BAB 52

Thriller Series 17

“APA kata biar saya je yang ganti tempat bos? Saya boleh menyamar jadi bos and…”

“Masalahnya Moonlit Killer nak saya, Nazrul. Lagipun awak tinggi sangat. Moonlit Killer tu bijak, dia boleh tahu ada orang lain menyamar jadi saya.” Balas Detektif Laya kerana tinggi badannya separas dada Nazrul.

“Tiada idea lain ke, bos? Selain idea macam tu?” Detektif Laya tersenyum kecil mendengar pertanyaan Nazrul melangkah ke kerusinya.

“Kalau ada, dah lama saya guna. Ini saja penyelesaian yang ada dan kita dapat selesaikan kes ni dengan cepat. Awak pun nak kes ni selesai cepat kan?” Nazrul tidak boleh menafikan apa-apa kerana dia pun nak kes ni cepat selesai.

“Zulaikha? Dia dah tahu ke pasal idea bos ni?” Detektif Laya terdiam seketika melabuhkan punggung di atas kerusinya.

“Kalau saya bagitahu, awak rasa dia bagi tak saya pergi?” Nazrul menggeleng kepala.

“Reaksi dia mesti sama macam awak kalau saya bagitahu rancangan ni ke dia, mesti saya kena bebel takpun tazkirah tak berbayar oleh dia. Padahal saya bos dia, sesuka dia je nak marah bos dia sendiri.”

“Selain saya, siapa lagi yang bos nak bagitahu pasal rancangan ni?”

“Komander. Saya rasa saya tak perlu bagitahu Inspektor Qhadir pasal ini. Kalau dia tahu, rosaklah plan saya. Jadi Nazrul untuk kes Moonlit Killer ni saya serahkan pada awak sementara saya tiada.” Balas Detektif Laya dengan tenang.

“Apa saya nak jawab kalau Inspektor tanya pasal bos, saya nak jawab apa? Zulaikha pun sama, saya tak rasa dia tak sebodoh yang bos sangka kan.” Detektif Laya berfikir sejenak.

“Yang tu, pandai-pandailah saya urus. Jadi Nazrul tolong rahsiakan plan saya ni dari siapa-siapa. Awak je yang saya percaya sekarang dan sekiranya rancangan saya terbongkar, awaklah orang pertama saya cari. Awak faham maksud saya kan?” Detektif Laya bertanya dengan nada lembut tapi lebih kepada menakutkan.

Nazrul mendengar nada bosnya terkejut seketika, “Ba…baiklah bos.”

Detektif Laya tersenyum kembali pada dokumen dan sebelum Nazrul melangkah keluar dari biliknya, “Ohh sebelum tu, boleh tolong panggilkan Zulaikha?”

“Baik, bos.” Setelah berkata begitu, Nazrul memanggil Zulaikha. Tidak lama kemudian, kedengaran ketukan pintu dan setelah mendapat keizinan Zulaikha melangkah masuk menghampiri meja kerja.

“Ye, bos? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

“Saya cuma nak bagi jawapan untuk temujanji Tuan Aryan tu. Saya nak awak bagitahu beliau yang saya free esok pagi dan minta beliau datang ke sini.”

“Esok pagi? Kenapa tak buat temujanji waktu lunch je?” Zulaikha memandangan bosnya dengan perasaan hairan.

“Saja. Nak test Tuan Aryan ni sedikit. Tak salahkan? Lagipun dia yang nak buat temu janji ni, bukan saya. Sebab masa tu je saya free, hari lain memang saya busy memanjang.”

“Baiklah, bos. Saya akan cuba tanya dulu, sekiranya boleh saya bagitahu bos semula. Ada apa-apa lagi ke bos?”

“Tiada dah. Terima kasih, Zulaikha.” Zulaikha mengangguk kepala melangkah keluar dari bilik kerjanya.

Setelah Zulaikha pergi, Detektif Laya menyandar badan pada kerusi sambil memusingkan kerusinya mengingat ayat Moonlit Killer pada malam itu.

“Habis tu orang seperti anda layak ke jadi heroin negara?”

“Layak ke orang macam aku jadi heroin negara? Padahal keluarga sendiri aku tak dapat selamatkan apatah lagi selamatkan negara.” Detektif Laya mendongak kepala melihat siling termenung seketika.

SEMENTAR di sebuah bangunan terbiar yang terletak di hujung bandar, Moonlit Killer sedang menghadap skrin besar di depannya memerhati gerak geri manusia di Kuala lumpur melalui CCTV yang ada di sana.

“Memandangkan 2 tempat persembunyian kita sudah dikesan oleh Detektif Laya. Semua bangunan serta rumah kosong yang biasa jadi target kita telah dijaga ketat oleh pihak polis. Jadi kita ada beberapa tempat lagi untuk kita bersembunyi, Master.” Lapor pembantunya, Ah Ling.

“Saya dapat tahu yang Master menawarkan kepada Detektif Laya untuk sertai kumpulan kita, betul ke?” Moonlit Killer tersenyum mendengar pertanyaan itu.

“Ye, dan aku sekarang menunggu jawapan darinya.”

“Macam mana kalau beliau tolak tawaran tu?” Salah seorang pengikutnya bertanya dengan nada hati-hati risau sekiranya Master mengamuk.

“Dia takkan berani tolak, aku tahu dia tertarik dengan tawaran tu. Aku percaya dia akan terima tawaran aku. Korang semua tunggu dan lihat sahaja.” Balas Moonlit Killer dengan sebuah senyuman yang mempunyai maksud di sebaliknya.

“Jadi siapa target kita seterusnya, Master?” Tanya salah seorang pengikut Moonlit Killer yang menjaga bahagian sistem dimana dia sahaja yang mengurus semua maklumat dan data tentang semua perempuan cantik yang ada di Kuala Lumpur ini.

Moonlit Killer mengambil satu gambar yang terletak di atas meja berhadapan dengannya lalu melihat gambar tersebut dengan senyuman jahat.

“Perempuan ni nampak cantik, kan?” Dia menghulur gambar tersebut pada pengikutnya yang menyambut hulurannya dan melihat gambar tersebut.

“Cantiknya dia, ni pertama kali saya tengok perempuan secantik ini.” Puji lelaki itu mengagumi kecantikan yang ada pada perempuan di dalam gambar itu.

Para pengikut yang lain berdiri di belakang lelaki tersebut melihat gambar yang diberikan oleh Moonlit Killer sebentar tadi, “Jadi dia next target kita?”

“Ye, jadi aku nak semua maklumat pasal perempuan tu.” Lelaki tu mendengar arahan ketuanya lalu menggunakan kepakarannya untuk menyelidik dan mencari semua maklumat tentang perempuan itu.

Sehinggalah dia mendapat masalah, “Master, kita ada masalah. Saya tak dapat nak masuk dalam sistem maklumat perempuan ni. Seperti ada sistem perlindungan yang kuat pada sistem perempuan ni dan saya tak boleh bukanya. Kalau saya memaksa untuk bukanya, silap-silap sistem kita akan dapat virus yang mungkin boleh menjejaskan sistem kita.”

Mendengar hal itu, Moonlit Killer melangkah menghampiri lelaki tersebut sambil melihat skrin besar yang memaparkan kod ‘error’.

“Cuba selagi mampu, kalau tak dapat maklumat dia sekalipun, dapat tahu nama dia pun dah bagus.” Lelaki tersebut mengangguk lalu mula membuat kerja.

Selepas beberapa minit kemudian, lelaki tersebut menyandar badan pada kerusi. “Tak boleh, Master. Nampak gaya perempuan ni bukan calang-calang orang. Habis sedaya upaya saya cari maklumat pasal dia apatah lagi nama dia.”

“Takkanlah nama atau nama panggilan dia langsung tak boleh dapat?” Moonlit Killer memandang lelaki tersebut.

“Dah cuba, Master. Tapi hasilnya sama je, kalau saya buat lebih nanti lain pula jadinya.” Balas lelaki tersebut sambil memandang laptopnya yang penuh dengan kod-kod yang susah.

“Cuba sedaya mungkin, aku nak tahu nama dia juga tak kira apa sekalipun.” Ujar Moonlit Killer menjauh dari tempat itu, melangkah keluar untuk ke biliknya.
Samapi di bilik, Moonlit Killer melangkah ke sebuah meja di mana terdapat gantungan whiteboard yang memaparkan semua gambar perempuan cantik.

“Sikit lagi dan eksperimen aku akan selesai.” Moonlit Killer memandang semua gambar itu dengan senyuman menakutkan kemudian dia ketawa kuat seperti orang gila.

PADA waktu malam, Asyikin tengah menghadap laptopnya sambil mengetik sesuatu pada kekunci laptopnya.

“Dah agak, ada orang cuba masuk sistem aku. But salah oranglah dia nak masuk sebab pengakhirannya kau masuk dalam perangkap aku juga.” Ujar Asyikin sambil tersenyum kecil.

Semasa dia tengah sibuk mengetik, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Asyikin mengambil telefon lalu melihat mesej tersebut, “Siapa pula yang mesej malam-malam ni…Eh?”

KEESOKAN paginya, Aryan meletakkan keretanya di sebuah parkir yang disediakan lalu melangkah ke pintu masuk Layrix Agency.

Dia disambut ramah oleh Zulaikha dan Nazrul yang sedang menunggu kedatangannya di depan pintu masuk.

“Selamat datang, Tuan Aryan. Saya Zulaikha, pembantu peribadi Detektif Laya.” Zulaikha menunduk kepala sebagai tanda hormat.

“Saya Nazrul, pengawal peribadi Detektif Laya. Gembira dapat bertemu kembali, Tuan Aryan.” Nazrul menunduk kepala seperti Zulaikha.

“Terima kasih kerana sudi menyambut kedatangan saya pada pagi ini.” Aryan mengangguk kepala kepada mereka berdua.

Zulaikha membawa Aryan ke ruang kerja Detektif Laya diikuti Nazrul dari belakang. Aryan memandang sekeliling agensi itu yang kelihatan selesa dan aman.

Apabila sampai di sebuah pintu, Zulaikha mengetuk pintu tersebut. “Bos, Tuan Aryan dah sampai.”

Detektif Laya ketika itu sedang membelek dokumen di atas meja kerjanya menjawab, “Silakan masuk!”

Zulaikha memegang tombol pintu, membuka pintu tersebut mempersilakan Aryan masuk.

Aryan senyum melangkah masuk ke dalam ruang tersebut dimana Detektif Laya menyambut kedatangannya.

“Selamat datang saya ucapkan kepada pewaris Master Holding, Tuan Aryan. Gembira dapat bertemu anda kembali.” Detektif Laya menunduk kepalanya.

“Gembira dapat bertemu anda kembali, Detektif. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas pertolongan anda dalam mencari dalang di sebalik masalah syarikat kami.”

“Saya tidak buat apa-apa, anda boleh berterima kasih kepada kedua pembantu saya dan salah seorang anggota saya yang telah bekerja keras dalam masalah ini. Saya terlalu sibuk dengan kes baharu sampai saya tidak sempat nak handle 2 kes sekaligus.” Detektif Laya melangkah ke hadapan meja kerja bersandar di hujung meja.

“Saya dapat tahu anda ingin bertemu dengan saya bukan sebab nak berterima kasih sahaja kan? Boleh saya tahu atas sebab apa anda ingin bertemu dengan saya? Maaflah kalau sikap saya sekarang ini kurang sopan, tapi saya tak suka buang masa.” Sambung Detektif Laya memeluk tubuh.

“Tidak apa-apa, saya faham. Memang betul saya nak bertemu dengan anda atas sebab lain.” Aryan melangkah menghampiri sofa sambil memandang Detektif Laya dengan pandangan serius.

“Saya…saya nak anda jadi…” Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya, kedengaran ketukan pintu dari luar.

Setelah mendapat keizinan, Salleh membuka pintu dengan keadaan tergesa-gesa.

“Kenapa dengan kau ni, Salleh? Kau tak nampak ke yang bos tengah busy sekarang ni? Kalau ada client, suruh mereka tunggu…” Belum Zulaikha habis cakap, Salleh memotong ayatnya dengan suara gagap.

“Ada client yang tengah mengamuk depan kaunter sekarang ni. Dia kata dia cari salah seorang pekerja dekat sini yang bernama ‘Luna Asyikin.’” Mendengar sebaris nama itu, Detektif Laya terdiam seketika.

“Siapa client yang nak jumpa dengan dia tu? Perempuan ke lelaki?” Nazrul bertanya kepada Salleh yang tengah menarik nafas panjang.

“Tengku Lily. Saya dah kata yang Luna Asyikin tu tak masuk agensi hari ni disebabkan hal tertentu, tapi perempuan tu tak percaya dan dia kata saya sembunyikan dia dalam agensi ni. Saya tak berani lawan lebih-lebih sebab tu saya datang sini.” Balas Salleh.

“Kenapa Tengku Lily datang cari Luna Asyikin?” Aryan menghampiri Salleh dan bertanya soalan itu padanya.

“Dia kata disebabkan perempuan tu masa depan, semua kejayaan dan penghargaan dia semua hancur disebabkan oleh Luna Asyikin. Padahal ni semua salah dia, dia yang mulakan dulu. Bukan salah Luna Asyikin pun.” Ujar Salleh dengan marah seperti marah pada Tengku Lily yang menyalahkan orang lain.
“ Zulaikha. Nazrul. Saya serahkan client tu pada awak berdua. Kalau dia masih berkeras juga suruh security heret dia keluar dari sini. Kalau dia nak cara kasar, kita bagi cara kasar.” Kata Detektif Laya sambil memandang kedua pembantunya.

“Baiklah, bos.” Balas mereka berdua serentak lalu melangkah keluar dari bilik kerja bos mereka diikuti oleh Salleh di belakang.

“Maaflah Tuan Aryan kerana perlu hadap ini semua. Saya tak tahu pula ada client nak buat kecoh pagi ni. Apapun apa yang anda ingin kata tadi?”

“Mula-mula sekali apa yang saya nak kata ni mungkin anda tidak suka tapi ini permintaan Dato Ryan Lee. Jadi Detektif Laya, sudi tak…” Aryan menarik menghela nafas panjang memandang Detektif Laya dengan serius.

“…anda menjalinkan hubungan dengan saya? Lebih tepatnya sudi tak anda jadi teman wanita saya?” Detektif Laya terdiam mendengar lamaran tersebut.

“Boleh saya tahu, kenapa? Adakah ini sebarang gurauan atau taruhan anda dengan seseorang?” Tanya Detektif Laya setelah lama berdiam diri.

“Sejujurnya saya buat semua ini atas permintaan Dato untuk saya jalinkan hubungan dengan anda. Dato minta saya buat semua ini demi masa depan MH juga dan jujur saya cakap saya pun tak bermaksud untuk melamar anda. Tapi saya terpaksa mengikut arahan Dato dan saya tahu kemungkinan Detektif Laya takkan pandang lelaki seperti saya ni. Saya masih sedar diri dan saya tahu kemungkinan anda akan tolak lamaran saya ni.” Balas Aryan menunduk kepalanya dari memandang Detektif Laya.

“Maksud anda, anda mahu saya berpura-pura menjadi teman wanita anda?”

“Ye, tapi saya mahu anda berpura-pura menjadi teman wanita saya. Lebih tepat saya nak anda bekerjasama dengan saya. Jujur saya cakap, saya tiada sebarang perasaan pada anda dan anda boleh gunakan saya untuk kepentingan anda sendiri. Saya mohon.” Aryan membungkuk badan kepada Detektif Laya.

Setelah beberapa minit, kedengaran suara ketawa dari Detektif Laya. “Hahaha ni kali pertama saya bertemu dengan lelaki seberani anda walaupun dah banyak calon yang dah tolak tapi untuk kali ni mungkin tak.”

Detektif Laya menghampiri Aryan yang masih membungkuk, meletakkan tangannya pada dagu Aryan lalu menariknya supaya dia memandang mukanya.

Agaknya Detektif Laya terima ke tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience