Saadiq menoleh ke tepi. Tidurnya tidak senang. Dia asyik memikirkan gadis tempoh hari. Saadiq memandang kucing putihnya yang masih tidak berhenti mengiaw itu.
Pelik kenapa kucingnya berhenti mengiaw bila dekat dengan gadis itu? Ada apa dengan gadis itu hingga haiwan menyukainya.
Agak-agaknya dimana gadis itu tinggal? Dia pelayan dari bahagian mana? Dia ingin tahu semuanya jadi mudahlah dia tengok-tengok gadis itu nanti. Menyesal dia tidak tanya haritu.
"Diq kau dah tido ke" punggung Saadiq ditepuk mengejut oleh Rizal. Saadiq pasang muka. Buang tabiat ke tiba-tiba tepuk bontot orang ni? Nasib dia tidak terkentut saja tadi.
"Jom jalan luar" ajaknya. Walaupun Rizal hanya orang bawahannya namun dia rapat dengan Rizal seperti kawan. Rizal adalah pembantu peribadi yang telah dilantik oleh Raja Muda untuknya.
Setiap mereka yang berkedudukan mempunyai pembantu peribadi tersendiri.
"Malaslah aku" kata Saadiq dengan nada suara yang lemas. Dia pura-pura menutup mata agar Rizal melupakan keinginannya yang hendak bawa dia keluar tadi.
"Ingatkan nak tengok pelayan baru tu. Cantik woo. Aku tegur dia pagi tadi" mata Saadiq terbuka luas mendengar ayat Rizal tadi. Siapa lagi pelayan baru di istana itu jika bukan gadis yang dia asyik memikirkan tadi.
"Ha jom ah keluar. Aku pun bosan ni" Rizal tersengih puas. Dia sudah agak ideanya itu akan membuatkan Saadiq menurutinya.
"Laju naw" perlinya namun Saadiq tidak mempedulikannya. Dia terus keluar daripada bilik itu begitu saja tanpa bersiap-siap terlebih dahulu. Dah confident kacak, itulah sebabnya!
"Kau tau tak pelayan baru tu tinggal kat unit mana?" Rizal mengeleng kepala kemudian Saadiq berhenti melangkah. Jadi apa gunanya mereka keluar untuk melihat gadis itu jika Rizal pun tidak tahu dia tinggal di unit mana?
"Kau ni takboleh pakailah Zal"
"Ala kita pusing-pusing je dulu. Kot-kot terserempak" balas Rizal sambil menepuk bahunya berkali-kali untuk bergurau. Melihat wajah Saadiq yang hanya serius itu, Rizal tidak jadi bergurau tawa dengannya.
"Dahlah gerak dulu. Aku ikut belakang" Rizal ditolak ke hadapan.
Tak kuasa dia nak jalan seraya. Rizal telah menipu dia tadi. Kalau dia tahu yang Rizal tidak tahu soal itu pasti dia pun tidak akan keluar. Lebih baik dia bazirkan masanya dengan minum di biliknya seorang diri. Itulah healing terbaiknya.
Kedua mereka berjalan-jalan mengelilingi istana. Semua tempat mereka kunjungi untuk hilangkan rasa bosan yang melampau. Mereka tidak boleh keluar daripada istana sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
Jika ada urusan barulah mereka boleh keluar. Semua itu untuk keselamatan mereka sendiri.
"Eh jap" Rizal menahan Saadiq dari melangkah.
"Kau ni dah kenapa?" Saadiq memandang ke arah yang membuatkan Rizal menghentikan langkahnya tadi.
Mata Saadiq mengecil melihat ada sosok lelaki sedang berdiri di tepi kolam mandi istana. Itu Raja Muda ke? Sejak bila dia pulang? Saadiq berfikir sejenak setelah beberapa saat dia baru teringat yang Raja Muda memang sepatutnya pulang hari ini. Dia fikir lelaki itu akan pulang esok.
Kedua mereka mendekati Raja Muda perlahan-lahan tanpa membunyikan tapak kaki mereka sama sekali. Dah kenapa pula Raja Muda berdiri di tepi kolam mandi itu? Banyak-banyak tempat kenapa harus di situ juga?
"Yow king kita dah balik" bahu Raja Muda ditepuk oleh Rizal dari belakang dengan bahasa formal. Mereka sudah biasa seperti itu. Tidak perlu formal sangatlah, mereka bukannya di dalam mesyuarat penting pun.
"Sejak bila kau balik ni?" Soal Saadiq pula. Masing-masing mereka berdiri di sebelah kiri dan kanan Raja Muda itu.
Arash Arkawi tidak merespon. Kepalanya hanya menghadap ke hadapan seperti ada sesuatu yang dia sedang perhatikan.
Rizal dan Saadiq memandang ke hadapan untuk cari tahu apa yang membuatkan Arash itu terlalu fokus memandang hadapan hingga dia tidak mendengar perkataan daripada mereka.
Kedua mereka terlopong mulut melihat sosok tubuh gadis sedang berendam di dalam kolam mandi itu. Bahu dan leher gadis itu jelas kelihatan tanpa sehelai benang sama sekali.
"Itu perempuan tu.." kata Rizal perlahan. Mata mereka berdua terus melirik ke arah Ayasha tanpa berkedip mata sama sekali. Pemandangan malam ini benar-benar indah.
Rupa-rupanya Ayasha yang menjadi tumpuan Arash dari tadi. Tidak sangka pula dia akan renung sampai begitu sekali!
Ayasha berendam lebih dalam demi untuk menyembunyikan tubuhnya yang tanpa sebarang kain itu. Wajahnya terlihat sangat ketakutan saat melihat ketiga lelaki itu terus melirik dia tanpa henti.
Saadiq menutup mata Rizal dengan tangannya. Rizal tidak boleh tengok! Lelaki itu sudahlah miang. Kalau dia tengok Ayasha pasti nafsu miangnya membuak-buak! Tidak boleh!
Dia tidak akan biarkan hal itu terjadi. Biar dia saja yang tengok. Dia mampu menahan diri.
•
Air liur ditelan pahit. Jantung Ayasha berdetak kuat saat berhadapan dengan Raja Muda itu. Setelah selesai menyalin pakaian. Dia diminta untuk menghadap Raja Muda malam itu juga.
"Saya minta maaf.." ucap Ayasha untuk kali keempat. Dia tidak tahu harus kata apa lagi. Yang dia harus buat adalah meminta maaf sehingga Raja itu memaafkannya.
Rizal dan Saadiq terdiam di samping Arash. Mereka kasihankan Ayasha yang dari tadi duduk melutut di hadapan Arash itu. Pasti lututnya sakit kerana berlutut lama seperti itu.
"Kau tau waktu mandi yang dibenarkan dalam istana?" Soal Arash yang akhirnya membuka mulut itu. Dari tadi dia diam dan membiarkan Ayasha berbicara sendiri.
"Tahu Raja.."
"Jadi kenapa?"
"Saya panas jadi saya mandi lagi sekali untuk hilangkan rasa panas. Saya minta maaf.."
"Panas atau tidak. Aku tak peduli. Peraturan tetap peraturan. Ini istana bukan rumah" kata Arash yang tetap tegas dengan pendirian peraturan di istana itu.
"Tak baik untuk anak dara mandi di waktu malam"
"Tapi tu kan mitos je.." balas Ayasha perlahan. Itu cuma kepercayaan palsu saja. Selama ini okay saja dia mandi malam. Tak jadi apa-apa pun.
"Hah menjawab. Berani menjawab!" Bentak Arash Arkawi hingga wajahnya berubah merah padam.
Ayasha menutup keduanya mata dengan rapat. Dia menggenggam hujung kain bajunya dengan kuat. Dia takut saat dijerit seperti itu. Rasanya seperti ada malaikat maut yang sedang berdiri di sampingnya.
Tahap ketakutan itu hampir membuatkan dia terkencing di situ namun dia berusaha untuk tahan.
"Maaf. Saya janji tak buat lagi.." kata Ayasha dengan sungguh-sungguh.
Salah dia juga sebab tak dengar kata Tania tadi. Tania sudah melarang dia untuk mandi di waktu malam tapi dia tetap berkeras untuk mandi juga.
Sekarang dia sudah ditangkap oleh Raja Muda sendiri pula tu bukan orang biasa-biasa lagi.
"Sekali lagi aku nampak. Aku tak teragak-agak untuk bagi hukuman biar satu istana tau perbuatan kau yang melanggar peraturan istana waktu itu" pesan Arash dengan tegas dan lantang. Ayasha mengangguk kepala tanda dia mengerti.
"Jawab!" Kedua bahu Ayasha terangkat mendengar jeritan Raja Muda yang mengejut itu. Bukan Ayasha seorang saja yang terkejut. Rizal, Saadiq dan beberapa pengawal yang mengawas ruangan itu juga turut terkejut.
"Ye-ee..Raja saya akan patuh semula" balas Ayasha tergagap-gagap. Bodohnya kenapa dia angguk saja tadi!? Dia lupa orang di depannya itu bukan rakyat biasa yang dia boleh bawa berbicara dengan santai.
Kedua mata Ayasha mula berair namun dia tetap menahannya dengan sekuat yang dia mampu. Jika dia menangis pasti dia akan dibentak lagi oleh Raja Muda itu.
"Kau pelayan baru?" Soal Arash yang tiba-tiba menukar topik perbualan mereka tadi.
"Ye saya pelayan baru.."
"Bahagian mana?" Soal Arash yang selanjutnya.
"Pelayan hidangan Raja" balas Ayasha dengan nada suara yang bergetar. Dari suara Ayasha jelas kedengaran yang dia sedang menahan tangis.
"Unit mana?" Soalnya lagi hingga hal itu membuatkan Rizal dan Saadiq hairan. Kedua mereka memandang Arash dengan riak wajah yang binggung.
Setahu mereka Arash tidak akan banyak tanya soal pelayannya. Tapi dengan Ayasha dia banyak soalan pula. Sampaikan unit bilik Ayasha pun dia soalkan.
"Saya tak tau unit berapa tapi bilik saya belakang tandas perempuan" jelas Ayasha. Dia tidak tahu pula setiap bilik ada nama unit mereka sendiri. Yang dia tahu biliknya berdekatan dengan tandas perempuan di belakang.
Arash tidak bersuara namun dia hanya mengangguk kepala tanda dia mengetahuinya.
"Boleh aku tau nama kau apa?" Soal Arash lagi.
Rizal dan Saadiq saling bertembung mata antara satu sama yang lain. Benar-benar ada yang tidak kena ni. Sampaikan nama pun dia nak tahu walhal Rizal dan Saadiq sendiri pun tidak tahu nama gadis itu meskipun sudah seminggu gadis itu di dalam istana.
Biasanya Arash tidak akan ambil tahu nama-nama hamba yang bekerja di dalam istana itu. Kerana bila Arash ingin memanggil mereka. Arash hanya akan memanggil mereka dengan gelaran pelayan atau hamba saja.
Tidak pernah lagi dia sebut nama mereka kecuali orang yang lama berkhidmat dan orang yang dia rapat seperti Rizal itu.
Ayasha tidak memandang ke mata Raja namun bibir tetap membalas setiap soalan yang dilemparkan kepadanya. Dia takut untuk diam kerana takut jika dia dijerit seperti tadi lagi.
"Ayasha" ketiga mereka terdiam mendengar nama gadis itu untuk kali pertama terutamanya Saadiq. Dia terlihat seperti terpegun dengan nama Ayasha.
"Maksud nama?" Soal Arash lagi.
Rizal dan Saadiq pasang muka terkejut. Dah gila agaknya Raja dorang ni. Masih muda dah gila. Terkejut mereka. Tak pernah lagi orang tanya nama beserta dengan maksudnya sekali seperti itu.
"Saya tak tau..ayah saya yang bagi nama tu" balas Ayasha sambil tersenyum hampa. Sebut saja perkataan ayah, dia jadi sedih seketika. Ayah? Ayah seperti apa itu? Sanggup buat anaknya berada di tempat ini?
Dapat hidup di dalam istana bukanlah sesuatu yang membanggakan. Tempat ini sangat ketat dengan bermacam-macam kepercayaan palsu dan peraturan yang tidak masuk akal.
"Wanita sempurna yang terbaik" jelas Arash tentang nama gadis itu kerana dia tidak mengetahui erti namanya sendiri.
Ayasha mengangkat kepala mendengar jawapan Arash. Wajah Raja Muda itu dipandang dengan tempoh yang lama. Bagaimana Arash boleh tahu erti namanya itu walhal tadi dia hanya berbohong yang dia tidak tahu erti namanya apa pada dia.
Dia cuma tidak mahu orang mengetahui erti namanya itu kerana erti nama itu tidak sama dengan dirinya saat ini. Dia bukanlah gadis yang sempurna bahkan dia juga tidak pernah melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidupnya.
Bagi Ayasha, erti nama itu tidak sesuai untuk dirinya. Bahkan nama itu tidak pantas untuk dia yang sangat bertentangan daripada erti nama itu.
"Kau boleh balik semula" kata Arash yang telah membenarkan Ayasha untuk kembali ke biliknya semula.
Sebelum meninggalkan ruangan itu, Ayasha mengucapkan terima kasih sambil membongkok tubuhnya tanda hormat kepada Arash.
Arash bangun dari kerusi itu kemudian dia memandang Rizal dan Saadiq dari sebelah mata.
"Puas tengok perempuan mandi?" Perlinya pada kedua mereka. Rizal dan Saadiq terkejut kemudian kedua mereka tersenyum sinis padanya. Cakap orang bukan main lagi! Diri sendiri pun dua kali lima saja!
"Habistu yang kau ikut renung dia sampai nak tembus kolam mandi tu apa pula" sindir Saadiq semula.
"Kau tu Raja tau. Tak elok tengok benda-benda macam tu. Kitaorang ni takpela bujang lagi"
"Kau tu dah ada 3 isteri. 4 gundik. Tak puas lagi lah tu sampai pelayan pun dia bantai cuci mata"
"Suka-suka akulah. Bukannya buat apa pun. Aku tengok je" balas Arash yang tidak mahu kalah.
"Kitaorang pun tengok je bukan buat apa pun" balas Rizal yang mendapat idea untuk kenakan Arash itu semula.
"Werkk" kedua lelaki itu menjelir lidah pada Arash saat Arash sudah tidak punya idea untuk membalas mereka sementara pengawal ruangan itu tertawa perlahan melihat Arash disindir semula oleh mereka.
Ketiga mereka sudah berkawan sejak lama dahulu. Jadi cara mereka berbual antara satu sama yang lain sama seperti orang-orang biasa yang memiliki teman baik itu.
•
"Awak okay tak?" Tania langsung mendapati Ayasha setelah dia kembali ke bilik. Wajah gadis itu terlihat sangat pucat saat masuk ke bilik.
"Orang dah pesan. Degil sangat nak ikut kepala dia sorang. Kan dah kena" sindir rakan sebiliknya yang bernama Delina itu sementara kawannya yang bernama Kira itu tertawa jahat melihat wajah Ayasha yang pucat itu.
Tania memandang mereka dengan tatapan yang dingin. Dah tahu Ayasha tengah takut. Boleh pula mereka lemparkan ayat seperti itu pada Ayasha!
"Diamlah mulut tempayan" sindirnya lalu dia bawa Ayasha ke katilnya untuk menenangkan gadis itu semula.
"Apa kau cakap!" Soal Delina dengan penuh amarah di hati. Tania tidak mempedulikannya. Dia biarkan saja Delina marah seorang diri. Lagipun Delina tidak akan berani buat macam-macam pada dia.
"Raja cakap apa tadi?"
"Saya dah minta maaf. Dia maafkan tapi saya rasa takut bila dia jerit tadi.."
"Saya pun dengar dia jerit tadi. Saya dah risau awak kat dalam tu" kata Tania yang begitu gelisah itu. Dia pula yang lebih-lebih takut sekarang padahal bukan dia yang dimarahi tadi.
"Raja tak bagi hukuman kan?" Soal Tania kemudian Ayasha mengeleng kepala sebagai jawapan.
"Raja lepaskan saya dengan syarat saya tak boleh ulang lagi perkara tu" balas Ayasha. Tanpa dirancang kedua gadis itu menghela nafas dengan serentak.
Delina dan Kira menjeling mereka dengan tajam. Mereka tidak puas hati bila Ayasha tidak diberikan hukuman sama sekali padahal mandi pada waktu malam itu adalah larangan buat mereka semua.
"Takde guna kita report dengan Raja tadi" bisik Kira di telinga Delina.
Ya itu semua ulah mereka. Mereka yang memberitahu hal itu pada Raja saat mereka terserempak Raja dalam perjalanan hendak kembali ke bilik tadi. Yang mereka harapkan Raja akan menjatuhkan hukuman pada gadis itu namun hasilnya gagal.
Kenapa diberi peluang kedua lagi? Walhal saat mereka melakukan kesalahan buat kali pertama dulu. Mereka langsung dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang untuk menjelaskan apa pun.
Apa kerana Ayasha bijak memujuk Raja sampai dia boleh terlepas? Atau kerana dia menggunakan cara kotor untuk larikan diri dari hukuman itu? Ini menjadi tanda tanya pada kedua gadis yang tidak menyukainya itu.
•
Wajah Arash berubah dingin mendengar Puan Bonda mula menceritakan soal anak kepadanya lagi. Sudah 7 tahun dia bergelar suami, tiada satupun isteri ataupun gundik yang boleh mengandung.
Tiada cara untuk dia mendapatkan zuriat jika sumpahan masih melekat pada dirinya. Puan Bonda selalu menyoalkan soal zuriat pada dia. Walhal dia sendiri pun sudah lama inginkan zuriat namun dia belum dapat memilikinya lagi.
Sumpahan terkutuk ada di dirinya. Sumpahan inilah yang membuatkan dia tidak memilki zuriat meskipun semua isteri dan gundiknya tidak mandul.
Jika dia dikahwinkan lagi pun tiada gunanya lagi. Warisan keturunan tidak dapat diturunkan pada zuriatnya mungkin akan diturunkan kepada keluarga yang mempunyai talian darah dengannya.
Namun Puan Bonda selalu menentang keputusan dia untuk menurunkan takhtanya pada orang lain.
Yang Puan Bonda mahukan adalah takhta itu diturunkan kepada zuriatnya sendiri. Tapi apa yang dia boleh buat jika dia sendiri tidak memiliki anak?
"Isteri Ziam sepupu sebelah ayahanda tu bonda dengar mengandung anak kembar lagi. Beruntung betul ye Ziam tu. Bertambahlah anak teruna dia" kata Puan Bonda yang begitu senang dengan khabar baik itu.
"Bonda takkan cakap soal anak lagi kan?" Soal Arash yang sudah letih mendengar hal yang sama itu berulang kali.
Wajah Puan Bonda berubah kecewa. Entah sampai bila dia merasa anak cucu sendiri. Sumpahan itu telah menghancurkan segala keinginannya. Bukan hanya dia tapi Arash sendiri.
"Bonda rasa kita kena panggil penilik nasib untuk tengok takdir Arash-" belum sempat Puan Bonda berbicara tiba-tiba Arash mencelah dengan lantang.
"Bonda percaya benda karut marut tu ke!? Penilik nasib tu cuma nak cari duit bonda. Semua yang dorang cakap tu bohong semata-mata. Berapa kali Arash nak cakap?"
"Sumpahan sialan ni mustahil boleh hilang macam tu je bonda"
"Arash tak mungkin dapat anak. Ini sumpahan bonda!"
"Bukannya sebab permaisuri dan gundik-gundik tu mandul ke apa. Kalau mandul takkan sampai 7 perempuan yang Arash dah tidur tapi takde yang boleh mengandung langsung. Tak masuk akal langsung tau tak" bentaknya dengan suara yang lantang.
Dia tertekan memikirkan hal yang sama itu setiap hari. Dia bahkan kehabisan idea untuk menghapuskan sumpahan yang sudah menyusahkan hidupnya itu!
"Tak salah mencuba Arash. Takkan Arash nak putus asa macam tu je"
"Putus asa? Bonda memang tak nampak usaha Arash kan? Bonda suruh Arash kahwin. Arash buat. Bonda suruh Arash cari gundik lain. Arash pun buat. Apa lagi yang Arash tak buat?"
"Bukan macam tu maksud Bonda Arash. Bonda cuma nak buat yang terbaik untuk Arash.."
"Sekali ni je Arash. Kita panggil penilik nasib. Ini last. Kalau betul dah takde jalan. Bonda takkan paksa lagi. Bonda dah tak kisah kalau takhta keluarga kita diserahkan pada orang lain"
"Bukan orang lain bonda tapi orang yang ada kaitan darah dengan kita. Arash tak bodoh untuk serahkan takhta pada orang yang salah" jelas Arash untuk memperbaiki ayat ibunya tadi. Puan Bonda hanya terdiam dan menundukkan kepala ke bawah.
•
Pintu bilik permaisuri pertama ditutup dengan rapat. Dayang bawahan Puan Bonda masuk ke dalam biliknya kemudian dia mendekati permaisuri yang bernama Laliya itu.
Dayang itu membisikkan sesuatu di telinga Permaisuri Laliya soal perbualan Arash dengan Puan Bonda di bilik Puan Bonda pagi tadi.
Meskipun dia dayang bawahan Puan Bonda. Dia juga telah menjadi penyampai kepada Permaisuri Laliya tentang apa pun yang berlaku berkaitan dengan Puan Bonda dan Raja Muda itu.
"Ohh jadi dorang akan panggil penilik nasib lagi?" Dayang itu mengangguk kepala tanda benar.
Permaisuri Laliya tersenyum kecil. Telinga cawan itu dipegang dengan erat kemudian dia menghirup air teh yang masih hangat itu dengan penuh hati-hati.
"Apa pun rancangan dorang. Mustahil berhasil" kata permaisuri Laliya kemudian dayang itu mengangguk kepala tanda dia setuju.
Sudah lama dia tinggal di istana itu. Tiada satu pun rancangan mereka untuk mendapatkan zuriat itu berhasil dengan jayanya. Dan sememangnya tidak akan berjaya kerana ini adalah sumpahan yang telah melekat pada diri Arash.
Share this novel