Bab 4 Perjalanan Pulang Ke Rumah

Drama Completed 211290

Jam sudah pun pukul 9.00 malam aku baru je nak balik rumah. Hari ni banyak pula pelangan di bengkel Pak Ngah. Kekadang kalau tak banyak motor untuk di baikki aku akan balik awal dalam pukul 7.00 petang. Tengok motor banyak ke tak banyak untuk di baikki.

Rumah aku masuk dalam kampung,bengkel Pak Ngah pula berada de tepi jalan raya dekat kawasan taman perumahan tempat Pak Ngah tinggal. Dari bengkel Pak Ngah ke rumahku ambil masa sepuluh minit je tak la jauh mana pun. Tapi nak sampai ke rumah aku tu jalan agak sunyi dan rumah orang pun agak jauh. Rumah yang aku tinggal bersama ayahku dan ibu tiri aku ni rumah kampung je.

Aku bawa motor Yamaha Legenda aku ni seperti biasa je. Tak berapa nak laju la. Sebab aku malas nak balik rumah sebenarnya nak berdepan dengan ibu tiri dan ayah aku. Ibu tiri aku memang jenis suka membebel,ayah aku pula asik nak cari salah aku je. Ayah aku memang marah sebab aku kerja sambilan di bengkel Pak Ngah.Kerana bagi ayah itu pekerjaan lelaki,ayah suruh aku kerja sambilan di kedai makan kepunyaan kawan ibu tiriku. Tapi aku tak mahu.

Dalam perjalanan di kawasan sunyi yang tak ada orang tiba-tiba ada 2 buah motor berhenti di tengah jalan mehalang jalanku. Aku pun memberhentikan motorku supaya tak terlangar dua buah motor tersebut. Aku melihat ada dua orang lelaki di motor tersebut. Lelaki tu aku kenal sapa lagi kalau bukan Izani dan Amin yang suka cari masalah dengan aku.

"Hey! ketepi la aku nak lalu ni" kataku.

" Kalau kau setuju nak keluar berdua dengan aku. Baru aku akan ubah motor aku ni"kata Amin sambil tersenyum menampakkan giginya yang tak berapa putih tu.

"Jangan nak harap aku nak keluar dengan kau. Perangai entah apa-apa nak ajak aku keluar" kataku sambil membuat muka tidak suka pada Amin.

"Amin ni suka dengan kau,keluar je la esok dengan dia. Esok aku bawa awek aku, Amin dengan kau...Okay apa" kata Izani pula cuba untuk memujukku supaya menerima ajakkan Amin.

"Tak ingin aku nak keluar dengan Amin. Ketepi lah! motor kau berdua tu aku nak balik rumah ni" kataku dengan nada agak kasar sedikit.

"Kau ni Izara sombong dengan aku dah kenapa?" kata Amin agak marah.

"Mana ada aku sombong...Kau tu pun apa hal nak paksa-paksa aku keluar dengan kau.Dah aku tak mau, pergi la cari perempuan lain.Berlambak lagi perempuan dekat luar sana tu" kataku masih tak mahu mengalah.

"Perempuan lain tak sama dengan kau. Lagi pun hati aku dah suka dekat kau." kata Amin dengan nada suara seperti memujuk.

"Tepilah,aku nak balik ni letih tau tak" kataku meminta mereka berdua supaya mengalihkan motor mereka berdua.

"Kalau cara elok kau tak mau juga. Aku akan guna cara kasar" Kata Amin sambil berjalan ke arahku.

"Hey! kau nak buat apa ni datang dekat aku ni? Jangan datang dekat dengan aku nahas kau nanti. Lagi pun aku ada tali pinggang warna kuning untuk silat lincah." kataku.

"Tak daknya aku takut dengan silat lincah kau tu. Badan kau tu kecil molek je, jauh berbanding dengan aku." Kata Amin yang semakin dekat dengan diriku.

Amin memengang tanganku lalu aku menarik tanganku dari di pengang oleh Amin. Tapi tenagaku tak mampu nak melawan tenaga Amin. Apa lagi aku masih letih kerana melakukan kerja di bengkel Pak Ngah tadi. Lagi pula Amin badannya lebih besar dari aku tentu tenaga dia lebih kuat dari diriku.

"Amin kau jangan la buat kasar dengan Izara tu. Kau mengalah je la,cari perempuan lain je" Kata Izani bila melihat Amin cuba untuk bertindak kasar pada diriku.

"Izani kau jangan masuk campur urusan aku. Kau tolong jaga kalau ada orang lalu kawasan ni" kata Amin seperti tidak suka Izani cuba menasihatkan dirinya.

"Ya lah, aku tak masuk campur. Terpulang kau la nak buat apa pun" kata Izani mengalah dengan perangai Amin.

"Kau jangan nak buat bukan-bukan dekat aku Amin. Ingat tuhan,kau tak takut dosa ke?" kataku sambil aku cuba melepaskan diri dari pengangan tangan Amin.

"Cara baik kau tak mau,jadi terpaksa la aku guna cara kasar pula" kata Amin sambil tersenyum penuh dengan maksud tersirat.

Sedang aku bergelut dengan Amin supaya Amin melepaskan aku,tiba-tiba ada sebuah motor lalu dan berhenti berhampiran motor ku.

"Kau orang buat apa malam-malam dekat sini?" soal lelaki tersebut.

Alhamdulillah nasib baik ada orang lalu. Mungkin diri aku akan selamat dari Amin. Dan lelaki tersebut adalah Pak Cik Haziq.
Aku pun apa lagi mula la bersuara nak minta bantuan Pak Cik Haziq.

"Pak Cik tolong saya mereka berdua ni nak buat sesuatu pada saya" kataku meminta simpati pada Pak Cik Haziq.

Pak Cik Haziq memadang pada aku dan melihat pada Amin yang mencekam tangannya pada badanku.

"Lepaskan perempuan tu sekarang juga."Kata Pak Cik Haziq sambil memadang pada Amin.

" Pak Cik tak payah masuk campur urusan kami."kata Amin agak marah.

"Kamu semua masih sekolah dan bawah umur. Jadi Pak Cik boleh masuk campur,lagi pun kau nak buat benda salah pada anak saudara kawan Pak Cik . Memang Pak Cik kena masuk campur la" Kata Pak Cik Haziq.

Pak Cik Haziq pun menghampiri aku dan Amin,lalu Pak Cik Haziq menarik diri aku ke arahnya supaya Amin melepaskan diriku. Pada mulanya Amin seperti tidak mahu melepaskan aku. Tapi Izani cuba memujuk Amin supaya melepaskan aku. Amin pun melepaskan pengangan tangannya dari badanku.

Selepas Amin melepaskan tangannya dari badanku. Aku pun tanpa ragu-ragu menampar muka Amin kerana marah dan sakit hati dengan tindakkan Amin. Selepas itu aku pergi ke sisi Pak Cik Haziq.

"Kamu berdua pergi balik sekarang atau nak pergi balai polis terus" kata Pak Cik Haziq.

"Tak payah pergi balai polis, kami berdua akan balik sekarang juga. Saya janji lepas ni kami tak akan kacau Izara dah" kata Izani sambil menarik Amin mengajak pergi dari sini. Amin dan Izani pun mula menghidupkan enjin motor dan pergi meninggalkan aku bersama Pak Cik Haziq.

"Terima kasih Pak Cik sebab dah tolong Izara.Kalau tak entah apa la jadi dekat Izara tadi."kataku pada Pak Cik Haziq dengan suara agak lembut supaya nampak ke ayuan aku.

" Nasib baik la Pak Cik lalu sebab nak pergi jumpa Pak Ngah kau. Kau tu jangan balik malam sangat bahaya."kata Pak Cik Haziq.

"Hari ni banyak motor nak kena baikki tu yang balik lambat." kataku.

"Hidupkan enjin motor kau tu...Pak Cik akan ikut belakang kau sampai depan rumah kau. Pak Cik lupa la pula apa nama kau".Kata Pak Cik Haziq. Hati aku jangan nak kata memang teruja la sebab Pak Cik Haziq akan temankan aku sampai rumah.

" Nama saya Izara Humaira orang selalu panggil Izara je"kataku sambil mula menghidupkan enjin motorku.

Aku pun mula menungang motor menuju ke rumahku. Pak Cik Haziq setia mengikut di belakang sampai ke rumah. Aku sengaja bawa motor lambat-lambat supaya boleh lama Pak Cik Haziq mengekori aku di belakang. Tapi nak buat macam mana rumah aku dah nak dekat dah pun. Tak sampai lima minit dah sampai.Adui kenapa rumah aku ni dekat pula dah,kan bagus kalau kalau rumah aku jauh lagi boleh la lama sikit Pak Cik Haziq ikut aku.

Sampai di depan kawasan rumah aku, aku pun mengucapkan terima kasih pada Pak Cik Haziq.

"Terima kasih sebab Pak Cik sudi temankan Izara sampai rumah" kataku.

"Sama-sama, nanti Pak Cik jumpa Pak Ngah,Pak Cik akan bagitahu supaya Pak Ngah bagi Izara balik awal sikit. Jangan sampai dah malam baru balik" Kata Pak Cik Haziq.

"Tak payah la bagitahu Pak Ngah tentang perkara ni"Kataku. Sebenarnya Pak Ngah memang dah suruh aku balik awal dalam pukul 7.00 petang. Tapi aku saja je tak mau balik awal. Kalau balik awal nanti asik dengar bebelan ibu tiri aku je. Tu yang malas balik awal tu.

"Pak Cik akan bagitahu juga.Sebab Izara ni perempuan mana boleh balik malam-malam macam ni" kata Pak Cik Haziq. Lalu Pak Cik Haziq pergi dari rumahku dengan motornya. Aku pun lepas parking motor terus masuk ke dalam rumah. Aku memberi salam sebelum membuka pintu. Selalu ibu tiriku tak akan kunci pintu selagi aku tak balik.

Malam ni aku rasa tak boleh nak tidur asik teringat pada Pak Cik Haziq pujaan hati aku. Aku rasa macam berdating pula tadi,walau pun naik motor masing-masing tapi rasa macam Pak Cik Haziq duk dekat dengan aku je. Ya lah dekat di hatiku. Esok aku nak ajak Ardiana dan Darwisya keluarlah. Boleh la aku cerita pada mereka tentang pujaan hatiku Pak Cik Haziq sudah datang menyelamatkan aku dari orang jahat yang tak berapa jahat.

Bersambung...

Share this novel

zan
2024-11-03 02:19:42 

alhamdulillah..bagus jalan cerita


NovelPlus Premium

The best ads free experience