BAB 2

Family Completed 311

“Hah, itupun anak kucing tu!” kata Pak Cik Mus sambil membongkokkan
badannya masuk ke bawah rumah. Perlahan-lahan tubuh kecil anak kucing
itu diangkat.

“Alahai… Kasihanya kamu…” Pak Cik Mus membelek kesan ekor yang terkena
cangkul sebentar tadi. Nasib baik sikit sahaja.

Seminggu berlalu…

Hujung ekor anak kucing sudah menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh
lukanya. Mujur kehilangan hujung ekornya tidak menyebabkan anak kucing
ini mati. Anak kucing itu diberikan nama, Snowball .

“Taher … Tolong berikan Snowball makan…” Mak Cik Kirana menghulurkan bekas
yang berisi ikan kepada Taher .

Dengan perasaan benci, Taher mencampakkan ikan itu kepada Si Snowball
tanpa pengetahuan ibunya. Habis ikan itu terkena pasir. Kalaulah ibunya
tahu kelakuannya itu, sudah pasti dia akan dimarahi.

Perlahan-lahan Si Snowball mengambil ikan itu untuk di makan sambil matanya takut-takut memandang Taher .

“Apa pandang-pandang?” Laju sahaja tangan Taher menjentik telinga Si
Snowball . Lintang-pukang Si Snowball lari sambil membawa ikan dangan mulutnya.

“Taher ! Kamu buat apa tu?” jerkah Pak Cik Mus.

“Tak ada buat apa-apa,ayah,”jawab Taher sambil matanya tertunduk ke tanah.

“Sini kamu..”

Satu jentikan hinggap di telinga Taher .

“Sakit tak?” tanya ayah Taher .

“Sakit, ayah…” Mata Taher sudah berkaca menahan tangis.

“Tahu pun sakit… Snowball pun sakit Taher buat macam tu… Kita sebagai
manusia, tidak bolehlah menyakiti haiwan… Mereka pun mempunyai perasaan…”

“Baik ayah… Taher janji, Taher tak buat lagi… Maafkan,Taher .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience