BAB 9

Thriller Completed 84920

‘’Ibu nak ke mana tu? Ibu nak tinggalkan saya?’’ tanya bayi tersebut.

‘’Tidak, tidak sayang, ibu mahu bertemu dengan ayahmu, lepaskan kaki ibu sayang, bagi ibu berjumpa dengan ayahmu sebentar,’’ pinta Rose.

‘’HAHA..HAHA…HAHA..’’

‘’HAHA..HAHA…HAHA..’’

‘’HAHA..HAHA…HAHA..’’

Rose hairan melihat bayi tersebut yang berdekah-dekah ketawa seakan-akan mengejeknya.

‘’Kenapa kamu ketawa? Apa kamu tidak percaya dengan kata—kata ibu? Ibu akan buktikan! Lepaskan kaki ibu nak, bagi ibu jumpa dengan…’’ belum sempat Rose menghabiskan kata-katanya, bayi tersebut ketawa terbahak-bahak pula.

‘’Sekarang baru ibu menyesal, pandai menyesal pula?’’ tanya bayi tersebut sambil cengkaman tangannya perlahan-lahan merayap ke bahagian atas badan Rose.

‘’Dah terlambat! Ibu jawab semua nanti di padang Masyar! Jawab depan Tuhan! Semuana sudah terlambat tahu tak!’’ jerit bayi tersebut lalu melompat ke muka Rose.

‘’Tidakkkkkkk!! Jangan!! Maafkan ibu!’’ teriak Rose

Harry, doktor dan pembantu klinik kehairanan mendengar jeriitan Rose. Mereka berusaha membuka pintu bilik di mana mereka meninggalkan Rose seorang diri sementara menantinya sedar.

Setelah suasana dalam bilik itu sunyi sepi, barulah pintu bilik itu dapat dibuka.

Tetapi semua sudah terlambat, kerana sebaik ssaja pintu bilik terbuka, mereka terperanjat melihat Rose bergelimpangan di atas lantai berlumuran dengan darah.

Kepala Rose terdongak ke atas dengan mulut ternganga dan mata terbeliak seolah-olah telah melihat sesuatu yang menakutkan. Tubuhnya keras kejung.

Muka Harry pucat lesi, melihat keadaan Rose yang menakutkan itu.

Doktor dan pembantunya segera mengangkat dan membaringkan Rose di katil semula, keadaan mula menjadi panik.

Harry cuma tercengan memerhatikan doktor dan pembantunya kelam kabut berusaha menyelamatkan Rose.

Dada Harry berdegup kencang, pelbagai andaian bermain di fikirannya ketika ini dan dia mula diburu rasa bersalah.

Doktor memeriksa nadi Rose tidak lama kemudian doktor memalingkan mukanya memandang Harry sambil menggeleng-gelengkan kepala.

‘’CiK Rose sudah tiada,’’ ujar doktor itu.

‘’Apa maksud doktor Rose dah tiada,’’ tanya Harry terketar-ketar.

‘’Dia mengalami pendarahan yang sangat banyak, Cik Rose sudah meninggal dunia, saya minta maaf,’’ bak gugur jantung Harry mendengar jawapan dari doktor itu.

Sungguh dia tidak menyangka begini akhirnya perjalanan hidup Rose.

Harry merasa bersalah.

Baru saja sebentar tadii dia menarik nafas lega mendengar kata doktor yang pembedahan berjaya dan Rose cuma perlu berehat sementara menantikan dia sedar.

Sementara menunggu Rose sedar, dia sudah siap-siap membungkuskan makanan kegemaran Rose, tauhu jepun masak tiram dan bubur nasi. Sungguhpun dia tidak mampu bertanggyngjawab atas bayi yang dikandung Rose, dan seliar mana pun Rose, atas dasar kemanusiaan dia perlu menjaga Rose.

Seandai saja Rose itu bukan bohsia kota, pasti dia mahu menikahinya kerana Rose punya kecantikan luar biasa, tubuh menggiurkan dan pandai melayannya. Dia tahu yang Rose benar-benar mencintainya.

Namun kini semua sudah terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience