BAB 4

Romance Series 3989

"MUMMY..."

"Sampai bila Kye nak sembunyikan perkara ni daripada mummy? Kye ingat mummy tak tahu apa yang jadi?"

Aiden terdiam. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang. Seluruh tubuhnya terasa seram sejuk. Tidak mungkinlah mummy sudah tahu perkara sebenar.

"Itu sebablah Kye selalu cari alasan supaya mummy tak datang sini kan." Sambung Mrs Evelyn lagi.

"Kenapa diam? Betul kan apa yang mummy cakap."

Aiden tertunduk. "Maaf mummy. Kye cuma tak mahu mummy risau. Kye akan uruskan dengan baik."

"Tak mahu mummy risau?" Wajah Aiden direnung tajam. "Kye ingat dengan cara Kye buat macam ini tak risaukan mummy?" Nada Mrs Evelyn menjadi sedikit keras. Nafas dihela berat.

"Kye tahu tak, selepas Kye batalkan perjumpaan dengan Sophia telefon mummy tak berhenti berbunyi. Tak cukup dengan itu, sampai ke pejabat Clade cari mummy. Lepastu Kye berhenti kerja tanpa berbincang dengan mummy. Kye ingat senang ke mummy nak pujuk Clade supaya ambil Kye kerja?"

Terus kepala Aiden terangkat. Kedua keningnya bertaut. Sophia? Kenapa kaitkan dengan Sophia pula tiba-tiba? Bukan tentang projek aku--

Ehh,

"Apa maksud mummy?"

"Apa maksud mummy kamu tanya? Selepas kamu batalkan perjumpaan dengan Sophia, boleh pula kamu hantar Rayyan. Kamu tahu tak, Sophia jauh jauh terbang ke Malaysia semata-mata nak berjumpa dengan kamu?" Luah Mrs Evelyn tidak puas hati. Bahu Aiden ditampar-tampar geram. "Belum termasuk lagi kamu berhenti kerja tanpa bagitahu mummy."

Seakan-akan baru teringat akan sesuatu, Aiden mengangguk laju. Mati-mati difikirkan mummy tahu tentang projek aku dekat sini.

"Apa yang kamu angguk?"

"Kye salah. Kye tak sepatutnya hantar Rayyan untuk berjump dengan Sophia. Kye salah sebab berhenti kerja tanpa bincang dengan mummy." Kata Aiden sambil tertunduk persis seorang pesalah. Bimbang jika Mrs Evelyn dapat mengesan air mukanya.

"Sekali lagi kamu buat macam itu, jangan ingat mummy takkan ambil tindakan. Faham?"

"Faham mummy."

Mrs Evelyn mencebik bibir. 'faham' yang diucapkan Aiden hanyalah sekadar kata-kata kosong. Tidak ada makna.

"Jangan marah-marah mummy. Nanti tak cantik dah." Pujuk Aiden. Kepala ditundukkan sedikit memandang wajah Mrs Evelyn. Bibirnya menarik senyuman manis.

"Huh!”

"Sebagai permintaan maaf, hari ini Kye akan mencemar duli memasak untuk mummy."

"Kamu nak memasak untuk mummy? Kamu nak letupkan dapur?"

"Eh, mummy jangan pandang Kye sebelah mata."

"Tak nak, tak nak. Mummy tak nak rasa air tangan kamu."

‘Cup!’

"Give me 30 minutes. You will love it, my queen."

"Let's see."

8.17 a.m

Lewat!

Bagai tongkang pecah bilik tidurnya ketika ini. Kelam kabut tatkala jam sudah menginjak ke angka 8. Walaupun sudah set jam loceng pada telefon bimbit, tetapi masih sahaja tidak didengari. Atau kata lain dia tidur mati. Nasib sahaja bendera merah pada hari ini.

Ahh, inilah akibatnya kalau tidur lewat.

"Aileen, kenapa kalut-kalut ni? Kau nak pergi mana?" Soal Amirah, si gadis berambut sedikit keriting. Suaranya sedikit serak basah. Mata yang masih memberat digosok-gosok menggunakan jari. Badannya bersandar pada bingkai pintu bilik tidur Aileen.

Tidurnya terganggu dek bunyi bising yang dihasilkan. Bukankah hari ini hari Sabtu? Tidak mungkin gadis itu perlu bekerja pada hari minggu.

"Aku kerja hari ni. Dah lewat ." Usai bersiap ala kadar, Aileen merentap handbag yang berada di atas katil. Tangan melambai-lambai pada Amirah sebelum dia melangkah laju menuju ke muka pintu.

'Aileen, kau nak aku hantar tak?' Suara teriakan Amirah kedengaran.

"Tak apa. Aku dah pesan grab. Aku pergi dulu!" Balas Aileen kembali dengan nada yang tinggi. Dia berlari-lari anak untuk tiba dengan pantas di hadapan lif. Butang bulat di sebelah lif ditekan beberapa kali.

Cepat...cepat. Kau jangan buat hal lif pagi-pagi yang indah seperti ini.

'Teng!'

"Eh, Aileen..."

Spontan kepala terangkat menandang kepada si pemanggil. Tangan diangkat separas bahu dan digoyangkan ke kanan dan kiri. "Hai, aunty..."

Aileen menunggu Mrs Evelyn dan anak lelakinya keluar dari lif terlebih dahulu. Serba salah jadinya mahu pergi apabila Mrs Evelyn membuka mulut dan memulakan topik.

"Kamu nak ke mana? Kerja?"

"Ya aunty. Saya kerja hari ini. Tetapi dah lambat." Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Terasa tebal muka pula jika memberitahu perkara yang sebenar. Anak dara jenis apa yang buat taik mata selepas subuh.

"Lah ye ke... Kamu pergi kerja naik apa?"

"Grab."

"Grab? Bahaya naik grab seorang diri. Tambah lagi kamu tu perempuan,"

Hanya sengihan yang mampu dibalas. Pintu lif sudah pun tertutup semula. Dalam hati tidak sudah berdoa agar Mrs Evelyn tidak memanjangkan cerita.

"Biar Kye hantarkan kamu."

Jatuh rahang Aileen mendengarnya. Kai?

Aiden yang sedang menilik telefon bimbitnya tersentak saat namanya disebut. Sekilas dia melihat Aileen sebelum pandangannya jatuh pada si ibu. "Kye ada kerjalah mummy. Biarlah dia naik grab."

"Betul aunty. Tak perlu hantarkan. Grab yang saya tempah dah nak sampai." Tokok Aileen.

"Perlu." Mrs Evelyn memanah wajah tidak bersalah Aiden. Lalu lengan anak lelakinya ditampar kuat.

'Pappp!'

"Mummy kata hantarkan Aileen ke tempat kerja."

“Dia bukannya budak lima tahun mummy.”

“Hmm?” Mata Mrs Evelyn mengecil. Memberi tanda dan amaran kepada Aiden.

"Tapi mummy--"

Nafas berat dihela. Bantah macam mana sekalipun tidak akan berjaya. Mummy akan guna kuasa veto untuk memaksanya. "Ye lah."

Sekali lagi lengan Aiden ditampar. "Apa buat muka macam tu? Kamu tak ikhlas?"

Aiden memutarkan bebola mata. Senyuman ditarik paksa. Jari ditunding pada mulutnya. "Ikhlas."

"Dah pergi cepat, lambat pula Aileen sampai nanti." Beberapa plastik yang dibawa Aiden sudah bertukar tangan pada Mrs Evelyn. Nasib sahaja mereka keluar pada awal pagi untuk mencari barang dapur, kalau tidak mungkin tak akan terserempak dengan Aileen. Juga membiarkan gadis muda itu berada di dalam kesulitan.

Mahu tidak mahu terpaksa juga Aiden menurut. Menyesal aku ajak mummy cari barang dapur pada pagi ini. Tidak pasal-pasal perlu menjadi driver tidak berbayar kepada orang luar. Sudahlah kenal pun tidak.

Mereka berdua beriringan sehinggalah tiba di tempat parkir. Langkah panjang Aiden menyukarkan Aileen untuk mengejarnya. Akhirnya dia berlari untuk menyaingi lelaki itu.

Huh, penat.

"Kau nak tunggu aku bukakan pintu baru nak masuk?" Sinis Aiden bertanya. Dia sudah pun berada di tempat pemandu manakala Aileen masih tercongak macam tiang bendera
di sebelah kereta. Ingat kau itu tuan puteri yang perlu dibukakan pintu?

Aileen mencebik bibir. "Saya boleh pergi kerja sendiri. Tak perlu encik hantarkan."

Sejurus kata-katanya, tingkap di sebelah penumpang terus tertutup. Bunyi enjin kereta mewah itu kedengaran. Kemudian perlahan-lahan kereta tersebut bergerak meninggalkan perkarangan parkir.

Aplikasi grab dibuka. Entah mengapa dia merasakan bahawa grab yang ditempah masih tidak bergerak-gerak dari tadi. Sebelum turun lif masih berada di tempat yang sama.

Sudah, jangan buat pasal.

Pandangan terarah pada kereta mewah milik Aiden yang semakin menjauh.

Nombor pemilik grab dihubungi.

"Encik, encik ada di mana sekarang ya? Saya perlukan grab secepatnya."

'Maaf cik, jalan jem sekarang ni...'

Pantas Aileen berlari mengejar kereta Aiden yang kini berhenti di pondok pengawal untuk pemeriksaan. Lariannya semakin laju saat kereta tersebut kembali dipandu keluar dari kawasan Lililac Hill.

"Encik, tunggu saya!"

"Encik!"

Laungnya bagai mahu terkeluar anak tekak. Sambil itu, tangan tegapai-gapai di udara memberi isyarat kepada Aiden sekiranya lelaki itu melihatnya.

"Encik!"

"Tunggu!"

'Uhukkk!'

'Uhukkk!'

"Encik!"

Aiden melirik ke arah cermin sisi setelah menyedari bahawa dia sedang diekori. Ketegangannya kian memudar saat memastikan yang mengekorinya bukanlah individu yang difikirkan melainkan seorang perempuan.

Dahinya berkerut halus dan kereta yang dipandunya semakin perlahan.

'Encik!'

Sayup-sayup jeritan seseorang kedengaran. Yakni datangnya daripada perempuan itu.

'Tunggu saya!'

"Aileen?" Hujung bibir terangkat sedikit.

Tadi aku dah berbesar hati nak tumpangkan kau, tapi kau yang jual mahal. Katanya boleh pergi sendiri.

Sekarang, kau nak suruh aku tunggu kau?

Heh, jangan harap.

Sengaja Aiden memandu dengan perlahan tanpa diberhentikan kereta. Tujuannya hanya mahu menyakitkan hati gadis itu. Sifat pendendam di dalam dirinya masih tidak padam sejak sekian lamanya.

Aileen berhenti berlari untuk seketika. Kedua tangan dicekakkan ke pinggang, kepenatan. Nafasnya termengah-mengah dan jantung berdegup laju. Mahu bersuara juga sudah tidak mampu.

Kalau mahu pesan grab yang lain juga pasti akan terjerat dalam masalah yang sama. Pilihan yang ada hanyalah menumpang Aiden. Tapi seperti sukar dan mustahil.

Tengok sahajalah dari cara Aiden memandu. Sangat perlahan. Pasti kerana sudah tahu dia tidak mampu mengejarnya. Jadi lelaki itu sengaja mengolok-olokkannya.

Sebabnya hanya satu. Berdendam.

Kebudak-budakkan!

Ehh, dia nak pergi mana tu?

Aileen semakin cemas saat kereta yang dipandu Aiden tiba-tiba sahaja bergerak laju di atas jalan raya. Belum sempat dia membuka mulut, kereta tersebut sudah hilang dari pandangan.

RAYYAN dihubungi. Beberapa saat kemudian barulah panggilan disambungkan.

"Kau ada dekat mana sekarang ni?" Soalnya dengan riak tegang.

'Aku ada dekat rumah. Kenapa?'

"Jumpa aku dekat tempat biasa." Kereta membelok ke kanan setelah signal diberi. Pedal minyak ditekan habis. Setiap kenderaan juga dipintas laju.

Sehinggakan pemanduannya secara berbahaya telah mendatangkan kemarahan pihak pengguna jalan raya yang lain. Namun perkara itu tidak memberi kesan kepadanya. Apa yang difikirkan ketika ini hanyalah manusia bernama 'Gavin'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience