Beberapa jam kemudian, Rose telaah sedarkan diri.
Entah berapa lama dia berada di dalam bilik itu, sedar-sedar saja dia mendapati dirinya ditinggalkan seorang diri di atas katil. Suasana di bilik itu sunyi sepi.
‘’Doktor? Harry?’’ panggil Rose, namun tiada sebaran sahutan didengari.
Dia mula menggerakkan dirinya dan tidak semena-mena dia merasakan kesakitan yang maha dashyat di celah kangkangnya.
Rose berusaha untuk mengangkat kepalanya dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat bilik itu berlumuran dengan darah. Masakan doktor dan pembantunya tidak membersihkaan darah tersebut? Rose terlantar kembali. Dia merasa sakit.
‘’Heekkk.. heeekk…heekkk…’’
Berderau darah Rose mendengar suara bayi menangis. Suara anak siapa pula menangis itu? Mata Rose melingas.
‘’Harry! Doktor! Mana korang pergi ni hah?’’ teriak Rose. Bulu romanya meremang dan dia mulai ketakutan. Masih tiada sebarang sahutan didengarnya.
Kesakitan yang Rose rasakan semakin menjadi-jadi. Terasa seperti ada sesuatu sengkak di celah kangkangnya. Tanpa sedar Rose meneran yang gayanya saling tidak ubah seperti perempuan yang sedang bertarung mahu melahirkan anak.
Share this novel