Bab 4 Mencari Pengasuh

Romance Completed 358710

Pagi ini Harris membawa keluarganya ke rumah mak saudaranya. Harris memanggil mak Saudaranya itu Mak Su. Mak Su Harris ini bernama Zubaidah.

Zubaidah mempunyai 2 orang anak. Yang sulung lelaki masih berlajar di sebuah Universiti. Anak kedua Zubaidah bernama Nur Damirah berumur 17 tahun dan akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Suami Zubaidah mempunyai banyak kebun sawit. Suami Zubaidah sudah mengupah beberapa orang kampung untuk menjaga kebun sawitnya itu.

Dalam pukul 10.00 pagi kereta yang di pandu Harris masuk ke halaman rumah Zubaidah. Zubaidah keluar bila mendengar bunyi kereta. Zubaidah sudah mengetahui yang Harris akan datang ke rumahnya. Kerana Harris sudah menelefon terlebih dahulu memberitahu bahawa ia akan membawa anak isterinya datang ke rumah Zubaidah pada hari ini.

Bila mendengar bunyi kereta masuk ke halaman rumahnya. Zubaidah pun segera keluar untuk menyambut tetamu yang datang. Zubaidah melihat Harris,anak dan isterinya keluar dari dalam kereta. Lalu Zubaidah berjalan menghampiri Harris dan keluarga kecilnya itu.

"Masuk la...dah besar anak kamu ni Harris"sapa Zubaidah pada anak saudaranya itu.

"Rasanya dah hampir setahun Harris tak jejak kaki dekat rumah,Mak Su,"kata Harris sambil tangannya mula menyalami tangan Zubaidah.

Isteri dan anak Harris pun menyalami tangan Zubaidah.

"Yalah... lepas kedua orang tua kamu dah tak ada,jarang dah kamu datang rumah Mak Su ni",ucap Zubaidah pada anak saudaranya itu.

"Mana Damirah dan Pak Su tak nampak pun?"tanya Harris ketika ia melangkah kaki masuk ke dalam rumah.

"Pak Su, kamu tu pergi kenduri arwah dekat rumah kawan dia. Rumah kawan Pak Su tu jauh, sebab tu Pak Su kena pergi awal sikit. Kalau Damirah pula macam biasa la berkurung dalam bilik je bila hari tak sekolah"jawab Zubaidah.

"Oo, rasanya dah lama tak jumpa Darwish.... Darwish masih berlajar dekat Universiti lagi ke Mak Su?"tanya Harris pada mak saudaranya itu.

"Darwish, masih berlajar dekat Universiti lagi... Harris kamu ajak la anak isteri kamu duduk dekat sofa tu. Mak Su nak masuk dapur buat air sekejap"beritahu Zubaidah.

"Mak Su,tak payahlah susah-susah buat air untuk kami ni"kata isteri Harris.

"Tak dak la susah mana pun,"kata Zubaidah sambil kakinya mula berjalan ke arah dapur.

Zubaidah memanggil Damirah supaya pergi bertemu dengan sepupunya itu.

"Mira, kamu tu asik berkurung dalam bilik je. Pergi layan tetamu tu...tetamu tu bukan orang lain,sepupu kamu juga,"kata Zubaidah pada anaknya itu yang masuk ke dapur untuk minum air.

"Yalah, dulang air tu biar la Mira bawakan"kata Damirah sambil mula mengangkat dulang air untuk diletakkan di meja ruangtamu.

Sementara Zubaidah membawa sebekas karipap yang ia goreng pagi tadi. Zubaidah dan Damirah berjalan ke arah ruangtamu yang sudah ada Harris bersama anak isterinya.

"Jemputlah...ni je yang sempat Mak Su buat"pelawa Zubaidah pada anak saudaranya itu.

"Mak Su ni,susah-susah je la...Mira sekarang ni dah tingkatan berapa?"ucap Harris sambil matanya memadang ke arah Damirah.

"Minggu depan Mira ada peperiksaan percubaan SPM"beritahu Damirah.

"Oo,tak lama lagi Mira nak ambil peperiksaan SPM la. Nanti dah habis SPM Mira nak sambung berlajar dekat mana?"soal Harris lagi pada Damirah.

"Tu semua kena tengok keputusan SPM Mira dulu la....Abang Harris lama tak datang, tiba-tiba datang hari ni ada hal apa?"ucap Damirah sambil memadang pada Harris dan isterinya itu.

"Kamu ni Mira,tak baik cakap macam tu dekat Harris. Biarlah Harris tu nak datang rumah kita ni,bukan orang lain pun"ucap Zubaidah sambil tangannya mencubit sedikit kulit tangan anaknya itu.

"Tak pa,Harris tak kisah pun...apa yang Mira cakap tu betul. Memang Harris datang ni nak minta tolong dekat Mak Su"kata Harris agak serba-salah.

"Kan betul sangkaan,Mira"kata Damirah sambil memuncungkan mulutnya kerana di cubit oleh ibunya tadi.

"Kamu nak Mak Su tolong apa,cakap je la"kata Zubaidah sambil matanya memadang pada anak saudaranya itu.

"Sebenarnya boss tempat Harris kerja minta carikan orang yang boleh bantu uruskan diri dia. Sebab boss Harris tu terkena serangan strok,badan dia sebelah tak boleh bergerak. Strok yang dialami oleh boss Harris ni boleh sembuh balik tapi kena selalu buat fisioterapi dekat bahagian yang tak boleh di gerakan tu. Dia minta Harris tolong carikan pengasuh untuk dia sebab mak dia yang selalu uruskan dia kena pergi Sabah dua tiga bulan,"terang Harris panjang lebar.

"Boss kamu tu tentu lelakikan... Mak Su rasa susah nak cari pengasuh orang dewasa ni. Kalau pengasuh budak tu senang la nak cari dan ramai yang nak"kata Zubaidah.

"Abang Harris cakap tadi nak cari pengasuhkan...Mira ada kawan tengah cari kerja sebagai pengasuh. Dia pun ada pengalaman jaga orang lumpuh"kata Damirah tiba-tiba.

"Siapa dia kawan Mira yang sanggup jadi pengasuh tu?"tanya Zubaidah pada anaknya itu.

"Farhana la mak...Sebab Farhana ada cakap dekat Mira dia nak jadi pengasuh. Tak kira pengasuh budak ke atau orang tua dia sanggup je,"Damirah menjawab pertanyaan ibunya itu.

"Baguslah kalau ada yang sanggup...Dekat mana rumah kawan Mira tu.Boleh la kita pergi tanya terus dekat kawan Mira tu"kata Harris agak teruja.

"Yalah...nanti lepas sembahyang Zohor kita pergi ke rumah Farhana tu"cadang Zubaidah.

"Harris ikut je"ucap Harris setuju dengan cadangan ibu saudaranya itu.

__________

Usai sembahyang zohor, Harris,Damirah dan Zubaidah bertolak menuju ke rumah Farhana. Isteri Harris dan anaknya tinggal di rumah Zubaidah kerana anak Harris yang bongsu sedang tidur. Mereka bertiga menaiki kereta Harris pergi ke rumah Farhana.

Tak sampai 10 minit kereta yang di pandu oleh Harris sampai di halaman rumah keluarga Farhana. Harris memarkir keretanya dan mematikan enjin keretanya itu. Kemudian mereka bertiga membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari dalam kereta.

"Assalamualaikum,"ucap Damirah memberi salam.

Tak lama kemudian kelihatan Hamidah membuka pintu rumahnya. Farhana menghampiri ibunya yang telah membuka pintu untuk melihat siapa yang datang. Adik-adik Farhana juga berjalan ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang kerana ada kereta di halaman rumah mereka.

"Waalaikumussalam...Bedah ada hal apa ni?"soal Hamidah agak hairan bila melihat Zubaidah datang bersama Damirah dan seorang lelaki yang ia tidak kenal.

"Boleh kami masuk? Ada hal nak bincang dengan kamu dan Farhana ni"kata Zubaidah.

"Masuklah,tapi rumah ni bersepah la sikit,"kata Hamidah mengizinkan mereka bertiga masuk ke dalam rumahnya.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah Farhana. Di rumah Farhana tidak ada sofa,jadi mereka hanya duduk bersimpuh di atas lantai berlapikkan tikar.

"Ada hal apa ni? Nampak macam penting je"soal Hamidah ingin tahu kedatangan mereka bertiga ke rumahnya.

"Midah,ni saya kenalkan anak saudara saya namanya Harris... Harris ni tengah cari pengasuh untuk bantu uruskan boss dia yang terkena strok. Tak lama hanya dalam dua tiga bulan je"beritahu Zubaidah.

"Habis tu kenapa kamu semua datang ke rumah saya pula?"tanya Hamidah agak hairan.

"Sebab Mira kata Farhana nak cari kerja sebagai pengasuh...sebab tu kami datang ni nak tanya Farhana sanggup tak jadi pengasuh pada boss Harris ni. Lagi pun Farhana dah biasa jaga ayah dia dulu"beritahu Zubaidah pada Hamidah.

Hamidah memadang pada wajah anaknya Farhana.

"Kamu nak ke jadi pengasuh lelaki yang dah dewasa ni?"tanya Hamidah pada anaknya Farhana.

"Hana, sanggup je mak. Lagi pun Hana dah biasa buat semua tu masa arwah ayah masih hidup"jawab Farhana.

Kemudian Hamidah memadang ke arah Harris.

"Boss kamu tu umur berapa? Anak dah berapa orang,isteri dia tak boleh nak uruskan ke?"soal Hamidah ingin tahu.

"Sebenarnya boss saya tu duda,umur baru 32 tahu. Dia tak dak anak,"jawab Harris serba salah.

"Duda! Maknanya nanti Hana kena tinggal berdua dengan boss kamu tu"ucap Hamidah sedikit terkejut.

"Lebih kurang macam tu la. Tapi jangan risau boss saya tak akan buat benda tak elok dekat anak Mak Cik. Kerana sebelah badan dia lumpuh,"terang Harris pada Hamidah dan Farhana.

"Boss kamu tu lelaki dan anak saya pula perempuan,mana boleh duduk sebumbung tanpa ada hubungan yang sah"kata Hamidah tidak setuju.

"Betul juga," kata Harris sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi kalau boss kamu tu dah terdesak sangat nak cari pengasuh...anak saya boleh jadi pengasuh boss kamu tu,tapi dia kena jadikan Hana ni isteri dia dulu,"cadang Hamidah.

"Baiklah...sekejap saya telefon boss saya dulu?"kata Harris lalu tangannya mengambil telefon bimbit dan berjalan keluar rumah.

Lebih kurang dalam 15 minit juga Harris bersembang di telefon dengan bossnya Syamil. Barulah ia meletakan kembali telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya. Kemudian Harris melangkah kakinya masuk ke dalam rumah kembali.

"Boss saya setuju akan nikah dengan anak Mak Cik. Tapi kena nikah dekat sempadan Thailand,sebab lagi 2 minggu mak dia dah kena pergi Sabah. Nak nikah dekat sini rasanya banyak urusan kena buat tak sempat,"beritahu Harris pada mereka semua.

"Tak kisahlah nikah dekat mana pun, yang penting mereka berdua ada ikatan,"kata Hamidah setuju.

Farhana agak teruja akhirnya ia dapat juga bekerja. Walaupun terpaksa menjadi pengasuh suaminya sendiri. Setelah selesai berbincang Harris,Zubaidah dan Damirah pun mengundurkan diri untuk pulang.

Harris telah memberitahu bahawa ia akan datang kembali 2 minggu lagi bersama Syamil bossnya. Pada waktu itu Harris akan datang untuk mengambil Farhana dan abangnya Farhad untuk berangkat ke sempadan Thailand.

Bersambung.

Sedikit info: Penyakit strok ni ada berbagai jenis ada yang tak berapa teruk boleh sembuh kembali dua tiga bulan. Adik perempuan saya sendiri pernah terkena serangan strok tahun 2008 kerana bersalin anak sulung dia. Dia koma hampir dua minggu. Tapi dua tiga bulan kemudian dia sihat kembali.

Seperti sepupu suami saya pula dia terkena serangan strok agak teruk dan terpaksa melakukan pembedahan di otaknya. Dan tempurung kepalanya terpaksa di keluarkan. Sepupu suami tu hanya mampu baring sahaja dan suaminya yang menguruskan dirinya. Setahun kemudian sepupu suami tu pun meninggal dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience