Get the app for full experience
30 September 2013 Dian Camelia melihat jam ditangannya menunjukkan jam 6.45pm, dia perlu cepat ke pulang ke rumah, kerana ada majlis membaca Yassin di rumanya. Menghampiri pintu utama di bangunan 35 tingkat itu, dia melihat sepasang suami isteri yang sebaya kedua orang tuanya sedang menunggu seseorang, berdiri di luar kawasan lobi. Terlihat mereka melihat telepon beberapa kali dan isterinya sudah duduk di tembok, mungkin kerana kepenatan. “Assalamualaikum Pak Cik, Makcik, boleh saya bantu?,” Dian Camelia merasa kasihan melihat mereka yang terlihat sangat penat. Suara Dian Camelia mengundang pandangan serentak daripada mereka berdua. “Waalaikummusalam,” mereka juga menjawab serentak. Dia menghulur tangan untuk menyalami wanita ...