."

Jawab Umairah. Gugup sebenarnya. Dia belum memberitahu Akif, niat sebenarnya.

"Oh. Ya? Saya fikir awak nak jumpa saya ke. Hurm, saya pergi keluar kejap. Awak tunggu sini."

Akif terasa kecil hati pula. Dia hanya tersenyum kelat ke arah Umairah. Lain pula apa yang berada di fikirannya.

"Awak, nak pergi... mana?"

Umairah yang baru ingin menanya Akif ke mana, tidak sempat didengar oleh Akif apabila dia sudah jauh menuju ke pintu restoran.

"Huarghh, takkan dia masih merajuk kot? Ya Allah, Mairah. Dia tu suami kau. Sudahlah tadi, dia selamatkan kau."

Umairah menggigit bawa bibirnya. Kesal dengan diri sendiri. Dia sepatutnya meminta maaf terhadap Akif.

Dia termenung.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Bak sini tangan awak. Saya nak sapu ubat ni"

Ujar Akif. Mereka berada di dalam kereta Akif.

Akif baru saja mengambil peti pertolongan cemas di belakang kereta.

Umairah menghulurkan tangannya. Entah kenapa dari tadi, dia menurut saja kata-kata lelaki itu. Dia seolah-oleh dipukau. Mungkin dia masih takut pasal kejadian tadi.

Perlahan-lahan Akif menarik lengan blouse Sakinah hingga ke atas siku. Setelah itu dia membersihkan luka di siku Sakinah dan meletakkan ubat.

Umairah tanpa sedar telah menilik muka suaminya itu.

Umairah melihat Akif begitu khusyuk merawat lukanya. Terus dia teringat sewaktu dia diserang Diana dulu, Akif juga yang merawatnya.

Dia suka melihat Akif yang serius. Serius ketika melakukan sesuatu kerja. Nampak macho.

Tiba-tiba jantungnya buat perangai.

Jantungnya berdegup laju!

"Ya Allah. Apa aku cakap tadi?"

Umairah bermonolog dengan dirinya sendiri. Tidak sangka pula dia akan memuji suaminya itu.

"Dah, selesai. Nanti sapu ubat lagi ya."

Kata Akif tiba-tiba seraya tersenyum ke arah Sakinah.

Umairah tersentak. Sekali lagi jantungnya berdegup dengan lajunya seperti tidak ingin berhenti perlahan.
Umairah rasakan senyuman ikhlas Akif sebentar tadi telah mencairkan hatinya.

Umairah hanya terkebil dan dia terus menarik lengan blousenya.

"Awak okey ke? Tak luka kat mana-mana?"

Tanya Umairah pula menghilangkan rasa debarnya tapi tanpa memandang Akif.

"Alhamdulillah saya okey. Jangan risau."

Akif tersenyum tersengih.

"Kejap, kenapa muka awak merah? Pedih ke ubat tadi?"

Getus Akif tiba-tiba. Dia baru perasan muka isterinya merah menyala.

"Hah? Merah?"

Umairah memandang Akif sambil memegang mukanya.

Akif mengangguk lagi.

"Taklah. Hurm, jomlah jalan. Awak kata nak pergi lunch tadi."

Umairah mengubah topik. Dia tahu kenapa mukanya merah saat itu.

Dia malu sebenarnya.

"Oh ya, lupa pula. Jom."

Akif terus keluar dari parking kereta.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Mana Akif ni? Takkan masih marah dengan aku?"

Getus Umairah. Rasa bersalah pula.

Bukan rasa, tapi memang rasa bersalah yang teramat sangat.

Saat itu juga Akif sampai. Dari jauh Umairah nampak Akif membawa sebuah beg kertas.

Umairah membuat muka rasa bersalah. Tidak berani pula ingin menatap Akif.

Akif sudah duduk di depannya.

"Nah. Nanti sebelum balik, awak tukarlah dulu baju awak tu."

Akif menghulurkan beg yang dipegangnya kepada Sakinah.

Umairah terkejut tapi dia mengambil juga beg itu.

Dia melihat isi beg itu. Sehelai blouse berwarna merah jambu.

Umairah memandang Akif.

"Terima kasih awak."

Ujar Umairah perlahan. Rasa bersalah di hatinya makin menggunung.

Akif sangat perhatian dengannya. Dia terharu.

"Sama-sama."

Akif senyum ke arah Sakinah. Dia tahu isterinya itu ingin memberitahu sesuatu sebenarnya.

"Hah, kenapa tak makan lagi? Makanlah dulu, sejuk pula makanan kita nanti. Ke, awak nak saya suap awak?"

Usik Akif sambil mengenyitkan matanya.

Umairah hanya mencebik.

"Dia dah mula dah."

Omel Umairah. Terus dia mencapai sudu dan menyuap makanan ke mulutnya.

Akif pula hanya ketawa kecil.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Akif.~"

Panggil Umairah tiba-tiba. Mereka sudah hampir selesai makan.

"Huh?"

Akif memandang Umairah setelah menghabiskan minumannya.

Umairah menarik nafas. Dia perlu juga meminta maaf dengan Akif. Dia sudah bersalah kerana menuduh yang bukan-bukan. Lagi pula Akif yang menyelamatkannya tadi.

"Saya nak minta maaf pasal hari tu. Saya betul-betul tak sengaja nak tuduh awak yang macam-macam. Baiklah, saya mengaku saya datang ke sini sebab nak jumpa awak. Please? Saya minta maaf sangat-sangat."

Terang Umairah panjang lebar sambil menunduk ke bawah tanpa memandang mata Akif.

"Tapi awak cakap awak akan buat apa saja kan supaya saya maafkan awak?"

"Ya, saya buat apa saja asalkan awak maafkan saya."

Jawab Umairah lagi. Dia menutup mata dan mengangkat tangannya meminta maaf.

"Betul ni?"

Tanya Akif lagi meminta kepastian. Dia sudah mendekatkan mukanya ke arah Sakinah tanpa disedarinya.

"Ya."

Jawab Umairah pantas. Terus dia memandang Akif.

Tapi dia terus tersentak apabila muka Akif beberapa sentimeter lagi dari hidung mereka berlaga.

Umairah terus membesarkan matanya.

Banyak mata yang perasan akan perbuatan Akif melihat ke arah mereka.

Muka Umairah sudah seperti di sauna. Panas.

"Ya Allah, malunya. Memang nak cari publisiti betullah dia ni. Kalau ya pun, tak payahlah bawa aku sekali."

Getus Umairah dalam hati. Dia terus menjauhkan mukanya dari Akif. Dia sudah gelabah. Dia melarikan pandangan daripada Akif.

Akif tersenyum nakal. Lucu pula isterinya waktu ini. Muka Sakinah sudah merah seperti udang galah yang baru dimasak.

Akif menggeleng kelucuan lagi. Dia sudah kembali ke kedudukannya yang asal.

"Baiklah, saya akan bagitahu awak apa yang perlu awak buat supaya saya maafkan awak."

Akif memegang dahunya seolah-olah berfikir apa yang perlu isterinya itu buat. Dia memandang tajam ke arah Sakinah.

Umairah pula sudah menelan air liur. Seram melihat pandangan Akif.

"Takkan dia nak yang itu pula? Eiii, ya Allah. Nauzubillah."

"Kalau bukan sebab terhutang budi, taklah aku meminta maaf sampai begini."

Omelnya dalam hati.

"Okey, dengar baik-baik."

Akif sudah memulakan bicaranya. Umairah pula setia menjadi pendengar.

"First, kalau awak nak ke mana-mana bagitahu saya. Text me or call."

"Alah, tak bebaslah begini. Huargh."

"Second, mulai hari ini panggil saya abang. Saya nak juga dihormati oleh isteri saya. Bukannya berawak-awak."

"Hah? Abang?? Eiii, loya pula tekak aku begini."

"Third, lepas ni tidur di katil dengan saya. Jangan nak mengada tidur di sofa lagi. Faham? Jangan risau, saya tak buat apa."

"Ti, tidur sekatil? Allah."

"Last sekali, boleh tak awak dengar cakap saya? Buang keras kepala awak tu. Jangan nak membantah je. Degil betul kan awak ni?"

"Hish, suka hati sayalah nak keras ke, nak lembut ke. Nak jadi batu ke, itu aku punya sukalah."

"Awak dengar tak apa saya cakap tadi?"

Umairah mematikan monolognya. Dia tidak tercakap pun apa yang ada di dalam hatinya. Dia hanya diam saja dari tadi.

"Ya, saya dengar."

Umairah mengalah juga akhirnya. Biarlah dia ikut saja kata-kata Akif. Jika dibandingkan dengan jasa Akif, macam tak padan pula dengan permintaan dia. Umairah rasa itu memang tanggungjawab dia sebagai isteri.

"Hurm, bagus."

Akif sudah tersenyum gembira. Isterinya itu tidak pula membantah. Dia sudah memaafkan Sakinah sebenarnya. Tapi memandangkan Sakinah akan buat apa saja supaya dia maafkan dia, Akif mengambil kesempatanlah. Heheh.

"Jadi awak dah maafkan saya?"

Umairah bertanya lagi.

"Huh?"

Akif memandang Sakinah sambil mengangkat kening kanannya.Ada sesuatu yang isterinya lupa.

Umairah baru perasan. Dia mencebik.

"Abang dah maafkan saya?"

Akhirnya Umairah memanggil juga Akif 'abang'.

"Macam tak ikhlas je?"

Usik Akif pula.

Umairah sudah membuat muka masam.

"Yalah, abang dah maafkan sayang. Jangan risau."

Jawab Akif yang sudah tersenyum seperti kerang busuk.

Umairah pula memberikan jelingan terhadap Akif.

"Dah selesaikan? Jom, abang hantar balik."

Akif terus mencapai tangan Sakinah.
Gembiranya dia saat ini hanya Allah yang tahu. Macam mahu saja dia teriak. Tapi dibuangkan rasa itu. Nanti dikatakan kurang siuman kang. Heheh.

Umairah merelakan saja perbuatan Akif. Dia suka pula Akif berbuat begitu. Akif seolah-olah menghargainya. Walaupun sebenarnya dia takut.

Ya, dia takut akan perasaannya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience