Bab 3

Mature Content Series 55209

DEWAN utama tidak terlalu penuh. Kebanyakannya dihadiri syarikat-syarikat kecil yang menjadi jemputan untuk sesi perkongsian bersama syarikat tempat Azura bekerja. Ada founder startup, pemilik agensi kecil, wakil vendor, dan beberapa usahawan muda yang datang dengan not serta wajah penuh harapan.

Azura duduk di barisan tengah, separuh fokus pada slide di skrin, separuh lagi pada lelaki yang berdiri di pentas.

Wafi Naqiudin.

Dia tidak banyak bergerak. Tidak cuba kelihatan mesra. Tidak melemparkan senyuman palsu seperti speaker lain. Suaranya rendah, tenang, dan tegas. Setiap patah katanya seperti sudah cukup untuk membuat orang diam dan mendengar.

Kemeja hitamnya dilipat sedikit di bahagian lengan. Jam tangan di pergelangan tangannya nampak mahal tapi tidak menjerit meminta perhatian. Rahangnya tegas, wajahnya serius, dan aura lelaki itu... terlalu sukar untuk diabaikan.

Maco.

Tapi bukan jenis maco yang menunjuk-nunjuk.

Lebih kepada lelaki yang tidak perlukan sesiapa untuk mengesahkan kewujudannya.

?Some businesses don?t fail because they lack ideas,? kata Wafi di pentas, matanya memandang audiens tanpa ekspresi. ?They fail because they refuse to understand their users.?

Azura menelan air liur perlahan.

Vivian yang duduk di sebelahnya sempat berbisik, ?You?ve been staring.?

Azura tidak menoleh. ?I?m listening.?

Vivian tersenyum senget. ?Sure.?

Azura pura-pura tidak dengar.

Namun, dalam kepalanya, hanya ada satu perkara.

Lelaki ini suami Dahlia.

Dahlia. Perempuan yang selama ini Azura dengar namanya keluar dari mulut Zaref terlalu banyak kali. Perempuan yang adalah cinta pertamanya yang langsung tidak dapat dilupakan.

Tetapi Azura bukan bodoh.

Dan hari ini, dia akhirnya berada dalam jarak yang cukup dekat dengan suami perempuan itu.

Sebaik sahaja sharing session tamat, tepukan bergema di dalam dewan. Wafi hanya mengangguk pendek sebelum turun dari pentas. Tidak seperti speaker lain yang terus dikerumuni peserta, Wafi memilih untuk berjalan keluar melalui pintu sisi.

Sendirian.

Azura bangun hampir serta-merta.

?Azura?? Vivian memanggil.

?I need to go to toilet.?

?Sekarang??

?Emergency.?

Tanpa menunggu jawapan, Azura terus keluar dari dewan.

Langkah Wafi tidak laju, tetapi jaraknya tetap terasa jauh.

Azura mengikut dari belakang, jantungnya berdegup kuat.

Di hujung koridor, Wafi masuk ke ruang tandas konvensyen yang agak sunyi. Azura berhenti seketika di luar, menarik nafas dalam.

?Okay, Azura. Jangan jadi pengecut.?

Dia melangkah masuk.

Ruang itu lengang. Bunyi air paip kedengaran perlahan. Wafi berdiri di hadapan singki, sedang membasuh tangan. Melalui pantulan cermin, mata mereka bertembung.

Wafi kaku seketika.

Riak wajahnya berubah sedikit. Bukan takut. Bukan terkejut besar. Cuma terganggu kerana ruang peribadinya diceroboh.

?This is the men?s restroom,? katanya datar.

Azura memandang sekeliling.

Kemudian dia menjawab, ?I know.?

Wafi menutup paip. Dia mencapai tisu, mengelap tangan dengan perlahan. ?Then you should leave.?

Azura mengetap bibir. ?I need to talk to you.?

?I don?t do private talks with strangers in restrooms.?

?Good. I don?t usually chase strangers into restrooms either.?

Wafi memandangnya melalui cermin. Tajam. Dingin.

?Who are you??

Azura melangkah setapak ke depan. Tangannya menggenggam tali beg di bahu. ?Azura.?

Wafi tidak memberi reaksi.

?Azura what??

?Azura Ibrahim.?

?Should that mean something to me??

Pedih sedikit hati Azura mendengarnya, walaupun dia tahu lelaki itu memang tidak mengenalinya.

?No. But Dahlia should.?

Nama itu membuatkan pergerakan Wafi terhenti.

Kali ini, dia benar-benar menoleh.

Mata gelapnya tepat menikam wajah Azura.

?What about Dahlia??

Azura menarik nafas. Seluruh keberaniannya dikumpulkan dalam satu ayat.

?Isteri you curang dengan tunang I.?

Diam.

Ruang tandas itu tiba-tiba terasa terlalu sunyi.

Azura menunggu reaksi. Marah. Terkejut. Menafikan. Apa-apa sahaja.

Tetapi Wafi hanya memandangnya. Wajahnya langsung tidak berubah. Seolah-olah Azura baru sahaja memberitahu cuaca di luar mendung.

Beberapa saat berlalu.

Kemudian Wafi bersuara.

?Oh, menarik. Dia isteri atas kertas je," kata Wafi Naqiudin tanpa rasa serba salah.

Azura terkedu.

?What??

Wafi membuang tisu ke dalam tong sampah. ?You heard me.?

Azura ketawa kecil, tetapi tawanya kosong. ?That?s all you have to say??

?What do you expect me to do? Cry??

?She?s your wife.?

?Legally, yes.?

?Dan dia tengah bercinta bermadah kasih dengan tunang I.?

Wafi menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Wajahnya masih tenang, terlalu tenang sehingga membuat Azura semakin marah.

?Then maybe you punya tunang tu jelas-jelas tak guna. Janganlah jadi perempuan tak panjang akal.?

Kata-kata itu menampar Azura tepat ke tempat paling sakit.

Matanya mengecil. ?Excuse me??

Wafi bergerak mendekati pintu, tetapi Azura berdiri menghalang laluannya.

Dia lebih tinggi. Lebih besar. Auranya menekan, tetapi Azura tidak berganjak.

?You don?t get to insult me after what your wife did.?

?I didn?t insult you.? Wafi menunduk sedikit, matanya bertemu mata Azura. ?I?m just saying, kalau lelaki you boleh diambil, maybe he was never yours.?

Azura terdiam.

Kali ini, bukan kerana takut. Tetapi kerana ayat itu benar-benar menusuk.

Wafi memandang wajahnya lama sedikit. Buat pertama kali, ada sesuatu yang berubah dalam pandangannya. Bukan simpati. Bukan kelembutan.

Mungkin minat.

Mungkin juga rasa ingin tahu.

?You came all the way here just to tell me that?? tanyanya.

Azura mengetap bibir. ?I came here because I thought you deserved to know.?

?Or because you wanted revenge.?

Azura tidak menjawab.

Wafi tersenyum nipis. Sangat nipis sehingga hampir tidak kelihatan. Jarak mereka tinggal sedikit.

Azura dapat menghidu aroma cologne lelaki itu. Maskulin. Mahal. Dingin seperti pemiliknya.

Azura menatapnya dengan geram. ?You takkan tak nak buat apa-apa? Dia tu wife you kan.?

Wafi memandangnya tanpa berkelip.

?Maybe I will.?

?Maybe??

Azura terpaku.

Wafi Naqiudin keluar begitu sahaja, meninggalkan Azura berdiri di situ dengan jantung yang masih belum reda.

Di tangannya, telefon bergetar.

Satu mesej masuk daripada Vivian.

Vivian:
+ Where are you? Sharing session two is starting. +

Ergh!

SOSOK yang masuk ke dalam ruangan banglo itu dipandang dan terus saja langkah kakinya menuju kepada sosok yang sudah lama tidak singgah ke rumahnya ini hanya kerana dikatakan terlalu sibuk.

?Daddy kata Wafi ambil cuti seminggu pergi mana?? tanya Datin Marina sebaik saja Wafi Naqiudin masuk ke ruang tamu dan duduk di sofa dengan wajah letihnya.

?Come on, mami. Wafi baru je duduk ni and tetiba dah tanya soalan. Cubalah tanya anak mami ni sihat ke, dah makan ke dulu,? balas Wafi Naqiudin sambil memejamkan matanya. Dia jarang pulang ke sini kerana tidak mahu menjawab soalan cepumas maminya itu.

Sunyi.

?Dah makan ke?? tanya Datin Marina dengan sedikit tenang.

Wafi Naqiudin mencelikkan matanya dan menggeleng. ?Mestilah belum. Kata nak dinner sama-sama. Mami masak apa je??

?Chili crab dengan kari daging. Ada juga lauk lain,? jawab Datin Marina dengan matanya memerhatikan anak lelakinya ini. Dia selalu berasa syak wasangka dengan anaknya ini. Anaknya yang paling pendiam dan tidak suka bergaul.

Mereka dua beranak makan dengan tenang pada malam itu kerana ahli keluarga yang lain ada acara dan aktiviti mereka. Sememangnya Wafi Naqiudin tidak rapat dengan adik-beradiknya yang lain.

?Kenapa biarkan Dahlia kerja kat JB? Seorang isteri tempat dia di sisi suami. Kenapa Wafi biarkan dia pergi?? tanya Datin Marina tidak puas hati.

?Biarlah dia mami. Dia pun nak capai cita-cita dia. Takkan nak berkepit je dengan Wafi,? balas Wafi Naqiudin sambil menukar siaran di TV.

?Eh, Wafi jangan nak macam-macam ya. Wafi dengan Dahlia ni macam mana hubungan korang? Takkan sekadar atas sijil nikah je? Wafi jangan nak buat perangai tak semegah tu. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, bukannya bawak haluan masing-masing bila dah kahwin. Macam mana nak berkeluarga kalau sorang utara, sorang lagi selatan?? bebel Datin Marina.

Sememangnya dia yang mengaturkan perkahwinan antara Wafi Naqiudin dan Dahlia. Ini adalah demi menjaga keturunannya yang baik-baik dan bijak belaka. Dia mengugut Wafi Naqiudin dengan pelbagai ugutan sehinggalah Wafi akhirnya bersetuju.

?Mami tanya tak Dahlia tu dia nak anak ke tak? Dia cakap for now dia nak fokus karier dia. So, biar jelah,? jawab Wafi dengan tenang.

?Biar jelah? Controllah dia.?

Wafi pandang Datin Marina. ?With what? Kalau mami nak cucu sangat, nak ada keturunan sangat nanti Wafi bagilah.?

?Nak bagi macam mana kalau Dahlia kat selatan sana.?

?Wafi buat dengan isteri lainlah.?

Share this novel

sempoi
2026-06-05 23:16:06 

x sabar ...

Eepah Sharif
2026-05-22 10:56:29 

macho?


NovelPlus Premium

The best ads free experience