Series
1593
aku mengambil masa hampir 7 bulan untuk berhenti sayangkan dia dan melupakan dia kerana Lia berkata kalau dia betul sayangkan kau dia akan cari kau semula dan dia akan kotakan janji dia. sekarang ini habuk pun tak ada. lebih baik kau lupakan dia. kau fokus kan pada apa yang ada di depan mata.
saat aku sedang bahagia dengan Danial. Lelaki yang suatu ketika pernah kami saling suka antara satu sama lain tapi disebabkan munculnya orang ketiga kami hentikan perasaan itu. tiba tiba Aiman muncul kembali. satu hari itu, aku membuat status wasap aku dengan mengupload satu gambar yang terkandung ayat. dimana terdapat beberapa pilihan yang harus orang pilih. Aiman pun memilih nombor 7 iaitu kau sayang aku tak. aku tidak tahu nak jawab apa. kerana jauh di sudut hati kecil aku memang aku mencintai dia.
aku hanya membalas haha sahaja kerana aku tidak tahu untuk membalas apa sebab aku takut kalau aku balas sayang aku akan kehilangan dia dan kalau aku balas tidak aku juga akan kehilangan dia. aku mempersoalkan kenapa menanyakan soalan sebegitu. dia kata suka hatilah. aku terpaksa membuat pilihan berani mati dan aku menjawab sayang.
dia pun berkata kenapa tak cakap terus? kenapa tergagap? aku menafikan kata kata dia. bermula dari situ kami mula balik hubungan kami dan aku meninggalkan Danial kerana dia kata yang dia dapatkan aku hanya untuk melupakan kekasih dia. memang pengakuan itu amat membuatkan aku terkilan tetapi apakan daya? pilihan orang, suka atau tidak kau kena terima.
sejak dari itu hubungan aku dengan Aiman pun bersambung. kami melalui detik detik yang sangat indah. kami melupakan segala apa yang pernah terjadi sebelum ini dan kami memulakan buku baru dengan perkara yang baru. tapi mungkin jodoh aku dengan dia memang tak panjang. hubungan aku dengan dia sempat hanya sebulan sahaja. aku sejenis manusia yang cepat cemburu dan overthinking. biasalah perempuan kan. perempuan mana boleh terima kalau status wasap kau boleh tengok, instagram story kau dia tengok, dia online tapi chat yang kau hantar semua dia bluetick. kau rasa sebagai seorang perempuan apa yang kau akan fikir jika kau berada di tempat aku.
aku chat dengan Lia tentang sikap dia itu, lepas itu kami saja menggunakan bahasa awak saya. lalu aku post chat aku dengan dia. yang hanya memaparkan " biarkan dia awak, kalau dia sayang awak dia takkan buat awak macam ini". selepas dia lihat status itu. tak berapa lama lepas itu dia chat aku dia kata " kau kata aku tak sayang kau kan? fine. kita putus" aku terus terkedu lepas menerima chat itu. aku hanya membalas apa ni. dia berkata "dah lah aku malas nak bercinta lagi! aku dah fade up!" aku pun membalas "fine!".
mulai dari itu aku terus membenci lelaki yang bernama Aiman. kerana dia aku menangis. kerana dia aku hampir hilang kewarasan diri. kerana dia aku takut untuk jatuh cinta dengan lelaki dan kerana dia aku benci lelaki. kenangan yang kami lalui bersama adalah perkara yang paling sukar untuk aku lupakan. kini, aku bersumpah aku tidak akan jatuh cinta dengan dia buat kali keempat dan tidak akan ada peluang yang ketiga untuk dia.
- TAMAT -
Share this novel