BAB 4

Thriller Completed 84920

Keesokan harinya Harry menjemput Rose di rumahnya dan mereka terus memecut ke bandaraya dan duduk berbincang di sebuah kafe.

‘’I tahu satu klinik!’’

Jawapan Harry itu membuatkan wajah Rose kembali bersinar, dia mula melihat harapan dibalik kegelapan.

Persetankan dengan hukum, apa yang penting dia mahu menghapuskan kandungannya ini secepat yang mungkin sebelum terlambat.

Dia sudah bersedia untuk menggugurkan kandungannya ini.

‘’Betul ni you nak gugurkan kandungan tu? Tanya Harry sekali lagi mahu kepastian. Dia takut memikirkan kalau-kalau Rose berubah fikiran dan tiba-tiba memintanya untuk bernikah. Naya, haru biru nanti jadinya kerana terpaksa bernikah percuma dengan Rose.

‘’Come on, you ingat I main-main ke ni, I takde masa nak berguraulah! I tak ingin budak ni, nanti menyusahkan hidup I aje,’’ Rose menghamburkan kata-kata tersebut dengan penuh kebencian, dia juga mahu meyakinkan Harry yang dia benar-benar serius.

Harry tersenyum sinis sambil mengerling sekilas pandang ke arah perut Rose. Tanpa banyak soal dia berdiri dan segera membawa Rose ke klinik yang dimaksudkannya itu.

Mereka tiba ke destinasi yang dituju, klinik itu tersorok di tengah-tengah kota di kawasan yang diklasifikasikan ‘black area’.

Melihatkan keadaan klinik yang agak buruk, Rose mula rasa berbelah bahagi.

Dapatkah dia membuang kandungannya dengan selamat di klinik yang sebegini low class? Dapatkah dia keluar dari sini hidup-hidup? Dia mula diburu ketakutan, tubuhnya menggigil ketakutan.

Namun setelah diyakinkan berkali-kali oleh Harry bahawa sudah ramai rakan-rakannya membawa teman wanita mereka ke klinik ini dan masih hidup sampai sekarang, Rose mula berani dan tekad melakukannya, dia perlu fokus. Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana usia kandungannya masih awal.

Rose sekali lagi dilanda kejutan apabila doktor memberitahu bahawa kandungannya sudah hampir memasuki usia tiga bulan!

Ternganga Harry mendengarnya, memang sah yang bayi dikandung Rose itu adalah anaknya.

Mujur saja perut Rose tidak begitu kelihatan buncitnya seperti perempuan mengandung.

Walaupun sudah diberitahu akan risiko yang bakal dihadapinya, Rose tekad mahu membuang bayi tersebut.

Selepas meninggalkan Harry di luar bilik, Rose diminta oleh doktor berkeeturunan Singh itu supaya berbaring. Ubat bius disuntik ke tubunya. Tidak lama selepas itu Rose mula rasa pandangan matanya berpinar-pinar. Telinganya cuma mendengar bunyi seperti vakum.

Terasa sesuatu masuk ke celah kangkangnya dan menyedut segala isi-isi dalam perutnya.

Rose langsung tidak merasa sakit, namun Rose sempat mendengar bunyi, krakkk! dari dalam perutnya.

Selepas itu Rose tidak sedarkan diri sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience