Series
1536
Gema pintu utama yang terkatup rapat mematikan seluruh ruang. Bau wangi niche milik Sofia yang tadi menyengat hidung perlahan-lahan pudar, ditinggalkan rasa dingin yang menyesakkan dari segenap sudut penthouse mewah itu.
Dahlia masih kaku berdiri di ruang tamu. Bingkai cermin matanya memantul cahaya malap dari lampu gantung crystal. Fikirannya masih keliru serta dihambat dengan kata-kata asing yang baru sahaja menyapa telinganya.
'Hell? Kenapa wanita bernama Sofia itu mengagak tempat ini neraka? Bukankah ini cuma kondo tempat dia bekerja?'
"Kemaskan meja ni." Arahan garau yang bernada mutlak itu membuatkan Dahlia tersentak kecil. Dia mendongak. Zayn sedang merapat ke arahnya selepas meletakkan folder hitam di atas meja kaca. Langkah lelaki itu penuh autoriti.
"Encik Zayn... saya rasa ada salah faham..." Dahlia mencuba lagi untuk membela diri dari sebalik kanta cermin matanya. Tangannya naik memegang clipboard, memeluknya rapat ke dada bagai sebuah perisai.
"Saya datang sini cuma nak buat rekaan..."
"Yes, I know about that. So, apa yang kita tengah buat sekarang ni?" potong Zayn Iskandar. Ia cukup tegas untuk mengunci kepetahan bibir Dahlia.
Tanpa sedar, jarak antara mereka hanya tinggal beberapa inci. Dia menyendengkan badannya sedikit, menunduk hingga bibirnya sejajar dengan cuping telinga Dahlia. Kehangatan nafas bernuansa woody-spicy milik Zayn yang menyapu lembut kulit leher Dahlia sudah cukup untuk membuatkan seluruh tubuh gadis itu bergetar kaku.
"Apa yang seharusnya you kena fikir adalah... from now on, your boss not them but me. CEO Zayn Iskandar. And your company was Z. IS. HOLDING not CHIN'S SDN BHD..."
"Saya... saya tak faham..." Dahlia berbisik polos. Dadanya turun naik, keliru dan takut dengan cara Zayn yang langsung tidak menjaga jarak.
"You tak perlu faham apa-apa pun perkara yang tak masuk skop kerja you pun. Now, your first task was sediakan akaun baru atas nama Nur Dahlia. Masukkan elaun bulanan lima puluh ribu. Beli semua keperluan wanita dan hantar ke penthouse malam ni juga," arah Zayn penuh kuasa.
"Baik, Encik Zayn..." Dahlia tetap menjawab biarpun dia masih tak faham apakah semua ini. Dah jenuh dia bersuara tapi langsung tak didengari.
"Second task. Look at this file. I want you transfer semua fail projek rekaan dalaman syarikat ke bawah Iskandar Group."
Zayn menarik nafas panjang sebelum mencapai folder kulit hitam yang dihantar oleh Sofia tadi. Mata Zayn meniti setiap abjad yang tertera di helaian dokumen pelaburan tersebut. Di lembaran terakhir, tertera tandatangan bertulis jawatan Dato' Hamdan sebagai penjamin utama.
Rasa hormat dan percaya yang tinggi terhadap lelaki yang dianggap seperti bapa angkatnya itu membuatkan Zayn terus menandatangani ruangan kelulusan tanpa membaca klausa kecil di bahagian bawah klausa yang secara rahsia memindahkan kuasa transaksi kepada akaun persendirian di Switzerland.
Iphone Zayn bergetar ringkas. Satu mesej masuk. Dia merenung skrin telefon itu sesaat sebelum memasukkannya kembali ke dalam poket. Fikiran tertumpu pada gadis itu.
Zayn melangkah perlahan ke arah pintu bilik utama. Dia memutar tombol pintu lalu menolak pintu itu ke dalam. Di dalam bilik yang serba mewah itu, Dahlia sedang berdiri kaku di tepi katil king size. Gadis itu masih memeluk clipboard rapat ke dadanya, kelihatan begitu kerdil dan kekok.
Zayn menyandarkan tubuh tingginya pada bingkai pintu yang tertutup rapat sambil melonggarkan ikatan tali lehernya perlahan-lahan. Anak mata mengunci pandangan dari jauh.
"Letakkan clipboard tu, Dahlia duduk kat tepi katil."
"Encik... Encik Zayn nak buat apa?" Suara Dahlia bergetar, anak matanya di sebalik bingkai cermin mata menatap Zayn dengan penuh rasa curiga. Zayn menyengetkan kepalanya, menikmati reaksi gadis itu dari jarak beberapa langkah.
"Aku cuma nak tengok sejauh mana kau boleh patuh pada setiap arahan aku, Nur Dahlia."
Suasana bilik tidur utama yang dipayungi lampu warm dim itu terasa semakin menghimpit. Bunyi kancing tali leher Zayn yang terlepas dan jatuh longgar di dada lelaki itu bagaikan amaran di telinga Dahlia.
Dahlia mengetap bibir. Jari menggenggam kemas rim kayu clipboard di dada. Kaki seakan-akan terpaku pada lantai kamar elit itu.
"Saya... saya pekerja pereka dalaman, Encik Zayn. Kerja saya cuma kemaskini lakaran susun atur bilik ni. Yang lain-lain tak ada dalam skop tugas saya..."
"Duduk, Nur Dahlia." Suara Zayn tidak meninggi tetapi perintah yang tidak boleh disanggah. Dia tidak mendekat, sekadar berdiri tenang sambil meneliti reaksi pada wajah polos di hadapannya.
"Setiap detik yang kau bazirkan untuk berdiri dan bantah arahan aku, aku akan potong separuh daripada bajet projek yang kau nak selamatkan untuk syarikat lama kau," tambah Zayn dingin.
Dahlia mengeluh halus. Cermin matanya dibetulkan sedikit yang hampir meluncur di batangnya. Dengan langkah yang teragak-agak dan dada yang berombak kencang, dia berjalan perlahan ke birai katil king size itu. Perlahan-lahan, clipboard yang menjadi perisai utamanya dilepaskan di atas tilam empuk sebelum dia melabuhkan punggung di birainya. Kedua-dua tangannya kini bertaut rapat di atas paha.
"Bagus," bisik Zayn. Dia mula melangkah perlahan-lahan mengelilingi ruang bilik, sengaja membiarkan bunyi tapak kasut kulitnya memecah kesunyian malam.
"Sifat patuh... itu kualiti utama yang aku cari dalam diri sesiapa yang bekerja terus di bawah aku."
Zayn berhenti betul-betul di hadapan meja solek bertatah cermin gergasi, capaian pandangannya jatuh pada dokumen di tangan. Sekilas. Sebelum kembali menangkap bayangan Dahlia menerusi pantulan cermin.
"Mulai malam ni, penthouse ni akan jadi ruang kerja utama kau. Fail pelaburan dan pindahan akaun yang kau tengok tadi... itu cuma permulaan. Aku nak kau teliti setiap pelan binaan dan akaun di bawah nama Dato' Hamdan. Ada perkara yang tak kena dengan transaksi syarikat dia dan aku nak mata kau yang menyemaknya."
Dahlia mendongak. Bola matanya membulat di sebalik kanta cermin mata.
"Dato' Hamdan? Tapi... Encik Zayn sendiri yang tandatangan borang kelulusan pelaburan tu tadi. Saya nampak Encik Zayn..."
Langkah Zayn terhenti. Dia berpaling perlahan-lahan menghadap Dahlia. Suasana dingin tadi bertukar ganti dengan aura misteri yang sukar ditebak.
"Sebab itulah aku perlukan kau, Dahlia. Seseorang yang cukup polos untuk nampak apa yang orang lain cuba lindungi tapi cukup patuh untuk simpan rahsia ni daripada pengetahuan sesiapa. Termasuk Sofia."
Belum sempat Dahlia memproses maksud di sebalik kata-kata itu, skrin iPhone Zayn di dalam poket sekali lagi bergetar panjang. Kali ini, nama yang tertera di skrin membuatkan rahang lelaki itu mengetat seketika.
Zayn mengeluarkan telefonnya, mematikan panggilan tersebut tanpa menjawabnya lalu mengunci pandangan matanya tepat pada wajah Dahlia yang masih tertanya-tanya.
"Arahan ketiga kau untuk malam ni, Dahlia..." Zayn melangkah mendekati katil, membongkok sedikit sehingga bayangnya menutupi separuh tubuh gadis itu.
"Buka fail hitam tu. Baca klausa terakhir. Dan beritahu aku, apa yang penjamin kau dah jual tanpa pengetahuan kau."
Dahlia tersentak. Jarinya yang sedikit tergetar mencapai folder kulit hitam yang diletakkan di tepi katil. Lampu warm dim di bucu bilik membiaskan cahaya remang pada lembaran kertas berkilat di dalamnya.
Dengan hela nafas yang berat, Dahlia menyelak helai demi helai dokumen undang-undang yang dipenuhi istilah korporat yang rumit. Matanya meneliti helaian demi helaian sehinggalah dia tiba di perenggan terakhir. Sebuah klausa kecil bersaiz lapan yang hampir tenggelam di bawah garisan garis panduan pelaburan.
Klausa 14.3: Pemindahan Hak Milik Aset & Entiti Sandaran.
Bibir Dahlia bergetar tatkala matanya membaca baris demi baris klausa tersebut. Wajahnya yang tadi pucat semakin menjadi lesu.
"Dato' Hamdan... dia bukan cuma cagarkan lesen projek Chin's Sdn Bhd," bisik Dahlia serentak mengangkat wajah dan memandang terus ke dalam anak mata Zayn yang berdiri tegak di hadapannya.
"Dia cagarkan seluruh saham syarikat, aset hartanah dan perkhidmatan eksklusif pereka utama."
Zayn mengukir senyuman sinis. Senyuman yang tidak sampai ke mata.
"Dan siapa pereka utama yang didaftarkan atas nama syarikat tu?"
Dahlia mengetap bibir bawahnya rapat-rapat.
"Saya..."
"Tepat," tekan Zayn seraya membongkokkan sedikit badannya. Bau haruman woody-spicy milik lelaki itu sekali lagi menyelubungi ruang nafas Dahlia.
"Penjamin yang kau agungkan tu dah jual seluruh kerjaya kau pada aku untuk tutup hutang akaun berahsia dia kat Switzerland. You are officially tied to Z. IS. HOLDING, Nur Dahlia. Bound by contract, signed by your own sponsor."
Dahlia merasakan dadanya semakin sesak. Pandangannya berbalam di sebalik kanta cermin matanya. Rupa-rupanya, sejak dia melangkah masuk ke penthouse ini, dia bukanlah sekadar seorang pereka dalaman yang datang untuk membuat kerja susun atur. Dia adalah cagar tunai dalam permainan catur politik korporat.
"Tempat ni boleh jadi perlindungan atau penjara. Segalanya bergantung pada sejauh mana kau boleh patuh pada aku," jelas Zayn selamba membetulkan jam tangan besinya sebelum melangkah menuju ke arah pintu bilik.
"Malam ni, kau tidur sini. Semua fail kewangan Chin's Sdn Bhd ada dalam ipad atas meja kerja tu. Aku nak laporan lengkap atas meja aku sebelum pukul 8 pagi besok," arah Zayn tanpa menoleh lagi.
"Encik Zayn!" panggil Dahlia. Dia memberanikan diri untuk bersuara sebelum lelaki itu memutar tombol pintu. Zayn menghentikan langkah.
"Apa lagi?"
"Kalau saya buktikan ada penipuan dalam klausa ni. Encik Zayn akan lepaskan saya?"
Zayn memusingkan sedikit wajahnya, menatap Dahlia dari sudut mata. Senyuman misteri kembali terukir di bibirnya.
"Cuba dulu, Nur Dahlia."
Pintu kamar utama itu terkatup rapat bersama bunyi kancing sistem pengunci elektronik yang berbunyi halus. Meninggalkan Dahlia sendirian di tengah-tengah keheningan penthouse mewah yang kini terasa bagaikan sangkar emas.
Share this novel