Bab 1

Mature Content Series 53145

?I found her??

Berkerut wajah Azura sambil terhenti dia minum air milkshake chocolate yang sudah lama dia inginkan. Semata ingin minum bersama dengan tunangnya yang tercinta ini. Perkataan her itu langsung tidak mengugat hatinya.

?Siapa? Yang nak buat mekap saya ke?? tanya Azura lega apabila dapat apa yang dia mahukan.

?Dahlia.?

Sunyi.

Hingar di kafe itu seakan-akan hilang dalam radius pendengarannya. Terlalu berdesing nama itu diucapkan oleh Zaref.

Terlalu tenang.

Tanpa rasa serba salah.

Azura mengangguk. ?So, dia apa cerita??

Ya, Azura memilih untuk kekal tenang. Dia minum air milkshake yang tadinya sedap tetapi sudah berubah rasa ketika ini. Separa payau separa luka.

Zaref merasakan tidak selesa dengan reaksi balas Azura. Dia ingatkan tunangnya ini akan terkejut dan mengamuk apabila mendengar berita ini. Namun, dari tindak balas Azura langsung seperti tidak ambil kisah.

?Kitorang tengah kawan balik. Macam dulu sebenarnya dah nak dekat 2 bulan. Itu yang I ajak bincang dengan you ni. Sebelum semuanya terlambat,? kata Zaref dengan penuh teratur ayatnya.

?Nak bincang apanya?? tanya Azura. Pura-pura bodoh, pura-pura tidak faham.

Geram pula Zaref dengan Azura yang selalu jadi lembap dan tidak cergas seperti Dahlia. Sejak dulu lagi dia selalu membandingkan Azura dan Dahlia. Dahlia seorang yang sangat aktif bersukan dan menyertai mana-mana persidangan luar dan dalam negara.

Kerjaya Dahlia sangat gah mengangkatnya sebagai wanita bekerjaya yang cantik lagi bergaya. Tidak seperti Azura yang hanya bekerja sebagai designer di syarikat tempatan yang tidaklah begitu gah.

Dari segi paras rupa, Azura akan lebih cantik bila dia bergaya dengan memakai pakaian yang sesuai dengan badannya. Tidak seperti sekarang yang hanya berpakaian biasa, tidak menepati ciri-ciri wanita kesukaannya iaitu yang sepenuhnya ada pada Dahlia.

?Kita tak payah kahwin. Kita batalkan perkahwinan kita. Sebab I tak nak lukakan hati you dengan lebih lama lagi dan bagi you harapan palsu dalam hubungan kita ni, Azura,? ucap Zaref dengan berterus terang.

Sunyi.

Tangan Azura sedikit menggigil. Ini yang paling dia takutkan iaitu kehilangan sebelum memiliki. ?Semua dah nak selesai dah Zaref. Sikit je lagi kita nak kahwin dah. Takkan nak batalkan semua ni hanya sebab Dahlia. You sure ke yang dia nakkan you jugak??

?Kitorang dah bincang. And, yes. Dahlia dapat terima I semula? and dia sangat kecewa bila dapat tahu I dah bertunang dengan you. I tak sangka dia ada perasaan dengan I jugak. I tak sangka dapat jumpa dia lagi. You pun tahukan macam mana I cari dia and frust dulu sampai you selamatkan I dan kita pilih untuk bertunang,? luah Zaref dengan nada serba salah.

Azura mengangguk. Ya, dia yang menemani hari kelam seorang Zaref. Itu semua sebab dia amat menyukai Zaref sebagai abang seniornya di sekolah dahulu. Mereka bertukar nombor telefon setelah tiga bulan berbalas DM di Instagram.

Dia sendiri tertanya kenapa dia masih mengharapkan lelaki ini, tapi lelaki ini berubah selepas bertemu dengan Dahlia.

?Okay, at least you kena bayar semua ganti rugi yang dah pakai duit I. Bukan murah semuanya I nak bayar. Memang duit majlis you dah bagi tapi tu separuhnya adalah duit I. Nak putus boleh je tapi kerugian yang I tanggung kenalah dibayar,? kata Azura yang cuba menyorokkan rasa sedihnya.

Merayu?

Tidak akan dia ulangi lagi. Merendahkan diri hanya kepada seorang lelaki yang akan meninggalkan dia pada bila-bila masa. Terus saja dia bangun dan memandang wajah Zaref. ?Kita jumpa di mahkamah kalau awak tak bayar setiap ganti rugi saya. Dan, jangan lupa jumpa dengan abang long dengan mak saya untuk batalkan semua ini.?

Terus saja Azura melangkah bersama deraian air matanya.

PINTU bilik karaoke dibuka dan dia melihat Dahlia sudah menunggu di situ bersama dengan makanan. Hanya tempat sebegini sahaja yang selamat untuk mereka bertemu. Jika kawasan yang terdedah mungkin tidak baik untuk mereka buat masa ini.

?Baby?? panggil Zaref dan terus memeluk dan mengucup ringan pipi Dahlia.

Dahlia tersenyum manja dan terus merangkul lengan Zaref dan duduk di atas sofa. Dia memandang Zaref dengan pandangan manjanya seperti inginkan perhatian. Sesekali dia memuncungkan bibirnya.

?Okey tak?? tanya Zaref.

?Penat??

Zaref tersenyum dan membelai lembut kepada Dahlia. Entah kenapa berbunga terus hatinya apabila cinta lamanya mekar kembali. Wanita yang dia memuja dalam diam akhirnya menjadi miliknya.

?Dah settle ke?? tanya Dahlia sambil memandang Zaref.

Di bilik ini langsung mereka tidak menyanyi. Mereka hanya membiarkan muzik dan suara penyanyi sahaja berkumandang lagipun tujuan mereka bukan untuk bernyanyi cuma untuk bertemu sahaja.

?Dah. Cuma dia mintak ganti rugi duit majlis tu jelah. Tak apalah daripada I kahwin dengan dia buat apa kan. Nanti I akan settlekan cuma sekarang ni you macam mana dah dapat kunci rumah ke?? tanya Zaref dengan senyuman menggodanya.

Laju Dahlia mengangguk. ?Dah. Nanti jomlah datang lepak rumah. Temankan I ke.?

?You datang saat yang paling tepat dalam hidup I, Dahlia. I tak pernah happy macam ni. I nak jadikan you isteri I,? luah Zaref dengan lamaran yang bersungguh. Dia mahu Dahlia menjadi miliknya dan menjadikan Dahlia adalah impiannya yang menjadi kenyataan.

Dahlia tersenyum kelat dan mengangguk.

SUDAH dua hari dia menangis teresak-esak di dalam rumahnya. Langsung tidak keluar ke mana-mana kebetulan dia menghidapi demam panas dan diberikan cuti sakit oleh doktor perubatan.

Sakit demamnya langsung tidak terasa kerana sakit hatinya lagi sakit daripada semua ini. Terkadang dia ketawakan dirinya sendiri kerana terkenang nasib yang langsung tidak baik ini. Sering menjadi pilihan kedua dalam apa jua yang ada di dalam hidupnya.

?Apa nak cakap dengan semua orang ni? Macam mana nak bagitahu tanpa orang tanya kita semula ya? Sakitnya jiwa aku ni?? Tangisan Azura berlagu lagi. Mahu pecah kepalanya kerana dia sering saja menangis.

?Membazir duit lagilah sakit hati kan?? katanya lagi sambil mengelap air matanya.

Sunyi.

Dia terlentang dan memandang siling. Kipas yang berpusing itu satu-satunya yang kelihatan bergerak. Dia tidak tahu apa yang berlaku di luar.

?Tak boleh macam ni. Takkan nak musnahkan hidup pasal kera sumbang bodoh tu.? Azura duduk dan bersandar dia mencapai telefonnya dan tergelak sedih kerana sudah dua hari langsung Zaref tidak mencarinya.

Semudah itu, kan?

Dia menyelongkar media sosial Zaref dan entah kenapa dia mahu cuba mencari tentang Dahlia. Pelbagai nama dia menaip sehingga dia mencari nama itu di dalam friend list kawan-kawan rapat Zaref.

Hmmm?

Tiba-tiba matanya menangkap satu gambar perkahwinan yang sangat cantik latarbelakangnya. Pelamin yang sangat gah. Dia juga mengenali sahabat dia dan Zaref itu.

Ops!

?Ni bukan Dahlia ke??

Terus saja dia mencari dengan lebih details dan ternyata wanita itu adalah Dahlia. Dia pergi pula ke profile seorang wanita yang kelihatan seperti seorang Datin.

+ Lunch with my dearest daughter in law +

Share this novel

User24635
2026-06-14 13:44:18 

next

zirra
2026-06-12 10:08:59 

next

Hayatiazizan Hayati
2026-06-11 07:26:06 

seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience