BAB 83

Thriller Series 17

ASYIKIN memejam matanya menunggu balasan dari Aryan, Aryan melihat hal itu dengan perlahan-lahan mendekatkan jarak mukanya dengan Asyikin lalu melabuhkan bibirnya pada bibir Asyikin dengan lembut.

Pada mulanya Asyikin terkejut seketika tetapi dia menikmatinya tapi belum sempat dia membalas, Aryan meleraikan ciuman mereka lalu meletakkan wajahnya pada bahu Asyikin, Asyikin melihat kelakuan suaminya dan kedengaran bunyi helaan nafas.

“Sampai sini saja kita boleh buat, kalau lebih dari tu saya takut saya langgar arahan grandpa. Padahal grandpa dah larang kita untuk tidur bersama tapi…” Asyikin hanya mampu tersenyum mendengar keluhan suaminya.

“Dato cuma kata yang kita tak boleh tidur bersama atas katil tapi…” Asyikin menolak badan Aryan jatuh di sebelahnya lalu dia memeluk badan Aryan, menyandarkan kepalanya pada dada Aryan yang masih terkejut dengan tindakannya.

“…Dato tak cakap pun kita tak boleh tidur bersama atas toto, kan?” Asyikin mengeratkan pegangan pada pinggang Aryan tak terlalu kuat hanya tak nak Aryan lepaskan pegangannya.

Pada mulanya Aryan ragu, membalas pelukan isterinya dengan erat lalu meletakkan dagunya di atas kepala Asyikin sambil mengusap rambutnya dari belakang. Asyikin menyedari Aryan membalas pelukannya mampu tersenyum lebar sepertinya Aryan pun tak mampu nak ikut arahan Dato sendiri.

Maknanya rancangan dia untuk tidur bersama Aryan selama berada di Kuala Terengganu berhasil dengan jayaannya.

Sehinggalah Asyikin mendengar bunyi dengkuran halus dari mulut Aryan membuatnya tertawa kecil lalu memejam matanya, “Selamat malam, Aryan.”

Mereka berdua pun tidur lena sambil berpelukan antara satu sama lain dan mereka telah lupakan amaran dan syarat Dato untuk tidak tidur bersama. Itu pun di atas katil kalau atas toto takde pula Dato bagitahu. Hihi jahat betul idea dia ni, tapi nak buat macam mana. Dah ada suami tapi tak boleh peluk waktu tidur, mana adil.

KEESOKAN paginya, Asyikin meminta Kak Su untuk bawa sarapan mereka berdua ke bilik kerana kemungkinan besar Mak Ngah akan sarapan bersama Tuan Haji dan Naim di meja makan pagi ni.

Mujurlah dalam biliknya ada meja lipat besar jadi mereka berdua sarapan di atas lantai sambil menikmati angin waktu pagi.

Asyikin mengunyah roti di mulutnya sambil matanya membaca surat khabar yang diletakkan sekali dengan sarapan mereka. Memang dah jadi rutinnya setiap hari untuk baca surat akhbar sama ada dalam bentuk surat khabar mahupun dalam talian.

Aryan memerhati isterinya yang terlalu tekun membaca surat khabar, membaca tajuk hadapan surat khabar tersebut, “Kes Moonlit Killer masih berleluasa lagi ke?”

Asyikin menyedari pertanyaannya melihat tajuk besar pada surat khabar di tangannya, “Dijumpai mayat lelaki yang terapung di tengah sungai. Adakah sekarang target pembunuh sekarang bertukar pada lelaki selepas ini?”

“Tak cukup perempuan dia nak bunuh, lelaki pun nak jadi target baru Moonlit Killer. Nak bunuh pun kena ada taste lepas tu sesuka hati nak tukar target pula, peninglah dengan Moonlit Killer ni.” Keluh Asyikin memikirkan kes Moonlit Killer yang masih belum nampak penghujung cerita.

“Bunuh orang pun boleh tukar sesuka hati dia je. Awak pun sibuk juga kebelakangan ni, kan? Awak tak minta cuti ke dengan bos awak?” Soal Aryan memikirkan isterinya sebelum datang ke sini sempat menyiapkan beberapa kerjanya namun hakikatnya isteri tetap bawa balik laptop datang ke sini.

“Bolehlah, tapi nak buat macam mana. Bos memang dah luluskan cuti saya selama 2 minggu, tapi kadang-kadang bos terpaksa ganggu cuti saya kalau ada kes yang memang tak boleh tangguh lama-lama. Saya pun tak boleh kata apa sebab dah tu kerja saya, saya tak boleh nak kata tidak ataupun tolak. Lagipun gaji saya berpandukan kerja yang saya buat.” Balas Asyikin menghirup kopinya.

“Saya pun dah agak yang cuti ni saya memang tak boleh nak rehat sangat tapi jangan risau saya akan bahagikan masa kerja dan masa dengan awak. Saya kan dah janji dengan awak nak bawa awak jalan-jalan dekat Kuala Terengganu ni lagipun saya pun perlu rehatkan fikiran saya dari kerja nanti jadi gila pula.” Sambung Asyikin menghabiskan rotinya.

“Jadi awak nak pergi mana hari ni, cik pemandu pelancong?” Asyikin tersenyum mendengar gelaran yang diberi oleh Aryan.

Cik pemandu pelancong pun boleh, apa-apa sahaja untuk suamiku. Dengan gaya comel, dia mengenyit sebelah mata lalu meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

“Rahsia.” Aryan tersenyum nipis melihat kecomelan gaya isterinya tadi.

“Baiklah, saya ikut je awak. Awak pemandu pelancong saya, kan?” Asyikin tersenyum lebar lalu mereka berdua berbual sehingga mereka selesai sarapan.

SEPERTI yang dijanjikan, Asyikin membawa Aryan jalan-jalan di Kuala Terengganu. Disebabkan dia pemandu pelancong jadi dia yang perlu memandu kereta Aryan hari ni. Pada mulanya ingat Aryan tak bagi dia bawa keretanya tapi tanpa fikir panjang dia hulur je kunci kereta padanya dan berkata…
“Saya percaya pada awak, Syikin. Lagipun awak ada lesen jadi tak salah awak nak bawa kereta saya. Kereta saya, kereta awak juga. Cuma dengan syarat, jangan bawa laju dan jangan tekan minyak kuat.”

Aduhai mana nak dapat lelaki yang mudah percaya isterinya dalam hal memandu. Padahal bila perempuan drive pasti lelaki cepat-cepat tolak takpun memujuknya supaya jangan bawa, katanya takut jadi apa-apa.

Tapi Aryan dengan mudah bagi kunci kereta padanya tanpa fikir banyak. Sebab ni kan pertama kali Aryan datang Terengganu jadi dia tak tahu sangat jalan dekat sini, jadi dialah kena bawa kereta.

Lagipun bukan selalu dapat bawa kereta suami lagi-lagi kereta Aryan yang memang jadi kegilaan semua orang. Siapa nak tolak rezeki depan mata, bawa kereta BMW M Series! Padahal kereta ni bukan murah. Ni kalau rosak silap-silap dia sendiri kena berhutang dengan Aryan.

Sebab tu sepanjang perjalanan dia hanya guna jalan sebelah kiri, tak terdetik langsung nak guna jalan kanan walaupun Aryan ada suruhnya tekan minyak tapi dia kata ‘Biar lambat asal selamat.’ Lagipun jalan tak sesak lagi masa tu, jadi bawa je perlahan-lahan. Nanti sebelum balik, dia akan suruh Aryan pandu.

Apabila tiba di destinasi pertama, Asyikin memarkir kereta di tempat parkir yang disediakan lalu melangkah keluar dari kereta.

Destinasi pertama mereka hari ini adalah TAMAN TAMADUN ISLAM! Kenapa dia pilih tempat ni sebagai destinasi pertama mereka? Sebab dia nak kenalkan pada Aryan tempat bersejarah dan seni bina Islam jadi tempat ni sesuai untuknya.

Tiket dah tentulah bukan dia yang bayar melainkan Aryan yang tolong belikan, mujur murah je tiketnya. Apabila mereka melangkah masuk, boleh dilihat pelbagai bangunan berkaitan sejarah Islam dunia contohnya Masjidil Haram, Masjid Negara, Dome of the Rock dan sebagainya.

Sepanjang mereka melihat bangunan-bangunan, Asyikin memerhati reaksi muka Aryan yang kelihatan teruja dan tersenyum lebar melihat keindahan bangunan-bangunan Islam. Kadang-kadang Aryan pun ada tanya juga soalan padanya, mujurlah dia dah kaji semua bangunan ni dulu jadi takdelah malunya dia bila nak terangkan pada Aryan.

Sebab ayah Aryan cina jadi pengetahuan Islamnya taklah banyak sangat tapi takpe kita belajar, dia sendiri pun tak tahu banyak sangat tentang bangunan Islam ni semua. Mujurlah Aryan tanya soalan yang dia boleh jawab, kalau tak terpaksa tanya google kejap.

Memandangkan mereka keluar dari sana nak dekat waktu lunch jadi dia ajak Aryan untuk makan nasi dagang.

“Nasi Dagang? Pertama kali saya dengar, ada ke nasi macam tu?” Soal Aryan membuat Asyikin mampu tersenyum dari luar padahal dalam hati menjerit kerana geram dengan kecomelan soalan suaminya sendiri.

Kenapa awak comel sangat, Aryan? Mujur dah jadi suami saya, tak sia-sia saya jadi isteri awak. Kalau macam ni setiap hari memang tiada penyesalan dalam hidup saya kahwin dengan awak.

NASI DAGANG ATAS TOL, nama kedai tak nak kalah mujurlah nasi dagang di sini sedap. Padahal dia sendiri tak suka nasi dagang tapi setelah dipaksa oleh Nana akhirnya dia mula jatuh cinta pada nasi dagang.

Apabila pesanan kami sampai, Aryan menatap nasi dagang di depannya buat pertama kali.

“Jadi ini ke nasi dagang yang orang luar selalu kata?” Asyikin mengangguk kepala memerhati suaminya yang menyuap nasi dagang ke dalam mulutnya.

“Macam mana, sedap kan? Tolong cakap sedap.” Aryan memberikan isyarat tangan bagus padanya membuatnya menjerit dalam hati.

Berjaya buat Aryan jatuh cinta pada nasi dagang buat pertama kali, tak sia-sia dia ajak Aryan datang Terengganu. Asyikin pun mula makan sebab asyik perhati makan je, dia pun lapar juga kalau lihat Aryan makan dengan penuh selera.

SETELAH selesai menunaikan solat Zuhur di surau berdekatan, mereka teruskan perjalanan mereka ke destinasi yang seterusnya.

Sebelum tiba di sana, Asyikin sengaja bawa Aryan pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. Ambil angin sekejap selepas makan sebelum pergi ke next destination.

“Macam mana bandar Kuala Terengganu? Berbeza dengan bandar Kuala Lumpur, kan?” Soal Asyikin mengerling Aryan melihat persekitaraan bandar Terengganu dengan membuka cermin kereta. Orang kata nak tengok persekitaraan kena bukan cermin, boleh hirup udara segar.

“Bagi saya Terengganu ni tenang dan pemandangannya pun cantik, saya dah mula suka Terengganu. Walaupun panas tapi Kuala Lumpur pun sama panas juga.” Balas Aryan berasa kagum dengan persekitaraan dan pemandangan ciptaan Tuhan.

Asyikin tersenyum puas mendengar balasan suaminya lalu menuju ke destinasi kedua mereka iaitu MASJID KRISTAL & MASJID TERAPUNG!

Walaupun sehaluan dengan destinasi pertama tadi tapi dia nak Aryan nikmati suasana di sana satu persatu lagipun destinasi mereka ni sesuai pergi waktu petang, boleh ambil banyak gambar buat kenangan.

SEBELUM balik, Asyikin sempat ajak Aryan singgah di sebuah kedai ABC. Tadi Aryan ada kata panas jadi untuk hilangkan panas, perlu sesuatu yang sejuk. Jadi ABC adalah penyelesaiannya.

“Ye, nak order ABC apa?” Asyikin melihat menu yang diberikan begitu juga Aryan, Asyikin menunggu Aryan pesan dahulu sebelum dirinya.

“Saya nak pesan ABC biasa satu.” Balas Aryan menghulur buku menu pada pelayan.

“Saya pula nak pesan ABC jagung satu. Dan ABC special satu, bungkus.” Bukan dia nak makan kedua ABC tu tapi ia teringat pada Nana yang pernah kata teringin nak makan ABC jadi alang-alang tu dia tolong belikan.

Tapi belum sempat pelayan pergi, Asyikin menambah pesanan.

“Kalau boleh yang ABC biasa tu jangan letak kacang, sebab suami saya ada alergi dengan kacang.” Aryan terkejut seketika mendengarnya, tidak menyangka Asyikin masih ingat pada alerginya sendiri.

Pelayan itu mengangguk kepalanya lalu melangkah menghantar pesanan mereka berdua.

Asyikin merenung Aryan dengan pandangan tajam, “Awak tahu yang awak alergi kacang, kenapa tak bagitahu pada pelayan tadi jangan letak kacang? Saya takkan percaya kalau awak kata awak tak pernah makan ABC, Aryan.”

Aryan tersenyum kekok sambil menggosok belakang lehernya, “Saya…bukan apa lagipun saya boleh je asing kacang tu. Saya dah biasa order ABC dengan kacang setakat ni takde masalah…”

“Mungkin masa tu takde masalah tapi satu hari nanti macam mana, Aryan? Jangan kata awak nak suruh saya jadi janda muda, Aryan?” Ujar Asyikin dengan suara dingin membuat bulu roma Aryan meremang.

“Bukan tu maksud saya, cumanya saya tak nak awak malu dapat suami yang tak makan kacang sedangkan ABC akan sedap kalau ada kacang.” Asyikin menghela nafas mendengar penjelasan suaminya.

“Saya tak malu, sama macam apa yang awak takut tu, saya tak malu langsung dapat suami seperti awak. Sebaliknya saya beruntung dapat suami seperti awak, Aryan. Lagipun awak alergi bukan awak tak suka, kan? Jangan anggap alergi awak perkara remeh, fikirkan sikit perasaan awak tu. Fikir perasaan saya juga.”

Aryan mengangguk kepalanya, “Suami bagus. Lain kali jangan buat lagi.” Balas Asyikin tersenyum nipis melihat reaksi suaminya yang kelihatan comel pada pandangan matanya.

Aduh aku rela tanggung malu kalau boleh tengok reaksi comel dia ni. Buat apa nak malu kalau tak makan kacang dengan takut lipas, aku akan terima segalanya. Kalau dia kata dia tak suka makan sayur pun dia akan terima juga.
SAMPAI di rumah Tuan Haji, Asyikin melihat sebuah kereta terparkir di depannya. Aduh masa ni lah perempuan ni nak balik? Kenapa awal sangat kau balik hari ni, baliklah tengah malam.

Mereka berdua melangkah keluar dari kereta menuju ke pintu rumah sebelum itu dia sempat pesan pada Aryan, “Nanti kita terus masuk bilik, jangan pergi ruang tamu.”

Aryan dengan perasaan hairan hanya turuti sahaja arahnnya lalu dengan perlahan Asyikin membuka pintu tapi sebelum masuk, dia memerhati sekeliling seperti nak rompak rumah orang pun ada gaya dia ni.

Selepas pastikan semuanya ok, mereka berdua melangkah masuk dan Kak Su menghampiri mereka berdua dengan langkah perlahan.

“Selamat pulang, Nona Asyikin dan Tuan Aryan.” Bisik Kak Su supaya suaranya tidak kedengaran oleh sesiapa.

“Mak Ngah ada mana?” Soal Asyikin pun berbisik.

“Puan ada di ruang tamu, Nona.” Balas Kak Su.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience