Bab 18 Orang Yang Dipadam

Thriller Series 330

Tiada siapa bercakap selama beberapa saat.

Rakaman CCTV masih terpapar pada skrin.

Van putih.

Amanda.

Gangguan visual.

Kekosongan.

Tamat.

Ghost menonton rakaman itu berulang kali.

Lima kali.

Sepuluh kali.

Dua puluh kali.

Bukan kerana berharap rakaman itu berubah.

Kerana dia sedang mencari sesuatu yang hilang.

"Berapa cepat?"

Dia bertanya kepada Raven.

"Empat puluh dua minit."

"Apa?"

"Empat puluh dua minit selepas kehilangan Amanda."

Raven kelihatan marah.
Bukan panik.
Marah.

"Semua media sosial dia hilang."

Sunyi.

"Semua?"

Tanya Marina.

"Semua."

Raven menukar skrin.

Instagram.

Kosong.

X.

Tidak wujud.

LinkedIn.

Tidak wujud.

Artikel berita lama.

Dipadam.

Temu bual.

Dipadam.

Rakaman video.

Dipadam.

Gambar awam.

Dipadam.

Atlas memaki perlahan.

"Itu mustahil."

Raven menggeleng.

"Bukan mustahil."

Dia menunjuk fail Orpheus.

"Ini manual operasi mereka."

Ghost mula memahami.

Amanda tidak diculik.

Sekurang-kurangnya bukan itu tujuan utama.

Tujuan utama ialah sesuatu yang lebih besar.

Pemadaman.

Rahman memandang skrin dengan wajah yang kosong.

"Kali pertama aku nampak perkara ini..."

Suaranya perlahan.

"...aku fikir aku gila."

Ghost memandangnya.

Rahman meneruskan.

"Ada seorang wartawan."

"Tahun berapa?"

"Dua puluh tujuh tahun lalu."

Sunyi.

"Dia terlalu hampir kepada kebenaran."

Rahman mengingati semula.

Wartawan itu terkenal.

Berani.

Popular.

Namanya berada di mana-mana.

Kemudian satu hari dia hilang.

Pada mulanya orang mencari.

Kemudian orang lupa.

Beberapa minggu kemudian, sesuatu yang pelik berlaku.

Semakin ramai orang tidak mengingati namanya.

Bukan secara metafora.

Secara literal.

Ghost mengerutkan dahi.

"Mustahil."

Rahman mengangguk.

"Aku kata benda yang sama."

Namun apabila dia mula menyiasat
gambar wartawan itu hilang.

Artikel lama hilang.

Rakaman hilang.

Buku hilang.

Fail hilang.

Dan yang paling pelik

Manusia mula meragui ingatan mereka sendiri.

"Seolah-olah dia tidak pernah wujud."

Rahman menamatkan ayat itu.

Sunyi.

Ghost melihat kembali fail Orpheus.

Kemudian dia menemui satu istilah yang sebelum ini tidak diberi perhatian.

Historical Nullification Event.

Dia membacanya.

Kemudian sekali lagi.

Atlas bersandar.

"Terjemahan?"

Ghost menjawab tanpa mengalihkan mata.

"Peristiwa pembatalan sejarah."

Marina merasakan sesuatu yang tidak disukainya.

"Apa maksudnya?"

Ghost membuka dokumen tersebut.

Di dalamnya terdapat satu ayat.

Manusia mempercayai kewujudan melalui pengulangan.

Kurangkan pengulangan.

Kurangkan bukti.

Kurangkan saksi.

Akhirnya kewujudan akan menjadi teori.

Tiada siapa bercakap.

Kerana konsep itu terlalu mengerikan.

Membunuh manusia ialah satu perkara.

Membunuh hakikat bahawa manusia itu pernah hidup itu sesuatu yang lain.

Tiba-tiba telefon Ghost berbunyi.

Nombor tidak dikenali.

Semua orang memandang.

Tiada siapa berkata apa-apa.

Ghost menjawab.

"Ya."

Suara yang muncul membuat seluruh bilik menjadi senyap.

Amanda.

"Aku tahu kau akan jawab."

Ghost berdiri serta-merta.

"Di mana kau?"

Amanda ketawa kecil.

Ketawa yang kedengaran pelik.

Kosong.

Seperti seseorang yang sudah menangis terlalu lama.

"Tak penting."

"Amanda."

"Ghost..."

Ini kali pertama dia menggunakan nama itu.

"Dia mahu bercakap dengan kau."

Ghost berhenti.

"Siapa?"

Sunyi beberapa saat.

Kemudian satu suara baru muncul.

Tua.

Tenang.

Berpendidikan.

Suara yang pernah didengar Amanda di telefon.

Suara yang pernah digambarkan dalam jurnal Razak.

Suara yang sepatutnya milik orang mati.

"Selamat malam, Amir."

Tiada siapa bernafas.

Rahman perlahan-lahan berdiri.

Matanya membesar.

Kerana dia mengenali suara itu.

"Daniel..."

Suara itu ketawa kecil.

"Rahman."

Sunyi.

"Hampir tiga puluh tahun."

Ghost menggenggam telefon.

"Kau culik Amanda?"

"Perkataan itu tidak tepat."

Jawab Daniel.

"Di mana dia?"

"Selamat."

"Aku tidak percaya kau."

"Aku tahu."

Suara Daniel kekal tenang.

Menjengkelkan tenang.

Seperti seorang profesor yang sedang membetulkan pelajar.

Kemudian dia berkata sesuatu yang membuat seluruh Vengeance membeku.

"Amir."

Sunyi.

"Kau membaca fail yang salah."

Ghost tidak menjawab.

Daniel menyambung.

"Rahman berbohong kepada kau."

Rahman terus berdiri.

Wajahnya pucat.

"Daniel..."

"Diam."

Buat pertama kali suara itu berubah.

Tidak kuat.

Tidak marah.

Namun cukup untuk menunjukkan siapa yang mengawal perbualan.

Kemudian Daniel kembali bercakap kepada Ghost.

"Kalau kau benar-benar mahu tahu siapa bunuh ibu kau..."

Jantung Ghost berhenti seketika.

"...berhenti dengar Rahman."

Sunyi.

Tiada siapa bergerak.

Tiada siapa bercakap.

Kerana sepanjang lima belas tahun...

Ghost mempunyai satu kepastian.

Farrel terlibat.

Orion terlibat.

Sistem terlibat.

Namun kini seseorang yang berada di tengah semua ini berkata sesuatu yang jauh lebih berbahaya.

Mungkin cerita yang membina seluruh dendam Ghost...

juga telah disunting.

maaf aku lupa nk update haha... maafkan hamba!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience