Wajah Ayasha muram sejak awal dia masuk ke ruangan itu. Apa kejadah berat badan, tinggi dan tubuh badannya pun diperiksa. Pemeriksaan jenis apa ini? Dah macam nak jual dia ke luar negara pun begitu.
"Ayasha" Ayasha yang sedang menyandarkan badannya di tiang itu bergegas berdiri dengan tegak saat namanya dipanggil oleh seseorang dengan nada suara yang tegas.
"Ikut saya sekarang" arah wanita tua yang bersuara tegas itu tadi.
Ayasha menghampiri ke belakang wanita tua itu kemudian dia mengikutinya dari belakang hinggalah mereka tiba di satu ruang yang tidak jauh dari ruang pemeriksaan itu tadi.
Pintu itu dibuka untuknya oleh wanita tua itu. Wanita itu meninggalkan tempat itu setelah menghantar Ayasha ke ruangan itu. Tugasannya sudah selesai, jadi selebihnya biar petugas lain yang melaksanakan tugas mereka.
"Duduk sini" Ayasha mencari suara itu. Dari mana suara itu berasal? Dia tidak nampak seorang pun di dalam ruangan itu kecuali dirinya sendiri. Siapa yang bercakap dengan dia tadi.
"Woi sini" Ayasha mengecilkan kedua matanya melihat lambaian tangan kecil seseorang dari sudut ruang itu.
Ayasha tersentak. Memang benar ada orang tapi dia tidak menyedarinya kerana tubuh orang itu kecil seperti anak yang berumur 5 tahun sahaja. Namun dari suaranya terdengar seperti suara orang dewasa.
Terdapat satu meja dan kerusi di sudut itu. Ayasha mendekati wanita kerdil itu dengan penuh hati-hati. Kenapa dia jadi takut pula ni? Bukannya dia ada bunuh orang.
"Eh cepat sikitlah! Buang masa aku betul!" Jerit wanita itu sambil mencekak pinggang di hadapan meja.
Tinggi wanita itu sama seperti tinggi meja itu namun begitu walaupun dia kecil, suaranya sangat lantang saat memanggil dia. Jangan tengok badan je kecil tapi wajahnya garang!
Ayasha berlari mendekati dia. Wanita itu menatap Ayasha dengan pandangan yang tajam. Tubuh Ayasha dipandang dari atas ke bawah semula.
"Saiz M?" Teka wanita itu tanpa menunggu lama. Ayasha terkilan seketika. Wanita itu boleh tahu saiz pakaian yang dia guna tanpa dia sendiri memberitahunya terlebih dahulu.
"Ahh betul.." balas Ayasha sambil mengangguk kepala. Pakaian seragam khas untuk pelayan diletakkan di atas meja itu. Pakaian dalam turut diberikan kepadanya.
"Tapi saya tak cakap lagi saiz pakaian dalam saya.." Ayasha memeriksa saiz pakaian dalam itu. Matanya membulat besar melihat tag saiz pakaian dalam itu tepat dengan miliknya.
"Aku perempuan. Aku tahulah saiz kau berapa. Jangan banyak songeh"
"Ambik je apa yang aku bagi" kata wanita itu dengan tatapan yang dingin. Dia anggap perbuatan Ayasha itu seperti sedang menentang kelebihannya yang dapat meneka dengan benar itu.
"Sorry.." ucap Ayasha sambil tersengih kelat. Manalah tahu salahkan? Dia cuma takut sempit jika memakainya nanti.
"Dah kau boleh keluar"
"Boleh saya tanya?"
"Tanya apa lagi?" Soalnya dengan kasar. Air liur ditelan pahit. Garanglah pula makcik ni! Takut dia nak tanya banyak soalan jika begini.
"Tugas saya apa?"
"Kau tak nampak warna baju kau tu ke? Takkan tau tahu hal basic macam ni?" Ayasha memandang warna pakaian itu. Dia diberikan gaun labuh yang berwarna putih bersih.
Ayasha mengeleng kepala. Dia benar-benar tidak tahu soal itu kerana dia tidak pernah ambil tahu. Sejarah pun dia tidak hafal! Macam mana dia nak tahu semua itu.
"Gaun putih bermakna kau pelayan penghidang makanan. Ini bermakna bila tiba masa waktu makan kaum kerabat. Kau yang akan hantar dan hidangkan makanan di atas meja makan untuk mereka" jelas wanita itu kemudian mulut Ayasha membentuk seperti bentuk 'O'.
Jadi tugasnya tidak terlalu beratlah kan? Kerja seperti itu dia sudah pernah buat sepanjang bekerja di kedai makan sebelum ini jadi tidak perlu risau lagi.
"Dah keluar" halau wanita itu lagi sekali.
Barang-barang itu diambil kemudian dia bawa keluar daripada ruangan itu. Ayasha berdiri diluar ruangan itu. Sekarang dia binggung harus ke mana lagi. Dia belum mahir soal tempat di istana itu.
Ayasha melihat ke sekeliling. Dia buntu harus buat apa lagi di sini. Tiada siapa beri dia tunjuk ajar ataupun tunjuk arah. Dia benar-benar mati akal memikirkannya. Kalau dia buat silap sikit pasti dia akan dihukum.
Ayasha terdiam seketika. Dia terdengar suara kucing dari tadi tapi dia tidak yakin jika itu memang suara kucing. Suara kucing itu terdengar sayu dan perlahan. Seperti sedang dalam kesakitan.
"Meow.." Ayasha membuat suara kucing tiruannya untuk mencari kucing itu dimana. Dia terus mengikuti arah suara kucing itu berasal dari mana.
"Woi" Ayasha terkejut kecil saat ada suara garau baru saja menjerit dia sebentar tadi. Ayasha menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu.
Dia lelaki.
Lelaki itu mendekati Ayasha kemudian Ayasha mengundur ke belakang. Dia tidak biasa berbicara dengan lelaki tanpa ada urusan yang penting. Ayahnya mengajar dia untuk selalu menjaga jarak sejak dulu lagi.
Pakaian Ayasha dipandang dari atas ke bawah. Ekspresi mukanya tampak binggung. Ayasha bukan orang dalam istana itu. Buat apa dia di sini? Jelas dari pakaiannya dia adalah orang luar.
"Kau buat apa kat sini? Tempat ni bukan untuk kau" soal lelaki itu kemudian riak wajahnya berubah angkuh. Lihat dari pakaian lelaki itu, Ayasha tahu pasti dia lelaki dari kaum kerabat diraja.
"Saya pelayan baru. Tadi saya dengar bunyi kucing mengiaw sebab tu saya cari.." balas Ayasha tanpa memandang wajahnya. Dia bukan sombong tapi sedar diri yang dia itu tidak layak menatap wajah keturunan yang berada itu.
"Ohh kucing ni maksud kau?" Kucing putih yang berada di dalam beg kucing itu ditunjukkan kepada Ayasha. Tadi dia sorok kucing itu di belakang punggungnya.
"Ha ye kucing ni"
"Ni kucing akulah. Aku nak bawa dia jalan-jalan. Dia dah biasa mengiaw macam ni. Memang tabiat dia. Tak lapar pun dia mengiaw juga" jelas lelaki itu yang sebenarnya turut binggung dengan kelakuan kucingnya itu.
Kucing orang lain elok je diam tapi sampai kucing dia saja bising mengiaw siang malam tidak henti-henti!
Ayasha membongkok sedikit kemudian dia memandang kucing putih dari luar sangkar itu. Dia tersenyum lebar pada kucing itu. Perlahan-lahan kucing itu berhenti mengiaw seperti tadi.
"Apa? Apa kau dah buat tadi?" Kucingnya berhenti mengiaw saat Ayasha memandangnya. Lelaki itu mengeluarkan kucing putihnya daripada sangkar kemudian dia letakkan ke bawah.
Kucing putih itu berlari mendekati Ayasha kemudian dia mengesel tubuhnya yang lebat dengan bulu itu di kaki Ayasha hingga Ayasha geli sampai dia ingin ketawa.
Ayasha duduk mencangkung ke bawah. Kucing itu dibelai dengan manja. Nampaknya kucing itu suka pada dia. Padahal ini baru hari pertama dia berjumpa dengan kucing itu.
"Cantiknya dia" puji Ayasha. Bulu kucing itu sangat bersih dan putih suci tanpa sebarang kotoran seperti terjaga rapi oleh tuannya. Tuannya adalah lelaki di depannya itu.
Saadiq.
Itulah nama pemilik kucing putih yang cantik itu.
Kucing putih itu diangkat kemudian Ayasha serahkan kepada Saadiq. Kucing itu dimasukkan ke dalam sangkar semula namun saat dia dimasukkan semula, kucing itu kembali mengiaw. Nampaknya dia tidak mahu berjauhan daripada gadis itu.
Dia tidak boleh lama-lama di situ. Jika dia kedapatan pasti dia akan dihukum. Cara hidup di istana berbeza dari cara hidupnya di rumah. Dia tidak boleh terleka sedikit pun.
"Saya pergi dulu" tanpa menunggu jawapan dari Saadiq. Ayasha terus pergi meninggalkan dia begitu saja.
Saadiq tersenyum kecil melihat Ayasha yang berjalan pantas di hadapan. Gadis itu jelas sedang cepat-cepat untuk kembali ke tempat yang sepatutnya dia pergi.
•
"Ni bilik awak. Kalau taktau banyakkan bertanya pada orang sekeliling. Jangan sampai sesat. Kalau Puan Bonda nampak memang habis awak kena marah nanti" pesan pelayan yang bertugas sebagai salah satu dayang yang bekerja di bawah isteri dan gundik Raja Muda itu.
Bibir diketap perlahan. Ayasha mengangguk kepala menandakan dia mengerti apa yang dinasihatkan oleh dayang itu.
Setelah menghantar Ayasha, dayang itu pun pergi meninggalkan ruangan itu.
Dia melangkah ke dalam bilik. Di dalam bilik itu terdapat 4 katil untuk 4 orang pelayan.
Pelayan-pelayan di dalam bilik itu menatap Ayasha dengan tatapan yang kurang senang akan kehadirannya di bilik itu. Namun ada seorang pelayan saja yang tersenyum melihat dia saat masuk ke dalam bilik itu.
Gadis itu mendekati Ayasha sementara 2 orang pelayan itu hanya memandang mereka dengan sebelah mata saja.
Mereka sebenarnya memandang serong pada pakaian Ayasha yang terlihat miskin itu. Sayang saja muka Ayasha sudah cantik namun pakaiannya pula yang usang. Itu menganggu pemandangan mereka.
"Saya Tania. Awak?" Gadis itu langsung memperkenalkan dirinya pada Ayasha.
"Saya Ayasha" balas Ayasha sambil tersenyum padanya. Kedua mereka saling berjabat tangan sebagai simbol di awal perkenalan mereka.
"Orang miskin layak berkawan dengan orang miskin" sindir gadis itu sambil tertawa jahat dengan rakannya lagi satu itu. Wajah Tania berubah kesal mendengar penghinaan yang keluar daripada mulut rakan sebiliknya itu.
"Kau pun samalah miskin. Lupa ke kau tu hamba yang dijual kat sini oleh abang kau sendiri"
Mata Ayasha membesar mendengar kata-kata Tania yang jelas sedang menghina gadis yang mengejek mereka tadi. Tania sangat berani mengatakan hal itu pada mereka. Kalau dia, dia hanya mampu terdiam.
"Sekurangnya pakaian kitaorang tak usang" sambung gadis itu sambil tersenyum sinis melihat pakaian Ayasha dari atas ke bawah semula. Siap ada kain yang ditampal-tampal untuk menutup bekas kain yang berlubang di pakaian Ayasha itu.
"Ye pakaian tak usang. Tapi muka kau tu berjerawat buruk pulak tu" balas Tania 2 kali ganda hingga gadis itu tidak mampu membalasnya lagi.
"Muka Ayasha lagi bersih dari hati kau tau" wajah mereka berubah merah padam mendengar hinaan yang keluar daripada mulut Tania itu. Kerana mereka terlalu kesal dengan Tania, akhirnya mereka pun keluar daripada bilik itu untuk mengelakkan pergaduhan terus berlaku.
Mulut Tania memang susah untuk berhenti dari berbicara jika orang lain telah memulakannya!
Tania menoleh ke arah Ayasha semula. Dia terkejut melihat riak wajah Ayasha yang terlihat terkilan mendengar ucapan yang keluar daripada mulutnya tadi.
Tania tersenyum kelat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pasti Ayasha sangat terkejut dengan mulutnya tadi. Baru hari pertama mereka kenal, Ayasha sudah nampak sikap Tania yang sebenar.
"Sorry saya geram sikit je" ucap Tania lalu dia mengambil pakaian di tangan Ayasha itu. Dia membawa Ayasha ke katil yang dia akan tidur malam ini.
"Ini katil awak. Lepastu laci sebelah ni tempat awak letak pakaian ataupun barang-barang penting. Awak boleh kunci laci awak guna lock nombor kalau awak takut berlaku kecurian"
"Tandas ada dekat belakang asrama kita lepastu kolam mandi kita bersebelahan dengan tempat mencuci pakaian. Yang tu saya akan tunjuk bila tiba waktu untuk kita bersihkan badan"
"Waktu makan kita pula akan ada selepas Raja Muda, Puan Bonda, isteri, gundik dan orang-orang penting habis makan. Makan cuma 3 kali sehari. Kalau awak still lapar, awak boleh cari makanan yang ada dekat dapur memasak" jelas Tania dengan terperinci agar Ayasha mengerti dan tidak binggung lagi.
"Saya bahagian masakan. Kerja saya hanya di dapur. Awak pula apa? Apa tugasan awak?" Soal Tania dengan mesra. Dia ingin tahu soal itu jadi mudahlah dia curi-curi berjumpa dengan Ayasha nanti.
"Saya pelayan hidangan"
Mendengar jawapan Ayasha itu, senyuman Tania langsung memudar. Ayasha terdiam. Sepertinya ada yang tidak kena dengan tugasannya itu. Tapi apa? Dan kenapa Tania terus berubah wajah mendengar jawapan Ayasha tadi.
"Kenapa? Ada apa-apa ke?"
"Ahh takdelah. Takde apa-apa pun" balas Tania sambil tertawa palsu agar Ayasha tidak mencurigakan dia.
"Saya nak pergi dapur jap. Nak sediakan makanan makan malam hari ni" kata Tania yang tiba-tiba ingin meminta diri itu. Ayasha tidak bertanya banyak, dia hanya mengangguk kepala dan membiarkan Tania pergi.
•
Hamsiah bangun saat suaminya telah pulang ke rumah. Pintu dibuka dengan pantas.
"Aya mana bang" soal Hamsiah iaitu ibu kepada Ayasha. Kazim terdiam. Soalan isterinya tidak dipedulikannya. Dia malah berpura-pura tidak mendengarnya.
"Kenapa abang serahkan Aya! Kenapa bang!" Baju suaminya ditarik dengan kuat. Air mata Hamsiah mengalir dengan deras. Dia sama sekali tidak percaya Kazim akan membuat keputusan seperti itu tanpa pengetahuan dia.
"Aya takde! Abang dah serahkan dia dengan Vin! Puas hati awak!" Balas Kazim kemudian dia menepis tangan isterinya yang menarik bajunya itu tadi.
Hamsiah tersentak. Air mata gugur ke pipi. Ini kali pertama Kazim meninggikan suara pada dia. Dan ini kali pertama Kazim membuat keputusan yang mengecewakan dia.
"Sampai hati abang kan? Aya tu anak kita bang. Kenapa abang sanggup serahkan dia demi hutang"
"Aya tak mati jadi hamba. Abang tahu apa yang abang buat kat Aya. Kalau abang tak buat macam tu. Salah satu kita akan mati di tangan Vin. Sampaikan Fateh pun akan tahu soal Vin masih menagih hutang pada kita"
Sebenarnya duit yang Fateh minta keluarganya pinjam dari Vin itu telah diberi semuanya pada Kazim namun saat itu Alan mengalami penyakit yang boleh membawa kematian.
Jadi duit yang Fateh beri pada Kazim untuk membayar semua hutang itu telah digunakan oleh Kazim untuk membayar kos rawatan perubatan anak lelaki keduanya pula. Jadi akhirnya mereka tidak dapat membayarnya semula.
Salah Kazim kerana telah menyalahgunakan wang itu namun jika dia tidak buat seperti itu mungkin anak keduanya akan mati.
Sekarang Fateh telah tinggal jauh dari rumah sejak sudah berkahwin. Fateh sama sekali tidak mengetahui hal itu. Mereka semua terpaksa mendiamkan diri agar Fateh tidak marah. Jika Fateh tahu mungkin dia marah kerana wang itu telah digunakan bukan untuk dibayar semula pada Vin.
Anak lelaki keduanya keluar daripada bilik dengan wajah yang dingin. Mendengar perbualan mereka itu. Dia sudah mengetahui apa yang telah terjadi. Patutlah Aya tidak pulang padahal dia kerja hingga shift petang saja.
Hamsiah memandang kedua mereka yang saling bertatapan mata dengan tajam itu. Pasti mereka akan bergaduh soal itu nanti.
"Kenapa abi tak bincang dengan Alan dulu bi? Kenapa abi dengan ibu tak cerita pasal ni dengan Alan. Kenapa kena serahkan Aya" Soal Alan yang sukar mempercayai yang ayahnya sendiri akan bertindak seperti itu. Kazim didepannya itu seperti bukan diri ayahnya yang sebenar.
"Dorang minta lunaskan hutang tu dalam tempoh minggu ni Alan. Vin bagi cadangan untuk serahkan Aya sebagai penglunas hutang yang kita dah buat untuk majlis kawin Fateh dan kos rawatan penyakit Alan sendiri tahun lepas"
"Abi takde jalan. Mana kita nak dapatkan duit sebanyak Rm50k tu dalam masa singkat? Macam mana?"
"Tapi tak perlu sampai serahkan Aya jugakan bi? Dia satu-satunya adik perempuan yang Alan ada!"
"Alan boleh bayar hutang tu bi! Alan boleh bayarkan! Asal abi dengan ibu bagitau hal tu pada Alan!" Jerit Alan hingga wajahnya berubah merah padam. Urat di dahinya hingga timbul kerana terlalu kuat menjerit tadi.
"Apa yang Alan boleh bayar! Jawab abi! Abi buat semua ni untuk jaga keselamatan kita sekeluarga!" Kazim meninggikan suara pada anak lelakinya itu.
"Habistu Aya bukan keluarga kita?! Aya anak abi jugakan!" Jerit Alan semula lalu dia menjatuhkan gambar keluarga mereka yang tergantung di dinding rumah itu hingga pecah berderai di atas lantai.
"Keluarga sialan!" Carut Alan lalu dia pergi keluar daripada rumah itu.
Amarahnya terus membuak-buak dengan ayat terakhir ayahnya tadi. Jika ayahnya buat semua itu demi keluarga mereka jadi bagaimana dengan Aya? Aya juga keluarga mereka. Aya juga satu-satunya adik yang dia miliki.
Kenapa harus Aya yang lalui semua ini? Gadis itu masih terlalu muda untuk dijadikan hamba. Hamba. Itu adalah satu penghinaan yang besar untuk semua orang di kampung itu.
•
Makanan dihidangkan dengan penuh hati-hati. Setiap saat Ayasha tersenyum sambil bekerja. Itu adat bila bekerja. Tania telah mengajarnya sedikit demi sedikit sepanjang 3 hari dia di istana.
Wajah gundik Raja Muda itu terlihat kesal melihat wajah Ayasha namun Ayasha tetap tenang melakukan pekerjaannya.
"Kau tau tak cara kau hidangkan makanan tu salah?" Tegur gundik bergaun ungu itu dengan wajah yang angkuh saat menatap wajah Ayasha.
Ayasha terdiam. Dia menahan gementar pada dirinya saat itu. Dia telah buat kesilapan yang pertama. Baru saja mula tapi dia sudah ditegur seperti itu.
"Maaf Puan..saya baru lagi. Saya akan belajar lebih lagi lepas ni"
"Huh? Sepatutnya sebelum kau hidangkan lagi kau dah belajar lebih bukannya lepas ditegur" balas gundik itu sambil membelai hujung rambutnya dengan penuh gaya yang belagak.
"Kau jadi hamba di sini pasti sebab hutang bukan?" Ayasha menoleh ke arah suara itu saat dikatakan begitu oleh gundik yang bergaun biru mudah itu.
"Buat apa tanya lagi? Memang betulkan? Mostly hamba dekat istana ni datang sebab hutang je haha" kata gundik yang satunya lagi.
"Janganlah buli. Tapi kalau nak buli bawalah aku sekali" kata gundik yang lainnya kemudian mereka tertawa jahat.
Tangan Ayasha sudah mengeletar hebat di situ. Dia benar-benar takut kerana cuma dia seorang saja pelayan di situ sedangkan gundik yang lain sedang mempermainkan dia. Dia menahan dirinya daripada tidak rasa tercabar dengan mereka semua itu.
Gundik di dalam ruangan itu ada 4 orang sahaja. Keempat mereka seperti tidak menyukai kehadiran dia di situ.
Ayasha menoleh ke pintu masuk. Suasana menjadi sunyi saat Puan Bonda dan 3 permaisuri masuk ke ruang makan. Semua gundik yang bising dengannya tadi terdiam dan tidak berbicara.
Ayasha memandang ke sekeliling. Wajah mereka dilihat satu persatu. Dia sedikit terpegun. Wajah Puan Bonda iaitu ibu Raja Muda itu terlihat sangat muda sementara 3 orang permaisuri itu juga memiliki wajah yang sangat cantik.
Rupa 4 orang gundik itu pula tidak secantik 3 orang permaisuri dan Puan Suri.
Masing-masing mereka yang baru masuk itu mengambil tempat mereka sendiri. Meja makan permaisuri dan Puan Bonda berbeza daripada gundik. Itulah yang membezakan kedudukan mereka.
Ayasha mendekati mereka yang baru masuk. Makanan dihidangkan dengan penuh hati-hati dan teliti. Ayasha mengangkat kepala saat dia telah selesai menghidangkannya untuk Puan Bonda.
"Cantik awak ni. Awak pelayan baru ke?" Soal Puan Bonda. Ayasha terpegun, suaranya juga manis! Macam mana dia boleh awet muda seperti itu?
"Ye saya pelayan baru. Terima kasih Puan Bonda atas pujiannya" ucap Ayasha dengan senang hati.
Dia sangka sikap Puan Bonda pun akan sama dengan gundik yang lain itu tadi tapi rupanya tidak. Sudahlah cantik, baik hati pula tu!
"Saya harap gundik-gundik lain jangan buli pelayan baru kali ni. Jangan sampai mereka lari lagi seperti pelayan sebelum ni" mendengar pesanan Puan Bonda itu akhirnya Ayasha mengerti mengapa wajah Tania berubah saat dia memberitahu tugasnya di bahagian mana.
Dia sudah agak pasti ada yang tidak kena. Tugasan Ayasha itu akan berhadapan dengan orang-orang penting dan para tetamu yang datang. Bila dia berhadapan dengan mereka, Ayasha harus kuatkan hati untuk mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut mereka nanti.
"Baik Puan" kata gundik itu dengan nada suara yang pasrah kerana terpaksa mengalah saat telah ditegur seperti itu oleh Puan Bonda.
Ayasha berdiri di tepi pintu saat sudah selesai menjalankan tugasnya. Tugas dia seterusnya adalah menunggu mereka selesai makan kemudian membersihkan meja makan mereka setelah makan nanti.
Ayasha memandang ke hadapan. Ada satu meja kosong yang berada di tengah di antara mereka semua itu. Sepertinya itu tempat makan Raja Muda. Tapi dia tidak ada hari ini.
Kata Tania Raja Muda ada urusan dengan kampung sebelah. Jadi dia tidak ada hingga 5 hari kerana dia diberi penginapan di sana.
Share this novel