Di kebun, panas mentari begitu memeritkan kulit Pak Cik Mus. Topi jerami
yang dipakai sepertinya tidak memberi kesan untuk berlindung daripada
cahaya matahari yang terik. Perlahan-lahan Pak Cik Mus mengesat mukanya
dengan tuala yang diletakkan di bahu kanan. Keringat sudah membasahi
baju putih yang dipakai.
Perlahan-lahan cangkul dihayun ke tanah. Sedikit demi sedikit cangkul
dihayun untuk membuat batas. Batas yang dibuat khas untuk menanam pokok
labu.
“Shuhhhhh… Shuhhhhh…” Pak Cik Mus menghalau anak kucing bewarna Putih
yang sibuk menggeselkan badannya pada kaki Pak Cik Mus.
“Dari mana pula datang anak kucing ni?? Shuhhhhh….” Pak Cik Mus cuba
menepis anak kucing ini dengan kakinya.
“Meeowwww!!!!!”
Tiba-tiba Pak Cik Mus tercangkul ekor anak kucing itu!
“Ya Allahhh!!” Pak Cik Mus terus berhenti daripada mencangkul tanah.
Cangkulnya terus dicampakkan ke tanah. Melilau Pak Cik Mus mencari
kelibat anak kucing tadi yang sudah tentunya menyembunyikan diri menahan
kesakitan.
“Kenapa, ayah?” tanya Taher sebaik sahaja keluar dari pintu rumah.
“Ayah tercangkul ekor anak kucing… Cepat, tolong ayah carikan anak
kucing tu…”
“Owhh.. Anak kucing warna putih tu ke, ayah?”
“Ya… Anak kucing itulah…”
“Biarlah, kucing tu… Kawan Taher cakap ada orang buang anak kucing tu
malam semalam dekat tepi jalan tu… Ishhh.. Sekarang dah sampai rumah
kita… Taher tak sukalah kucing…” Taher memasamkan mukanya.
“Kasihan anak kucing tu… Kita belalah dia… Lagipun anak kucing tu tengah
sakit tu… Ayah dah tercangkul ekornya… Nasib baik sikit sahaja…”
Share this novel