BAB 4

Family Completed 311

Keesokkan harinya…

Mak Cik Kirana risau di dapur. Anak kucing yang dibelanya tidak mahu makan
walaupun diberi ikan kegemarannya.

“Taher … Kenapa buat Snowball macam tu kelmarin?”

“Taher nak mandikan Snowball ni, ibu...” Taher berbohong.

“Sekarang, Snowball dah sakit tau… Kasihan dia tak lalu makan… Mesti Snowball demam ni…” Mak Cik Kirana membelai kepala Si Snowball yang duduk di atas ribanya.

“Ibu ni… Snowball ni bukan anak ibu… Ibu jaga Snowball bukan main dengan penuh kasih sayang… Kucing ni binatang sahaja ibu…”

“Sayang… Dengar ibu cakap ni… Binatang pun ada perasaan tau… Kalau kita
sayang dia, dia pun akan sayangkan kita. Insya-Allah dia akan tolong
kita suatu hari nanti…”

“Kucing bukannya ada tangan macam kita ibu… Macam mana dia nak tolong
kalau tak ada tangan?”

Mak Cik Kirana tergelak kecil mendengar pertanyaan anaknya yang berusia 6
tahun itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience