Bab 1

Short Story Series 1593

Waktu aku sedang duduk di atas kerusi di kantin sekolah agama sambil menikmati mee goreng yang lazat tiba tiba aku ternampak satu susuk tubuh yang kurus dan tinggi lalu di hadapan aku. Pandangan aku tak boleh lari dari tengok si dia.

Namun,aku pun disapa oleh seorang kawan ku.

Era : weh, kau asal termenung?

Aku : eh, mana ada. bila masa aku termenung?

Era : eh eh kau jangan nak tipu aku eh, dari tadi aku tengok je kau. kau asyik usha je budak baru tu.

Aku : tahlah weh, aku suka tengok dia. dia macam menarik bagi aku.

Era : menarik? kau kata? kau ni buta ke?

Aku : kau ni!

dalam hati aku berkata walaupun dia berkulit hitam yang bukan hitam biasa tetapi dia mempunyai badan yang kurus, ketinggian yang baik. dia serba lengkap mempunyai ciri ciri lelaki yang aku minat.

saat itu merupakan pertama kali aku suka pada seorang lelaki yang pada mata orang lain dia sangat tidak sama seperti yang aku fikirkan.

Bila dalam kelas, ustazah perkenalkan dia kepada kelas. aku pun berbunga bunga bila dapat tahu dia satu kelas dengan aku. rasa macam tak boleh saja nak alihkan pandangan aku dari dia.

Ustazah : murid murid ini budak baru yang akan duduk di kelas ini ya. awak boleh perkenalkan diri awak.

Budak Lelaki : hai assalamualaikum, nama saya Aiman. saya dari Bandar Baru Selayang.

Ustazah : baiklah aiman, awak boleh duduk sebelah fikri.

Aiman : Hanya mengangguk setuju.

aku rasa sangat gembira apabila dia duduk dekat dengan aku. waktu itu hanya tuhan saja tahu betapa jantung aku ini rasa nak meletop. mulai saat itu, apabila aku nampak sahaja dia terus jantung aku berdegup laju. aku pun tidak tahu kenapa? Tetapi lepas kena pindah sekolah di Kuala Lumpur terus aku lupa pasal dia. Kami terpisah selama 6 tahun. aku hanya dapat tengok dia dari jauh saja. sebab dia dulu selalu main basikal dekat kawasan rumah aku kerana dia duduk tidak jauh dari situ. setiap petang mesti aku akan duduk dekat 'balkoni' tengok dia main basikal dari jauh. sampai aku dah boleh hafal waktu dia main dan warna basikal dia. punyalah taksub dengan dia tapi lama kelamaan aku dah tidak lagi membuat kerja mengarut itu aku pun tidak lagi terlihat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience