BAB 85

Thriller Series 17

PERLAHAN-LAHAN Aryan membuka matanya sehinggalah matanya berhenti pada satu sudut dimana terdapat satu benda hitam yang melekat di dinding, mata Aryan terbuka luas lalu...

“AH!” Mujurlah jeritan kali ni tak sekuat yang tadi, hanya bergema di dalam tempat showernya sahaja.

Asyikin yang masih mencari lipas terkejut mendengar jeritan Aryan kemudian tangan mencapai gayung yang berada di tepi kakinya lalu dengan pantas menuju ke tempat shower.

“Aryan!” Asyikin membuka pintu tempat shower dengan tangkas dia menuju ke arah lipas yang sedang melekat dinding dengan sekali hentaman dengan gayung akhirnya riwayat lipas tu berakhir. Kasihan pula lipas tapi siapa suruh keluar, kan dah kena dengan gayung oleh Asyikin.

“Padam muka gatal lagi tengok suami orang mandi. Lain kali jangan gatal sangat, aku yang isteri ni pun tak gatal macam kau.” Sedang mulutnya membebel, tangannya mengambil lipas yang sudah mati melekat di belakang gayung.

Matanya masih terarah pada lipas di tangannya berpaling pada suaminya, “Aryan, awak…”

Tak sempat tanya Asyikin terpaku seketika dengan apa yang dilihatnya, dia tak sedar pula tadi sebab dia serbu masuk je tak fikir pula pasal Aryan.

Matanya tengah menatap muka Aryan yang kelihatan sangat kacak dengan rambutnya yang basah melekat di dahinya apabila tangan Aryan meraup rambutnya ke belakang jadi lebih menggoda. Oh my god! Tuhan, terima kasih sebab benarkan aku hidup lagi dan melihat ciptaan engkau ini! Aku takkan sia-siakan hidup aku kali ni!

Asyikin mula sedar dengan kelakuannya lalu berdehem kecil tanpa fikir panjang dia melangkah ke pintu untuk keluar. Baru sahaja beberapa langkah, tiba-tiba kakinya tergelincir disebabkan lantai yang licin dengan sabun mandi.

Aryan melihat Asyikin yang hampir terjatuh, “Hati-hati!” Dengan tangkas, tangannya memeluk pinggang Asyikin tapi belum sempat dia stabilkan badan dia tersilap langkah lalu mereka berdua jatuh ke lantai bersama.

Asyikin bersandar pada badan Aryan sedangkan Aryan bersandar pada lantai melindungi badan Asyikin dari menyentuh lantai.

Asyikin membuka matanya perlahan-lahan berasa pelik tiba-tiba berasa lembut lalu matanya terarah pada badan Aryan yang terdedah dimana tangannya diletak di atasnya.

Kemudian matanya merenung muka Aryan yang sedang menahan sakit di belakang badannya, “Ahh maaf, awak tak apa-apa? Ada sakit mana-mana tak?” Soalnya sambil mendekatkan mukanya pada muka Aryan.

“Saya tak apa-apa. Awak ok tak?” Terhenti mulutnya bertanya apabila dia membuka matanya dan menyedari mata Asyikin yang merenung matanya sekaligus jarak muka mereka yang dekat membuatnya terpaku seketika begitu juga dengan Asyikin.

Mata mereka saling merenung antara satu sama lain, Asyikin dengan cepat tersedar dan ingin bangun dari badan Aryan. Baru sahaja badannya ingin menjauh, tangan Aryan menarik pinggangnya membuatnya kembali bersandar pada badan Aryan lalu memeluk pinggangnya dengan erat.

“Ah Aryan? Saya rasa saya perlu bangun dulu kalau tak macam mana awak nak bangun kalau saya tindih badan awak macam ni?” Soal Asyikin.

Yelah macam mana dia nak bangun kalau Aryan memeluk pinggangnya, bukan dia tak suka malahan dia lagi suka. Nak peluk sampai esok pagi pun dia tak kisah.

“Saya bukan tak bagi awak bangun…cumanya sekarang ni saya tak pakai apa-apa sekarang.” Ujar Aryan dengan suara malu sambil tangannya memegang kepalanya dari pandang ke bawah.

Asyikin pun menyedari tuala Aryan yang tersangkut pada penyangkut tuala yang berada di sebelah kanannya. Jadi maknanya Aryan tak pakai apa-apa sekarang.

Tuala mandi mereka berbeza warna, dia warna hitam manakala Aryan warna merah jadi tuala yang tersangkut sekarang ni berwarna merah dan pemiliknya adalah suaminya sendiri.

“Jadi nak buat apa sekarang? Takkanlah duduk sini sampai esok pagi?” Soal Asyikin memikirkan penyelesaian.

Kalau ikutkan hati dia bangun je tapi disebabkan Aryan, dia tak jadi nak buat begitu. Memikirkan maruah Aryan walaupun diorang dah kahwin tapi kalau bab-bab begitu belum masanya lagi untuk difikirkan.

“Macam nilah saya bangun sambil peluk awak tapi awak kena tutup mata sampai saya kata buka.” Asyikin mampu menahan bibirnya dari ketawa lalu tersenyum nipis.

“Kalau saya buka juga tak boleh ke?” Usik Asyikin.

“Syikin.” Dengar suara Aryan memanggil namanya dengan tegas dan panjang terus menuruti.

“Baiklah, suami.” Bukan dipejam mata malahan dia letak wajahnya pada dada Aryan.

“Dah kenapa awak letak muka awak pada dada saya? Saya suruh tutup mata.”

“Kalau saya tutup mata nanti mata saya gatal nak buka jadi demi keselamatan awak juga ni. Cepatlah.” Balas Asyikin memejam matanya.

Aryan menghela nafas kemudian bangun dari berbaring di atas lantai dengan sekali gerakan dia terus berdiri tegak sambil mendukung Asyikin yang masih bersandar pada dadanya lalu meletakannya ke bawah.

Dengan tangkas, dia mencapai tuala mandi lalu ikat di pinggangnya kemudian berdehem kecil.

“Awak dah boleh buka mata.” Asyikin membuka matanya melihat Aryan di depannya yang sudah memakai tuala di pinggang.

Aduhai suami aku ni kebiasaannya perempuan je malu kalau bab macam ni, ni terbalik pula. Mujurlah sayang suami aku ni kalau tak dah lama aku gigit dia ni. Tapi best juga sandar dekat dada dia tadi, rasa lembut gitu. Hish gatalnya aku ni.

Asyikin mengambil lipas tadi yang terlepas disebabkan jatuh tadi terus melangkah keluar dari tempat shower, sebelum dia melangkah keluar dari bilik mandi.

“Aryan, saya keluar dulu. Awak cepat-cepatlah pakai baju, saya tunggu dekat luar. Kalau ada lipas hentam je pakai gayung tu.” Ujar Asyikin setelah itu melangkah keluar bersama lipas mati di tangannya.

Aryan hanya memerhati isterinya kemudian mengalih pandangan pada gayung yang berada di lantai lalu mencapainya sebelum tu dia bilas dengan air dekat tempat yang Asyikin hentam tadi.

Dahsyat juga isteri aku ni, sekali ayunan terus tamat riwayat lipas tu. Padan muka kacau lagi aku mandi, tak tenang betul aku mandi. Takkanlah selama duduk sini aku, nak suruh Asyikin teman aku setiap kali mandi. Kalau macam tu dia rela tak mandi kalau fikirkan adegan tadi.

Mujur imam dia kuat tadi sebabnya masa Asyikin letak wajahnya pada dadanya tadi, dia dapat rasa hembusan nafas Asyikin yang mengena dadanya. Berapa kali dia telan air liur tadi?

Harap imam dia kuat sampailah Asyikin selesai jalankan 3 ujian tu. Kalau lama-lama dia tak tahu imam dia mampu bertahan atau tak? Tak hairan kenapa grandpa suruh tidur berpisah, sebab ini rupanya.

Aryan meraup rambut ke belakang sambil menghela nafas kasar. Lalu mengambil wuduk untuk tunaikan solat waktu maghrib yang tak lama lagi.

LAYRIX AGENCY, Zulaikha mengunci pintu biliknya kemudian memastikan pintu terkunci lalu memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa lagi berada di agensi. Matanya terhenti pada satu bilik yang masih menyala lampu kemudian melangkah menghampiri bilik tersebut.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu, dia buka sahaja menatap Nazrul yang kelihatan fokus pada sesuatu sehingga tidak menyedari kehadirannya.

“Awak tak nak balik lagi ke, Nazrul?” Nazrul segera mengangkat pandangannya melihat Zulaikha yang tercegat di depan pintu biliknya kemudian tangannya yang mengenggam sesuatu diletak ke bawah meja.

“Zulaikha. Saya baru nak balik, mujur awak tegur saya. Awak nak balik dah ke?” Soal Nazrul.

“Ye, sekarang dah waktu balik. Baik awak balik sekarang sebab saya nak kunci pintu dah ni.”

Nazrul mendengar hal itu mengemas barangnya, “Bagi saya 10 minit, awak tunggu dekat luar. Saya nak kemas barang atas meja ni sebentar.”

“Jangan lama sangat.” Setelah itu, Zulaikha menutup pintu kemudian melangkah keluar menunggu di depan pintu agensi.

Melihat Zulaikha sudah melangkah jauh, Nazrul mengangkat kembali tangannya yang mengenggam sesuatu dengan perlahan membukanya. Loket yang dia ambil dekat mayat lelaki tempoh hari.

Tak mungkinlah, mustahil bos orangnya. Macam mana dia tahu loket tu kepunyaan Detektif Laya? Nazrul teringat perbualannya dengan bosnya setahun lepas berkaitan loket di tangannya.

KETIKA ITU, Nazrul tengah menyemak fail yang disuruh oleh bosnya dan memintanya untuk menyemak di ruang kerjanya.

Tengah dia fokus menyemak, matanya terarah pada karpet dimana terdapat sesuatu yang bercahaya seperti warna keemasan kemudian dia bangun dari duduknya lalu mencangkuk mengambil benda itu.

“Loket?” Dahi Nazrul berekrut melihat sekeliling loket tersebut sehinggalah kedengaran suara seseorang yang menegurnya.

“Kenapa awak mencangkuk bawah ni, Nazrul? Jumpa apa-apa ke?” Soal Detektif Laya yang baru sahaja pulang dari mesyurat besar antara semua jabatan penyiasatan seluruh Kuala Lumpur tentang kes baharu.

Mendengar pertanyaan bosnya, Nazrul berdiri tegak lalu menunjukkan loket di tangannya.

“Saya terjumpa loket ni di atas karpet jadi saya ambilnya. Ni bos punya ke?”

Melihat loket di tangan Nazrul, Detektif Laya meraba lehernya.

“Memang saya punya. Terima kasih, Nazrul. Kalau hilang saya tak tahu nak buat apa.” Balasnya.
Nazrul menghulurkan loket tu pada tangan Detektif Laya mengambilnya kemudian memakai pada lehernya.

“Nampak gaya loket tu penting bagi bos. Tengok warna dia mesti mahal kalau digadai.”

“Sebab pentinglah saya tak gadai loket ni. Loket ni hadiah peninggalan mak ayah saya. Dalam loket ni ada gambar kedua ibubapa saya masa mereka muda.” Dia membuka loket tu kemudian menunjuknya pada Nazrul.

Nazrul melihatnya terkejut, “Cantiknya arwah mak bos.” Puji Nazrul.

Detektif Laya tertawa kecil mendengar pujian pembantunya kemudian menutup kembali loket tersebut.

“Saya sayang loket ni dan saya takkan sesekali gadainya tak kira apapun. Jadi macam mana dah selesai semak fail yang saya suruh?” Soalnya sambil melangkah ke meja kerjanya meletakkan fail di atas meja.

“Tinggal separuh lagi, saya berhenti pun sebab nak ambil loket bos tu. Saya sambung balik semak.” Balas Nazrul kemudian sambung kepada kerja menyemaknya yang terhenti tadi.

Detektif Laya memerhati pembantunya hanya mampu menggeleng kepalanya kemudian duduk di kerusinya mula membuat kerja.

“MUSTAHIL bos buat perkara macam tu. Walaupun ia hanya penyamaran tapi macam mana kalau itu apa yang bos nak buat? Tak mungkinlah.” Nazrul termenung seketika sambil tangannya mengenggam loket tu sehinggalah…

“NAZRUL! Kenapa lama sangat? Saya tak suka tunggu lama-lama ni!” Jerit Zulaikha mematikan lamunan Nazrul mendengar jeritannya yang kedengaran kuat dari pintu luar agensi.

“Sekejap!” Jerit Nazrul sambil tangannya sibuk memasukkan dokumen dan fail yang ingin dia bawa balik ke rumah lalu loket yang dipegangnya dimasukkan ke dalam beg di ruang kecil.

Letak dalam poket nanti hilang pula, susah hati aku. Tapi macam mana Moonlit Killer ada loket bos? Sambil dia berfikir, dia mengunci pintu ruang kerjanya lalu melangkah keluar dari agensi dan melihat Zulaikha yang sedang menunggunya.

“Keluar pun. Kalau tak tegur tadi, mahunya nak tidur dekat agensi malam ni.” Perli Zulaikha sambil tangannya mengunci pintu agensi menggunakan sistem keselamatan.

“Takdelah. Maaflah banyak sangat fikir kebelakangan ni. Dengan bos tak sihat, dengan kes Moonlit Killer lagi.” Balas Nazrul sambil tersenyum nipis menatap Zulaikha yang selesai memasang sistem keselamatan.

“Yelah, awak sorang je busy. Saya ni tak busylah bagi awak?” Soal Zulaikha melangkah ke keretanya yang terparkir berdekatan dengan pintu masuk agensi.

“Takdelah, saya tak cakap begitu. Awak pun sibuk dengan pelbagai kes, kan? Alah macam saya tak tahu awak tengah busy dengan urusan kes Tuan Faizal, kan?” Soal Nazrul.

Beberapa hari lepas, Faizal ada datang agensi untuk minta tolong dengan Detektif Laya tapi disebabkan bos tak sihat badan tak dapat nak tolong. Zulaikha pun sukarela ingin membantu Tuan Faizal dalam menyelesaikan masalahnya.

“Ye, tu memang kes yang tengah saya uruskan. So what? Tak salahkan kalau saya tolong Tuan Faizal?” Soal Zulaikha dengan dahi berkerut dengan pertanyaan Nazrul.

Nazrul mendengar hal itu tersenyum mengusik menatap muka Zulaikha, “Tak salah pun, cumanya saya risau sekiranya selepas ni hati awak berpaut pada Tuan Faizal. Sebab awak boleh tengokkan yang Tuan Faizal tu kacak dan segak. Jadi…”

Belum sempat habis cakap, Zulaikha menghala jari telunjuk di depan wajah Nazrul kemudian gerakkan ke kiri dan ke kanan menandakan tidak.

“Jangan nak merepek, Nazrul. Hubungan saya dengan Tuan Faizal hanya disebabkan pekerjaan bukan sebab cinta semua tu. Lagipun awak dengar kan gossip pasal beliau yang tak minat pada mana-mana perempuan?”

“Kalau semua perempuan luar sana dia boleh tolak, saya apatah lagi. Jadi jangan nak berharap apa-apa.” Sambung Zulaikha kemudian membuka pintu keretanya.

“Sekarang boleh kata jangan berharap nanti satu hari manalah tahu? Jodoh di tangan tuhan. Kalau ditakdirkan awak dengan beliau, tiada siapa boleh halang, kan?” Usik Nazrul.

Mendengar usikan Nazrul membuat Zulaikha tertawa kecil, “Mustahil dan takkan berlaku. Dahlah saya nak balik dulu, jumpa esok Nazrul.” Zulaikha melambai tangannya sebelum meangkah masuk ke dalam keretanya.

Nazrul hanya menggeleng kepala memerhati kereta Zulaikha bergerak keluar dari agensi kemudian dia melangkah ke motorsikalnya yang diparkir tidak jauh dari kereta Zulaikha tadi.

“Bos, saya harap semuanya baik-baik sahaja.” Gumamnya dalam hati kemudian menghidupkan motorsikalnya lalu memecutnya keluar dari perkarangan agensi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience