Bab 3

Short Story Series 1593

celik saja mata aku terus menggapai telefon bimbit di sisi aku. aku lihat ada 'notification' dari instagram. aku pun buka tanpa ada rasa apa apa. lalu aku terdiam kerana aku terkejut bahawa aku telah mendapat mesej dari lelaki pujaan aku, aiman. waktu itu aku rasa nak menjerit sekuat hati. betapa gembiranya aku apabila pagi aku diserikan dengan mesej dari pujaan hati. intipati mesej itu bertulis "assalam, kenal tak?".

dengan pantas aku membalas tanpa memikirkan apa apa.

Aku : waalaikumsalam, hmm siapa eh? tak cam sangat lah. (aku berpura pura tidak kenal sedangkan aku tahu itu aiman. aku nak uji dia apa yang dia akan balas)

Aiman : ini aiman lah. sekolah agama dulu. ingat tak?

Aku : oh, ingat ingat.

Aiman : awak kan yang minat saya dulu?

Aku : hahaha, itu waktu kecil lagi mana tahu apa apa. awak pun tak suka dekat saya.

Aiman : hahaha biasalah budak mana tahu. dulu serabai je tapi sekarang dah cantik. dah bergigi besi.

Aku : hahah terima kasih.

Aiman : nak nombor telefon awak boleh?

Aku : buat apa? chat dekat sini je boleh kan.

Aiman : memang boleh tapi saya lebih selesa chat dekat whatssapp.

Aku : ouh haa awak bagi nombor awak.

Aiman : okay.

setelah lama kami saling menghubungi antara satu sama lain, sudah lama mengenal hati budi masing masing. kini, baru aku tahu yang dia belajar di Slim River, Perak. Tetapi aku bersyukur yang dia masih tinggal di kawasan taman aku. Selepas saling meluahkan isi hati masing masing dia pun memula kan langkah dia. satu hari dia tanya aku soalan yang buat aku rasa sangat seronok yang tidak terkata. mulai saat itu dia sudah menjadi kekasih aku.

satu hari dia chat aku dia kata "awak saya nak kita kawan rapat gila boleh tak?" aku pun terkejut tapi dalam masa yang sama aku ada rasa mesti ada benda yang tak kena. selepas itu, dia cuba bagi alasan lagi dia katakan yang kami tingaal di kawasan yang berdekatan.kalau kantoi nanti kecoh pulak. aku pun menyoalkan perkara itu dengan berkata "kenapa nak kecoh pulak? siapa yang nak sebarkan kalau kita dua je yang tahu." dia hanya membalas okay. pada jam 5 petang dia chat aku semula.

Aiman : awak saya ada benda nak bagitahu awak.

Aku : apa, yang awak dah ada orang lain?

Aiman : hmm

Aku : betulkan apa saya cakap?

Aiman : Hmm betul lah tu. awak saya minta maaf sangat. saya tak ada niat nak lukakan hati awak.

Aku : hmm. macam mana awak boleh terima dia?

Aiman : mula mula dia chat saya dia kata dia dah lama sukakan saya. saya pun tiba tiba terus tersuka dia.

Aku : dengan perasaan yang marah. oh habistu saya ini apa? kalau awak tiba tiba sukakan dia. awak nak campak saya kat mana pulak?

Aiman : awak saya mintak maaf sangat sangat. tolong lah jangan buat saya macam ini. saya masih sayangkan awak. kita masih boleh berkawan.

Aku : awak masih sayangkan saya? eh awak sedar ke tak apa yang awak mengarut ini. awak dah terima dia lepas awak nak suruh saya kawan dengan awak lepas apa yang awak buat dekat saya? awak ini gila ke? habis hati saya sakit, kecewa ini macam mana? awak nak terus saya lupakan macam tu je?

Aiman : hmm, awak tolong lah. saya merayu dekat awak. kalau awak taknak kawan dengan saya lagi at least tolong maafkan saya.

Aku : tengoklah kalau aku masih rasa nak maafkan kau aku akan maafkan kalau tak ada. pandai pandai lah. bye, assalamualaikum.

Aiman : awak, janganlah. awak tolong lah ampunkan saya.

aku terus mengabaikan segala mesej dari dia dan call dia. aku hanya membaca sahaja mesej itu. aku bercadang untuk tidak membuang nombor dia. satu hari aku nyatakan satu kata pada dia.

Aku : aku doakan kau dengan dia tidak bahagia sebab kau bahagia diatas kebahagiaan orang lain.

Aiman : hmm tak apalah nak buat macam mana. saya dengan dia memang tak ada jodoh. kami dapat bersama selama dua hari saja. mungkin ini balasan Allah kepada saya atas apa yang saya dah buat pada awak.

Aku : aku sebenarnya nak mintak maaf sepatutnya aku kena maafkan kau bukan berdendam dengan kau macam ini.

Aiman : tak apalah awak, saya faham sebab saya awak menangis, sebab saya awak kecewa. saya sebenarnya memang sayangkan awak. saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta dengan dia macam itu.

Aku : aku tak tahu memang aku sangat kecewa dengan kau.

Aiman : waktu saya dengan dia. saya selalu baca mesej saya dengan awak. waktu itu saya rasa saya terlalu berdosa dengan awak kerana saya khianati cinta awak. saya tahu yang kita saling menyayangi tetapi saya yang bodoh. saya harap awak dapat terima saya semula untuk perbaiki silap saya.

Aku : aku sejujurnya memang sayangkan kau lagi. tapi untuk terima kau semula itu aku takut. aku takut kalau kau kecewakan aku lagi.

Aiman : saya janji saya tak akan kecewa kan awak kali ini.

waktu itu aku rasa gembira dalam kerisauan kerana aku takut dia bersikap seperti semula. tapi percayalah tiada siapa pun yang terus boleh melupakan orang yang pertama kali dia cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience