Sudah sebulan Inara tinggal di rumah banglo itu.Dia berasa aman apabila berada di sana.
Inara sedang duduk sebelah Dahlia.Dia merenung Dahlia yang sedang nyenyak tidur itu.Sesekali dia mengusap pipi gebu itu.
“Kalau opah balik,akak pun kena balik juga.Nanti tak dapat jumpa Dahlia dah.Dahlia duduk sini dengan papa baik-baik ye.Nanti akak rindukan Dahlia.” ujar Inara.
Inara mencium lembut pipi Dahlia.Dia menemani Dahlia yang sedang tidur itu.Tanpa sedar Inara tertidur di sebelah Dahlia.
Sedang Inara tertidur dia terdengar suara Dahlia seakan ketawa.Inara terus membuka kelopak matanya.Dia baru tersedar bahawa dia tertidur di bilik Iqbal.Dia melihat Iqbal yang sedang menukar pampers anaknya.
Wajah Inara terus berubah menjadi merah.
“Ina dah bangun?Abang Iqbal tak berani nak kacau Ina tidur.Kalau penat tidurlah sini dengan Inara.Abang boleh tidur kat depan.” ucap Iqbal.
Muka Inara semakin menebal merahnya.
“Eh tak apa.Ina sepatutnya tidur kat sebelah.Minta maaf Ina tak sedar.Teman Dahlia tadi terus tertidur.” jelas Inara.
Inara terus bangun dan keluar dari bilik itu dengan laju.Iqbal tersenyum sendiri melihat gelagat Inara yang panik itu.Iqbal terus menutup pintu biliknya.
Inara terus masuk ke dalam biliknya.Ketika itu Mak Ngah Esah tiada di bilik.Mungkin di dapur barangkali.
Inara menutup pintu bilik dengan rapat.Dia menutup mukanya dengan bantal.
“Malunya aku.Apsal aku tertidur kat situ.Nasiblah pintu bilik tu terbuka luas.Ya Allah malunya.Inara kau kenapa boleh tak sedar?Segannya mesti Abang Iqbal terdengar aku berdengkur.” ucap Inara sendiri.
Inara terus menyelimuti seluruh tubuhnya.
?????????????
Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Inara bangun dari tidur lalu mandi.Selesai itu dia mengerjakan solat subuh.Mak Ngah Esah sudah awal bangunnya.
Inara terus ke dapur membuat sarapan pagi.Selesai sahaja menyiapkan sarapan,dia mengemas rumah itu.Ketika itu Inara terdengar suara Dahlia yang sedang menangis.Mungkin mahu menyusu.Inara dengan cepat mengambil botol susu lalu membancuh susu untuk Dahlia.
Inara mengetuk pintu bilik Iqbal.Iqbal membuka pintu.Dia memberi Inara untuk memberi susu kepada anaknya.Iqbal membiarkan pintu biliknya terbuka.
“Alolo shian budak sorang ni.” ucap Inara.
Dahlia mencebikkan bibirnya.
Inara menyuakan botol susu di bibir Dahlia.Inara tersenyum sendiri.
“Iqbal,nampak Inara tak?” soal Mak Ngah Esah.
“ Dia tengah bagi Dahlia susu.Kenapa mak?”
“Tak ada apa.Ni mak nak cakap ni!”
Iqbal memandang wajah Mak Ngah Esah.
“Kamu bila nak ambil pengasuh?Mak bukan apa.Kambing itik mak tu kena bagi makan.Tak bolehlah mak nak duduk lama-lama kat sini.” ujar Mak Ngah Erah.
Iqbal sudah menggaru kepalanya.
“Nanti bal cari pengasuh.Hari tu dah cari tapi tak ada yang nak ambil Dahlia.Sebab Dahlia kecil lagi mak.Susah juga nak cari pengasuh sekarang ni.Bal fikir nak cari yang boleh betul-betul jaga Dahlia.” kata Iqbal.
“Kalau suruh Ina jaga Dahlia kamu okay ke?” soal Mak Ngah Erah.
“Boleh je.Tapi takkan nak suruh dia duduk sini pula?Tak manislah orang tengok nanti.Tambah lagi dia tu anak dara lagi.” ujar Iqbal.
Mak Ngah Erah tersenyum mendengar jawapan dari anaknya itu.
“Kalau Iqbal kahwin dengan Ina tak ada masalah kan?Dahlia ada orang jaga.Mak pun boleh balik kampung jaga kambing dengan itik mak tu.” kata Mak Ngah Erah.
Iqbal terdiam seketika.
“Kalau Bal okay, Ina tu jadi isteri Bal.Mak nak terus masuk meminang Ina.Mak yakin Ina tu boleh jaga Dahlia dengan baik.Ina dia tak macam budak lain.Dia cepat matang.InsyaAllah Dahlia akan dapat kasih sayang seorang ibu dengan baik.”
Iqbal masih memikirkan idea gila emaknya itu.
“Mak bagi Bal masa boleh?Sebab bab kahwin ni bukan boleh buat main.”
Mak Ngah Erah mengangguk.
Assalamualaikum thanks utk korang yg sanggup tnggu next chapter dari saya.minta maaf ye saya agak busy sejak akhir ni.. InsyaAllah saya akan cuba cari masa.
Share this novel