Jam pukul 1.30 tengahari kelihatan ramai pelajar-pelajar di sebuah sekolah keluar dari kelas untuk pulang. Kelihatan 3 sekawan yang berjalan keluar dari kelas. 3 sekawan itu adalah Izara Humaira,Ardiana dan Darwisya. Mereka bertiga memang rapat dan sering bersama ke mana sahaja.
Izara Humaira seorang gadis yang agak tomboy dan lasak.Manakala Ardiana seorang gadis yang mulutnya agak becok.Sedangkan Darwisya seorang gadis yang agak pendiam yang tak banyak cakap. Walau pun sikap mereka bertiga berbeza tapi mereka adalah kawan rapat.
Tahun ini ketiga gadis ini akan mengambil peperiksaan SPM. Umur mereka bertiga baru 17 tahun. Latar belakang kehidupan mereka tidak sama. Izara Humaira bila pulang dari sekolah sampai di rumah ia akan bersiap pula untuk ke bengkel motor untuk bekerja. Kawannya memanggil dirinya dengan panggilan Izara.
Izara bekerja sambilan sebagai makenik di sebuah bengkel motor ke punyaan bapa saudaranya. Izara memanggil bapa saudaranya itu Pak Ngah. Bengkel Pak Ngah tidak jauh dari rumah Izara. Izara akan menaikki motor untuk ke bengkel motor Pak Ngah. Izara sudah bekerja di bengkel motor Pak Ngah sudah hampir 2 tahun. Izara agak berminat dengan motor dan sudah terbiasa melihat Pak Ngah membaikki motor yang ada masalah. Kerana merasa minat untuk membaiki motor Izara meminta Pak Ngah mengajarnya. Pak Ngah pun mula mengajar anak saudaranya itu.
Pak Ngah juga sudah mempunyai anak dan isteri. Dan kebetulan pada satu hari tu pekerja Pak Ngah tidak dapat datang kerana tidak sihat. Pada hari itu juga banyak motor yang berada di bengkel untuk di perbaikki. Pak Ngah pun meminta Izara untuk membantunya. Dan Izara pun membantu membaikki motor yang berada bengkel Pak Ngah. Izara menukarkan tayar yang pecah atau bocor. Izara juga akan menukarkan minyak hitam.
Kadang-kadang Izara juga akan menukarkan bal lampu motor yang ada masalah. Tapi selalunya Izara kerap menukar tayar yang pecah dan bocor.
"Izara nanti aku nak pergi bengkel Pak Ngah kau. Nak suruh tengokkan motor aku ni rantai dia macam dah kendur je" kata Ardiana sambil berjalan ke arah motor Yamaha LC nya.
"Tu mungkin sebab sprocket dia dah teruk,kena tukar satu set rantai sprocket la." kata Izara sambil mula meletakkan beg sekolahnya di dalam raga motornya.
"Nak tukar rantai sprocket rasanya tak mampu lagi. Bulan depan baru boleh,sementara tu hang bagi ketat je la rantai motor aku ni" kata Ardiana sambil memadang pada Izara.
"Ya lah nanti aku bagi ketatkan sikit rantai motor tu dekat bengkel Pak Ngah." kata Izara.
"Terima kasih...Nanti dalam pukul 2.30 petang aku datang" kata Ardiana.
Mereka berdua keluar dari tempat parking dengan menolak motor masing ke luar dari pintu pagar sekolah. Selepas keluar pintu pagar barulah Izara dan Ardiana menghidupkan enjin motor dan mula menuju ke rumah masing-masing. Di sekolah pihak sekolah tidak membenarkan pelajar menungang motor di dalam sekolah. Pelajar yang menaikki motor di minta untuk menolak terlebih dahulu ke luar pagar barulah boleh menghidupkan enjin motor dan menungangnya.
Sementara itu Darwisya kawan Izara dan Ardiana pulang sekolah di ambil oleh ayahnya. Darwisya memang akan pulang di ambil oleh ahli keluarganya. Kadang-kadang ibunya dan kadang-kadang ayah atau abangnya yang akan datang mengambilnya di sekolah.
Dalam pukul 2.15 petang Izara sudah pun berada di bengkel motor Pak Ngahnya. Seperti yang di janjikan oleh Ardiana pulang sekolah tadi. Ardiana pun sampai di bengkel Pak Ngah dalam pukul 2.30. Bila melihat kawan rapatnya Ardiana sudah datang. Izara pun pergi ke arah motor kepunyaan Ardiana. Izara pun mengambil spanar untuk membetulkan rantai motor tersebut yang kelihatan sudah kendur sedikit.
"Ingat bulan depan kau kena ganti rantai dengan sprocket sekali."Kata Izara sambil tangannya mula melakukan kerjanya.
"Aku dah bagi tahu pada mak aku dah... Mak aku kata bulan depan dapat gaji terus datang bengkel ni suruh kau tukarkan rantai motor dengan sprocket."kata Ardiana.
"Kalau tak tukar nanti rantai ni akan kendur balik...Okay dah siap dah"kata Izara pada Ardiana.
"Okay terima kasih, berapa ni upah dia?"Soal Ardiana.
"Hari ni tak payah bayar sebab sikit je pun. Tapi bulan depan nak tukar rantai dengan sprocket tu baru bayar dekat Pak Ngah aku."kata Izara.
"Okay la,aku balik dulu... Tak mau kacau kau buat kerja"kata Ardiana sambil menghidupkan enjin motor dan pergi dari bengkel tersebut.
Sementara Izara pula di suruh oleh Pak Ngah nya untuk mengantikan tayar motor pelangannya yang datang. Izara pun pergi ke arah motor tersebut dan mula mengambil spanar untuk membuka tayar tersebut.
Bersambung...
Share this novel
hiii......x update chapter lg ker