Series
17
MENDENGAR hal itu, Asyikin menarik lengan Aryan lalu berjalan menuju ke ruang tamu tapi tak masuk ke dalam sebaliknya bersembunyi di sebalik dinding kemudian mengeluarkan sedikit kepala melihat keadaan ruang tamu.
“Kenapa ayah block kad kredit Aisyah?! Malu tau Aisyah tadi masa shooping tak boleh bayar guna kad! Kenapa ayah buat Aisyah macam ni, ayah tak sayang Aisyah ke?!” Marah Mak Ngah pada Tuan Haji yang duduk di kerusinya melihat anaknya berdiri di depannya.
“Ayah buat semua ni sebab sayang kamu dan kamu tak nak dengar cakap ayah, sebab tu ayah terpaksa block kad kredit kamu. Sepatutnya sekarang kamu dalam tempoh iddah, sedar tak? Seorang perempuan yang baru sahaja bercerai, tak boleh melangkah keluar sesuka hati dan tak boleh bertemu dengan mana-mana lelaki. Kamu tahu tak?” Balas Tuan Haji dengan nada tegas.
“Ayah fikir Aisyah ni patung ke, terkurung dalam rumah ni je? Aisyah boleh jadi gilalah kalau duduk dalam rumah ni lama-lama. Aisyah nak bebas lagipun Aisyah tak lama lagi nak kahwin dengan Dato Rahim!”
Naim hanya memerhati ibunya bergaduh mulut dengan atuk sehinggalah menyedari kehadiran sepupunya yang bersembunyi di sebalik dinding.
Asyikin menyedari pandangan Naim membuat isyarat tangan yang bermaksud ‘Tolong alih perhatian Mak Ngah.’
Naim memahami maksudnya menunjukkan isyarat tangan ok lalu bangun dari kerusinya mendekatkan diri pada ibunya dengan menghalang pandangan ibunya dengan tubuhnya.
“Naim faham perasaan ibu, tapi atuk buat semua ni untuk ibu juga. Tolonglah faham ibu, ibu dah besar. Rasanya ibu boleh tahu mana yang boleh, mana tak boleh, kan?” Naim memberi isyarat tangan dari belakang badannya meminta sepupunya cepat masuk ke bilik.
“Kamu pun sama, kamu fikir ibu apa?! Ibu pun nak bebaslah, bukan nak duduk rumah sahaja macam orang bodoh!” Marah Mak Ngah.
Pada masa yang sama, Asyikin menarik lengan Aryan dengan cepat menaiki tangga dengan langkah berhati hati menuju ke bilik tidurnya.
Sebelum naik tadi, dia dah minta Kak Su memberi ABC yang dibelinya pada Nana dan meminta makan malam mereka dihantar ke bilik tidurnya.
SAMPAI di bilik tidurnya, Asyikin mengambil nafas panjang berasa letih setelah berjaya masuk bilik tanpa dikesan oleh Mak Ngah.
Membawa dirinya ke atas katil tanpa buang masa dia terus merebahkan badannya di atas katil sambil mendepangkan tangan. AH hilang sudah rasa lenguh kaki dan badannya yang banyak berjalan hari ni.
Aryan memerhati kelakuan isterinya hanya tersenyum nipis lalu melabuhkan punggung di tepi katil lalu menatap Asyikin yang sedang berbaring.
Asyikin menyedari pandangan Aryan berpaling padanya, “Kenapa? Awak ada nak cakap sesuatu ke?”
“Saya rasa baik awak bagitahu je perkara sebenar pada Mak Ngah awak. Lambat laun Mak Ngah akan tahu juga hubungan kita berdua. Saya bukan apa saya kasihan pada awak yang terpaksa selalu sembunyikan diri daripada Mak Ngah awak. Saya tak kisah pun yang saya kisah adalah awak yang berusaha keras.” Ujar Aryan menatap isterinya dengan pandangan sukar ditafsir olehnya.
“Awak nak tahu satu benda tak?” Asyikin bangun dari baringnya lalu duduk tegak di sebelah Aryan sambil kakinya bergerak ke depan dan ke belakang.
“Mak Ngah saya tu mulut berbisa bagaikan ular, sekali cakap memang menusuk dalam hati. Jadi kalau awak kasihan pada saya, tolong kasihan saya yang kena hadap ayat berbisa Mak Ngah saya. Saya hargai awak kasihan pada saya tapi saya buat semua ni…” Asyikin berpaling pada Aryan sambil merenung matanya.
“…untuk kita juga. Memang betul pun awak cakap, lambat laun Mak Ngah tahu juga tapi biarlah dia tahu dari orang lain.” Asyikin bangun dari katilnya sambil meregang otot badannya lalu melangkah mencapai tuala mandinya yang tersangkut di sebelah rak bajunya.
“Saya mandi dulu, selepas ni awak mandi pula.” Aryan hanya mengangguk kepalanya kemudian Asyikin melangkah masuk ke bilik mandi yang terletak di sebelah rak trofi dan sijilnya.
Setelah beberapa minit, Asyikin melangkah keluar dari bilik mandi sudah bertukar pakaian sambil satu tangannya memegang sehelai tuala kering mengesat rambutnya yang basah.
“Aryan, awak pula mandi.” Aryan hanya mengangguk kepala kemudian mencapai tualanya lalu melangkah ke bilik mandi.
Sementara Asyikin melangkah ke meja soleknya sambil tangannya mengesat rambutnya lalu melabuhkan punggung pada kerusi sambil menunggu rambutnya kering.
Bukan dia tak nak guna pengering rambut tapi ada sebabnya sendiri kenapa dia tak nak guna. Baginya keringkan rambut dengan cara macam ni lebih selamat dari guna pengering rambut walaupun lambat tapi biarlah selamat.
Tengah dia sibuk mengering rambut, tiba-tiba…
“AHH!!” Kedengaran satu suara jeritan dari bilik mandi, Asyikin dengan cepat menuju ke bilik mandi tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu dia terus membuka pintu bilik mandi.
“Aryan, kenapa?! Ada…” Mata Asyikin terbuntang melihat apa yang ada di depan matanya dengan pantas dia menutup semula pintu bilik mandi lalu menekup mukanya dengan sebelah tangan berasa malu dengan apa yang dilihatnya tadi.
Ya allah, apa yang mata aku tengok tadi? Mata aku sudah tercemar, eh apa pula tercemar. Aryan tu suami dia bukan sesiapa lagipun bukan haram pun apa yang dia tengok. Dia pun bukan sengaja tengok, dia risau pada Aryan yang tiba-tiba jerit. Mungkin ada lipas, sebab tu dia terus buka pintu tanpa ketuk pintu terlebih dahulu, last-last dapat tontonan percuma.
Kemudian dia terdengar ketukan pintu dari luar, “Nona, ada apa-apa yang berlaku ke dekat dalam?”
Asyikin mendengar suara Kak Su dengan cepat menjawab, “Takde apa-apa Kak Su, cuma…ada cicak. Ye ada cicak yang bermain dekat kaki Syikin!”
“Nak Kak Su bunuh cicak tu tak?” Soal Kak Su dengan nada risau mengetahui ketakutan anak majikannya pada cicak.
Ni salah satu lagi ketakutan dirinya selain ketinggian iaitu cicak. Dia bukan takut cicak lebih tepatnya geli dengan cicak terutamnya ekor dia walaupun kita potong ekor dia sekalipun dia tetap bergerak. Tu yang buat aku tak suka pada cicak.
“Takpelah, Kak Su. Aryan dah tolong bunuhkan untuk saya. Terima kasih dan minta maaf sebab buat Kak Su risau!” Jawab Asyikin masih lagi tercengat di depan pintu mandi tiada niat untuk berganjak dari sana.
“Baiklah, kalau begitu. Nanti Kak Su datang bawa makan malam.”
“Baiklah, Kak Su. Terima kasih sekali lagi.” Kak Su tersenyum nipis lalu melangkah menuruni tangga untuk sambung balik kerjanya yang terhenti disebabkan jeritan dari tingkat atas.
Asyikin menyedari Kak Su yang sudah menjauh dari biliknya, dia menghela nafas lega lalu mengetuk pintu bilik mandi.
“Aryan, awak tak apa-apa dekat dalam? Boleh saya masuk?” Belum sempat dia memulas tombol pintu, pintunya sudah terbuka dari dalam.
Asyikin menatap muka Aryan perasan telinganya merah mungkin sebab tadi, mujurlah dia sudah memakai tuala di pinggangnya sebab masa dia masuk tadi Aryan tak pakai apa-apa pada tubuhnya sebab tulah dia terkejut.
“Awak ok? Ada lipas ke?” Soal Asyikin kerana tiada sebab lain untuk Aryan jerit melainkan ada sesuatu yang dia takut dalam bilik mandi ni.
Dia naik hairan masa dia mandi tadi takde pula lipas keluar tapi bila giliran Aryan boleh pula dia munculkan diri. Ni mesti lipas betina, gatal tengok suami aku mandi ni. Memang tak selamat lipas ni dengan aku, memang aku kerjakannya sampai matilah.
Aryan dengan malu mengangguk kepala kemudian membuka pintu luas mempersilakan Asyikin untuk melangkah masuk.
Asyikin pun melangkah masuk lalu memandang sekeliling bilik mandi itu, “Mana lipas tu?”
Aryan menghala jari telunjuknya pada hujung bilik mandi kemudian Asyikin menghampiri tempat yang ditunjuk oleh Aryan tadi dan dia boleh lihat seekor lipas yang sedang menari di dinding membuat dia berasa marah pula melihatnya.
Asyikin melihat sekelilingnya mencari senjata untuk bunuh lipas di depan matanya yang seperti tengah mengejeknya lalu matanya terhenti pada satu gayung yang ada di dalam baldi.
Kemudian dia mengambil gayung itu dengan sekali hentaman riwayat lipas tu dah tiada dihentam dengan gayung yang dipegang olehnya. Kan dah kata tadi, tak selamat lipas ni dengan dia memang matilah dia kerjakan. Berani dia ganggu suami aku lepas tu intip suami aku mandi.
Setelah itu dia memegang lipas yang sudah mati kemudian dimasukkan ke dalam lubang mangkuk tandas lalu menekan butang flush dan selamat tinggal untuk lipas yang sudah selamat masuk ke dalam mangkuk tandas menuju ke saluran air.
Kemudian Asyikin menghampiri singki membasuh tangannya dengan sabun setelah menyentuh lipas tersebut lalu lap tangannya sambil langkahnya menghampiri suaminya yang masih memerhati dari pintu bilik mandi.
“Dah takde lipas, awak boleh sambung mandi.” Asyikin menatap wajah suaminya yang masih memandang sekeliling bilik mandi, mana tahu ada lipas lagi yang bersembunyi.
“Awak pasti dah takde lipas? Saya rasa semalam dan pagi ni saya mandi takdelah pula benda tu keluar.” Asyikin memerhati sekeliling bilik mandi untuk cari sekiranya ada lipas yang bersembunyi tetapi tiada.
Mungkin sekarang takde tapi masa dia keluar nanti entah-entah makin banyak pula keluar. Sah lipas betina yang gatal nak tengok suami aku mandi.
Asyikin menghela nafasnya kemudian tanpa fikir panjang menarik lengan Aryan yang masih tercegat depan pintu masuk ke dalam bilik mandi kemudian dia mengunci pintu tersebut.
“Syikin? Apa yang awak nak…” Aryan memerhati tindakan isterinya yang mengunci pintu bilik mandi sedangkan mereka berdua berada dalam bilik mandi.
Persoalannya terjawab apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Asyikin, “Saya teman awak mandi.” Jawab Asyikin dengan selamba menayang muka tiada perasaan malu pada mukanya menatap muka suaminya sambil satu tangan diletakkan pada pinggangnya dan satu lagi dibiarkan di sisinya.
Aryan terkejut mendengarnya lalu segera menolak, “Tak perlulah sampai nak teman saya mandi. Awak boleh tunggu dekat luar je, saya akan mandi cepat-cepat jadi awak…” Tangannya baru sahaja ingin membuka kembali pintu tapi dihalang oleh tangan Asyikin.
“Tadi pun awak panik bila nampak lipas tu, macam mana kalau ada lipas lagi yang bersembunyi? Lagipun saya teman awak mandi je bukan nak mandikan awak. Kalau awak nak saya mandikan awak, saya tak kisah lagilah…”
Aryan menekup mulutnya dengan tangan memberhentikan mulutnya dari terus bercakap.
“Baiklah, awak teman saya tapi teman sahaja. Awak ingatkan arahan grandpa? Saya tak boleh sentuh awak selagi awak tak selesai 3 ujian tu, kan?” Aryan memperingatkan Asyikin tentang arahan Dato sebelum ini.
Asyikin memegang tangan Aryan yang menekup mulutnya lalu mengalihnya, “Ye, saya tahu. Jadi bagi saya teman awak sampai awak selesai mandi. Jangan mandi cepat, ambillah masa awak untuk mandi. Saya tunggu.”
Aryan mengangguk kepalanya sambil menunduk kepala, “Terima kasih dan saya minta maaf sebab saya jerit tadi.”
Asyikin tersenyum nipis, mengangkat tangannya lalu mengusap kepala suaminya, “Tidak apa-apa, saya tak kisah pun. Awak pergilah sambung mandi. Badan awak mesti rasa melekit, kan?”
Aryan mengangguk kepala kemudian menuju ke tempat shower, mujurlah tempat shower tu ditutup dengan cermin tak tembus pandang jadi dia tak nampaklah Aryan mandi. Sementara menunggu, Asyikin melabuhkan punggung di atas mangkuk tandas sambil matanya memerhati sekeliling bilik mandi mencari lipas yang telah dia jadikan sebagai musuhnya.
Bertuah punya lipas, masa aku mandi tak nak pula ganggu aku. Tapi bila turn Aryan je berebut lipas-lipas ni keluar. Amboi serangga macam lipas ni gatal juga, pantang tengok lelaki kacak. Dia yang tak pernah tengok badan Aryan pun kalah dengan lipas yang dah tengok semua miliknya. Sepatutnya dia orang pertama yang perlu tengok tapi lipas dah tolong tengokkan.
Siap kau lipas sekalian, aku nampak je kau depan mata aku memang tamatlah riwayat korang walaupun korang hanya serangga tidak bersalah tapi korang bersalah pada aku yang sesuka hati je nak tengok suami aku mandi.
Tapi…boleh tahan juga badan Aryan tadi dengan sixpack yang tersusun kemas dan menggoda pada pandangan matanya. Memang kena pada seleranya, ehh apa yang aku merepek ni! Gatal, Luna Asyikin gatal! Asyikin menepuk kedua pipinya untuk hilangkan pemikiran kotornya tentang Aryan.
SEMENTARA Aryan hanya membiarkan air mengalir pada badannya memikirkan adegan semasa Asyikin membuka pintu bilik mandi tanpa mengetuknya terlebih dahulu dan melihat dirinya tanpa sehelai benang.
Aryan meghentak kepalanya pada dinding sambil memegang dahinya yang masih memikirkan adegan tadi dan juga keberanian isterinya dengan selamba menemaninya mandi.
Kenapalah isteri aku ni berani sangat, macam takde perasaan malu je bila cakap macam tadi. Padahal aku…fikir benda yang bukan-bukan pasal dia. Kalau dia cakap macam tu lagi memang aku tak boleh kawal diri aku selama dekat sini. Kenapa lama sangat hari dimana Asyikin selesai 3 ujian tu? Aryan menghela nafas kasar lalu mengalih kepalanya dari terus bersandar pada dinding kemudian tangannya meraup rambutnya ke belakang sambil memejam mata.
Share this novel