Lelehan darah keluar dari hidungnya. Dia mengesat darah tersebut sambil tersenyum. “Giliran aku pula” kata lelaki tersebut. Piya berada dalam posisi pertahannya bagi menghadapi serangan. Lelaki itu lompat setinggi sepuluh meter dari paras tanah lalu melemparkan bilahan angin sebanyak yang mungkin. Piya cuba mengelak semua serangan tersebut, malangnya dua bilahan angin terken sisi lengan kiri dan mencalarkan muka sedikit. Husna dan Illya cuba untuk membantu PIya. “Jangan masuk campur” Tolakan Udara. Satu tiupan angina menolak Husna dan Illya sehingga melayang kedinding kilang. Husna dan Illya tidak sedarkan diri. Piya Nampak perkara tersebut, dengan perasaan marah dia menyerang lelaki itu dengan Panahan Cahaya. Semua panahan tersebut dihalang oleh Belahan Angin.
“Biar aku tunjukkan kuasa penuh aku” Gerudi Tangan. Lelaki tersebut menyerang PIya dangan Gerudi Tangan. Piya menepis semua serangan. Piya ingin menyerang semula, namun tumbukkannya tersasar. Dengan kesempatan tersebut lelaki tersebut menumbuk lengan Piya dengan Gerudi Tangan. Piya terjatuh dengan tangan kanannya cedera parah.
“HAHAHAHAHAHAh… Ingatkan hebat sangat tadi. Disebabkan aku rasa seronok lawan dengan kau, aku akan habiskan dengan serangan terhebat aku” lelaki itu berundur kebelakang sambil ketawa dengan kuat. Apabila dia berhenti, dia mengangkat kedua tangan. Gerudi Taufan Gigantua. Satu taufan gergasi diatas kepala lelaki itu menghacurkan atap kilang tersebut. Tiupan angin dari taufan tersebut sangat kuat. Hujung taufan tersebut menghala kearah Piya. Piya merasa tiada ape lagi yang dia dapat lakukan. “Selamat tinggal budak.”. Taufan tersebut dilontarkan kearah Piya. Piya memejamkan matanya.
Maafkan saya ayah. Saya gagal….
Tiupan dari serangan tersebut membuatkan kilang tersebut melayang jauh. Pokok-pokok dikawasan tersebut tumbang. Menjadikan kawasan kilang itu menjadi lapang. Serangan tersebut semakin menghilang. Lelaki tadi masih lagi ketawa. Debu-debu beterbangan mengkaburi pandangan mata akibat dari serangan tadi.
Satu suara terdengar dalam gumpalan debu tersebut.
“Lindungi manusia dari kejahatan? Lepas tu, awak biarkan diri awak macam ni. Menyedihkan”
Piya terkejut. Piya membuka mata dan merasa keadaannya seperti tiada apa yang berlaku. Dia melihat Aizat dihadapannya mengangkat tangan kanannya menggunakan PerisaI Cahaya. Piya nampak pada belakang tapak tangan satu symbol bintang lapan penjuru yang merujuk kepada cahaya. Simbol itu membuktikan bahawa Aizat adalah salah satu dari tujuh Guardian
“Aizat, awak adalah Guardian selama ni?” tanya Piya. Aizat hanya mendiamkan diri. Debu-debu semakin menghilang.
Lelaki itu terkejut melihat Piya masih hidup lagi. “Kau!!! Kenapa masih hidup lagi?” Lelaki itu perasan Aizat menggunakan kuasa untuk melindungi Piya. “Macam mana kau halang serangan terhebat aku”
“Ohh… Serangan terhebat ke tadi? Maaf tidak sengaja halang tadi. Saya nak lindungi orang je. Maaf ya encik.” sindir Aizat. Tidak guna kau. Belahan Angin bertub-tubi. Bilangan Belahan Angin yang sangat banyak menunju kearah Aizat. Aizat tanpa berganjak dari kedudukannya. Salutan Cahaya. Tangan kanan Aizat dilitupi cahaya, menepis segala Belahan Angin itu dengan laju dan mudah. Gerakan Cahaya. Aizat dengan kelajuan cahaya muncul dihadapan lelaki itu. Lelaki tersebut tanpa sempat mengelak, diserang bertalu-talu tanpa henti. Aizat menamatkan serangannya dengan tendangan dikepala lelaki tersebut. Lelaki itu tersungkur tidak sedarkan diri. Kemudian, Aizat menuju semula kearah PIya.
“Awak boleh bangun?” tanya Aizat. Piya mengangguk kepala dengan perlahan. Piya berasa kagum dengan Aizat. Apabila PIya baru sahaja berdiri, satu hempapan yang kuat datang dari tempat lelaki tadi. Muncul satu remaja sebaya dengan Aizat. “Hai Aizat. Lama kita tidak jumpa. Lebih kurang tiga tahun. Ops… patut ke aku sebut nama baru kau? PHANTOM!!!” sapa remaja tersebut
“Razef…. Apa kau nak?” tanya Aizat. “Oh, aku Cuma nak kutip budak aku ni. Maaf sampai ni sahaja kita oleh berbual. Sebelum aku pergi, Haikal ade pesanan untuk kau. ‘Jangan kacau pelan aku. Kalau kau tidak mahu perkara tiga tahun lepas berulang lagi’. Bye, jumpa lagi” sebelum Razef hilang menggunakan portal bersama lelaki tadi. PIya tanya pada Aizat “Siapa dia? Siapa pula Haikal”.
“Awak pun annoying jugakan. Banyak soalan.” kata Aizat sambil tersenyum. PIya hanya membuat muka. “Tadi adalah Razef, salah seorang dari tiga General. Haikal pula adalah ketua mereka. Orang yang patut awak tahu jika mahu menghalang rancangan jahat mereka”
Piya teringat akan Husna dan Illya. Piya menjadi gelabah dan tidak tentu hala. Aizat menenangkan Piya dan memberitahu bahawa mereka selamat. Piya menghembuskan nafas lega.
“HAHAHAHAHAHh… Awak ni kadang-kadang kelakar juga ya.” kata Aizat sambil ketawa dengan kuat. Piya berasa malu, lalu mengejar Aizat.
PIYA! PIYA! PIYA! Terdengar laungan dari Husna dan Illya sambil melambai-lambai tangan kearahnya. Piya berlari kearah mereka. Cedera pada Piya dapat disembuhkan menggunakan kelebihan Illya. Husna dan Illya dilindungi oleh Nazmi sebentar tadi, yang juga merupakan Guardian. Guardian Kilat
Aizat termenung memimikirkan kata-kata Razef. Dia sedar akan risiko jika mengganggu rancangan Haikal. Dia tidak mahu perkara sama berulang lagi.
Piya memandang Aizat. Phatom? Aku tahu tu nama tu... Betul ke Aizat adalah Phantom? Kalau betul kenapa dia tidak bagitahu dari dulu lagi?
Share this novel