Kelihatan Haziq masih berada di bengkel motor kepunyaan Pak Ngah Izara. Izara pula sambil tangan melakukan kerjanya tapi matanya asik memadang pada Haziq. Haziq nampak seperti terperasan yang Izara asik memerhatikan dirinya. Haziq pun memadang pada Izara dan tersenyum.
Hati Izara jangan nak kata dah berbunga-bunga tak keruan bila Haziq tersenyum pada dirinya. Habis kerja yang sepatutnya mudah tapi jadi tak keruan akibat oleh Izara. Adui kenapa la Pak Cik Haziq senyum pada aku ni.Nampaknya Pak Cik Haziq dah nampak keayuan aku ni,bisik hati Izara sambil fikirannya entah melayang ke mana tak tahulah.
"Izara kenapa tak siap lagi pebetul brek tu?" kata Pak Ngah sambil memadang pada Izara yang asik mengalamun.
"La nak kena pebetul brek ke? Izara tersilap pergi buka tayar la pulak" kata Izara agak malu-malu.
"Kau tu mengalamun apa Izara sampai salah buat kerja ni?"soal Pak Ngah.
" Izara salah dengar tadi,tak pa nanti Izara pebetulkan brek belakang ni"kata Izara sambil tersengih. Kenapa la aku boleh mengalamun tengah buat kerja ni,tak pasal-pasal jatuh air muka aku depan Pak Cik Haziq,bisik hati Izara.
Tak lama kemudian tiba-tiba ada 2 orang rakan kelas Izara datang ke bengkel.Rakan kelas Izara tersebut lelaki seorang bernama Izani dan seorang lagi bernama Amin.
"Izara kau tengokkan motor aku ni sat. Enjin dia macam ada masalah je" kata Izani pada Izara.
"Kau bagitahu pada Pak Ngah la" kata Izara seperti tidak suka dengan ke datangan Izani dan Amin.
Izara kurang suka dengan Izani dan Amin. Kerana Izani dan Amin memang terkenal di sekolah kerana mereka berdua pelajar yang bermasalah. Mereka berdua juga kerap memeras ungut pelajar lain di sekolah. Dan selalu juga mereka berdua ponteng tidak datang sekolah. Semua pelajar tahu dengan sikap dan perangai Izani dan Amin.
"Kau sombong ya dengan aku... izara esok ahad bengkel tak bukakan,jom kita pergi tengok wayang berdua".kata Amin pula.
"Tak ingin la aku nak keluar berdua dengan kau. Pergi la cari orang lain"kata Izara.
"Untung kut aku nak ajak kau tu keluar. Dah la kau ni perangai macam jantan, mana ada lelaki suka perempuan kasar macam kau ni"kata Amin.
"Hey! mulut tu cakap elok sikit... Siapa kata tak dak orang yang suka dekat aku. Ramai je yang suka dekat aku ni tapi aku tolak. Kalau perangai macam kau ni tak ingin aku."kata Izara tak mau kalah.
"Ya lah tu, Amir tolong tengokkan motor aku ni. Brek belakang dia tak berapa nak makan la, lepas tu aku nak kau ganti tayar tubeles yang belakang tu sebab dah lama sangat sampai nak merekah dah pun tayar dia."kata Izani pada Amir pekerja Pak Ngah.
"Okay nanti aku buatkan. Harga semua ni kau kena tanya Pak Ngah"kata Amir sambil berjalan ke arah motor Izani.
"Okay aku pergi jumpa Pak Ngah sat"kata Izani sambil berjalan ke arah Pak Ngah yang sedang bersembang dengan Pak Cik Haziq.
Manakala Amin tak habis-habis berlawan cakap dengan Izara. Sampai naik malas Izara nak melayan dan akhirnya Izara buat kerja tanpa membalas percakapan Amin.
Lebih kurang setengah jam juga la, barulah siap Amir pebetulkan brek dan ganti tayar motor kepunyaan Izani. Lepas siap dan membayar harga dan upah pada Pak Ngah baru Izani dan Amin pergi dari bengkel. Sementara itu Pak Cik Haziq masih setia menunggu motornya yang masih belum siap lagi. Kerana banyak barang yang nak kena ganti, jadi lama la sikit nak siapnya.Lepas tu nak kena wayaring pula motor tu lagi lambat la. Sebab Pak Cik Haziq tu adalah kawan Pak Ngah jadi Pak Ngah yang buat semua tu sampai siap. Sambil mulut Pak Ngah asik bersembang dengan Pak Cik Haziq.
Sementara tu Izara hanya sesekali curi-curi padang pada Pak Cik Haziq. Dan Amir terperasan Izara kerap memadang pada Pak Cik Haziq. Lepas siap motor Pak Cik Haziq di baikki oleh Pak Ngah.Pak Cik Haziq pun membayar harga barang yang di ganti dan upah pada Pak Ngah. Selepas itu Pak Cik Haziq pun keluar dari bengkel dan pergi bersama motornya itu.
"Izara kau suka dekat Pak Cik Haziq ya" kata Amir bila Pak Cik Haziq sudah tiada lagi di bengkel.
"Ma..mana ada aku suka dekat Pak Cik tu" kata Izara agak terkejut dengan pertanyaan Amir. Nampak sangat ke aku ni tersuka dekat Pak Cik Haziq tu, adui malunya,bisik hati Izara.
"Alah jangan nak tipu la...Nampak sangat mata kau tu asik duk pandang pada Pak Cik Haziq tu je masa dia ada" kata Amir lagi.
" Izara betul ada hati dekat Pak Cik Haziq ke? Kalau betul Pak Ngah boleh suruh Pak Cik Haziq tu minang Izara buat isteri lepas Izara habis SPM nanti. Haziq tu pun belum berpunya lagi,tapi rasanya dia tu susah nak suka dekat perempuan lepas dia putus tunang dulu." kata Pak Ngah sambil memadang pada Izara.
"Oo Pak Cik Haziq tu pernah juga bertunang sebelum ni. Tapi kenapa diorang putus?" tanya Izara.
"Tu Pak Ngah tak tahu kenapa diorang putus. Tapi lepas dia putus tunang tak pernah dah Pak Ngah tengok dia berkawan dengan perempuan lain " kata Pak Ngah.
"Entah-entah kawan Pak Ngah tu gay kut" kata Amir.
"Pandai-pandai pula kata kawan Pak Ngah tu gay. Pak Ngah kenal la kawan Pak Ngah tu. Haziq tu lelaki sejati" kata Pak Ngah agak marah pada Amir sebab mengatakan Haziq tu gay.
"Kau ni Amir main tuduh-tuduh pulak kata Pak Cik Haziq tu gay. Aku takut kau ni je yang gay sebab sampai sekarang tak ada awek lagi." kata Izara.
"Hey tolong sikit aku ni lelaki sejati tau. Aku tak dak awek bukan sebab aku gay tapi perempuan tak nak dekat aku. Setakat kerja mekanik bengkel motor perempuan mana nak pandang" Kata Amir.
"Ya lah tu, ada yang suka dekat kau tapi kau yang tak nak." kata Izara.
"Sapa dia yang suka dekat aku tu?" tanya Amir sambil memadang Izara.
"Ala buat tak tau pula dah. Pelangan tetap kita yang selalu datang tu la sapa lagi." kata Izara sambil tersengih.
"Si Mira tu ke? Tak nak aku dengan dia macam tak betul je aku tengok" kata Amir sambil mengelengkan kepalanya.
"Tu kan aku dah kata ada yang suka tapi hang yang tak mau" kata Izara lagi.
"Sudah-sudah la tu, Amir kau pi tengok motor pelangan kita yang baru datang tu." kata Pak Ngah.
"Ya lah Pak Ngah" kata Amir sambil pergi ke arah motor salah seorang pelangan yang baru datang.
Bersambung...
Share this novel