Iqbal mendukung Dahlia.Sewaktu itu dia memikirkan penjagaan anaknya Dahlia yang masih kecil lagi.Walaupun begitu Iqbal bersyukur kerana hadirnya Dahlia pemberi semangat kepadanya.
Izzah telah pun meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan perlanggaran antara kereta dan lori.Kejadian itu berlaku sewaktu Izzah baru sahaja pulang dari rumah ibunya.Pemandu lori itu sedang mabuk.Tanpa sedar dia memotong kereta yang berada di hadapannya.
Izzah yang sedang memandu terlihat lori itu bertentangan dengannya.Izzah menekan brek dengan sekuat hati tetapi pemandu lori itu yang tidak sedar melanggarnya membuatkan kereta di seret.Izzah yang masih sedar itu meminta pertolongan.
Mujur ada seseorang yang mengenalinya membantu dan membawanya ke hospital.Mereka sempat tiba di hospital,Izzah di kejarkan ke wad kecemasan.Mereka memberikan oksigen kepadanya.
Izzah pun selamat bersalin tetapi selepas sahaja bersalin dia tidak sedarkan diri.Kerana darah yang banyak keluar menjadikan Izzah tidak sedar.Di samping itu,dia juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala.Kerana itu dia pergi buat selamanya.
Iqbal mencium Dahlia dengan lembut.Hanya Dahlia penguat hatinya.
Mak Ngah Erah mengambil Dahlia dari pelukan Iqbal.Mak Ngah Erah mencium pipi gebu Dahlia.Comel.
“Iqbal dah ada pengasuh ke?” soal Mak Ngah Erah.
“Belum lagi mak.Susah sebab Dahlia masih kecil lagi.Dia sepatutnya perlukan susu badan.” Terdengar Iqbal mengeluh.
“Mak faham Iqbal.Mak tahu perasaan kamu.Tak apa cari dulu.Dahlia ni kamu jangan lupa bawa dia jumpa doktor.Biar doktor cek kondisi badannya." kata Mak Ngah Erah.
“Baik mak.”
“Mak datang sekejap je ni.Nanti mak datang sini lagi.Kamu hantar mak kat stesen bas karang." ucap Mak Ngah Erah lagi.
“Sekejapnya?Baru 3 hari kat sini.Ingatkan lama lagi?” kata Iqbal.
“Kalau mak lama-lama kat sini siapa nak jaga kambing,itik mak tu?Itu mak tak nak lama-lama datang sini.” kata Mak Ngah Erah lagi.
“Iyalah mak.Karang Iqbal hantar mak.Iqbal nak bawa Dahlia jumpa doktor kejap.Mak tunggu tau.” kata Iqbal.
“Ye.Mak tunggu kamu."
------------------------------------------------------
Inara sedang memasak di dapur.Dia tidak sedar bahawa abang tirinya itu berada di belakangnya.Hakim memerhati tubuh Inara dari belakang.Dia mendekati Inara.
Inara terkejut akan kedatangan abang tirinya itu.
“Abang nak apa?Lauk Ina tengah masak." kata Inara.
“Tak ada apa.” Hakim menyengih.
“Tak apalah.Dah nak siap.Abang tunggulah kat depan.Nanti Ina panggil makan.Abah mana?” soal Inara.
“Abah macam biasa.”
Inara faham akan maksud abang tirinya itu.
Selesai makan,Inara terus masuk ke bilik.Dia tidak boleh lama-lama di luar.Bukan dia tidak tahu jika dia di luar mata gatal Hakim akan memandang ke setiap sudut anggota badannya.
Inara terus masuk ke dalam biliknya.Dia mengunci pintu bilik.Huu..Lega rasanya.
Sejak kematian ibunya Kak Ita,hidup Inara tidak tentu arah.Apabila dia mengetahui bahawa ayah tirinya itu suka minum ketum.Termasuk abang tirinya itu.
“Mak,sampai bila Ina nak duduk sini?Ina takut.” Inara memeluk gambar ibunya.
Hakim di ruang tamu sudah gelisah.Serba tidak kena.Di fikirannya asyik memikirkan tubuh Inara yang cantik itu.
“Kalau aku dapat dia.Memang takkan aku lepaskan." kata Hakim.
Hakim mencari idea.
“Aduh,Ina tolong abang kejap.Kaki abang ni sakit terpijak paku.” rayu Hakim.
Inara yang terdengar panggilan Hakim itu mendiamkan dirinya.Dia tidak pasti sama ada abang tirinya itu betul-betul sakit ataupun tidak.
“Ina,tolong kejap.Sakit ni.Abang tak boleh bangun.” kata Hakim lagi.
“Mungkin betul kaki dia terpijak paku.” kata Inara sendiri.
Inara membuka pintu biliknya.Muncul wajah Hakim di hadapan pintu.Inara ketakutan.Hakim memandangnya dengan penuh nafsu.Inara menelan air liurnya.Dengan cepat Inara menutup pintu biliknya.
Tetapi tangan sasa Hakim itu,membuatkan Inara tidak berdaya menahan pintu itu.Pintu bilik terbuka dengan luas.
Inara yang terjatuh ke katil itu cuba untuk bangun.Hakim tersenyum jahat.Kini di hadapannya terpampang seorang gadis yang selalu dia fikirkan sedang terduduk di katil.Hakim menanggal bajunya.Hakim semakin mendekati Inara.
Inara mengengsot ke belakang.Semakin Inara ke belakang semakin laju Hakim mendekatinya.Hakim semakin bernafsu melihat Inara.
Dia menarik kaki Inara.Hakim kini berada di atas badannya.Inara mencuba menolak Hakim.Hakim ketawa jahat.Kini Hakim puas kerana dapat menatap wajah Inara yang cantik itu.
Inara berusaha minta di lepaskan.Inara teringat dia menyimpan sebatang kayu di tepi katilnya.Dengan sedaya upaya dia mengambil kayu itu lalu di acukan kayu itu pada kepala Hakim.Hakim memegang kepalanya.
Inara mengambil kesempatan untuk melarikan dirinya.Dia menuju ke rumah jirannya iaitu rumah Mak Ngah Erah.
Mak Ngah Erah yang sedang menyapu di luar rumah itu terkejut apabila Inara memeluknya.
“Ina,okay tak ni?Kenapa sayang?Bagitahu Mak Ngah.” soal Mak Ngah Erah sambil mengusap wajah Inara.
Mak Ngah Erah memimpin Inara masuk ke dalam rumahnya.
Inara memandang wajah Mak Ngah Erah.Wajahnya yang berpeluh itu diucap oleh Mak Ngah Erah.
“Abang Hakim nak rogol Ina.” Inara menangis di pangkuan Mak Ngah Erah.
Mak Ngah Erah sudah menduga.Setiap kali Inara datang ke rumahnya pasti ada yang berlaku kepadanya.
“Malam ni,Ina tidur rumah Mak Ngah.Biar je rumah tu.Dah jangan nangis.” Mak Ngah Erah memeluk Inara.
Ita kasihan anak kamu.Hidup dia tidak tentu arah.Dapat ayah tiri pun tak berguna.Abang tiri pun dua kali lima ayahnya.Ya Allah kau lindungilah Ina dari mereka berdua itu.
Doa Mak Ngah Erah di dalam hatinya.
Sory kalau pendek..hehe..harap korang suka dan enjoy
Share this novel