BAB 3

Romance Series 2701

SALSABILA menghempaskan pintu kereta sebaik sahaja sampai dihadapan rumahnya.
"So I dah sampai. Safe and sound Your so called tanggungjawab tu habis sampai sini okey! Lepas ni kita Saling tak ada kaitan .You live your life and I'll live mine.So thank you very much.Semoga kita tak berjumpa lagi Adios!" Bukan main lagi Salsabila memperli Hariz.Siap dengan gerakan hari introverted comma lagi bila dia sebut perkataan tanggungjawab itu.
Hariz hanya tergelak sahaja apabila mendengar kata-kata gadis itu.
"Well, I'll think about it first.Tapi kalau tak salah I,mama you suruh I tengok-tengok kan you? Hmmm... I think my so call tanggungjawab tu belum selesai lagi Kut?" Sengaja Hariz mengajuk cara percakapan Salsabila.
"Make sure that we don't cross path with each other again,Tengku.Or you will regret it." Salsabila memberikan amaran keras.
"Oh, really? Well if that case," sengaja Hariz menggantungkan ayatnya.
"I can't wait!" sambung Hariz dengan suara menggoda.Riak yang ditayang kan pula bukan main nakal lagi.Menyakitkan hati betul! Rasa nak bagi penyepak saja!
"Bulu jagung ni kan, memang tak bahasa lah" gumam Salsabila perlahan namun didengari jelas oleh Hariz dan Qalef .
"Hello miss,my name is Tengku Hariz Affan.Bukan that bulu jagung." Qalef yang masih didalam kereta terus terhambur tawanya. Sedari tadi ditahan.
"Whatever!"
Salsabila yang sudah terlalu geram dengan sikap Hariz itu terus berlalu kasar membawa langkah nya masuk kedalam rumahnya.
"Emm...so Mister,where are you staying? " Qalef memandang Hariz.
"Nevermind,Tu I tinggal depan rumah Bella ja." Hariz terus berlalu setelah menyudahkan ayatnya. Qalef sudah terlopong.Satu kerana lelaki itu tinggal dihadapan rumah Bella semestinya. Yang kedua kerana dia ditinggalkan begitu sahaja! Belum pun Hariz jauh melangkah Qalef sudah menahan lagi.
"Dari tadi actually I nak tanya. You ni that instafamous,Riz Affan ,kan?" laung Qalef dari keretanya.
Hariz tidak menjawab sebaliknya hanya layang senyum kemudian mengangkat tangan sedikit,tanda ucapan selamat tinggal. Qalef tertawa kecil dengan tingkah Hariz itu. Mudah benar si Qalef ni tertawa ya.Kalaulah Salsabila sedar Hariz tinggal betul-betul dihadapan rumahnya sahaja entah-entah perang dunia ke 3 boleh berlaku!

HARIZ merebahkan tubuhnya ke atas sofa.Lega hatinya dapat berbaring.
"Eh,dah sampai?Bila Tak dengar bunyi kereta pun." kelihatan kelibat rakan baiknya,Ammar sedang melangkah kearah nya sambil mengelap rambut dengan tuala di tangan.
"Baru ja sampai"
"Kau dari Ipoh ke? Bila kau balik sana? Ingatkan hang tak balik dah "Ammar sudah mengambil tempat di sofa One seater disitu.
"Aku balik Jumaat haritu.Dapat balik kejap pun jadilah. "Balas Hariz sambil membetulkan kedudukan badannya.
"Kereta kau mana?" Tanya Ammar lagi.
"Ada dekat TBS lagilah " selamba sahaja Hariz memberikan jawapan seolah-olah dia tidak kisah langsung pasal kereta yang ditinggalkan disitu.
"Weh,kau gila ka apa? " Ammar seakan-akan tidak percaya mendengar kata-kata kawannya itu tadi.
"Tak adalah gila sangat.Cuma aku ada misi yang lebih penting kena buat." Hariz memberi kan jawapan yang tidak jelas.
"Misi apa pula kau ni?" Ammar kerut dahi .makin Pelik dengan perangai Hariz itu.
"Misi tundukkan perempuan ego kepala batu!"
"Pergh! Benda baru ni.Hariz Affan dah mula nak pikat awek sampai sanggup buat kerja gila, tinggal kereta dekat TBS!" Ammar melepaskan tawa besar.
"Bila masa pula aku nak pikat awek? Aku cakap misi nak tunduk kan perempuan ego kepala batu kan? Which part yang kau tak faham sampai salah tafsir ni woi." Balas Hariz bermalas-malasan.
"Eleh,pigidah. Selama manalah kau mampu nak simpan rahsia daripada aku? Ceh!" Ammar mengejek kemudian ketawa lagi.Si Ammar ni pun macam Qalef juga ni. Ketawa saja kerjanya.
"Tak adalah.Aku sebenarnya tengah geram! Perempuan tu bukan main "busuk" lagi mulut dia. Mengalahkan longkang.Bukan main kuat melawan.Harap je muka cantik." Bila teringat balik ayat-ayat yang dituturkan Salsabila sebentar tadi,fuhh! Memang berasap kepala dibuatnya.
"HAHAHAAH adui! Perempuan mana pula ni? So sekarang kau kena jadi babysitter ke macam mana?"
"Tak adalah sampai babysitter,cuma mama dia minta aku tengok-tengokan budak tu.Lagipun rumah dia pun dekat dengan rumah kita ni hah."
"Yelah kau tu.Jaga 'sangat' padahal kau dah tangkap cintan dengan dia!" usik Ammar semakin galak.
Cinta? Hariz seperti mahu tergelak mendengar kata-kata Ammar itu.Dia ingat lagi kelantangan Salsabila membahasakan selama dia menghampiri wanita itu. Bukan main garang lagi.Tapi dia tidak menafikan , matanya tetap nakal memerhati figura gadis itu.Tipu sangat kalau tak tengok langsung.Tapi yang membuatkan Hariz semakin tertarik apabila dia sudah ternampak gadis itu begitu lembut membantu seorang nenek melintas jalan.Fikir Hariz bertemu dengan Salsabila untuk kali Pertama hanyalah kebetulan.Namun tidak sangka pula anak kawan ibunya yang selalu bermain di bibir ibunya baru-baru ini adalah orang yang sama.
Hanya Tuhan yang tahu betapa terujanya perasaan Hariz apabila bertemu semula dengan Salsabila pagi tadi.lebih dia tertawan lagi Melihat tawa Salsabila yang cukup menawan.Tapi kedinginan Salsabila melayan nya membangkitkan rasa tercabar dalam dirinya.
"Hah tu,dah terbayang sampai mana dah tu." Sergah Ammar mengembalikan Hariz ke alam nyata.
"Kau tu banyak sangat bercakap.Malas aku melayan." Dalih Hariz.
"Nak cover lah tu.Ni mesti kau teringat dekat awek tu kan. " Hariz tidak mengendahkan kata-kata Ammar itu sebaliknya dia memejamkan matanya.
"Kalau hati dah tertawan lekas lah lekas masuk meminang! Kang dikebas orang " Ammar masih mahu mengusik Hariz dan kali ini Hariz melemparkan banyak kecil yang berada diatas sofa kearah Ammar.
Banyaklah dia punya masuk meminang. Dia tidak tahu betapa kerasnya kepada si Salsabila tu. Buat sakit otak saja!

SALSABILA baru selesai membersihkan dirinya, terus sahaja dia duduk diatas katil,set penjagaan kulit terus dicapai dan dioles ke wajah mulus nya itu.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Salsabilla sekadar melaung tanda membenarkan gerangan diluar untuk masuk.
"Weh,babe ! Rindu gila dengan kau!" Sebaik sahaja pintu bilik dibuka kelibat Natasya, sahabat merangkap teman serumah nya menjengah pandangan nya.
"Bila kau balik? Tadi masa aku sampai tak ada orang pun dekat rumah." balas Salsabila.
"Masa kau mandi tadi." Jawap Natasha dan duduk disebelah Salsabila.
"Kau ini awal pula , Biasanya kau lepak lepak dulu di kafe kesukaan kau itu.Kalau indak maghrib ndak lah kau balik lagi.Qalef ka yang hantarkan kau balik?" Tiba-tiba Melissa seorang lagi housemate nya menerpa ke arahnya.
"Haah.Dia ajalah yang boleh aku kerah." Seloroh Salsabila lalu ketawa.
"Kau tak lepak dengan dia pula?" Sampuk Natasya pula.
"Malas aku. Tadi ada penyibuk." Nada suara Salsabila berubah,nyata nada jengkel nya.
"Hah, siapa? Si Qalef awak gf nya ka?" Melissa jadi teruja ingin tahu.Tidak terkecuali Natasya yang sudah terangguk-angguk.
"Kalau girlfriend si Qalef tu tak ada maknanya lah aku nak bengang sampai macam ni." Salsabila juling mata ke atas.
"Okaylah. wei sebenarnya kami mahu ajak kau keluar bisuk. Kau free ka?" Melissa menukar topik perbualan. Sedar yang Salsabila tidak berminat untuk membahaskan topik itu dengan mereka.
"Ouh boleh jugak. Aku pun memang free esok. Kita bertiga je kan?" tanya Salsabila sekaligus bersetuju. Natasya dan Melisa mengangguk serentak.
"Ha okey. So esok kita pergi IOI jalah.Boleh tengok movie sekali nanti.Plus dekat sikit dengan rumah." Natasya dan Melisa tidak banyak soal dan terus bersetuju.
Dah nama pun perempuan kalau bab berjalan memang tak menolak lah gamaknya. Tambahan pula mereka masih free esok.

Ammar ni memang kerjanya mengusik sejak kan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience