Malam yang sunyi pada hari ini, hanya kedengaran beberapa bunyi kereta serta motorsikal. Pada malam itu, kawasan perumahan Bandar Utama Siber, Selangor hanya berbumbungkan langit yang gelap. Tiada bintang-bintang yang menghiasi malam tersebut. Cuti semester masih panjang lagi, peristiwa yang berlaku di kilang lama masih lagi menjadi tanda tanya bagi Piya. Piya dengan mengenakan pakaian tidurnya bercorakkan bukan empat kelopak berbaring diatas katil.
Akaun Instagram milik Aizat terpapar pada telefon model Iphone 7+. Baginya Aizat seperti remaja-remaja lain yang kebanyakannya sukakan hiburan dan bermain. Piya masih lagi teringat ketika Aizat berlawan dengan lelaki yang menggunakan elemen angin, perwatakannya berbeza dari yang sebelumnya. Kata-kata Aizat ketika menyelamatkannya masih lagi bermain di fikiran Piya. Dia sedar sebagai Pewaris Beatific, dia tidak mampu mengalah musuhnya lebih-lebih lagi yang tahap Elite dan keatas. Jika bukan kerana Aizat yang menyelamatkannya pasti dia sudah tiada lagi. Banyak lagi yang dia tidak tahu pasal Aizat. Bagaimana Aizat boleh kenal dengan General Razef dan siapakah Haikal sebenarnya? Adakah benar yang Aizat adalah Phantom?
Piya bangun dari katilnya dan duduk diatas kerusi meja belajarnya. Dia mengeluarkan buku nota separuh saiz A4 berwarna hitam. Dia menulis segala maklumat yang dia tahu tentang organisasi jahat tersebut. Terpampang di muka surat pertama nama organisasi tersebut, SINISTER yang bermaksud jahat. Segala maklumat yang dia tahu tentang organisasi tersebut ditulis dalam buku tersebut. SINISTER diubuhkan pada pertengahan tahun lepas dan mula menjadi aktif pada awal tahun ni. Setakat yang dia tau organisasi itu diketuai oleh The Suzerain iaitu pendominasi atau penakluk. Suzerain atau nama sebenarnya Haikal.
Bawah Suzerain adalah tiga General dan Razef adalah salah seorang dari mereka. Lagi dua General ialah Indra dan Zamir. Semua maklumat tentang General telah diceritakan oleh Aizat dan Nazmi, Guardian Kilat. Dikatakan kuasa General sama atau lebih kuat dari Guardian. Bawah General adalah golongan Elite terdiri dari 5 orang. Paling bawah dan terakhir adalah Pawn. Bilangan Pawn tidak dapat dikenal pasti dan mereka tidak mempunyai kuasa elemen seperti yang dimiliki oleh Elite dan General. Objektif SINISTER sebenar masih lagi tidak ketahui. Mereka hanya mengumpul batu-batu misteri yang tempat persembunyiannya tidak diketahui.
Segala aktiviti SINISTER dapat dari Illya. Kawan Illya merupakan anggota polis yang membuat penyamaran dan menjadi salah seorang dari Pawn. Kata kawannya, ketika perjumpaan berlangsung ahli berpangkat Elite dan keatas memakai topeng termasuklah Suzerain. Kata kawannya, organisasi ini bukan organisasi biasa seperti kongsi gelap yang lain, mereka tidak melakukan jenayah cuma mereka mengamalkan sihir yang lain dari tradisi melayu. Sihir mereka berada ditahap yang lain tidak seperti bomoh-bomoh.
Sudah beberapa kali serbuan dilakukan, tetapi tiada hasil tangkapan dapat dilakukan. Mereka hilang dalam sekelip mata. Sekarang ni, pihak polis menjadi buntu, segala maklumat yang mereka perolehi tidak membantu. Perkara yang berlaku, bagi mereka tidak masuk akal. Piya meletakkan kepalanya diatas meja masih memikirkan SI Aizat.
Siapa sebenarnya awak, Aizat?
…
18/3/2014, SMK BATU TIGA, Selangor- RINGGGG!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Aku dan beberapa kawan perempuan yang sekelas denganku dalam perjalanan kekelas. Kelas aku bersebelahan dengan kelas Aizat. Selepas ini, masa untuk subjek Matematik.
“Alamak dah lambat. Ni semua salah perut aku buat hal pula masa rehat tadi. Habis lambat aku ni. Mesti kena mara dengan Cikgu Mona.” rungut Aizat sambil mencari buku bagi subjek Sains. Selepas mengambil buku-buku tersebut, dia terus berlari meninggalkan kelas untuk terus ke makmal Sains yang terletak di tingkat bawah.
“Wei, lepas ni subjek matematikkan. Korang dah siap kerja sekolah yang cikgu bagi?” tanya Tania yang merupakan rakan sekelas Piya. “Dah siap. Tapi aku tidur lambat semalam semata-mata nak siapkan kerja sekolah tu.” Jawab Hani. Mereka menaiki tangga menuju kekelas yang terletak di tingkat 3. Dalam masa mereka ketawa. GEDEBUK!!! Piya terjatuh kebelakang. Buku-buku SAINS berselerak.
“Aduh… Sakitnya.” Piya mengeluh sambil menggosok belakangnya yang sakit. Kawan-kawan Piya menolong Piya bangun. Kawan-kawannya memarah Aizat tetapi dihalang oleh Piya
“Maaf sangat-sangat tidak perasan.” Aizat meminta maaf sambil mengutip bukunya yang jatuh.
“Maaf ya, Piya. Nak kena cepat ni.” kata Aizat sambil tersenyum. Kemudian Aizat beredar dari tempat tersebut menuju ke kelas. Piya hanya terkaku tanpa memberi respon.
2.35 p.m.- Waktu sekolah tamat pada pukul 1.30 p.m., hanya segelintir pelajar yang tinggal dikantin sekolah yang masih menunggu ibu bapa mereka menjemput. Piya pergi membeli air, semua kawan-kawannya sudah pulang. Piya meminta air Anggur sejuk.
“Makcik air oren satu. Ni duitnya, bayar untuk anggur ni sekali.”
Piya terkejut, dia tersedar Aizat berdiri disebelah dia. Aizat memalingkan mukanya kearah Piya sambil tersenyum. Piya tidak mampu membalas senyuman Aizat.
“Nah air untuk awak.” kata Aizat sambil menghulurkan air Anggur kepada Piya. Aizat mengajak Piya duduk ditempat kosong.
Apabila mereka duduk, Piya bertanya kenapa berlanja dia air. Aizat menjawab sebagai tanda meminta maaf sebab terlanggar dia waktu sekolah tadi. Pada mulanya mereka hanya berbual tentang pelajaran. Lama-kelamaan, mereka berbual tentang topik luar. Kadang-kadang Aizat membuat lawak menyebabkan Piya ketawa,
“Haah, ketawa pun. Kan manis kalau macam tu. Ni asyik muka masam je.” perli Aizat. PIya menundukkan kepalanya tanda malu. Aizat tengok pada jamnya, dia terkejut.
“Aizat!!! Jom balik.” kedengaran Pn. Nordiana memanggil Aizat dari jauh.
“Alamak, mak saya dah panggil. Maaf Piya sampai sini sahaja. Saya dah kena balik. Mak saya baru habis mesyuarat dengan cikgu lain. Bye, jumpa lagi” kata Aizat. Aizat keam-kabut mengambil begnya kemudian beredar menuju kearah ibunya. Pn. Nordiana hanya tersenyum melihat telatah anaknya.
Piya hanya tersenyum. Dia mengeluh, dia berharap agar dia mampu berbual dengan Aizat lebih lama. Piya tersenyum sendiri, tanpa dia sedar. PONN!!! PONN!!! Piya memandang keluar melihat siapa yang membunyikan hon kereta. Rupa-rupanya ibu Piya. Piya menjadi gelabah dan tidak tentu hala, dia mengambi begnya lalu masuk kedalam kereta Apabila dia masuk dalam kereta, dia melihat ibunya tersenyum sinis terhadapnya.
“Kenapa mama senyum macam tu dekat Piya?” tanya Piya untuk kepastian.
“Tidak sangka mama, anak mama ni dah besar?” balas ibunya. Piya mula menjadi sangsi.
“Jadi siapa budak lelaki tadi yang cakap dengan Piya?” sambung ibunya. Piya senyap membisu. Lelaki? Kemudian dia teringatkan Aizat. Muka Piya menjadi merah.
“Mama Nampak ke tadi?” tanya Piya dengan nada yang pelahan. Ibunya tersenyum.
“Mama ni tunggu dalam kereta dekat setengah jam. Mama tengok je Piya cakap dengan budak tu. Bukan main seronok” sakat ibunya.
“Eishhh…. Mama ni. Dia kawan je la.” Balas Piya yang masih lagi tunduk malu. Ibunya hanya tersenyum tanpa membalas apa-apa.
Share this novel