Series
17
MATA Asyikin berkelip beberapa kali seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Dalam banyak ketakutan yang ada, lipas yang Aryan paling takut? Normal je, semua orang ada ketakutan masing-masing tak kira benda kecil, benda remeh mahupun benda normal sekalipun, siapalah kita untuk ejek dan hina.
“Lipas ye? Awak ada trauma dengan lipas?” Aryan mengangguk kepala menunggu sebarang ejekan mahupun hinaan dari isterinya mendengar kelemahannya sendiri.
Asyikin merenung Aryan yang menunduk kepalanya seperti malu dengannya selepas memberitahu kelemahannya, Asyikin dengan perlahan mendekatkan dirinya lalu mengangkat tangannya perlahan-lahan mengusap kepala Aryan.
“Tidak apa-apa. Takut dengan lipas tu perkara yang normal, semua orang takut lipas tak kira lelaki ke perempuan sekalipun. Terima kasih sebab sudi kongsi cerita dengan saya, Aryan. Kalau lepas ni awak ada nampak mana-mana lipas, panggil saya ye? Saya akan bunuh lipas tu untuk awak.” Balas Asyikin sambil tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.
Aryan terdiam mendapat respon isterinya yang tidak seperti jangkaannya apabila mendengar kelemahannya. Aryan membiarkan Asyikin mengusap kepalanya kerana baginya usapan itu sangat selesa dan tenang baginya.
“Jadi, giliran saya pula kan?” Angkat tangannya dari terus mengusap kepala Aryan lalu kembali memeluk lututnya memikirkan salah satu kelemahan yang perlu dia bagitahu pada Aryan.
Dia sendiri pun banyak kelemahan dalam diri tapi tiada siapa yang tahu apa ketakutan yang paling dia takut termasuk atuk dan kawan-kawan dia sendiri pun tak tahu.
Nak bagitahu yang mana ye? Memandangkan dia sebut satu je ketakutan dia untuk sama adil aku bagitahu satu jelah, selebihnya tak penting pun.
“Saya…takut dengan ketinggian. Lebih tepat saya takut berada di tempat yang tinggi. Lutut saya jadi lemah dan saya akan terus pengsan kalau berada di tempat tinggi dan lihat suasana di bawah yang begitu tinggi bagi saya.”
“Awak pun ada trauma dengan tinggi juga?” Asyikin mengangguk kepalanya mengimbas kenangan masa dia kecil dulu hampir jatuh dari tempat tinggi sehingga membuat dia mula trauma dengan tempat tinggi.
“Sampai sekarang saya masih takut dengan ketinggian, haha. Ok memandangkan kita dah tahu kelemahan masing-masing, kita tukar soalan pula. Apa makanan favourite awak?” Asyikin menukar topik daripada terus memikirkan ketakutan masing-masing.
Aryan seperti memahami isterinya terus menjawab, “Saya suka spaghetti Cabonara, tu makanan favourite saya sejak saya kecil.”
“Tekak awak macam orang putih ye? Spagetti Cabonara kalau tambah dengan sosej, isi ayam dan cendawan memang kedengaran sedap.” Balas Asyikin membayangkan sepinggan spaghetti yang masih panas dengan lauk-lauk yang disebutnya tadi.
“Awak pula, apa makanan favourite awak?” Soal Aryan membuat Asyikin berfikiran seketika.
“Saya suka Nasi Goreng Kampung, itu masakan terakhir arwah mak saya masakkan untuk saya. Tapi sekarang saya dah boleh masak nasi goreng tu dengan sendiri mengikut resepi arwah mak saya.” Balas Asyikin sambil tersenyum nipis.
“Apa yang awak suka?” Pertanyaan Aryan itu membuat dahi Asyikin berkerut.
Suka? Apa yang dia suka? Selama dia hidup di muka bumi ni semua benda dia suka, makanan, kerja dan semua orang disekeiling dia suka juga.
“Suka? Hmm mungkin saya…” Asyikin mendekatkan jarak mukanya dengan muka Aryan denagn niat untuk mengusik.
“…suka awak.” Aryan terkejut seketika mendengar 2 perkataan yang keluar dari mulut Asyikin.
Asyikin tersenyum kecil melihat reaksi Aryan lalu tertawa kecil, mengusap kepala Aryan seperti tadi.
“Saya suka sangat membaca. Masa saya kecil arwah ayah saya akan bercerita sebelum tidur, bukan cerita dongeng melainkan cerita tentang kehidupan manusia. Dari situ minat membaca saya datang dan setiap kali tu saya selalu pinjam buku arwah ayah saya. Tak kira buku kisah apa atau cerita apa sekali pun saya tetap baca sehinggalah otak saya jadi genius seperti sekarang.” Ujar Asyikin tersenyum kecil menatap muka Aryan yang sedikit dekat dengannya.
Asyikin mencuit hujung hidung Aryan dengan jarinya lalu menjauh dari muka Aryan, “Awak pula apa yang awak suka? Kalau ikutkan pemerhatian saya, awak suka main piano kan?”
“Ma…macam mana awak tahu saya suka piano?” Soal Aryan berasa terkejut seketika apabila isterinya tahu minat dia terhadap piano.
“Naluri. Sebabkan naluri saya jadi kuat bila saya dengar sendiri awak main piano dekat perpustakaan waktu tengah malam.” Balas Asyikin mengingat kembali adegan tengah malam dimana semua orang sudah tidur.
TENGAH malam, Asyikin melangkah keluar dari bilik. Terjaga disebabkan tiba-tiba berasa haus, lalu ingin turun ke bawah untuk basahkan tekak dengan segelas air. Dia menggosok matanya yang masih ada sisa mengantuk sehinggalah langkahnya terhenti di depan pintu perpustakaan.
Dia menatap pintu tersebut bagi memastikan apa yang dia dengar lalu menekup telinga pada pintu. Ye, betul apa yang dia dengar. Bunyi piano! Ada orang tengah main piano dekat dalam!
Sekejap siapa pula main piano tengah-tengah malam macam ni? Mendengar hal itu, bulu romanya mula menaik, pelbagai fikiran bermain di fikirannya dan cuba menyangka semuanya.
Tak mungkinlah hantu pula main dekat dalam, mustahil hantu boleh main piano. Apa pula mustahil, kalau hantu boleh hasut manusia apatah lagi main piano ni. Apapun dia kena tengok dulu sama ada betul ke sangkaan dia atau tak.
Asyikin menelan air liurnya sebelum tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu sehingga terbuka sedikit. Dia mendekatkan matanya pada pintu yang hanya terbuka sedikit sahaja dan dia boleh lihat ada orang yang tengah duduk di kerusi sambil tangannya menari di atas papan piano.
“Aryan?” Ujar Asyikin dengan nada berbisik dengan dahi berkerut melihat Aryan yang pandai bermain piano selama ini.
Aryan yang tidak menyedari kehadirannya mula bermain satu melodi yang membuat Asyikin terbuai seketika mendengarnya. Dia hanya tercegat di situ sehingga Aryan berhenti bermain melodi itu, apabila menyedari Aryan mahu menutup papan piano dengan penutupnya dengan cepat dia menutup pintu perlahan lalu melangkah menuruni tangga untuk menuju ke dapur.
Tak sangka aku yang suami aku sendiri ada bakat seperti itu. Rasanya Dato tahu tak agaknya bakat cucu dia yang hebat dalam bermain piano tu agaknya?
“JANGAN kata yang Dato tak tahu yang awak pandai dalam main piano?” Soal Asyikin menatap Aryan yang tidak menatapnya sebaliknya menatap arah lain membuatnya berasa geram.
Boleh pula dia nak pandang tempat lain? Aku ni pantang sekali tengok orang yang kalau dah tanya soalan tu pandanglah janganlah alih pandangan. Kalau dah ada bakat tu bagitahu jelah, apa yang susah. Kadang-kadang perangai dan sikap suami dia ni mengingatkannya pada Siti.
Asyikin menghela nafas, turun dari katil lalu berlutut di sebelah Aryan yang masih tidak menatapnya, dengan sengaja dia memegang kedua pipi Aryan dengan tangannya kemudian menariknya supaya Aryan menatap mukanya.
Aryan terkejut dengan tindakan tiba-tiba isterinya lalu dia merenung anak mata Asyikin yang sedang merenungnya.
Bukan dia tak nak jawab tapi ada sebab dan kalau boleh dia tak nak Syikin tahu sebab kenapa dia sorokkan bakat dia ni dari ahli keluarganya sendiri. Tapi tak sangka isterinya tahu bakat dia yang selama ini dia sorokkan.
Asyikin mula faham renungan mata Aryan yang seperti tidak mahu ceritakan hal itu hanya mampu menghela nafas kemudian melepaskan pegangannya dari pipi Aryan.
Fikirnya dia akan kembali duduk atas katil tapi dengan sengaja dia dekatkan jaraknya dengan Aryan lalu bersandar pada bahunya sambil memeluk lutut.
“Kalau awak tak nak cerita, saya tak paksa. Tapi saya nak bagitahu satu perkara. Bakat awak jangan disia-siakan. Bagi saya melodi awak sedap didengari bagaikan sebuah cerita bagi saya, melodi awak tu mengisahkan sebuah kehidupan dalam lautan yang jernih bersama hidupan laut yang menari-menari dan juga ombak laut yang tenang seperti di pantai. Saya suka melodi awak tu dan saya harap saya boleh dengarnya lagi.” Ujar Asyikin menterjemahkan maksud melodi yang dimainkan oleh Aryan.
Aryan tergamam seketika apabila isterinya seperti memahami melodi yang dimainkannya padahal tiada siapa yang tahu maksud sebaliknya tapi isterinya faham maksud melodi yang dia sampaikan. Aryan dengan santai meletakkan kepalanya pada kepala Asyikin yang bersandar di bahunya.
“Awak suka piano?” Soal Aryan memecahkan kesunyian antara mereka.
“Bukan suka je saya memang cinta pada piano. Piano alat muzik pertama yang saya dengar masa saya kecil.” Balas Asyikin dengan suara semangat.
Aryan mengangguk kepala dengan jawapannya lalu bertanya, “Kenapa semua buku awak dekat atas rak tu semua bertemakan misteri, siasatan dan pembunuhan?”
“Hm sebab saya suka sesuatu misteri dan saya suka selesaikan masalah tak kira masalah besar dan masalah kecil sekalipun saya sukakannya. Sebab tu saya sertai Layrix Agency supaya saya dapat selesaikan pelbagai masalah yang diberi oleh bos saya.” Cerita Asyikin dengan nada teruja kalau melibatkan minatnya terhadap misteri.
“Kenapa dalam banyak-banyak agensi, Layrix Agency juga jadi pilihan awak? Setahu saya Layrix Agency mula ditubuhkan pada 2 tahun lepas.” Soal Aryan.
Sebenarnya dah lama nak tanya soalan ini pada Asyikin tapi takde masa jadi alang-alang tengah cakap pasal ni baik dia terus tanya je.
“Sebab Detektif Laya. Alasan saya pilih agensi tu sebab Detektif Laya. Saya dari dulu sangat mengaguminya yang hebat, pandai dan juga cekap dalam melakukan kerjanya. Awak pun pernah dengar khabar angin dari orang lain kan?” Balas Asyikin mengerling Aryan menatap pada arah hadapannya.
“Khabar angin pasal identiti dia yang misteri atau diri dia yang kurang bersosial dalam kalangan masyarakat atau rupa paras dia yang hodoh?” Soal Aryan dengan pelbagai gossip tentang Detektif Laya yang dia dapat dari media sosial dan juga khabar angin dari kawan-kawannya.
“Banyak juga khabar angin awak tahu pasal bos saya. Cakap pasal tu, awak masih berhubungan dengan bos saya?” Asyikin menatap muka suaminya apabila teringat tentang hubungan suaminya dengan bosnya.
Macam mana dia boleh lupa pasal tu ye? Padahal dia juga yang bagi idea untuk suami dia untuk jalinkan hubungan dengan bos dia sendiri tapi tu sebelum kahwin, sekarang ni mereka dah kahwin takkanlah Aryan masih berhubungan dengan bosnya.
“Masih lagi. Saya fikir nak putuskan hubungan kami berdua tapi disebabkan Detektif Laya kurang sihat jadi saya tangguh dulu sampai Detektif Laya sihat. Awak marah ke kalau saya masih berhubungan dengan bos awak?” Soal Aryan dengan nada lembut membuat Asyikin yang nak marah mendengar suara lembut suaminya terus tak jadi nak marah.
Kenapalah dia dikurniakan suami seperti Aryan, ibarat macam dapat hadiah terbaik untuk sepenuh hidupnya. Kalau dapat hadiah macam ni memang taklah dia nak lepas begitu je hadiah dia sayang ni. Rasa nak marah terus hilang bila tatap muka dia yang nampak comel pada pandangan matanya.
Kelebihan dapat suami kacak beginilah jadinya. Untung betul aku ni dapat Aryan yang cukup pakej untuk jadi suami aku. Macam manalah aku tak jatuh suka pada dia macam ni.
“Buat apa saya nak marah awak? Lagipun idea untuk awak jalinkan hubungan dengan bos saya sendiri, idea saya juga kan? Saya tak marah dan saya tak kisah bila awak nak putuskan hubungan awak berdua, janji awak putus.” Ujar Asyikin dengan nada seperti biasa tapi ada api cemburu yang sedikit membara dalam hatinya.
Kata jelah yang kau cemburu, tak payahlah soroklah. Straight to point jelah, tapi memang taklah dia nak bagitahu perkara sebenar pada Aryan nanti apa pula dia fikir nanti.
Aryan merenung wajah Asyikin lalu mencapai tangannya dan genggam seperti tidak ingin melepaskannya membuat Asyikin tersentap melihat tindakan suaminya.
Asyikin merenung wajah Aryan yang memang tengah merenung dirinya sekarang seperti bila-bila masa je pandangannya boleh tembus dari matanya.
“Awak tak cemburu?” Soal Aryan dengan sengaja mendekatkan jarak mukanya dengan jarak muka isterinya yang tinggal seinci membuat Asyikin terunduk sedikit kepalanya ke belakang.
“Cemburu ye? Pasal tu saya takde rasa apa-apa pun, lagipun kita baru kahwin and kita ada masa untuk rapatkan lagi hubungan kita berdua kan?” Jawab Asyikin dengan senyuman tipis di bibirnya.
Aryan mendengar jawapannya hanya terdiam, belum sempat Asyikin ingin bertanya sesuatu padanya. Sekelip mata Aryan menolak badannya tetapi tangannya memegang belakang kepalanya supaya tidak terhantuk dengan lantai walaupun beralas dengan toto yang lembut.
Asyikin terkaku dengan tindakan berani Aryan membuatnya hanya terdiam sambil menatap wajah Aryan yang dekat dengan wajahnya. Kedudukan mereka sekarang ni Aryan tengah menindih badannya sementara tangannya, tangan kiri masih memegang belakang kepalanya sementara tangan kanan mengenggam tangannya dengan erat.
“Boleh kita sambung untuk yang tadi? May I?” Mata Asyikin terbuka luas mendengar pertanyaan Aryan lalu dalam separuh sedar dia mengangkat tangannya lalu membelai pipi Aryan dengan lembut sambil merenung anak mata Aryan.
Aryan mencapai tangannya yang membelai pipinya lalu mencium belakang telapak tangannya dengan mata yang merenungnya dengan tatapan sayu membuatnya terbuai dengan tatapan suaminya itu.
?
Share this novel