Get the app for full experience
“BALQIS, tolong saya angkat barang ni,” panggil Datin Zahlia. “Baik, Datin.” Balqis terus berlalu keluar menuju ke arah Datin Zahlia untuk mengangkat barang, sambil dibantu pemandu Datin Zahlia iaitu Pak Ashad. “Banyak barang Datin beli.” “Saje je saya beli banyak. Malas nak keluar dua tiga kali,” jawab Datin Zahlia. Balqis membawa masuk barang-barang tadi ke dapur. Datin Zahlia pula, membuka peti ais untuk mengambil air sejuk di dalamnya. Balqis memandang Datin Zahlia yang menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. “Datin saya nak cakap sesuatu ni.” Datin Zahlia memandang Balqis. “Awak nak cakap apa?” “Sebelum Tuan Zill cakap, baik ...