Pagi ini dalam pukul 5.00 pagi Hamidah sudah pun bangun. Hamidah membuat sarapan pagi untuk anak-anaknya. Setiap pagi Hamidah akan bangun awal menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya. Bila melihat jam sudah hampir pukul 6.00 pagi, Hamidah segera mengejutkan anak-anaknya bangun dari tidur untuk bersiap ke sekolah.
Hamidah juga meminta Farhana menolong adik bongsunya memakai baju. Farhad abang pada Farhana pun ada di rumah pagi ni. Kerana hari ini Farhad kerja shif petang. Semua sudah siap mandi dan memakai baju. Mereka sekeluarga pun menunaikan sembahyang subuh berjemaah bersama.
Usai menunaikan sembahyang subuh Hamidah berjalan ke arah katil suaminya. Hamidah agak hairan kerana pada malam tadi Majid suaminya itu tidak ada mengerang sakit seperti selalu. Majid kelihatannya tidur lena malam tadi. Hamidah menghampiri suaminya yang terbaring di atas katil.
Hamidah cuba mengejut suaminya itu,tapi Majid suaminya tidak merespon. Hamidah cuba memengang dada dan mengecek nadi suaminya itu. Hamidah dapat merasakan suaminya itu sudah tidak bernafas dan bergerak semasa ia menyentuh tubuh suaminya itu.
"Hana,Had tolong panggil Mak Cik Nah kamu datang rumah kita"kata Hamidah selepas ia membisikan kalimah Allah di telinga suaminya itu, agak sebak dan air matanya mula membasahi pipi.
"Kenapa mak?"tanya Farhad dan Farhana serentak.
"Ayah kamu dah tak ada"kata Hamidah agak sebak sambil memadang tubuh suaminya itu.
Farhad dan Farhana agak terkejut mendengar kata-kata ibu mereka itu. Air mata mereka berdua pun jatuh tidak dapat menahan kesedihan. Farhad dan Farhana segera berjalan keluar dari rumah untuk memberitahu pada jiran tetangga tentang keadaan ayahnya itu.
Dalam pukul 11.00 pagi jenazah Majid sudah pun selamat di kebumikan. Isteri dan anak-anak kelihatan sedih dengan pemergian Majid buat selamanya. Mata Farhana juga merah kerana asik menangis. Farhana benar-benar terpukul dengan pemergian ayahnya itu. Kerana selama setahun ia yang menjaga ayahnya itu.Selepas ini Farhana akan merasa sunyi jika adik-adiknya ke sekolah. Kerana sudah tidak ada ayahnya di rumah seperti biasanya.
________
Di sebuah Mahkamah Syariah kelihatan Syamil dan Wahida keluar dari dalam Mahkamah tersebut. Wahida di temani oleh ahli keluarganya. Sementara Syamil datang di temani rakannya. Ibu Syamil Puan Junaidah amat marah dengan anaknya itu kerana telah menceraikan Wahida. Di sebabkan itu Puan Junaidah tidak mahu menemani anaknya itu.
Syamil datang di temani oleh rakannya bernama Harris. Harris adalah rakannya yang bekerja di Syarikat pembinaan yang di dirikan oleh arwah ayah Syamil. Sekarang Syarikat yang tidak berapa besar itu di uruskan oleh Syamil dan di bantu rakan baiknya itu.
Harris menolak kerusi roda Syamil menuju ke arah kereta. Urusan perceraian Syamil dan Wahida juga sudah selesai secara baik di dalam Mahkamah. Kelihatan mata Syamil melirik ke arah Wahida yang sedang masuk ke dalam kereta bersama ahli keluarganya. Harris perasan dengan tingkah laku Syamil itu.
"Mil,kau masih ada hati lagi dekat Wahida kan? Kalau kau nak rujuk balik boleh lagi ni"kata Harris sambil tangannya mula membuka pintu kereta.
" Aku tak akan rujuk balik dengan dia dah"jawab Syamil sambil mengalih pandangan matanya dari melihat kereta Wahida.
"Tapi aku tengok kau asik pandang dekat Wahida je dari tadi"kata Harris sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku cuma nak tengok rupa dia buat kali terakhir je...cepatlah angkat aku masuk dalam kereta ni"kata Syamil mengarah Harris segera mengakat badannya itu masuk ke dalam kereta.
"Yalah"kata Harris sambil tangannya mula memeluk badan Syamil lalu mengangkat badan syamil ke dalam kereta.
Setelah Syamil sudah berada di dalam kereta. Harris pun mengambil kerusi roda kepunyaan Syamil lalu di letakkan di dalam bonet kereta. Kemudian barulah Harris masuk ke dalam kereta ditempat memandu. Dan Harris pun mula memandu kereta menuju ke rumah Syamil.
Kereta yang di pandu oleh Harris masuk ke perkarangan rumah Syamil. Kelihatan Puan Junaidah ada di luar rumah sedang bersantai di kazebo sambil memadang ke arah kereta yang di pandu oleh Harris.
Harris memberhentikan keretanya dan mematikan enjin kereta. Kemudian Harris keluar dari dalam kereta dan membuka bonet kereta untuk mengambil kerusi roda.
Kerusi roda tersebut Harris letak di tepi pintu kereta penumpang. Lalu Harris membuka pintu kereta dan Syamil mula mengesot sedikit badannya untuk duduk di kerusi roda. Tangan Harris juga memengang sedikit badan Syamil untuk memudahkan Syamil duduk di kerusi rodanya. Setelah selesa duduk di kerusi roda Syamil memutar tayar kerusi itu berjalan ke arah pintu rumahnya.
Pada mulanya Harris ingin membantu menolak kerusi roda Syamil sampai ke dalam rumah. Tapi Syamil menghalang Harris melakukannya dan meminta Harris pergi untuk menyambung pekerjaannya.
"Harris kamu tak perlu tolak aku sampai dalam rumah. Biar je aku pergi sendiri bukan jauh pun,lagi pun aku boleh je guna tangan aku" beritahu Syamil.
"Baiklah... kalau macam tu aku pergi pejabat dulu nak uruskan projek yang baru kita dapat hari tu,"kata Harris sambil kakinya mula melangkah masuk kembali ke dalam kereta.
Puan Junaidah melihat anaknya masuk ke dalam rumah dengan memusing tayar kerusi roda tersebut. Puan Junaidah bangun dari duduknya dan berjalan ke arah anak lelakinya itu.
"Mil kamu betul-betul ceraikan Wahida...kamu tak mahu rujuk balik ke dengan Wahida tu?"tanya Puan Junaidah pada anak lelakinya itu.
"Mil dan Wahida dah bercerai. Mil tak akan rujuk balik dengan Wahida"jawab Syamil sambil memadang pada ibunya itu.
"Mak dalam 3 minggu lagi nak pergi rumah kakak kamu. Mungkin 2 bulan atau lebih mak akan tinggal di rumah kakak kamu dekat Sabah tu. Mak nak jaga kakak kamu dalam pantang nanti"kata Puan Junaidah sambil matanya memadang pada Syamil.
"Mak pergi je la" kata Syamil sambil mula memusing tayar kerusi roda masuk ke dalam rumah.
"Mak memang la akan pergi...tapi masalahnya kamu la, siapa yang akan menguruskan kamu nanti"kata Puan Junaidah akak serba salah.
"Mak jangan risau nanti Syamil akan cari orang untuk bantu Syamil,"kata Syamil.
"Siapa yang sanggup nak bantu kamu tu urus diri. Wahida yang baik tu pun kamu ceraikan. Selain mak tak ada orang lain yang boleh tahan dengan perangai cerewet dan panas baran kamu tu," kata Puan Junaidah risau dengan perangai anak lelakinya ini.
"Mak jangan risau, pandai la Syamil cari orang yang sesuai,"kata Syamil tidak terlalu memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh ibunya itu.
Puan Junaidah hanya mengelengkan kepalanya melihat perangai anak lelakinya itu. Puan Junaidah sudah masak dengan sikap anak lelakinya ini. Yang memang tidak mudah mendengar nasihat orang lain dan suka ikut kata hatinya sahaja.
Di rumah ini hanya Syamil dan Puan Junaidah sahaja yang tinggal. Kakak Syamil yang bernama Syahirah tinggal di Sabah bersama suaminya. Syahirah tak lama lagi akan melahirkan anak keduanya. Anak Syahira yang pertama sudah berumur 5 tahun.
Semasa Syahirah melahirkan anaknya yang sulung ia mengalami sedikit masalah. Kerana itu Puan Junaidah ingin pergi ke Sabah untuk menemani dan menjaga anak perempuannya itu. Puan Junaidah hanya ada dua orang anak sahaja Syamil dan Syahirah.
Bersambung.
Share this novel