Series
17
WAKTU malam di rumah Dato Ryan Lee, Dato tengah menyemak fail-fail di atas meja dibantu oleh Ridz yang sedang menaip papan kekunci laptopnya di sofa.
Sehinggalah fokusnya terganggu dengan bunyi ketukan meja disebabkan ketukan dari jari telunjuk Dato.
Ni kalau dah ketuk meja ni mesti ada masalah tapi masalah apa…
Belum sempat dia berfikir, Ridz melihat Dato menghela nafas panjang kemudian menyandar badannya pada kerusi sambil menghempas fail di tangannya ke atas meja.
“Aku risau.” Terdengar 2 patah perkataan yang keluar dari mulut Dato, Ridz menutup laptopnya kemudian bangun dari sofa berdiri di hadapan meja Dato.
“Dato risau pasal apa?” Soal Ridz menunggu balasan dari majikannya.
“Aryan. Aku risau kalau perempuan tu suruh Aryan langgar arahan aku. Aku tak rasa yang perempuan tu akan tolak kesempatan ni untuk tidur bersama dengan Aryan. Aku tak izinkan selagi perempuan tu belum lulus 3 ujian tu.” Luah Dato dengan perasaan marah campur risau.
Ridz terdiam seketika sambil menggeleng kepala mendengar kerisauan majikannya.
Pasal ni sahaja ke Dato risau? Aku ingat risau pasal kerja rupanya risau pasal kedua cucu dia. Tapikan Dato kalau Nona langgar arahan Dato pun bukan berdosa sebab mereka berdua dah sah jadi suami isteri jadi munasabah kalau Nona ajak Tuan Aryan tidur bersama.
Sedang kepalanya memikir, kedengaran suara majikannya bergumam secara perlahan.
“Aku dah mula rindu kopi buatan cucu menantu aku.” Guman Dato dengan perlahan tidak mahu Ridz mendengarnya tapi dah terlambat, Ridz sudah dengar semuanya menahan bibirnya dari tertawa walaupun bahunya sudah terhinjut-hinjut.
“Kalau kau nak ketawa, ketawa jelah.” Ujar Dato dengan nada menahan marah sambil memeluk tubuh menatap Ridz yang masih menahan ketawanya.
“Tak…saya tak bermaksud nak ketawa tapi…Dato kata yang Dato mula rindu nak minum kopi, kan? Kalau Dato nak kopi saya boleh buatkan untuk Dato.” Jawab Ridz sambil mengesat air matanya di tepi mata.
“Ye, memang betul. Aku rindu nak minum kopi. Tolong buatkan secawan kopi untuk aku.” Ridz mengangguk kepala kemudian melangkah ke pintu untuk turun ke dapur.
Namun langkahnya terhenti di depan pintu kemudian berpaling pada majikannya. “Nak kopi biasa atau nak kopi Arabica?”
Dato yang tengah membaca dokumen tidak menyedari maksud di sebalik pertanyaan Ridz terus menjawab, “Kopi Arabica pun boleh.”
Kemudian Dato mula menyedari maksud dari pertanyaan Ridz membuat telinganya berubah merah, Ridz melihat hal itu tersenyum.
“Bukan ke selalu Dato suka minum ‘Blue Mountain Coffee’ ke? Takkanlah Dato mula rindu dengan kopi buatan Nona? Kalau Dato rindu, saya boleh telefon Nona dan minta resepi kopi tu untuk…” Tak sempat habis cakap, Ridz dengan cepat elak balingan pen yang datang tiba-tiba.
“A…aku nak kopi yang biasa kau buat! Untuk apa aku rindu kopi buatan perempuan tu?! Aku lebih suka kopi yang aku biasa minum!” Marah Dato kembali duduk di kerusinya setelah membaling sebatang pen pada pembantunya.
“Baiklah, kalau begitu selepas ni saya akan minta Nona untuk tidak bawa kopi buatannya lagi selepas ini. Sebab Dato hanya suka kopi yang biasa saya buatkan?” Usik Ridz menahan bibirnya dari terus tersenyum.
“Su…suka hati kaulah. Baik kau cepat pergi buat kopi aku. Aku rasa haus ni.” Ujar Dato sambil matanya kembali melihat dokumen yang dibacanya tadi.
Ridz tersenyum nipis melihat reaksi majikannya kemudian menunduk hormat, “Kalau begitu, saya turun dahulu untuk buatkan kopi.”
Setelah berkata begitu, Ridz melangkah keluar dari ruang kerja majikannya menuruni anak tangga untuk membuat kopi.
Dato melihat kelibat pembantunya sudah menjauh menghela nafas kasar, “Haih apa yang perempuan tu letak dalam kopi dia tu agaknya? Aku dah mula rindu rasa kopinya.”
Aduhai Dato ego tinggi sangat, kata jelah Dato rindu nak minum kopi buatan cucu menantu lagi. Tapi tulah kalau dah ego takde namanya nak mengaku kalah, buat jatuh imej diri sendiri.
SEMENTARA di perpustakaan, Naim yang duduk di atas sofa menyandar badannya sambil mendepang kedua tangannya.
“Haih kalau macam ni gayanya sampai bila aku nak kalah je dalam dam haji? Selalu aku je kalah, aku pun nak juga menang.” Ujar Naim setelah setengah jam belajar dengan sepupunya cara untuk menang dalam bermain dam haji.
Asyikin yang tengah menyusun dan menyimpan buah dam ke dalam kotak memandang sepupunya, “Kata nak belajar, ni baru permulaan. Bukan sekali belajar terus pandai, kau kena banyakan latihan kalau nak menang lawan dengan atuk.”
“Ouh ye tadi aku dengar suara jeritan dari tingkat atas, kau ke yang jerit?” Soal Naim, Aryan yang tengah memerhati mereka berdua bermain dam haji dari tadi mengalih pandangan ke arah lain, buat tak dengar soalan Naim.
Asyikin mengerling kelakuan suaminya tersenyum nipis, malulah tu jerit kuat sangat tadi.
Kalau boleh lawan suara jeritan dia dengan Aryan, aku rasa Aryan kuat lagi jerit. Dah macam suara jeritan perempuan pula bila dengar tadi.
“Ye, aku yang jerit tadi. Kenapa? Mak Ngah dengar suara jeritan aku ke?” Soal Asyikin.
Risaulah juga kalau Mak Ngah tahu yang dia balik. Padahal bukan dia yang jerit tapi demi imej Aryan dan janjinya untuk simpan rahsianya, dia sanggup menipu dan mengorbankan dirinya untuk suaminya.
Alah setakat suara jeritan tu apalah sangat, normallah perempuan jerit.
“Taklah sebab masa kau jerit tu ibu aku dah keluar dari rumah, merajuk katanya. Sebab apa kau jerit tiba-tiba? Ada cicak ke dalam bilik kau?” Soal Naim yang sudah lama tahu kelemahan sepupunya dengan seekor haiwan itu dari dulu sampai sekarang.
Walaupun cicak tu musuh umat Islam tapi pada pandangannya cicak hanya melekat di dinding, tak kacau orang pun walaupun kadang-kadang bunyinya menganggulah juga. Dia pun naik geram juga sebab tu dia minta Kak Su beli ubat penghapus cicak takpun alat memukul cicak.
“Takde sebab lain dah aku nak jerit kalau bukan sebab seekor haiwan tu.” Balas Asyikin sambil tangannya mengutip buah dam kemudian menutup kotak tersebut dengan penutup kotak lalu menyimpan di sebuah rak.
“Kau ni kalau nak jerit tu kawallah sikit, mujurlah ibu aku dah keluar masa tu. Atuk pun tertanya juga, kenapa kau jerit tiba-tiba? Bila Kak Su kata kau jerit sebab cicak, terus lega atuk dengarnya.”
Teringat reaksi semua orang apabila mendengar suara jeritan yang kuat dari tingkat atas kemudian Tuan Haji menyuruh Kak Su pergi lihat apa yang berlaku dan hasilnya disebabkan seekor haiwan.
Tolong sikit aku memang dah kawal aku punya jeritan masalahnya tu bukan jeritan aku tapi jeritan suami aku sendiri! Demi suami, aku sanggup korbankan aku punya imej. Nampaknya dia kena tuntun sesuatu dari Aryan nanti.
“Ouh Nana mana? Dah tidur ke?” Soal Asyikin mengubah topik daripada cakap pasal jeritan tu baik tukar topik lain kalau tak sampai ke sudah nak habisnya.
“Dah tidur, aku paksa dia tidur. Kalau tak dia nak ikut aku, nak tengok aku belajar main dam haji dengan kau. Padahal dia tu tak berehat langsung asyik nak buat kerja je, jadi aku paksa. Aku dodoikan dia, baca buku untuknya dan berzikir lagi akhirnya tidur juga.”
Boleh bayang yang sepupunya buat semua tu untuk isterinya. Mana nak dapat suami seperti sepupu dia ni? Untunglah Nana dapat suami yang sanggup layan perangai ibu mengandung ni. Kalau aku mengandung nanti, adakah Aryan akan layan dia sama macam Naim buat?
“Sebelum aku terlupa, terima kasih untuk ABC. Macam tahu-tahu je yang Nana tu nak sangat makan ABC. Aku nak pergi beli tapi aku takut tak kena pada tekak dia.” Ujar Naim teringat pesanan isterinya untuk sampaikan terima kasih pada sepupunya untuk ABC yang diberi oleh Kak Su petang tadi.
“Takde hal lagipun alang-alang aku dengan Aryan makan ABC dekat warung tu, lepas tu aku teringat pada Nana yang katanya mengidam nak makan ABC. Tak salah kalau nak turuti permintaan ibu mengandung.”
“Memang tak salah pun.” Matanya teralih pada jam di dinding yang menunjukkan pukul 11 tengahmalam kemudian mengangkat punggungnya dari sofa.
“Takpelah, aku nak masuk bilik dulu. Dah lewat ni, korang berdua tak nak tidur lagi ke?” Soal Naim sambil menutup mulutnya yang menguap menatap Asyikin dan Aryan yang masih tidak berganjak dari tempat mereka.
“Nanti kitaorang tidurlah, aku ada kerja sikit nak buat. Pergilah tidur, selamat malam.” Ujar Asyikin memegang laptop di tangannya melambai tangan pada Naim yang sudah melangkah keluar dari perpustakaan.
“Yelah, jangan tidur lewat sangat. Selamat malam korang berdua.” Balas Naim sambil tangannya membalas lambaian sepupunya tanpa berpaling ke belakang dan menutup pintu dengan perlahan.
“Kalau awak dah rasa mengantuk, pergilah tidur. Saya ada kerja sikit nak buat.” Asyikin meletakkan laptop di atas meja bersebelahan dengan Aryan yang sedang duduk di kerusi.
“Takpelah, saya teman awak lagipun mata saya tak mengantuk lagi. Saya nak habiskan novel yang saya baca ni, best pula.” Aryan menunjuk sebuah novel di tangannya pada Asyikin melihat tajuk novel tersebut.
“Saya baru tahu awak suka horror. Maknanya cerita hantu pun awak layan juga?” Soal Asyikin melihat novel yang dibaca oleh Aryan.
Sejak bila pula dalam perpustakaan atuk ada novel horror pula ni? Tak silap dia, atuk tak minat novel hantu macam ni? Milik siapalah agaknya?
Lupa pula aku yang Naim tu kaki hantu, suka sangat benda-benda yang berhantu tak kira movie hantu ke, cerita hantu ke novel hantu pun dia sanggup layan. Kadang-kadang yang selalu jadi mangsa untuk teman dia tengok movie hantu, dialah. Tapi sejak ada isteri takde dah nak suruh teman bagai sebab Nana pun minat benda seram juga.
Memang pasangan sejoli dan ada minat yang sama kecuali aku yang memang tak suka langsung benda seram terutamanya nak tengok movie hantu. Kalau novel atau cerita hantu, aku boleh terima lagi.
“Layan, saya suka movie hantu. Dalam bilik saya penuh dengan CD hantu. Nanti kalau kita dah boleh tidur bersama, kita tengok movie sama-sama. Boleh kan?” Soal Aryan memandang isterinya meminta balasannya darinya.
Alamak baru je nak elak dari movie hantu, boleh pula dapat suami hobi yang sama dengan sepupunya. Tapi kalau tengok bersama boleh jangan tengok sorang-sorang.
Asyikin tersenyum nipis, “Boleh je, saya pun tak kisah sangat. Nanti kita tengok sama-sama.” Walaupun wajahnya nampak baik-baik sahaja tapi dalaman dia tak baik-baik.
Selamat tinggal movie hantu dan selamat datang kembali movie hantu, berjumpa lagi kita.
MASING-MASING sibuk dengan kerja mereka, Asyikin tengah fokus pada kerjanya sementara Aryan yang duduk di kerusi sebelah fokus pada membacanya.
Tengah tangan Asyikin menari di atas papan kekunci, dia bertanya sesuatu pada Aryan memecah kesunyian antara mereka.
“Kenapa awak takut lipas?” Aryan mendengar pertanyaannya terus mengangkat pandangan dari membaca berpaling padanya yang masih sibuk melihat skrin laptop.
“Ada sebab tapi sebab ni akan buat awak ketawa.” Ujar Aryan dengan suara serius membuat Asyikin tersenyum nipis.
Tak bagitahu pun dia dah rasa nak ketawa bila fikir jeritan Aryan tadi. Macam nampak ular dengan kala jengking padahal lipas sahaja walaupun menggelikan. Ni kalau Aryan kahwin dengan perempuan yang sama ketakutan dengannya silap-silap sampai esok tak mandi.
“Macam mana awak akan tahu saya akan ketawa kalau awak tak cerita? Cerita dulu baru saya rasa nak ketawa atau tak dengar cerita awak.” Balas Asyikin berhenti menaip kemudian menumpu perhatian pada suaminya.
Aryan tengah berfikir sejenak, nak bagitahu atau tak? Kalau bagitahu Syikin pasti ketawa dengan ceritanya, buat malu je. Tapi Asyikin pun berhak tahu pasal ni lagipun aku rasa serba salah untuk yang tadi. Perasaan malu tolak tepi dulu boleh fikir nanti lepas dia cerita.
Aryan menghela nafas kemudian mula bercerita, “Masa tu saya dengan kawan-kawan saya tengah lepak dekat kedai mamak. Yang lain order roti canai, saya pula tiba-tiba rasa nak makan nasi goreng jadi saya order. Semasa saya dengan yang lain sedap makan, saya tergigit something. Saya fikir cili takpun ayam jadi saya makan je sampailah saya sedar benda tu bergerak dan bila saya keluarkan dari mulut, saya tengok badan lipas yang tinggal separuh. Saya masa tu tak fikir panjang terus muntah semua isi perut saya dan pengsan. Sampai ke hospital, doktor kata saya termakan lipas yang masih hidup dan hampir saja keracunan makanan. Dari situ bila saya tengok je lipas, saya boleh rasa lipas tu ada dalam perut saya, menari-nari dalam perut saya. Sebab tu saya takut lebih tepat saya trauma dengan lipas.”
Cerita Aryan sambil menunduk kepala, ketika tu Asyikin hanya diamkan diri mendengar cerita suami sendirinya kemudian berpaling ke hadapan.
“Jadi sebab tu awak takut pada lipas?” Soal Asyikin.
Share this novel