BAB 1

Romance Series 3989

BUMI terus-terusan ditimpa hujan lebat sejak sejam yang lalu. Guruh dan kilat silih berganti sehingga menyebabkan bunyi yang kuat seakan-akan letupan sering kali kedengaran. Suasana meriah di pasar utama bandar juga sudah bertukar suram kerana semua orang sudahpun berlari pulang. Gerai-gerai tidak dapat terus dibuka kerana hujan yang terlalu lebat.

Lafaz dihela panjang. Masih tidak ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Jika terus begini, dia akan tersadai di cafe ini sehingga lewat petang. Pasti akan dibebel wanita 50 an yang sedang menunggu di rumah.

"Cik, order?"

Spontan kepala teralih ke tepi, memandang seorang pelayan lelaki yang memakai seragam yang tertulis Jade Cafe. Pelayan lelaki itu tersenyum nipis menantikan pesanan yang seterusnya.
Mungkin kerana menyedari bahawa minuman yang dipesan sebelum ini sudahpun habis.

"Air kosong." Balas Aileen Wafa. Wanita berumur 20 an yang jelita dan anggun mengenakan tudung cream. Juga merupakan seorang pelajar yang kini sedang praktikal di sebuah syarikat berdekatan Jade Cafe.

Pelayan lelaki itu mengangguk sebelum beredar pergi. Tidak sampai dua minit kemudian, dia kembali sambil membawa segelas air kosong seperti yang diminta. Ucapan terima kasih dihulur.

Sedang menyisip minumannya, bunyi loceng memecahkan suasana hening itu seraya menandakan bahawa ada seseorang yang baru melangkah masuk ke dalam Jade Cafe.

'Teng!'

"Selamat datang," Seperti kebiasaannya para pekerja yang bertugas menguruskan pelanggan beramah mesra terhadap pelanggan.

Seorang lelaki tinggi lampai dan berbadan tegap itu tidak beriak. Mukanya serius dan tegang, tidak kelihatan seperti seorang yang peramah dan mudah dibawa bicara. Jika dinilai dari segi pemakaiannya, mungkin seorang yang bekerjaya.

"Hot coffee and latte." Sayup-sayup suara maskulin milik lelaki itu menyapa pendengaran.

"Wait for a minute."

Sementara menunggu pesanan yang dibuat siap, lelaki itu meliarkan mata, menilik keadaan seisi cafe.

Disebabkan urgent dia terpaksa berhenti membeli di sini. Tahap kebersihannya tidak diketahui, begitu juga dari segi profesionalisme pekerja. Tidak mungkin minuman yang akan dihidangkan kepada Mr Gavin adalah minuman yang tercemar.

"Sir, your order."

Sekeping not 20 ringgit dihulur. Tanpa menunggu baki yang akan diberikan, lelaki itu terlebih dahulu mengangkat kaki. Panggilan pekerja itu juga tidak diendahkan.

Bebola mata Aileen Wafa bergerak ke tepi, mengekori setiap langkah laju lelaki itu. Bibirnya mencebik tatkala melihat lelaki itu memasuki sebuah kereta mewah berwarna hitam.

Patutlah pun, orang kaya. Baki seringgit pun tidak dipandang. Walaupun seringgit tetapi nilainya sangat besar.

Jam tangan ditoleh sekilas.

5.57 pm

Mata membulat besar. Bukankah tadi baru sahaja jam lima setengah. Kenapa sekejap sangat hampir jam enam.

Tergesa-gesa laptop dimasukkan ke dalam beg galas, begitu juga beberapa batang pen di atas meja. Lantas dia berdiri dan melakukan pembayaran.

KERETA jenis Limosin berwarna hitam bergerak di atas jalan raya, meninggalkan perkarangan Jade Cafe. Seorang lelaki berusia 60 an yang lengkap bersut biru tua menyisip minuman yang baru dibeli pembantu peribadinya.

Dahinya berkerut halus sebaik sahaja air minuman tersebut melalui kerongkongnya. Cup air tersebut direnung seketika.

"Why Mr Gavin?" Cuak lelaki tinggi lampai itu bertanya. Bimbang sekiranya minuman yang dibeli tidak kena pada selera majikannya.

Mr Gavin tertawa kecil. "Not bad."

Lelaki itu menghela nafas. Cup air di tangan Mr Gavin diambil dan diletakkan di dalam bekas makanan yang tersedia di dalam limosin.

"So, you confirmed for take a holiday tomorrow?"

Kepala diangguk. "Yes. I'll back two days."

"Alright. Don't forget your mission. I trust you, Aiden."

"Sure."

Mr Gavin tersenyum lebar. Dia menepuk-nepuk bahu tegap pembantu peribadinya selaku individu yang paling setia dan dipercayai. Dia yakin bahawa lelaki itu akan menjalankan misi yang telah diberikan dengan baik seperti sebelumnya.

"TERIMA kasih pak cik."

Pintu teksi dibuka dan laju Aileen memecut memasuki rumah teres setingkat yang dihiasi dengan pokok bunga di halaman rumah.

Pintu diketuk beberapa kali dan salam dilaungkan. Apabila masih tidak mendapat balasan daripada penghuni rumah, beg galas terus diselongkar untuk mencari kunci pendua yang disimpan.

Ke mana pulak kunci ni menghilang... Waktu diperlukan, tak muncul. Kalau tak mahu guna, ada sahaja di depan mata. Di mana-mana.

'Tokkk!'

'Tokkk!'

'Tokkk!'

Pintu diketuk-ketuk untuk sekian kalinya. Setelah itu, barulah pintu dikuak dari dalam. Seorang wanita yang kelihatan mamai seperti baru bangun tidur muncul di sebalik pintu.

"Baru balik?" Soal wanita itu dengan suara serak basah. Rambut yang kusut digaru-garu. Sekali sekala mulut akan menguap besar dek rasa kantuk masih bersisa.

"Ya." Baru Aileen mahu menapak masuk ke dalam rumah, wanita itu terlebih dahulu memanjangkan tangan kirinya ke tepi. Menghalang Aileen daripada memasuki rumah.

"Mak lang, nak masuk bilik air terus. Baju Aileen basah ni." Kedua tangan digosok-gosok Aileen bagi menghasilkan haba dan menghilangkan kesejukan yang kian mencengkam tulang. Mana tidaknya, bajunya hampir lencun kerana meredah hujan sebentar tadi.

Wanita yang dipanggil mak lang itu tertawa. Dia memandang anak saudaranya dengan mata yang separuh terbuka. "Sekarang dah pukul berapa?"

"Pp-pukul 7."

"Jadi?"

"Aileen tahu Aileen salah. Tapi tadi hujan lebat sangat. Susah nak dapat teksi."

Alasan yang diberikan Aileen tidak diendahkan. Ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

"Mak lang..." Rayu Aileen dengan wajah yang pucat tidak berdarah. Tangan mak lang diraih, memohon simpati.

Tidak mahu memanjangkan masalah, akhirnya Aileen dibenarkan masuk ke rumah. Sempat arahan diberikan kepada gadis itu supaya memasak untuk makan malam dan membersihkan dapur sebagai denda kerana pulang lewat ke rumah.

Sebaik sahaja mak lang menghilang ke dalam bilik tidur, terburu-buru Aileen memasuki bilik tidurnya juga. Tudung yang tersarung di kepala hanya dicampakkan di atas katil. Pantas tuala mandi direntap daripada penyidai.

Hampir 10 minit membersihkan diri di dalam bilik air, solat asar dan maghrib ditunaikan terlebih dahulu. Setelah itu, barulah bahagian dapur diuruskan.

Sedang memasak di dapur, tiba-tiba sahaja bunyi dentuman kuat pintu dihempas kedengaran. Hampir senduk kayu terlepas daripada tangan.

'Gedebummm!'

Aileen memanjangkan kepala, cuba mencari tahu apa yang terjadi di ruang tamu. Lihat sahaja pasangan suami isteri yang baru tiba itu sedang menuju ke dapur, segera kepala dipalingkan kembali menghadap sup yang sedang dimasak.

'Uswah, esok kita pergi lagi okay?'

'Jangan cakap dengan I. Menyakitkan hati.'

'I minta maaf.'

'Huh!'

'Krekkk!'

'Pappp!'

Senduk kayu digenggam kuat. Pertengkaran suami isteri itu membuatkan bulu romanya menegak. Kebiasannya, kalau dimulakan dengan perang mulut akan berakhir dengan perang aksi. Akan terbang kuali dan segala peralatan dapur yang ada di dapur tak lama lagi.

Bahaya.

"Aileen, buatkan aku air." Arah Uswah, anak kepada mak lang merangkap sepupunya. Di usia muda, gadis itu sudahpun mendirikan rumah tangga sejak tiga bulan yang lalu bersama lelaki pilihannya iaitu Ammar. Pada awal perkahwinan semuanya manis seperti gula, persis di dalam novel. Tetapi pada pertengahan perkahwinan sudah mula menunjukkan perangai masing-masing.

Uswah dengan perangai kanak-kanak dan tidak matang, asyik membentak mahukan keinginannya dipenuhi. Manakala Ammar seringkali melebihi keperluan ibunya berbanding si isteri sehingga membuatkan Uswah merasakan dirinya tersisih. Kerana sudah penat melayan karenah si isteri, hampir sahaja lelaki itu mengeluarkan baran yang ditahan selama ini. Namun, bijak dikawal.

"Aileen, kau dengar tak aku cakap apa!" Uswah naik berang apabila tiada tindak balas daripada Aileen. Gadis itu dipandang tajam.

"I buatkan." Pintas Amaar terlebih dahulu sebelum Aileen membalas.Laju sebuah mug kaca diambil dari rak.

Uswah mendengus kasar. Dia berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka. Pandangannya dihalakan pada ruang tamu yang berada di sebalik dinding.

"Abang Ammar, Aileen boleh tolong buatkan air untuk Uswah."

Ammar tersenyum tipis. Kepala digeleng perlahan sambil tangan lincah mengacau larutan gula di dalam mug. "It's okay Aileen. Small matter."

Tidak mahu menganggu kedua-kedua pasangan itu, Aileen menyambung menyiapkan masakan yang akan menjadi santapan pada malam ini.

Dia yakin pergaduhan tersebut tidak akan kekal lama. Ammar hanya perlu memancing si isteri dengan barang mahal dan semua akan diselesaikan dengan baik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Uswah...Uswah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience