Pada tahun 2014
Gua Harimau, Lembah Lenggong- Prof Muhammad Alex, 63 tahun, mengetuai ekskavasi di tapak bersejarah tersebut. Tapak arkeologi yang pertama kalinya ditemui oleh Williams-Hunt pada tahun 1951. Pasukan ahli sejarah tersebut telah menemui sebuah peti besi agak usang yang dianggarkan berumur 1000 tahun lebih yang dibuat daripada titanium-antara logam yang terkuat pada masa kini. Yang menjadi persoalan bagi Prof Alex dan ahli pasukannya adalah peti tersebut tidak mempunyai lubang kunci namun sukar untuk membukanya. Apabila dikaji keseluruhan peti itu, mereka perasan ada teka-teki jenis meneka corak.
Prof Alex dan pasukannya mengambil masa 5 jam untuk menyelesaikan teka-teki tersebut. Corak tersebut berbentuk tujuh orang berhadapan seorang. Selepas teka-teki itu diselesaikan, peti itu terbuka secara tiba-tiba, lapan cahaya berbeza keluar dan menuju kearah yang berlainan. Prof Alex membuka peti secara keseluruhan dan menemui sebuah batu bersurat dan kitab lama yang mempunyai Bahasa purba yang tidak pernah dikaji. Seluruh ahli pasukannya berasa gembira kerana mereka menemui penemuan baru yang mungkin akan menggemparkan ahli sejarahwan dunia. Tapi bagi Prof Alex pula berlainan, jantungnya berdegup kencang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan banyak persoalan yang bermain difikirannya.
Apakah maksud corak teka-teki tersebut? Bagaimana peti purba boleh dibuat daripada titanium, yang ditemui pada tahun 1791 dengan teknologi zaman kuno? Apakah lapan cahaya yang berbeza tadi? Yang paling pelik bagaimana peti purba tersebut boleh berada didepan pintu Gua Harimau selama 64 tahun sejak tapak arkeologi diekskavasi tanpa ditemui oleh orang lain dan tiada juga tanda-tanda peti itu disentuh ataupun diangkat?
…
Aku termenung menghadap blok asrama yang berada dihadapan aku. Aku memikirkan mimpi buruk yang aku alami. Sejak akhir-akhir ini aku selalu mimpikan perkara yang sama. Apa yang aku nampak seorang remaja berlumuran darah diatas lantai dan seorang yang memegang pedang yang berlumuran darah. Tanpa aku sedari, kawan aku, Nazmi sergah aku dari belakang.
“Woi, Aizat!!!”
“Apahal Naz?” tanya aku untuk sembunyikan perasaan terkejut aku.
“Jomla gerak. Nanti tertinggal bas baru tahu”
“Aku dah siap lama la, tunggu kau je yang terhegeh-hegeh”
Nazmi dengan ketawa kecilnya turun ke tingkat bawah dan terus berjalan ke perhentian bas sambil aku ikut di belakang dia. Lima belas minit kemudian, bas university tiba. Didalam bas, aku dan Naz berbual tentang tentang kertas akhir bagi periksa semester 1. Esok akan bermulalah cuti semester bagi pelajar asasi disini.
Sabtu- Cuti semester bagi pelajar asasi pun bermula. Kelihatan Aizat masih lagi baring diatas katilnya. “Mak dengan ayah akan ambik Aizat hari Selasa ni. Mak masih berada di Kuala Terengganu. Ayah ada meeting dengan pegawai dekat sana. Aizat duduk dulu dekat kolej tu dulu.” kata Pn. Nordiana, ibu kepada Aizat ketika mereka berbual di telefon pada malam semalam. Kebanyakan pelajar lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Kalau macam ni, kena pergi kafeteria kolej jugaklah- hati Aizat bekata.
Jam pada telefon model iphone 7+ menunjukkan pukul 9.30 malam.
“Dah kenyang, sekarang nak buat apa?” ujar Aizat seorang diri.
Kemudian matanya tertumpu pada buku hitam bertajuk ‘Hero’ karya Hilal Asyraf diatas meja belajarnya, tanpa berfikir panjang dia mengambil buku tersebut dan terus baca sambungan pada buku itu. Buku itu berjaya menarik minatnya walaupun dia tidak berapa suka untuk membaca selain komik ataupun 'manga'. Hero, bagi Aizat gelaran tersebut amat besar serta mempunyai tanggungjawab dan pengorbanan yang besar jua. Aizat lihat pada tangan kirinya yang digenggam, terpancar pada wajahnya kesedihan dan kekecewaan. Tanpa Aizat sedar, dia tertidur diatas katil bertemankan air mata yang mengalir di pipinya.
...
Pada keesokan harinya, kelihatan seorang remaja perempuan berpakaian baju labuh berwarna ungu dengan berseluar 'slack' hitam bersama 2 rakannya dikafe Starbucks. Nur Safiya, ataupun Piya panggilan yang diberi oleh rakannya.
"Aku dah jumpa tempat tu. Aku dapat tahu yang mereka akan bertemu disitu. Jadi, apa kita nak buat Piya?" kata Iliya.
"A'ah, apa kita nak buat? Bagi aku, kita patut halang mereka. Supaya kita dapat halang rancangan jahat mereka." sampuk Husna
Piya masih lagi berfikir. Lalu, dia teringat semula peristiwa yang berlaku 3 tahun lepas...
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM- Prof. Muhammad Alex serta pakar-pakar sejarah terkemuka di Malaysia berkumpul di pusat penyilidikan untuk mengkaji penemuan yang baru mereka temui. Mereka cuba mentafsir Bahasa purba yang tercatat di batu bersurat. Buku purba yang bersam dengan batu bersurat telah memberi serba sedikit maklumat tentang penemuan baru itu memandangkan buku itu menggunakan Bahasa Sanskrit lama. Buku itu menceritakan tentang kisah Kerajaan Melayu Purba sebelum wujudnya Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan itu telah diperintah oleh Raja Megat Muzaffar Syah, dan baginda mempunyai 1 putera dan 7 puteri. Kesemua pewaris itu mempunyai kelebihan istimewa dipanggil ‘Beatific’. Kesemua mampu mengawal satu eleman yang berbeza kecuali puteranya. Namun, beatific mempunyai had dan tidak mampu menghasilkan kuasa pada skala yang besar kecuali Putera kerajaan. Putera Megat Mazwan mampu mengawal 5 eleman berlainan iaitu api, air, tanah, angin, serta kilat. Baginda juga mampu memberikan kuasa eleman kepada orang lain, kelebihan ini dipanggil ‘Geschenk’.
Pada malam yang ke-23 selepas penemuan peti purba itu, BEEP, BEEP, BEEP, amaran kecemasan bunyi dengan sangat nyaring di pusat penyelidikan arkeologi itu. Prof Alex terkejut lalu bergegas ke pusat kawalan dengan pakaian makmalnya.
“Apa yang berlaku” tanya Prof Alex kepada pegawai bertugas.
“Ada orang pecah masuk di pintu utama”
“Berapa orang?”
“Satu”
Sekali lagi Prof Alex terkejut, bagaimana seorang sahaja boleh pecah masuk pintu besi tersebut. Apabila dilihat rakaman semula CCTV, penceroboh itu tidak menggodam sistem pintu ataupun menggunakan bahan letupan kerana tiada bunyi letupan yang berlaku. Tetapi pintu itu cair seperti besi yang cair terkena lava panas. Tanpa berfikir panjang Prof Alex berlari ke makmalnya semula. Dalam perjalana ke makmal, Prof Alex lihat ramai pegawai sekuriti dan staff di pusat penyelidikan terbaring di laluan dengan kesan terbakar pada pakaian dan kulit mereka. Bertambah gelisah dan takut pada Prof Alex. Sampai je di makmal….
“Woi orang tua!!! Mana kau simpan batu azimat tu? Sebelum aku bakar kau hidup-hidup”
Seorang lelaki bertubuh sederhana memakai baju berhood. Apabila Prof Alex toleh kebelakang, terbeliak mata Prof Alex, tangan lelaki itu seakan berapi. Prof Alex terpinga-pinga kerana idak mengetahui apa yang diinginkan lelaki itu.
“Aku nak batu yang kau jumpa kat gua dulu”
Tanpa berfikir panjang Prof Alex mengambil batu bersurat itu lalu diberikan kepada lelaki itu. Selepas penceroboh itu pergi, penglihatan Prof Alex menjadi hitam dan dia jatuh pengsan. Apabila Prof Alex sedar, dia sudah berada dihospital. Kejadian itu menjadi kes tergempar pada tahun itu masih misteri sehingga tahun ini.
Share this novel