Z
ILL HAKIM terdiam kaku melihat mayat di hadapannya.
“Allah... Allah... aku tak mampu… aku tak mampu…” rintih Zill Hakim. Terketar-ketar dia melihat kedua-dua tubuh badan yang sudah ditutupi dengan kain putih.
Datin Zahlia tidak dapat menahan sebak melihat menantu dan cucunya yang sudah terbaring kaku. Begitu juga dengan Datuk Syakir. Dia juga tidak dapat menahan sebak melihat anak lelakinya yang dari tadi meraung di dalam bilik mayat.
“Zill… sudah Zill,” pujuk Datin Zahlia.
“This is all my fault. This is all my fault...” ulang Zill Hakim.
“Tak, bukan salah Zill. Bukan salah Zill. Ini semua dah takdir. Umur mereka berdua tak panjang.”
“Ni semua salah perompak tu! Kalau dia tak bawa lari kereta tu, mesti semua ni tak akan terjadi. Zill tak boleh terima. Tak boleh terima!” jerit Zill Hakim.
“Sudahlah Zill. Sudahlah.” Datuk Syakir cuba menenangkan anak lelakinya.
“I can’t accept this pa! Ayang, ayang bangun ayang. Biy ada ni dekat sini. Pagi tadi kan kita dah janji kan nak pergi beli barang baby. Kan ayang kan? Zarith bangun Zarith. Bangunlah! Janganlah tidur!”
“Sudahlah tu, ya Allah.” Datuk Syakir cuba memujuk anak lelakinya.
“Sekarang ni apa yang tinggal? Cuba papa cakap dengan Zill. Dah tak ada apa yang tinggal lagi. Dah tak ada apa dah. Kosong, jiwa Zill kosong.”
Datin Zahlia tidak dapat berbuat apa. Dia hanya melihat anak lelakinya yang tidak henti-henti menangis dari tadi.
AZAM dan Majid berhenti di sebuah rumah lama.
“Aku nak barang! Aku nak barang!” jerit Azam.
“Kau diamlah! Kau ingat kau sorang je nak barang? Habis tu aku?”
“Sekarang ni apa kita patut buat. Aku nak barang aku. Cepatlah jual kereta ni! Aku tak tahan nak merasa barang tu mengalir dalam tubuh aku!”
“Aku dah call Simon. Dia suruh hantar kereta ni ke Genting Highland. Sekarang ni pihak polis pun tengah cari kita.”
“Aku tak pedulilah. Kita langgar jelah polis tu.”
“Sedapnya mulut kau bercakap. Sekarang ni kita tunggu malam nanti. Pukul 12.00 malam kita gerak pergi hantar.”
Azam terus berjalan masuk menuju ke dalam rumah lama yang mereka tiba tadi. Dia terus merebahkan dirinya di atas lantai, lalu memejamkan matanya untuk tidur.
Hu... hu... hu... kedengaran suara orang menangis di luar rumah.
Azam terjaga daripada tidur apabila terdengar suara tangisan dari luar, dan dia terus sahaja bangun untuk membuka pintu. Dia mencari arah suara yang menangis tadi. Terlihat satu susuk tubuh badan yang mencangkung di halaman rumah lama itu.
“Kau siapa ha? Menangis dekat sini malam-malam buta?”
Wanita yang menangis itu berpusing menghadapnya bersama dengan seorang budak lelaki.
“Kau... kau...bukan ke korang dah mati ke?!”
“Kenapa encik… Kenapa encik tolak kami?” soal Elvina.
“Kenapa pak cik tumbuk mata saya?” soal Zarith pula.
“Korang dah matilah! Korang dah mati!”
“Encik tengok baby saya ni encik. Tak sempat dia nak tengok dunia encik. Cuba tengok baby saya ni encik.” Elvina menunjukkan bayi di tangannya kepada Azam.
Azam melihat wanita itu sedang menggendong batu nisan.
“Korang dah mati! Korang dah mati!” jerit Azam.
“Kenapa encik bunuh kami!” jerit Elvina dengan wajah yang menyeringai mahu menerkam ke arah Azam.
Arghhh!!!
Azam terjaga daripada tidur apabila wajahnya ditampar seseorang.
“Kau bangun sekarang! Dah jom, kita pergi hantar kereta.”
“Pukul berapa dah? Kenapa aku rasa macam kejap je tidur ni?”
“Kepala hotak kau kejap. Kau tengoklah dah pukul berapa sekarang ni? 6 jam kau tidur, kau tau tak!”
“Yalah, yalah. Cepat weh aku tak tahan ni. Aku ketagih sangat ni.”
“Yalah! Aku tahulah. Aku pun tak tahan ni. Aku pun tak larat nak drive. Barang tak dapat ni.”
“Jom cepat!” arah Azam.
Mereka berdua terus menuju ke kereta, untuk menghantar kereta yang dicuri tengah hari tadi ke Genting Highland. Kereta yang dipandu Majid membelah kepekatan malam. Perjalanan dari Klang ke Genting Highland mengambil masa dalam satu jam lebih. Nasib jalan tidak begitu sesak. Ini mungkin kerana hari sudah menginjak lewat malam.
“Senang betul kerja kita. Langsung tak ada polis sepanjang jalan ni.”
“Baguslah tu.”
Majid memandu dengan tekun, sehinggalah matanya terpandang ke arah cermin pandang belakang. Ada satu penampakan yang berpakaian serba putih dengan rambut panjang yang menutupi muka. Walaupun sudah ditutupi dengan rambut, tetapi tetap terlihat sepasang mata yang merah menyala sedang merenungnya.
“Weh kau ni kan, asal kau tak cuci tempat duduk ni. Ada darah lagilah. Sial betul. Bau hanyir tahu tak? Ini kalau Simon tahu ni, confirm dia bising. Nanti sampai atas kita cuci dulu. Nasib baik darah ni dah kering,” marah Azam.
Majid tidak mengendahkan kata-kata Azam, malah dia sudah tidak tentu arah kerana renungan mata dari cermin pandang belakang tidak henti-henti merenungnya.
“Kau apa hal diam?” soal Azam.
“Tu... tuuu...” Majid memuncungkan mulutnya ke arah cermin pandang belakang.
“Tu... tu... apa kau ni?”
“Belakang, belakang.”
“Apa belakang?” Azam berpusing. Tetapi langsung tiada apa-apa.
“Kau ni apa hal ha? Aku tengok tak ada apa pun. Cepatlah drive. Aku nak beli barang dah ni. Aku tak tahan sangat ni kau tahu tak?”
Tetapi Majid tetap tidak tentu arah waktu itu. Kereta dipandu semakin laju. Bau hanyir darah mula menerjah ke ruang udara di dalam kereta.
“Kuat betul bau darah dalam kereta ni. Siallah!” marah Azam.
“Kuat kan, bau darah ni? He... he... he... aku suka.” Ada satu suara dari arah belakang.
Azam dan Majid terkejut mendengar suara wanita dari arah belakang. Terbeliak mata Azam melihat wanita itu, yang pakaiannya sudah dipenuhi dengan darah. Itu adalah wanita yang ditolaknya petang semalam.
“Han... hantuuu!” jerit panjang Azam.
Majid terkejut mendengar suara Azam yang tiba-tiba menjerit kuat. Tidak semena-mena ada satu budak lelaki yang berdiri di tengah jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil tersenyum dan melambaikan tangan ke arah mereka berdua. Majid mula hilang kawalan, sehingga kereta yang dipandunya terus melanggar penghadang jalan.
Arghhh!!!
Masing-masing menjerit apabila kereta yang dinaiki mereka telah jatuh ke dalam gaung, dan akhirnya kereta tersebut meletup.
Bommm!!!
BADRIAH menuju ke arah pintu, apabila pintu rumahnya diketuk dari luar. Dia melihat ada dua anggota polis yang sedang berdiri di depan pintu rumahnya. Balqis dan Bazli turut menuju ke arah ruang tamu.
“Assalammualaikum, puan.”
“Waalaikummussalam. Ya, saya tuan.”
“Puan, isteri kepada Encik Azam ke?”
“Ya, saya.”
“Kami datang ni nak beritahu, yang Encik Azam sudah pun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Genting Highland tengah malam tadi. Jadi, saya nak puan datang ke hospital untuk proses pengecaman mayat.”
Terkedu Badriah waktu itu.
“Boleh ikut kami sekarang?” soal pegawai polis itu.
“Baik... baik tuan. Saya pergi.”
Balqis dan Bazli langsung tidak ada rasa terkejut. Badriah merenung kedua-dua anaknya. Kenapa kedua-dua anaknya seperti tiada perasaan?
“ZILL, tadi pihak polis call papa. Orang yang dah bunuh anak dan isteri kamu dah meninggal dunia.”
Zill Hakim memandang bapanya dengan pandangan yang sepi. Dari semalam jiwanya telah mati. Tiada apa yang tinggal lagi. Isteri dan anak lelakinya dan begitu juga bayi yang dikandung arwah isterinya sudah pun selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad.
“Zill dengar tak apa yang papa cakap ni?”
“Lantaklah dia nak mati pun. Balasan dia, sebab bunuh isteri dan anak Zill.”
Datuk Syakir hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia lihat anak lelakinya yang sudah kelihatan tidak terurus. Wajah anak lelaki begitu serabut. Muka kelihatan sembap akibat terlalu banyak menangis.
“Kamu dah tak nampak macam orang dah Zill. Pergilah Zill. Pergilah solat. Mengadulah dekat Allah. Ni kalau arwah tengok kamu macam ni, mesti dia sedih Zill,” kata Datin Zahlia.
“Kenapa Vina tinggalkan Zill ma? Kenapa? Salah Zill ke ma? Sepatutnya Zill pesan dekat dia lock kereta tu. Tapi Zill lupa.” Zill Hakim berdecit perlahan.
“Sudahlah Zill.”
“Why ma? Kenapa Allah ambil orang yang Zill sayang?”
“Zill tahu tak, kenapa Allah ambil Vina dengan Zarith awal? Sebab Allah sayangkan dia orang berdua.”
“Kesian Vina ma. Dahlah anak yatim. Mak bapak tak ada. Kita ni je keluarga dia. Alih-alih Vina tinggalkan Zill awal. Zill tak nak hidup ma. Zill nak ikut dia orang ma. Zill nak ikut dia orang.”
“Sudahlah Zill. Sudahlah.” Datin Zahlia memujuk anak lelakinya. Dipeluk erat anak lelakinya itu.
Datuk Syakir tidak mampu berbuat apa lagi. Dia hanya mampu melihat sahaja anak lelakinya itu.
“YANG ibu nak menangis sangat ni kenapa? Baguslah abah tu dah pergi,” kata Bazli.
“Li! Dia abah kamu. Kenapa kamu langsung tak ada rasa sedih ha?”
“Ibu, betullah apa yang Li cakap. Buat apa kita nak sedih. Selama ni tengoklah apa yang abah dah buat? Dia selalu pukul ibu dengan kami. Ada ke dia sedar? Pukul ibu sampai nak mati. Ibu tak ingat ke? Tak sangka pula Aqis yang abah dengan Pak cik Majid tu dah rompak orang. Itulah balasan dia orang. Padan muka dia orang. Dahlah tak sempat nak bertaubat langsung!” kata Balqis.
Pang!!!
Pipi Balqis ditampar Badriah.
“Mulut kamu tu elok-elok sikit. Korang berdua ni memang tak ada hati perut langsung kan? Walau macam mana pun dia tetap abah kamu.”
“Apa ni ibu, tampar akak?” Bazli menyentuh kedua-dua bahu Balqis, untuk menenangkan kakaknya.
Balqis memegang pipinya. Air mata mula mengalir di pipi.
“Sudah akak. Cakap dengan ibu ni buang masa. Dia
tak ingat agaknya yang abah dulu pernah nak bunuh dia,” kata Bazli.
Badriah terdiam. Ya, dia ingat lagi semasa suaminya mahukan wang untuk membeli dadah, dia pernah hampir ditikam oleh suaminya. Nasib kebetulan ada jirannya datang membantu.
“Walau macam mana pun, dia tetap abah kamu,” kata Badriah.
3 bulan kemudian.
BILIK Zill Hakim bergelap. Langsung tiada cahaya yang masuk ke dalam biliknya. Hidupnya banyak dihabiskan di dalam bilik sahaja. Dia langsung tidak bekerja. Syarikatnya pula sudah diambil alih oleh papanya buat sementara waktu.
“Ayang, nanti ayang nak bagi nama baby, nama apa?” soal Zill Hakim.
“Oh, nama Esha eh? Sedap juga tu,” kata Zill Hakim. Tiba-tiba dia ketawa.
Datin Zahlia membuka pintu bilik anak lelakinya. Dalam masa yang sama dia terdengar anak lelakinya bercakap seorang.
“Sekejap eh, biy rasakan ayang tak sesuailah pakai baju macam ni. Kena pakai baju yang ini. Tunggu kejap, biy pergi ambil.” Zill Hakim berlalu ke almari mengambil beberapa helai baju arwah isterinya lalu diletakkan di atas katil.
“Pilihlah. Mana satu ayang suka.”
“Zill!” jerit Datin Zahlia.
Terenjut bahu Zill Hakim apabila mendengar suara mamanya menjerit.
“Kamu ni dah kenapa ha? Dah nak gila ke apa?!”
“Ya! Memang Zill nak gila! Gila!” jerit Zill Hakim.
Pang!!!
Pipi anak lelakinya ditampar.
“Tolong Zill jangan buat macam ni Zill. Jangan buat macam ni. Mama merayu sangat dekat kamu. Mama tak boleh tengok kamu macam ni. Sudahlah Zill sudahlah. Vina dengan Zarith dah pergi. Jangan ditangisi lagi. Biarlah dia orang tenang di sana Zill. Biarlah dia orang. Tak tenang arwah kalau Zill menangis, bercakap sorangsorang macam ni.”
“I miss her so much ma. I miss her so much. Kesian Zarith ma, dia nak ikut Zill masuk bank sekali masa tu. Tapi Zill tak bagi. Kesian dia ma.”
Datin Zahlia merenung wajah anaknya yang sudah dipenuhi dengan jambang. Nampak begitu serabut. Dengan rambut anaknya juga sudah panjang separas bahu. Datin Zahlia sudah tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi pada Zill Hakim.
“Solat ya Zill. Doa banyak-banyak dekat Allah. Dah ya Zill. Sudah.” Tubuh anak lelakinya dipeluk erat.
Zill Hakim menangis teresak-esak di dalam pelukan mamanya.
Setahun kemudian…
BALQIS merenung keputusan SPMnya. Terdapat tujuh subjek G dan ada dua subjek D. “Sambung belajar apanya macam ni. SPM pun gagal,” gumam Balqis.
Dia dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki bas. Tidak lama itu bas berhenti di tepi jalan. Dia berjalan lemah sambil menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua. Balqis dan keluarganya tinggal di flat PPR.
Balqis mengeluh perlahan. Tibanya dia di hadapan pintu, dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Kelihatan ibunya yang sedang tersenyum ke arahnya.
“Macam mana keputusan SPM kamu?” soal Badriah.
“Ibu tak marah Aqis kan?”
“Kenapa?”
“Aqis gagal ibu. Aqis gagal.” Air matanya mula mengalir.
Tubuh anak perempuannya dipeluk erat.
“Tak apa. Ibu nampak kamu setiap malam belajar. Dah tak ada rezeki kamu. Nak buat macam mana. Ibu faham.”
“Aqis minta maaf ibu. Aqis minta maaf.” Balqis memejamkan matanya. Dengan keputusan SPMnya itu, dia pun tidak tahu kerja apa yang dia boleh dapat, dengan kelayakan yang dia ada.
Share this novel
selamat