PROLOG

Romance Series 2701

Salsabila atau lebih mesra dipanggil Bella berjalan masuk ke dalam terminal Amanjaya dengan langkah yang lemah. Mamanya pula dari tadi tidak berhenti-henti bercakap. Adiknya, Salina saja yang melayan cakap mamanya itu.
Hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula Kerana cuti nya akan tamat lagi dua hari. Kerana keretanya yang rosak dan mamanya yang overprotective dia terpaksa pulang menaiki bas bersama-sama dengan anak kawan mamanya. Konon bagi menjaganya sepanjang perjalanan pulang. Argh dia bukan kanak-kanak kecil. Sudahlah dia langsung tidak mengenali siapa anak kawan mamanya itu.
"Anak kawan mama tu rumahnya dekat satu taman dengan Rumah Bella tau. Kebetulan juga dia naik bas balik ni.Memang dia pun biasanya naik pengangkutan awam." Ujar Mamanya dan sebelum sampai ke Terminal ini lagi.
" Riz, sorry sangat aunty lewat sikit." Tiba-tiba kedengaran suara mamanya menegur seseorang. Salsabila mengangkat wajahnya memandang kearah Mamanya dan orang yang ditegur Mamanya itu.
"It's okay.Riz pun baru juga sampai ni." Melihat sahaja wajah gerangan orang yang ditegur Mamanya itu , Salsabila menelan air liur nya kesat.Rasa macam nak sembunyi belakang mama saja sekarang.Masakan tidak,muka lelaki itu masih kemas diingatan nya.
"Umi Riz mana?" tanya Puan Sabariah lagi.Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Hariz.
" Ouh Umi pergi tandas kejap." balas Hariz .

Wajah Salsabila sudah berkerut kerut.Haish! Dalam banyak-banyak hamba Allah dalam muka bumi ni, kenapa Mamat ini juga yang jadi anak kawan mamanya? Apalah nasib badan.
"Bella,inilah anak kawan mama tu,nama dia Hariz." Sesi mengenal dimulai mamanya.
"Tengku Hariz Affan." Hariz memperkenalkan diri nya. Salsabila berdehem sedikit sebelum menjawab.
"Salsabila Aurora." perlahan sahaja suaranya seakan-akan dialah gadis melayu terakhir di muka bumi ini. Perempuan limeted edition gitu.Bella tidak langsung menumpukan perhatian pada mereka sebaliknya dia hanya melilau memandang sekeliling nya.Tiba-tiba sekali lagi kedengaran riuh rendah di hadapannya. Bella memandang kearah Mamanya lagi dan kali ini dia melihat seorang wanita anggun sebaya mamanya berdiri dikalangan mereka.
"Owh, inilah anak-anak you eh Sab. Bella dan lina. Lawa lawa anak you ni." Tengku Alida tersenyum sambil memuji Salsabila dan Salina.Mereka hanya melemparkan senyuman manis . Senyuman Salsabila tidaklah manis sangat. senyuman paksa sahaja sebenarnya.
Secara tiba-tiba Salsabila jadi pendiam dan pemalu orangnya sedangkan dia sangat becok .Salina pula yang kecoh berbual dengan Tengku Alida dan Mama mereka. Hariz sendiri hanya sesekali mencelah.
"Kak Bella ni kan,pelik lah. Biasanya dia yang bising.Ni senyap pula." Tegur Salina tiba-tiba.Bella terus tersengih sambil menayangkan giginya yang putih dan tersusun cantik itu.Lama juga dia tersengih. Dah macam iklan ubat gigi darlie pula!
"Ke,Bella tak selesa nak berbual-bual dengan aunty? " Tengku Alida menebak. Pantas Bella menggeleng.
"Tak aunty. Bella cuma tak nak kacau ja. Kalau Bella bising nanti memang tahap peringkat Kebangsaan lah bisingnya. Tu Bella ingat nak biar Korang ja berbual. " Bella cuba berseloroh. Tengku Alida tertawa kecil mendengar kata-kata Bella itu. Hariz juga asyik merenung ke arah Bella.
Mungkin masih mengingati insiden yang berlalu antara mereka tempohari.
Tidak lama setelah itu bas yang mereka tunggu, tiba.Selepas bersalaman Salsabila dan Hariz memboloskan diri ke dalam perut bas.Tanpa langsung menyapa Hariz yang sudah mengambil tempat disebelah tempat duduknya Salsabila mengiringkan tubuhnya menghadap tingkap. Langsung tidak ingin berbual dengan Hariz. Hariz yang melihatnya hanya mampu berdiam diri. Namun dalam hatinya sudah berbakul bakul sumpah seranah dilempar kan pada Bella. Sudahnya Hariz hanya bermain dengan handphone nya.

bla bla bla

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience