BAB 1

Romance Series 2701

HARIZ mengangkat tangan mahu merenggangkan segala otot badannya yang terasa sengal akibat duduk terlalu lama. Tapi pergerakan nya terbatas kerana beban yang berada dibahunya.
Tidak semena-mena Hariz tersenyum sendiri.Polos benar wajah Salsabila ketika gadis itu sedang tidur. Perlahan-lahan tangannya naik dan menggoyangkan bahu Salsabila untuk mengejutkan gadis itu.
"Bella,wake up." rendah sahaja nada suaranya.
Perlahan-lahan Salsabila membuka matanya.Laju jarinya naik dan menenyeh mata yang terasa pedih apabila cahaya menerobos masuk ke dalam penglihatannya.Sebaik sahaja matanya terbuka,dia melihat wajah Hariz yang begitu hampir dengan wajahnya. Terlopong luas mulut Salsabila dengan keadaan itu, jantungnya berdegup kencang. Secara spontan tubuh Hariz ditolak kuat . Memerah mukanya akibat rasa malu yang tidak tertanggung.
"Err...kita dah sampai ni.Jom turun." Hariz bersuara perlahan dan terus bangun dari tempat duduknya tanpa menunggu Salsabila.
Sebetulnya Hariz sendiri terasa malu dan kekok dengan situasi mereka sebentar tadi. Jantungnya turut berdegup kencang tanpa amaran.
Salsabila bangun selepas kelibat Hariz hilang daripada pandangan matanya.Setelah turun daripada bas, Salsabila pergi ke bahagian menyimpan beg di tengah bas untuk mengambil bagasinya.
"Mana lelaki yang bajet budiman sangat tadi? Kalau bagus sangat mesti dia tolong aku keluarkan beg ini kan?" Salsabila sudah mengomel sendiri.
"Biadap punya mamat.Boleh dia tinggalkan aku macam tu ja!" Salsabila menggumam sendiri apabila matanya menangkap kelibat Hariz yang sudah selamat berdiri di tangga bergerak untuk naik ke tingkat atas.
Dengan penuh rasa sebal, Salsabila cepat-cepat keluarkan beg berodanya. Terkial-kial juga dia dibuatnya. Salsabila Merik nafas dalam-dalam apabila dia sudah selamat berdiri di atas tangga bergerak.Nasub baik sekarang perhentian terakhir bagi semua bas adalah Terminal Bersepadu Selatan dan bukan lagi di Puduraya.Sekurang-kurangnya di TBS ini segalanya mudah dan selesa Kalau tidak dia hanya mampu bertabah hati sahaja untuk mengangkat bebanan beg yang berat semasa memanjat tangga.
Setelah sampai di tingkat atas, Salsabila lantas mencari telefon pintarnya.Dia ingin bertanyakan rakan baiknya,Waled itu. Awal-awal lagi Waled sudah berjanji untuk mengambil dia disini.Salsabilla lihat membalas whatsapp dengan Qalef.Sambil dia berjalan, langsung dia tidak hiraukan sekeliling. Tanpa disedari, rupanya langkahnya dari tadi sedang diperhatikan seseorang.Cuba teka siapa? Kalau Salsabila tahu ni, mesti dia terkejut peringkat boleh koma! Mestilah si Hariz takkan mamat jual karpet pula kan.
"Nak pergi mana?Jomlah balik." Dingin sahaja nada suara Hariz m Segala kelembutan bicaranya tadi sudah hilang ke kutub utara. Sebenarnya,tadi Hariz tidak pergi kemana-mana pun,dia ada di suatu sudut menunggu kehadiran Salsabila.Dia geram sebenarnya dengan perangai Salsabila. Tambahan pula dia langsung tidak menegurnya semasa dalam perjalanan tadi. Tapi sedap pula tidur dibahu si kawan ni!
"Ikut suka I lah.kaki I kan?" Selamba Salsabila membalas lebih dingin daripada Hariz. Salsabila sudah Malas mahu melayan Hariz,dia balik dengan lelaki itu pun atas desakan mamanya.
"Bella..." Hampir terlompat Salsabila dibuatnya apabila mendengar suara garau itu menyeru namanya. Serta-merta langkahnya terhenti.
"Apa lagi yang you nak? Kita dah selamat sampai dah pun kan. So you,you lah.I,I lah.We go our separate way!" Nada suara Salsabila tegang,namun Hariz tetap tenang.
"Kita belum sampai rumah lagi.Kira belum selesai tugas yang mama you amanahkan pada I." Tidak semena-mena Salsabila gelak,cukup sinis bunyinya.
"Hello,boleh pergi mampus lah dengan amanah you tu.I boleh balik sendiri. Just let me go"
Tanpa menunggu balasan daripada Hariz Salsabila terus mengatur langkah mahu berlalu. Namun dia mendekati Hariz kembali.
"One more thing,minta tolong sikit boleh?" . Hariz tidak memberikan sebarang balasan.Dia buat tidak tahu sahaja.
"Lain kali, please. Jangan sebok hal orang!" Salsabila layang senyum sinis dan terus berlalu.
"Bella,here!"
Apabila terdengar namanya diseru, Salsabila memandang ke arah suara itu. Terlihat kelibat qalef berada disitu sedang menunggunya.Dia mengatur langkah mendekati Qalef.

"Hey,lama dah you sampai?" Salsabila layang senyum dan duduk dihadapan Qalef.

"Tak adalah. Baru ja sampai "
"Well,thanks to you sebab datang.You tak ada date dengan girlfriend's you ke?" usik Salsabila.Sengaja dia menekankan huruf "S" di perkataan girlfriend itu.

"I kan dah janji dengan you. Mana boleh I compare kan girlfriend pakai buang I dengan you." ujar Qalef sambil tersengih.

"Yah,I tahu...you memang sayang I kan?" Salsabila buat muka manja.Qalef sudah tergelak-gelak memandang nya.

"Gila tak sayang! Kalau tak ada you,lepas ni I nak minta tolong siapa lagi kalau nak lepaskan diri daripada girlfriend I yang I dah taknak tu."

"Hergh,tau dah." Salsabila juling matanya ke atas.
Qalef hanya tertawa.

"You pun sama kan. Ni you suruh I ambik mesti nak lari dari someone kan?"
Terus berkerut dahi Salsabila dibuatnya dengan kenyataan Qalef itu. Tidak mengerti sebenarnya.

"Tu yang dekat belakang tu.I perhati dari tadi lagi dia ikut you. Then bila you masuk sini pun dia duduk dekat belakang you." Qalef muncungkan bibirnya ke suatu arah.

Salsabila terus memandang kebelakang nya. Hariz lagi!
Salsabila sudah merengus kasar.

"Tulah you,kalau ada orang nak approach,mesti you jual mahal. Lepas tu mulalah nak lari sanalah. lari sinilah Tu tak termasuk si Zarriq bengong tu lagi tu."
Telinga Salsabila panda mendengar ayat Qalef yang terakhir itu
"You sebut lagi sekali nama dia,siap you eh." Salsabila sudah mengangkat jari telunjuknya lurus ke depan tanda memberi amaran.
" Okeyy,so yang belakang you tu apa cita?"
"Hergh, later lah Qal. Sekarang ni jom kita blah dulu.Malas nak tengok muka orang yang tak faham bahasa gitu." usai menyudahkan kata, Salsabila terus bangun dan berlalu pergi.
Tanpa banyak soal Qalef hanya menuruti langkah Salsabila yang sudah semakin jauh itu.Laju jugak perempuan ni berjalan.

QALEF hanya mengikuti langkah laju Salsabila tanpa kata.Ketara benar marah Salsabila.Bukannya dia tidak perangi Salsabila.Kalau gadis itu sedang marah lebih baik jangan banyak bunyi,kalau tidak memang meminta lah tu.
"Weh,Bella. Kejaplah." Selangkah lagi mereka mahu sampai ke kereta,Qalef menahan langkah Salsabila.
"You dah kenapa pula?" Salsabila dah buat muka bosan.
"Weh,mamat tu follow kita lagilah.Stalker mana pula yang dah tersangkut dengan you ni?" Qalef sekadar berbisik perlahan pada Salsabila,tidak mahu orang dibelakang mendengar.
Mendengar kan kata-kata Qalef itu,spontan mata Salsabila terbeliak Terkejut sudah pasti! Sumpah dia rasa macam nak mengamuk sahaja sekarang.Bila tengok wajah selamba dan tenang Hariz itu lagilah dia rasa nak meroyan!
"You tunggu sini " Dengan geram Salsabila melangkah ke arah Hariz.
"Weh you nak buat apa?" Soalan Qalef itu hanya dibiarkan tidak berjawab oleh Salsabila. Langkah kekal diatur mendekati Hariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience