Iqbal mengetuk mejanya menggunakan pen.Dia termenung seketika.Sedang asyik termenung,Faiz masuk ke dalam pejabatnya.
“Kau menung apa?” Iqbal yang termenung itu terus tersedar dari lamunannya.
Dia mencari suara itu.Iqbal melihat Faiz yang sudah tersengih seperti kerang busuk.
“Bila masa kau masuk?Lain kali masuk tu ketuk lah pintu.Terkejut aku.” kata Iqbal.
“Aku dah ketuk banyak kali.Kau yang tak dengar.” jawab Faiz dengan wajah selamba.
“Ada apa masuk sini?” soal Iqbal.
”Aku nak bagi dokumen yang kau minta hari tu.Nah ambil.” Faiz meletakkan di atas meja Iqbal.
“Hari tu aku minta hari ni baru dapat?Kau ni buat kerja tak?Gaji kau nanti aku potong gaji baru padan muka kau.” ugut Iqbal.
“Rilekslah bal.Aku baru perasan dokumen tu.Aku kan sibuk sikit.Kau macam tak tau je aku kan?” Faiz tersengih.
Iqbal merenung wajah Faiz.
“Yelah.Aku terlupa buat.Sorylah.”
Iqbal tersenyum.
“Kan senang.Jujur je.”
Faiz melihat Iqbal yang sedang cek satu persatu dokumen itu.
“Bal,tadi kau menung apa?Lama betul kau menung.Agaknya dah sampai negara mana?India?” Faiz tersengih sendiri.
Iqbal memandang Faiz.
“Aku serabut fikir pasal anak aku.” ucap Iqbal.
“Anak kau?Ada masalah ke?Kenapa?”
“Banyak betul soalan kau ni.” kata Iqbal.
“Cerita lah kat aku.Mana tahu aku boleh tolong kau.”
Iqbal memikirkan sesuatu.
“Anak aku tak ada sesiapa yang jaga.Aku hantar kat pengasuh ada yang tak nak jaga.Alasannya sebab anak aku kecil lagi.” jelas Iqbal.
Faiz mengangguk kepalanya.
”Mak kau mana?Suruh mak kau jaga.Apa susah.Settle masalah.”
“Mak aku kat kampunglah.Takkan aku nak susahkan mak aku.Dahlah dia tak berapa nak sihat.Tambah lagi nak jaga anak aku.Baik aku yang jaga sendiri.”
“Trylah minta mak kau jaga anak kau sekejap.Bukan lama.Dalam sebulan dua macam tu.Lagi pun mak kau mesti lagi tahu pasal budak ni kan?”
Iqbal mengangguk.
“Cuba slow talk dengan mak kau.Minta dia jaga sekejap sementara kau cari pengasuh.Lepas dah ada pengasuh mak kau nak balik kampung pun tak apa.” cadang Faiz.
Iqbal termenung.
”Nantilah aku cakap kat mak aku.Bagi aku masa fikirkan dulu.”
“No problem.Kau fikirlah dulu macam mana! Apa-apa roger aku.”
Iqbal mengangguk.Faiz melangkah keluar dari pejabat itu.
????????????????
“Ina,Mak Ngah nak pergi KL dua bulan ni.Mak Ngah tak ada kat rumah.” kata Mak Ngah Erah.
“Kalau Mak Ngah pergi Ina nak menyorok kat siapa?Kalau abang Hakim buat macam-macam pada Ina?Mak Ngah Ina nak ikut boleh?Ina takut tinggal kat sini.” ucap Inara.
Mak Ngah terdiam seketika.
“Baiklah.Ina ikut Mak Ngah pergi KL.Dua bulan je kat sana.Nanti Mak Ngah balik Ina ikut Mak Ngah balik sekali.”
Inara mengangguk kepala.
“Ina,pergi siap kemas baju.Dah siap kemas datang sini.Abang Dan hantar kita ke KL esok."
“Baik Mak Ngah.Terima kasih." Inara terus balik ke rumahnya.Mahu membawa ke KL esok hari.
Sewaktu dia balik,di rumah tiada sesiapa.Inara cepat-cepat mengambil bajunya untuk di bawa ke sana.
Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah itu.Inara pasti Hakim belum pulang ke rumah lagi.
Dia mengambil kesempatan yang ada untuk mengemas.Inara masuk ke dalam bilik ayah tirinya untuk mengambil sedikit wang untuk membayar tambang nanti.
Inara masuk semula ke dalam biliknya.Dia terpandang gambar ibunya.
“Ibu,Ina pergi KL dua bulan je.Nanti Ina balik.Ina nak jauhkan diri dari abah dan abang Hakim.” kata Inara sambil melihat gambar ibunya.
Selesai siap mengemas pakaiannya.Inara terus keluar dari rumah itu.
Dia menutup pintu rumah.Inara bergegas melangkah ke rumah Mak Ngah Erah.
Dia mengetuk pintu rumah Mak Ngah Erah.
“Assalamualaikum,Mak Ngah ni Ina.” ucap Inara.
“Waalaikumsalam.Masuk cepat.Nanti Hakim nampak kamu pula.”
Inara masuk ke dalam rumah.Mak Ngah Erah mengunci pintu rumahnya.
Inara menarik nafas lega.
Keesokkan harinya,mereka bergerak ke Kuala Lumpur di hantar oleh Abang Dan.
Sory kalau ada kurang
Share this novel