BAB 1

Drama Series 1536

"Mulai hari ni, ini bilik working space Encik Zayn. Kerja kau cuma satu... susun layout perabot mengikut moodboard yang dia dah luluskan. Jangan gatal-gatal nak ubah kedudukan perabot tanpa kebenaran dia."​Suara pengurus syarikat rekaan dalaman itu masih terngiang-ngiang di telinga Nur Dahlia.

​Gadis berusia 22 tahun itu menghembus nafas perlahan. Dia membetulkan bingkai cermin matanya yang sedikit melorot kemudian memandang sekeliling penthouse mewah bernilai puluhan juta ringgit itu. Semuanya bertema minimalist-dark. Mewah, dingin dan cukup menggerunkan.

​Syarikat kecil tempatnya bekerja tiba-tiba mendapat projek mega untuk menghias penthouse peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Group. Dahlia, sebagai pereka dalaman junior yang masih polos dan tidak tahu apa-apa, ditugaskan untuk memantau pemasangan terakhir.

​Sambil memegang clipboard di tangan, Dahlia melangkah ke arah sofa kulit hitam di tengah ruang tamu utama. Langkahnya terhenti. Di atas meja kaca berhampiran, terletak sebilah pisau lipat bersalut perak lengkap dengan ukiran lambang naga.

​"Cantiknya..." bisik Dahlia naif. Tanpa mengesyaki apa-apa, jemarinya yang halus melurus nak mencapai pisau itu sekadar untuk melihat ukirannya.

​"Siapa benarkan kau sentuh barang aku?"
​Suara garau dan dingin yang bergema tiba-tiba dari arah belakang membuatkan Dahlia tersentak hebat. Clipboard di tangannya hampir terlepas.

​Dahlia berpaling pantas. Anak matanya membesar, menatap susut tubuh tinggi lampai yang berdiri tegak di muka pintu balkoni.

​Lelaki itu memakai kemeja hitam yang dilipat rapi hingga ke siku, mendedahkan lengan sasa yang berurat halus. Wajah berahang tegas. Sepasang mata helang itu, Dahlia terasa seperti mahu menembus tangkai jantungnya. Suasana dingin di dalam penthouse itu secara automatik menjadi dua kali ganda lebih mencengkam.

​Zayn Iskandar.

​"Sa... saya minta maaf, Encik Zayn," tergagap-gagap suara Dahlia memecah kesunyian. Dia menundukkan kepala rapat ke dada, jemarinya meramas kuat lipatan blaus murah yang dipakainya.

"Saya cuma nak kemaskan meja ni... saya tak ada niat nak usik..."

​Zayn melangkah mendekati Dahlia. Setiap ayunan langkahnya teratur. Siap bawa bau minyak wangi woody-spicy bernilai ribuan ringgit serta mula menguasai deria Dahlia.

​Tanpa sepatah kata, Zayn berdiri betul-betul di hadapan Dahlia. Tubuhnya yang tinggi tegap membayangi Dahlia sepenuhnya. Dia menundukkan sedikit wajahnya, merenung setiap inci wajah polos gadis di hadapan. Tampang itu, tiada solekan tebal. Bibir merah jambu semula jadi dan anak mata yang jelas memancarkan rasa takut.

​Bukan seperti wanita-wanita elit yang sentiasa terhegeh-hegeh menagih perhatiannya dengan senyuman beracun.

​"Nama kau apa?" soal Zayn.

​"D... Dahlia. Nur Dahlia, Encik Zayn."

​Zayn menyengetkan bibirnya sedikit. Jemari kasarnya naik, secara tiba-tiba mencengkam dagu Dahlia perlahan lalu mendongakkan wajah gadis itu supaya bertatapan mata dengannya. Dahlia tersentak, jantungnya berdegup kencang hingga terasa mahu gugur.

​"Dahlia..." Zayn menyebut nama itu perlahan menikmati sebutan itu di bibirnya.

"Kau tahu tak tempat ni kawasan larangan? Tak ada sesiapa boleh masuk tanpa kebenaran aku. Apatah lagi, sentuh barang peribadi aku."

​"Saya... saya cuma pekerja interiors yang ditugaskan..."

Air mata mula bertakung di tubir mata Dahlia akibat rasa takut yang amat sangat.

"Kalau Encik Zayn tak suka, saya boleh keluar sekarang. Saya minta maaf..."

​Melihat cecair jernih yang mula bertakung di mata polos itu, ada sesuatu dalam dada Zayn yang bergetar. Satu rasa obsesi dan keinginan untuk mengawal yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Gadis ini terlalu naif.

​"Keluar?" pintas Zayn sambil ibu jarinya mengusap lembut bibir bawah Dahlia yang bergetar.

"Tak ada sesiapa yang boleh keluar dari sini selagi aku tak izinkan, Dahlia."

​Tiba-tiba, bunyi getaran telefon di dalam poket kemeja Zayn memecahkan ketegangan antara mereka. ​Zayn melepaskan dagu Dahlia perlahan-lahan namun anak matanya masih tidak lepas dari merenung wajah berkulit sehalus bayi itu. Dia membawa telefon ke telinga.

​"Iya, uncle," suara Zayn bertukar dingin dan tegas.

"I cuma nak ingatkan you pasal dokumen offshore yang you sign siang tadi. Semua berjalan lancar. Tapi you kena berhati-hati. I dengar, ada 'tali barut' yang mula merayap di kawasan projek you."

​Zayn melirikkan pandangannya ke arah Dahlia yang masih berdiri menunduk sambil mengesap mata dengan belakang tangannya.

​"Tali barut?" Zayn mendesis perlahan, egonya terus tercabar dengan kata-kata orang kanan kepercayaan yang sudah dianggap seperti bapanya sendiri itu.

"Tak ada sesiapa yang berani jadi tali barut dalam kawasan aku, Uncle."

​"Baguslah kalau macam tu, Zayn. I cuma risaukan you. You tu terlalu tegas, kadang-kadang orang keliling guna kelemahan you tanpa you sedar," sambung Dato' Hamdan dengan nada penuh kepalsuan di sebalik talian.

"Biar I uruskan hal syarikat kat luar ni. You fokus je pada penthouse baru you tu."

​"Alright. Thanks, Hamdan. I trust you," balas Zayn ringkas sebelum memutuskan talian.

​Zayn memasukkan semula telefon ke dalam poket setelah itu, berpaling semula menghadap Dahlia.

​"Mulai hari ni, kau tak payah balik syarikat kau lagi," arah Zayn dengan nada bernada menghukum.​Dahlia mendongak pantas. Bola matanya membulat besar.

"M... maksud Encik Zayn?"

​"Kau akan kerja terus bawah aku. Dekat sini. 24/7," arah Zayn Iskandar bersama tatapan helangnya.

"Kau cuma perlu patuh pada setiap arahan aku. Do you understand, Nur Dahlia?"

​Dahlia terkesima. Kenaifannya membuatkan dia menyangka Zayn hanyalah seorang bos kaya yang tegas dan penuh tekanan kerja.

​"T... tapi Encik Zayn..."

"Gaji kau kat syarikat kecil tu berapa, Dahlia? Dua ribu? Tiga ribu? Aku boleh bayar kau sepuluh kali ganda. Apa sahaja yang keluarga kau nak, aku boleh bagi. In return... you belong to me."

​"Saya tak nak duit Encik Zayn!" Dahlia mendongak, matanya yang basah menatap terus ke dalam anak mata elang Zayn.

"Saya cuma nak balik..."

​"Jangan pernah menjawab bila aku bercakap, Nur Dahlia. Kau tak ada pilihan. Titik."

​Sebelum Dahlia sempat merayu lagi, pintu utama penthouse yang dilengkapi sistem smart lock berbunyi menandakan akses diterima.

​Pintu terbuka luas. Langkah kaki berirama daripada kasut tumit tinggi bernilai ribuan ringgit bergema di atas lantai marmar, disusuli bauan minyak wangi niche yang menyengat.

​"Zayn, babe..."

​Sofia melangkah masuk dengan gaun bodycon berwarna jingga lembut yang mendedahkan bahu. Namun, langkah anggunnya terhenti serta-merta apabila matanya menangkap pemandangan di hadapan.

​Raut wajah Sofia bertukar tegang buat sekilas cuma, sebelum dia dengan cepat mengukir senyuman manis untuk menutup api cemburu.

​"Oh... I'm sorry. I mengganggu ke?" Sofia mendekati mereka. Pandangan matanya dari atas ke bawah menilai Dahlia dengan penuh rasa jijik dan menghina.

"Who is this girl, Zayn? Budak pembersih kondo ke?"

​"Dia designer baru untuk tempat ni," jawab Zayn pendek, nadanya kembali dingin dan tidak beriak.

"Kau buat apa kat sini, Sofia?"

​Sofia melingkarkan tangannya di lengan sasa Zayn, merapatkan dadanya ke bahu lelaki itu dengan gaya mengada-ada.

"I datang nak ajak you lunch, babe. Lagipun, Hamdan minta I sampaikan updated file pasal projek-projek pelabuhan tu kat you."

​Sofia menghulurkan satu folder kulit hitam kepada Zayn Iskandar. Tanpa sedikit pun rasa curiga, CEO kacak itu menyambut folder itu. Dia langsung tidak menyedari bahawa dokumen di dalam folder itu telah diubah suai.

​"Lagi satu, Zayn..." ujar Sofia seraya mengerling ke arah Dahlia yang sedang menundukkan kepala di tepi sofa.

"Your uncle pesan... you kena check background budak-budak kerja yang masuk sini. Risau ada yang jadi 'mata-mata' musuh. Yalah, budak-budak dari latar belakang miskin macam ni... senang sangat dibeli dengan duit."​Kata-kata Sofia yang beracun itu masuk tepat ke dalam sarang curiga Zayn.

Zayn melirikkan matanya yang tajam ke arah Dahlia.​Dahlia yang mendengar tuduhan tersirat itu terus mendongak dengan tampang tenangnya kerana tidak mengesyaki apa-apa.

​Zayn melangkah menghampiri Dahlia semula. Egonya yang tinggi dan rasa mahu mendominasi membuatkan dia melupakan fakta bahawa Dahlia hanyalah seorang gadis biasa.

​"Sofia, kau balik dulu. Bagi I masa uruskan dokumen ni."

​Sofia tersenyum puas. Dia tahu godaan dan racunnya telah meresap dengan sempurna ke dalam fikiran Zayn. Sebelum melangkah keluar, Sofia sengaja melintas rapat di sebelah Dahlia. Sempat juga dia berbisik dekat telinga gadis itu dengan nada yang cukup perlahan agar tidak didengari Zayn.

​"You have no idea what kind of hell you just walked into." Dahlia dengar tapi dia masih tidak mengerti.

​Pintu penthouse tertutup rapat. Kesunyian yang mencengkam kembali menguasai ruang mewah itu. ​Dahlia berdiri kaku dengan minda makin keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience