Series
17
Aryan fikir idea dia tak berkesan tapi apabila melihat senyuman lebar muncul di bibir isterinya bermakna ideanya berkesan. Asyikin dari dulu nak tahu masa lalu Aryan dengan cepat duduk dalam keadaan selesa menatap Aryan yang sedang duduk bersila sambil memeluk bantal.
“Jadi siapa nak mula dulu? Awak ke saya?” Soal Aryan menatap Asyikin yang kelihatan comel pada pandangannya meletakkan jari telunjuk pada dagu sambil berfikir siapa dulu mahu mula bercerita.
“Awak dulu. Saya rasa awak pun dah tahu macam mana saya dulu dekat sekolah.” Asyikin menunjuk pada rak yang penuh dengan sijil dan trofi akademiknya membuat Aryan tertawa kecil.
“Saya nak dengar dari mulut awak juga. Okay, saya start dulu.” Aryan membaiki cara duduknya supaya lebih selesa untuk bercerita.
“Masa saya sekolah menengah, saya pernah dapat anugerah pelajar cemerlang masa saya tingkatan 1 sampai tingkatan 4 dari awal peperiksaan sehinggalah akhir peperiksaan. Sehinggalah masa tingkatan 5, saya berusaha keras sehinggalah saya dapat anugerah pelajar cemerlang pada awal peperiksaan dan pertengahan peperiksaan. Sehinggalah masa peperiksaan percubaan SPM, saya jatuh sakit. Saya demam teruk dan lagi parah alergi saya datang pada masa yang sama. Saya tak tahu yang bubur yang saya makan tu ada kacang, masa tu saya fikir saya hampir mati tapi alhamdulillah Allah dengar doa saya akhirnya saya sembuh tapi keputusan peperiksaan saya teruk masa tu. Saya malukan mummy dan daddy dengan keputusan trial saya.”
“Tapi awak tak boleh nak salahkan diri awak juga. Masa tu awak sakit teruk lagipun tiada siapa yang minta nak jadi sakit begitu.” Ujar Asyikin.
“Saya pernah salahkan diri tapi siapa saya untuk ubah takdir kan?” Asyikin hanya setia mendengar cerita Aryan.
“Sejak tu saya fokus pada ulang kaji tapi kali ni saya bahagi masa saya dengan berehat dan masa study. Sehinggalah tiba hari ambil result, alhamdulilah saya dapat 9A+. Masa tu saya gembira sangat dan saya dapat sambung pembelajaran di luar negara iaitu dekat Australia.”
Asyikin menepuk kedua tangannya berasa kagum dengan pencapaian suaminya yang tidak berputus asa sehingga menemui kejayaan yang tidak disangka.
“Hebatlah awak sambung belajar dekat Australia, mesti seronok dekat sana.”
“Hm seronok tu memang ada, saya pun tak rasa menyesal langsung sambung belajar dekat sana.” Aryan menunduk pandangannya merenung kakinya.
“Cita-cita awak bukan nak jadi CEO Master Holdings kan? Awak ada cita-cita awak sendiri?” Soal Asyikin membuat Aryan mengangkat pandangan menatap Asyikin yang seperti memahami isi hati dia sebenarnya.
Dari apa yang dia dengar dari cerita Aryan pun dia dah tahu yang Aryan terpaksa turuti permintaan Dato untuk gantikan tempatnya apabila Dato dan Tan Sri bersara nanti. Disebabkan anak sulong mereka dah larikan diri, jadi anak bongsu harapan mereka.
“Ye, saya ada cita-cita saya sendiri. Saya…nak jadi seorang cikgu. Saya suka mengajar orang jadi saya tanam azam dan impian saya untuk jadi seorang cikgu tapi nampaknya bukan rezeki saya.”
Asyikin merenung Aryan yang kelihatan murung, “Dato tahu tak pasal cita-cita awak ni?”
Aryan mendengar pertanyaannya menggeleng kepala, “Tak, saya tak pernah bagitahu pada sesiapa pun cita-cita saya termasuk Daddy, Mummy dan Kak Maria. Saya fikir mungkin ini pilihan yang ada untuk masa depan saya.”
“Sampai awak perlu korbankan impian dan cita-cita awak?” Soal Asyikin, Aryan mengangguk kepalanya membuat Asyikin mendekatkan sikit jaraknya dengan duduk di hujung katil sambil kakinya dibiarkan menyentuh lantai.
“Kalau diberi peluang, awak akan pilih untuk ikut pilihan keluarga atau pilihan sendiri? Kerjaya CEO atau cikgu, awak pilih yang mana? Jangan fikir pasal orang lain, fikir pasal diri awak sendiri, Aryan. Awak dah besar, awak boleh buat pilihan sendiri tak perlu berharap pada orang lain.”
Aryan mendengar hal itu mengangkat pandangan memandang Asyikin yang sedang merenungnya, “Kalau diberi pilihan, saya…akan pilih untuk jadi cikgu.”
Asyikin tersenyum puas mendengar jawapan Aryan, “Sekarang giliran awak.”
Aryan membaiki kedudukannya supaya jadi selesa sambil menatap Asyikin yang memikirkan dari mana dia perlu mula cerita.
Nak cerita dari mana ye? Cerita dari sekolah rendah ke sekolah menengah? Aryan mula cerita dengan sekolah menengah jadi untuk adil aku akan cerita dari sekolah menengahlah.
“Baiklah.” Asyikin pun membaiki kedudukannya supaya jadi lebih selesa untuk bercerita.
“Masa saya sekolah menengah, pencapaian saya biasa je dan saya pun macam awak dulu pernah dapat anugerah pelajar cemerlang juga. Sehinggalah saya tingkatan 2, saya mula berkawan dengan Qhadir. Masa tu kami mula berkawan disebabkan cikgu Matematik dia minta tolong dengan saya untuk jadi mentor matematik untuk dia. Qhadir pun dikategori pelajar cemerlang cumanya ada satu subjek dia lemah iaitu Matematik. Cikgu dia pun tak tahu nak buat apa jadi cikgu dia minta tolong saya ajar Qhadir matematik.”
“Kenapa cikgu dia minta tolong dengan awak sedangkan masa tu awak tingkatan 2? Matematik tingkatan 2 dan matematik tingkatan 5, jauh beza.” Soal Aryan dengan perasaan hairan.
Dalam banyak-banyak pelajar kenapa cikgu Qhadir memilih Asyikin sebagai mentor QHadir sedangkan ramai lagi pelajar yang ada.
“Hm sebab otak saya ni lain daripada yang lain. Saya suka mengira jadi otak saya laju kalau bab mengira terutama Matematik. Tingkat pembelajaran saya lebih laju dengan pelajar lain dimana masa saya tingkatan 2, saya berjaya selesaikan soalan tingkatan 4 dan 5. Jadi dari situ, cikgu Qhadir melihat pencapaian dan kelebihan saya tu, sebab tu cikgu dia jadikan saya mentor Qhadir secara paksa.” Jawab Asyikin mengingat kenangan masa cikgu Qhadir memujuknya untuk mengajar Qhadir.
“Wow, hebatnya awak. Jadi awak mula bercinta dengan Zack masa tingkatan berapa?” Asyikin terdiam seketika dengan pertanyaan Aryan, Aryan menyedari reaksinya dengan cepat menyangkal.
“Maaf saya tak sepatutnya tanya soalan macam tu. Saya bukan apa saya…cuma nak tahu je tapi kalau awak tak nak bagitahu saya tak kisah. Lupakan pertanyaan saya tadi, awak boleh terus cerita.” Sambung Aryan merenung reaksinya yang masih mendiamkan diri.
Asyikin memberi senyuman kecil padanya, menaikkan kakinya di atas katil lalu memeluk lututnya.
“Saya mula kenal Zack masa tingkatan 2 juga, masa tu Zack datang jumpa saya bukan untuk luahkan perasaan melainkan dia nak jadi kawan saya. Masa tu saya tak tahu perangai syaitan dia tu, jadi saya minta dia bagi saya masa untuk fikir. Masa saya tingkatan 3, saya terima lamaran persahabatan dia. Sejak tu kami mula rapat dan mula suka antara satu sama lain. Sehinggalah satu hari semasa hari keluar keputusan SPM, saya dapat keputusan cemerlang dan saya nak kongsikan kegembiraan saya ni dengan dia. Saya pun dapat tahu dari kawan saya yang Zack pun ada masa tu, saya tanpa fikir panjang terus cari dia sehinggalah saya tiba di belakang sekolah dan terdengar perbualan dia dengan seorang perempuan. Pada mulanya saya biarkan sehinggalah saya tak dengar apa-apa dari mereka, saya keluar dari tempat persembunyian dan saya lihat dengan mata saya sendiri yang jantan tu berciuman dengan perempuan tu. Bukan ditolak malah makin erat, jadi saya dengan cepat pergi dari situ dan pada hari tu juga saya minta putus dengan Zack.”
“Jadi dah terjawab soalan awak tu?” Soal Asyikin merenung wajah Aryan yang kelihatan sedikit terkejut dengan ceritanya.
“Tapi Zack takkan lepas awak begitu sahaja kan selepas awak minta putus dengan dia?”
“Ye, memang betul pun sampai sekarang dia masih dengan obsess tak guna dia tu.” Pada masa yang sama, Asyikin mengenggam lengan kirinya.
“Apapun saya dapat result yang cemerlang dan dapat sambung belajar dekat luar negara, cuba teka saya dapat sambung dekat mana?” Asyikin bermain teka-teki dengan Aryan sambil tersenyum, Aryan mendengarnya mula berfikir secara serius.
“Mungkin jauh dari saya. Saya rasa…dekat Korea takpun Jepun.”
“Kenapa 2 negara tu?” Soal Asyikin menguji sedikit Aryan dalam banyak-banyak negara kenapa 2 negara tu dia pilih.
“Naluri saya yang kata, antara 2 negara tu je awak sambung belajar dan memandangkan awak ambil bidang IT, saya tak rasa negara lain sesuai untuk tu.” Asyikin tersenyum puas mendengar jawapan suaminya lalu menepuk tangannya.
“Baguslah awak ni, Aryan. Salah satu dari 2 negara tu adalah negara yang saya sambung belajar, jadi pilih satu negara yang naluri awak rasa saya sambung belajar dekat negara mana. Jepun atau Korea?”
“Naluri saya kata awak sambung dekat…Jepun.” Asyikin tersenyum lalu sekali lagi menepuk tangannya berasa bangga dengan jawapan suaminya.
“Tepat sekali, tahniah kerana berhasil jawab soalan saya. Saya sambung belajar dekat sana selama 3 tahun selepas tu terus degree.”
“Jadi maknanya awak boleh cakap bahasa Jepun?” Asyikin tersenyum mendengar pertanyaan Aryan lalu berdehem kecil.
“Hajimemashite. Watashinonamaeha Runa ashikindesu. Watashi wa 24-saidesu.” (Selamat berkenalan. Nama saya Luna Asyikin. Saya berumur 24 tahun.)
Aryan kagum mendengar bahasa Jepun Asyikin yang sangat fasih. Baginya dalam banyak bahasa luar negara dia tahu hanya bahasa Jepun sahaja yang susah untuk dia faham dan cakap tapi melihat kelebihan yang ada pada isterinya, dia berasa kagum.
Sebenarnya dia pun faham je apa yang Asyikin kata, walaupun dia tak boleh cakap Jepun tapi dia faham apa yang orang lain katakan.
“Awak boleh faham Bahasa Jepun ke?” Soal Asyikin terkejut melihat Aryan yang faham apa yang dikatakannya tadi.
“Faham. Selain bahasa Jepun, bahasa apa lagi awak boleh cakap?” Asyikin berfikir sejenak sambil mengeluarkan jari tangan untuk mengira berapa bahasa dia boleh cakap.
“Bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Itali dan tengah berlatih sekarang ni Bahasa Mandarin. Kalau awak mesti banyak bahasa yang awak boleh cakap sebab awak kan bakal CEO MH jadi mesti awak pernah belajar dan cakap bahasa negara luar.”
“Hmm saya boleh cakap Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Mandarin, Korea, Perancis dan terakhir Bahasa Arab tu pun masih gagap lagi buat masa ni.” Asyikin menatap suaminya dengan perasaan kagum dengan semua bahasa yang Aryan boleh cakap.
Baginya semua bahasa tu terlalu susah baginya untuk bercakap, berbelit lidahnya untuk sebut perkataannya terutama Bahasa Arab. Walaupun dia pernah belajar tapi terlalu sukar dia ketepikan dulu sebentar.
“Cuba cakap Bahasa Arab sikit, gagap pun takpe sebab saya pun kurang fasih dengan Bahasa Arab.” Ujar Asyikin meminta Aryan bercakap seperti Pak Arab membuat Aryan cepat bantah.
“Tak perlulah, saya tak berapa fasih juga Bahasa Arab. Saya belajar pun sebab MH ada kerjasama dengan Arab Saudi jadi grandpa minta saya siap sedia sekiranya Orang Arab di sana ingin datang ke sini.”
Asyikin mengangguk kepala mula faham kenapa Aryan belajar semua bahasa yang baginya sangat sukar tapi tiada namanya sukar untuk Aryan Lee Yusof.
Kemudian datang niat untuk mengusik Aryan untuk menguji Bahasa Arabnya lalu berdehem kecil, “zawji rayieun, yumkinuh altahaduth bijamie allughat alsaebati. zawji shakhs sabur.” (Hebatnya suami saya, boleh cakap semua bahasa yang sukar. Suami saya ini seorang yang penyabar.)
Aryan terkejut mendengar tuturan Bahasa Arab yang keluar dari mulut isterinya lalu menjawab, “lam 'akun 'aetaqid 'ana zawjati tutqin allughat alearabiata. 'ana fakhur bi'ana ladaya zawjat mithlika.” (Saya tidak sangka yang isteri saya pun berfasih dalam Bahasa Arab. Saya bangga ada isteri seperti awak.)
Kemudian mereka berdua tertawa kecil mendengar tuturan Bahasa Arab dari mulut masing-masing.
“Nampaknya kita dah boleh jadi Pak Arab dan Mak Arab selepas ni.” Usik Asyikin sambil tersenyum memikirkan kefasihan mereka dalam Bahasa Arab walaupun kurang fasih masing-masing tapi bolehlah sikit-sikit sebagai permulaan.
“Haha ye juga.” Suasana mereka menjadi sunyi sehinggalah Asyikin memecahkan kesunyian itu.
“Kalau macam tu saya ada soalan untuk awak, Aryan. Sekarang sesi bertanya tentang diri pasangan masing-masing jadi saya akan tanya dulu kemudian awak, macam mana?”
Aryan mengangguk kepala setuju dengan idea isterinya, “Ok, tanyalah apa yang awak nak tanya?”
“Selain kacang, apa lagi kelemahan awak? Maksud saya macam ketakutan pada sesuatu.”
Kena tanya juga suami takut apa sebab kan tak pasal-pasal jadi masalah pula datang kalau tak tahu ketakutan suami walaupun baru jadi pasangan. Baik tanya awal-awal sebelum perkara yang bukan-bukan terjadi nanti. Bak kata orang, ‘Sediakan paying sebelum hujan’.
“Ketakutan ye?” Aryan berfikir sejenak sama ada nak bagitahu atau tak? Kalau bagitahu nanti Asyikin ketawa pula selepas tu mengejek ketakutan dia yang seperti ketakutan biasa tapi memang boleh datangkan trauma baginya.
“Bagitahu je, nanti awak boleh tanya tentang ketakutan saya pula. Biar sama adil.”
“Kalau begitu, saya harap awak tak bagitahu sesiapa pasal ni walaupun kawan-kawan saya dah tahu dan jangan ketawa.” Aryan memberi amaran kecil kepada isterinya suapya rahisa yang dia akan bagitahu ni hanya dia seorang je tahu.
“Baiklah, saya akan zip mulut saya ni.” Aryan mendekatkan jaraknya dengan katil Asyikin lalu berbisik.
“Kelemahan saya adalah lipas.”
Share this novel