Sudah hampir seminggu Majid pergi buat selamanya. Hamidah terpaksa bekerja seperti biasa walaupun ia masih di dalam edah. Walaupun banyak mulut-mulut jiran tertangga yang mengata, kerana masih di dalam edah sudah keluar rumah untuk bekerja. Hamidah hanya buat tidak tahu sahaja. Kerana ia memang terpaksa juga bekerja seperti biasa kerana masih ada 6 orang anaknya yang perlu ia tanggung.
Mengharap gaji anak sulungnya Farhad tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga. Jika Hamidah terlalu lama mengambil cuti kemungkinan ia akan di buang kerja. Biarlah apa yang orang nak mengata mengenai dirinya kerana masih dalam edah sudah keluar rumah. Hamidah pergi ke tempat kerja hanya memakai baju kerja biasanya sahaja. Wajahnya tidak langsung mengenakan sebarang alat makeup.
Seperti biasa hari ini Hamidah membawa 2 orang anaknya pergi ke Sekolah tempat di mana ia juga melakukan tugasnya sebagai pekerja kebersihan di Sekolah tersebut. Tiga orang lagi adik Farhana pergi ke Sekolah menaiki basikal. Farhad abang sulung Farhana hari ini baru pulang dari shif malamnya,sedang tidur di dalam bilik.
Farhana melakukan tugasnya memcuci baju dan mengemas rumah. Hampir pukul 11.00 pagi Farhana mula masuk ke dapur untuk memasak. Kerana tengahari nanti ibu dan adik-adiknya akan pulang. Mereka akan makan bersama sebelum ibunya pergi kembali ke Sekolah untuk bekerja.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.35 petang. Kendengaran bunyi motosikal Hamidah masuk ke halaman rumah. Tak lama kemudian kelihatan 2 orang adik Farhana sudah pun berada di muka pintu sedang membuka kasut sekolah. Hamidah juga membuka kasut dan berjalan masuk ke dalam rumah. Hamidah terus menuju ke biliknya untuk mengambil tuala dan membersihkan badannya.
Tak lama kemudian 2 orang adik Farhana juga sudah sampai di muka pintu. Hanya adik Farhana yang berumur 13 tahun bernama Farish sahaja yang tidak ada. Kerana bersekolah sesi petang,pukul 12.00 tengahari tadi baru sahaja Farish bertolak ke sekolah menaikki basikal.
Melihat semua adiknya yang bersekolah sesi pagi sudah pulang,Farhana mengakat dulang lauk dan di letakkan di atas lantai yang berlapik tikar.Mereka semua akan makan bersimpuh di lantai kerana tidak ada meja makan di rumah ini.
Usai makan anak-anak Hamidah akan memcuci pingan mereka masing-masing. Farhana akan mengakat kembali dulang dan di letakkan di atas para di dapur. Anak Hamidah yang ketiga akan menolong membersihkan sisa-sisa bekas mereka makan tadi.
Setelah selesai menunaikan sembahyang zohor Hamidah pun bersiap untuk ke tempat kerjanya kembali. Farhana melihat ibunya itu melangkah kaki ke muka pintu. Farhana mengekori ibunya itu.
"Mak, nak berangkat pergi kerja dah ke?"tanya Farhana pada ibunya itu.
"Haah, mak nak pergi kerja balik la ni"jawab Hamidah sambil kakinya mula memakai kasut.
"Mak,apa kata mak tak payah kerja dah...biar Hana je yang kerja"kata Farhana pada ibunya itu.
Mata Hamidah memadang ke arah wajah anaknya itu.
"Hana belum cukup umur lagi...tahun depan cukup umur Hana 18 tahun baru boleh cari kerja. Maaf,sebab Hana terpaksa berhenti sekolah awal"kata Hamidah pada anaknya itu dengan penuh perasaan bersalah.
"Berhenti sekolah tu kehendak Hana sendiri bukan salah mak pun. Hana bersyukur sangat dapat uruskan arwah ayah ketika masih hidup"kata Farhana memujuk ibunya itu.
"Mak nak pergi kerja dulu ni...Hana tolong tengok-tengokkan adik-adik ya"kata Hamidah sambil mula melangkah kakinya ke arah motosikalnya.
Farhana melihat ibunya itu menghidupkan enjin motosikal dan mula bergerak keluar dari halaman rumah. Tak lama kemudian adik Farhana yang bongsu datang ke arah Farhana.
"Kak Hana,tolong adik buat kerja sekolah...ada yang adik tak reti ni" kata Fauzana pada kakaknya itu.
"Baiklah,akak akan tolong"ucap Farhana sambil tangannya mula menutup pintu.
_______
Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Hamidah sudah berada di rumah bersama anak-anaknya. Hamidah habis waktu kerja pukul 4.00 petang. Dalam pukul 4.20 petang Hamidah sudah sampai dirumah.Kelihatan Farhana datang menghampiri ibunya itu.
"Mak,Hana nak guna motor sekejap boleh tak?"tanya Farhana pada ibunya itu.
"Boleh, tapi Hana nak pergi mana?"soal Hamidah kembali pada anaknya itu.
"Hana nak pergi jumpa Damirah sekejap"beritahu Farhana pada ibunya.
"Kalau macam tu pergilah"kata Hamidah membenarkan anaknya itu.
"Terima kasih,mak"kata Farhana sambil tersenyum dan tangannya mula mengambil kunci motosikal yang tersangkut di tepi pintu.
Damirah adalah kawan Farhana di kampung ini dan kawan sekelas sewaktu Farhana masih bersekolah. Farhana memang agak agak rapat dengan Damirah. Lebih kurang dalam 10 minit Farhana sudah pun sampai di rumah Damirah.
"Assalamualaikum" Farhana memberi salam setibanya ia di depan rumah Damirah.
"Waalaikumusalam...awal kau sampai"jawab Damirah sambil mula melangkah kakinya keluar dari rumah menuju ke arah kazebo di halaman rumahnya.
"Mak aku dah ada dekat rumah. Barulah aku boleh datang rumah kau ni"kata Farhana sambil kakinya mula mengikuti langkah kaki Damirah menuju ke arah kazebo.
"Hana kau tak nak masuk sekolah balik ke? Ayah kau pun dah tak ada untuk kau jaga"soal Damirah sambil mula melabuhkan pungung di kazebo.
"Rasanya aku tak mampu nak sambung sekolah dah...adik aku lima orang masih sekolah. Kalau aku sekolah balik buku,baju semua tu kena pakai duit. Lagi pula keluarga aku tinggal pun dekat rumah sewa. Tiap-tiap bulan kena bayar sewa."kata Farhana agak muram sedikit wajahnya.
"Dah la jangan fikir pasal sekolah lagi...sekarang ayah kau dah tak ada,kau buat apa je dekat rumah tu?"tanya Damirah.
"Aku buat kerja rumah je la...basuh kain,masak lepas tu kemas-kemas rumah je la. Tapi aku sebenarnya teringin nak kerja bantu mak dan abang aku tambah pendapatan"beritahu Farhana pada sahabatnya itu.
"Kau nak kerja apa? Nak kerja kilang umur kau tak cukup lagi"kata Damirah sambil matanya memadang pada wajah sahabatnya itu.
"Tu la nak kerja kilang memang tak boleh....tapi kalau ada orang nak cari pengasuh budak ke atau nak tolong jaga orang tua yang sakit, aku boleh je"kata Farhana.
"Nanti aku akan tanya dekat mak aku... kalau-kalau ada orang nak cari pengasuh. Sebab mak aku tu banyak juga kawan dia yang bekerja"kata Damirah.
Hampir 1 jam juga Farhana dan Damirah berbual-bual. Setelah melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang Farhana mengudurkan dirinya untuk pulang.
____________
Di dalam sebuah bilik kelihatan tangan Syamil mengambil telefon pintarnya lalu mencari nombor telefon Harris. Tak lama kemudian Harris menjawab pangilan telefon dari Syamil.
"Hello,ada hal apa yang kau telefon aku ni?"tanya Harris pada Syamil.
"Harris, kau tolong carikan aku seseorang yang boleh aku upah untuk bantu uruskan diri aku dekat rumah" kata Syamil agak sedikit mendesak.
"Kenapa pula tiba-tiba nak cari pengasuh untuk diri kau ni?"soal Harris agak hairan.
"Sebab mak aku lagi 3 minggu nak pergi Sabah tinggal dengan kakak aku. Mak aku akan berada di Sabah dalam dua tiga bulan juga,"beritahu Syamil.
"Yalah,nanti aku cuba carikan pengasuh untuk kau"kata Harris mengiakan.
Tak lama kemudian Syamil mematikan berbualan mereka.
"Tu la,dah ada isteri di ceraikan...tak pasal-pasal kena cari pengasuh pula"bebel mulut Harris setelah Syamil mematikan berbualan mereka di telefon.
Harris tiba-tiba teringat kepada Mak Saudaranya yang berada di kampung. Walaupun sebenarnya kampung Mak Saudaranya itu tidaklah jauh masih satu negeri. Tapi Harris tinggal di kawasan bandar dan Mak Saudaranya itu tinggal di kawasan kampung yang agak pendalaman sedikit. Harris sudah tidak ada orang tua kerana kedua orang tuanya sudah meninggal dunia. Harris juga sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
Harris terfikir-fikir juga nak cari pengasuh perempuan atau lelaki. Tak kira la lelaki atau perempuan,tapi ada ke yang sanggup nak jadi pengasuh Syamil sahabatnya itu. Kerana sikap panas baran dan cerewet Syamil hanya Puan Junaidah sahaja yang tahan. Malahan Harris sendiri pun tidak sanggup berhadapan dengan Syamil bila ia mula menunjukkan sikap panas barannya itu.
"Hhmm,hari minggu ni aku bawa la anak isteri aku balik kampung jumpa Mak Su. Boleh minta tolong Mak Su carikan pengasuh untuk Syamil"bisik hati Harris.
Bersambung.
Share this novel
hmmm xsbr nk bace next chapter....