Series
53145
?SHE?S someone wife.?
Berdecit mulut Zaref bila ayat itu keluar dari mulut Azura. Dia mengeluh dan memandang lama wajah Azura. ?Boleh tak move on je? Tak perlu ambil tahu pasal I dah.?
Terdiam Azura. Bukan ke sepatutnya Zaref akan terkejut dan rasa semua ini salah?
?Dia isteri orang. Berdosa ada hubungan dengan lelaki lain dan you memang tak boleh kahwin dengan dia pun, Zaref. Jangan rosakkan rumah tangga orang,? kata Azura dengan tenang dan cuba berfikiran waras.
Zaref mengangguk. ?I dah tahu dan I terima dia apa adanya. Mungkin akan ada jodoh kami nanti. Lambat atau cepat kitorang akan bersama juga. You tak payah nak risau dan nak ambil tahu pasal I lagi.?
Sunyi.
Azura cuba menghadam setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Zaref kepadanya. Adakah lelaki ini membenarkan perhubungan itu dan tidak kisah langsung dengan status yang dibawa oleh Dahlia?
?You dah gila ke Zaref?? tanya Azura yang tidak boleh memahami konsep jodoh Zaref ini.
?Tak kisahlah you nak cakap I apa. Tapi, yang penting adalah perasaan kitorang. Dia pun tak bahagia dengan suami dia. Azura, please. Stoplah buat semua ni. I memang takkan kahwin dengan you. Nanti je I jumpa abang long atau I call je,? kata Zaref yang seperti tidak senang duduk.
Sudah dibuang sebegini lagi membuatkan Azura memahami ternyata lelaki pengecut seperti ini lebih baik tidak menjadi jodohnya. Dia juga geli bila Zaref menghalalkan sesuatu yang sudah tentu terang-terangan adalah salah.
AZURA menolak cermin mata kecil di batang hidungnya sambil matanya masih melekat pada skrin iMac di hadapan. Di sebelahnya, beberapa tab Figma terbuka serentak. Satu untuk wireframe klien, satu untuk design system, satu lagi untuk prototype yang sejak pagi tadi asyik crash tanpa sebab.
?Azura??
Suara Vivian kedengaran dari belakang.
Azura menoleh sedikit. ?Yes, Viv??
Vivian berdiri sambil memegang iPad, wajahnya tenang seperti biasa. Sebagai team lead, Vivian jarang kelihatan kelam-kabut walaupun satu department sedang terkejar dengan deadline.
?Can you come to my room??
Azura menghela nafas kecil. ?Now??
?Yes. Sekejap je.?
Azura bangun perlahan, sempat menekan `Command + S` beberapa kali walaupun Figma autosave. Kebiasaan lama.
Di dalam bilik Vivian, suasananya lebih sunyi. Dinding kaca bilik itu membuatkan Azura masih boleh melihat team design yang sibuk di luar. Ada yang sedang call dengan klien, ada yang menatap skrin seperti sedang berperang dengan pixel.
Vivian duduk dan memberi isyarat supaya Azura turut duduk.
?So?? Vivian memulakan bicara, ?management wants you to represent our design team for the annual company meeting in Kuala Lumpur next week.?
Azura terus mengangkat muka. ?Me??
?Yes, you.?
?Vivian, I don?t think I?m the right person.?
Vivian tersenyum nipis. ?You?re our senior designer, Azura. You baru je kena lantik tau.?
?I know, but? KL for one week?? Azura menggeleng perlahan. ?I have three active projects. The logistics dashboard, the B2B vendor portal, and that nightmare HR onboarding app.?
?I already checked the timeline. Daniel can cover the dashboard. Mei Ling can handle minor revisions. You just need to attend the annual meeting and a few client strategy sessions.?
Azura bersandar di kerusi. ?Still? I don?t really like these corporate events.?
Vivian ketawa kecil. ?Nobody does.?
?Then send someone who enjoys suffering.?
?Azura.?
Azura mengetap bibir. ?I?m serious, Viv. Meeting tahunan tu mesti penuh dengan orang pakai blazer mahal, networking, fake smiling, and pretending to understand business jargon.?
?That?s exactly why I need you there. You understand the product. You understand design. And more importantly, you know how to explain UI/UX to business people without making them feel stupid.?
Azura diam.
Vivian menolak sebuah buku aturcara nipis ke arahnya. Kulitnya berwarna biru gelap dengan logo syarikat di bahagian depan.
?Just take a look first. Kalau lepas tu you still tak nak pergi, we?ll discuss.?
Azura mengambil buku itu dengan malas. Jarinya menyelak halaman pertama. Jadual ketibaan. Sesi pembukaan. Keynote. Lunch. Breakout session. Panel discussion.
Matanya bergerak tanpa minat.
Sehinggalah dia sampai ke satu halaman.
Tangannya terhenti.
Di bahagian bawah halaman itu terdapat gambar beberapa speaker jemputan. Salah seorang daripadanya memakai sut gelap, wajahnya matang, tenang, dan terlalu dikenali.
Azura terasa nafasnya tersekat.
Di bawah gambar itu tertulis satu nama.
Wafi Naqiudin
Founder & Managing Director, W Digital Ventures
Dunia sekeliling seolah-olah menjadi perlahan.
Vivian perasan perubahan wajah Azura. ?Are you okay??
Azura tidak menjawab.
Jarinya menyentuh perlahan nama itu, seolah-olah mahu memastikan ia benar-benar wujud di atas kertas.
Wafi Naqiudin.
?Azura?? Vivian memanggil lagi.
Azura menutup buku aturcara itu perlahan.
Dia mengangkat muka. Wajahnya sudah kembali tenang, walaupun di dalam dadanya sesuatu sedang bergelora.
?I?ll go.?
Vivian mengerutkan dahi. ?Just like that??
?Yes.?
?Tadi you said you don?t want to.?
Azura tersenyum kecil. ?I changed my mind.?
Vivian menyandarkan tubuhnya ke kerusi, memerhati Azura dengan pandangan curiga. ?That was fast.?
?Maybe you?re right. It?s good exposure for the team.?
?Hmm.? Vivian menyipitkan mata. ?Are you sure it?s because of exposure??
Azura bangun sambil memegang buku aturcara itu. ?Of course.?
?Azura.?
Dia berhenti di muka pintu.
Vivian berkata perlahan, ?You saw something in that booklet, didn?t you??
Azura menggenggam buku itu sedikit kuat.
Kemudian dia menoleh, senyuman nipis terukir di bibirnya.
?Not something, Viv.?
Vivian menunggu.
Azura menarik nafas perlahan sebelum menjawab dengan nada tenang.
?But, someone.?
p/s: Hai bertemu lagi di novel yang lain. Jom follow rapat-rapat.
Share this novel
lanjut
menarik.... seterusnya