Series
17
“BETUL ke ni, ayah?” Siti memandang ayahnya dengan perasaan teruja.
“Yelah, tu pun kalau ayah boleh tengok rupa dia dulu sebelum jumpa dengan dia. Manalah tahu anak ayah ni jatuh cinta dengan Mat Salleh ke atau Orang Thailand ke? Dekat KL tu macam-macam agama ada.” Siti menggeleng kepala menindakkan semua calon yang disebut ayahnya tadi.
“Bukan, ayah. Orang ni lebih baik dari mana-mana lelaki. Dia kacak, ada kerja sendiri, beragama islam dan baik orangnya. Sekejap, Siti tunjuk gambar dia. Pasti ayah jatuh suka pada dia.” Siti membuka telefon lalu mencari gambar Thoriq.
“Ni dia.” Siti menunjukkan sekeping gambar dimana Thoriq sedang melihat sunrise bersamanya di pantai semalam setelah menonton wayang.
Ayah Siti memakai cermin matanya lalu menyambut huluran anaknya, “Ya Allah, indahnya ciptaan Tuhan. Bukan sahaja kacak, kulit hitam manis, muka tu bersih je ayah tengok. Ayah suka lelaki ni, sesuai untuk jadi menantu ayah.” Puji Ayah Siti.
Siti mendengar hal itu tersenyum lebar, “Kan? Jadi dia sesuai tak untuk jadi menantu ayah?”
“Bukan setakat sesuai je ni terlebih layak untuk jadi menantu ayah. Ayah setuju kalau lelaki ni jadi iman kamu.” Mendengar hal itu, Siti memeluk ayahnya dengan erat.
“Terima kasih ayah tapi mak macam mana? Nak ke mak terima dia sebagai menantu? Yelah, ayah pun tahukan perangai mak macam mana? Semua pilihan akak selalu ditolak oleh mak.” Balas Siti setelah melepaskan pelukan lalu menunduk kepala memandang kakinya.
“Pasal mak kamu tu, kamu tak perlu risau sebab yang nak kahwin tu kamu, bukan mak kamu. Kebahagiaan ada di tangan kamu, bukan di tangan mak kamu. Dan yang jadi wali kamu tu ayah, bukan mak kamu. Kalau mak kamu tak restu, ayah akan paksa mak kamu terima juga. Jadi serahkan mak kamu pada ayah.” Siti terharu dengan ayat ayahnya kembali memeluk ayahnya.
“Terima kasih, ayah. Ayahlah adalah ayah terbaik di dunia mahupun di akhirat. Hujung minggu depan, Siti ajak dia datang rumah, ok?”
“Baiklah, ayah tunggu. Tak sabar nak jumpa calon menantu ayah.” Ayah Siti membalas pelukan anaknya.
“Hihi, Siti kan dah kata. Pasti ayah akan suka calon Siti ni.” Ujar Siti sambil terus membual dengan ayahnya menceritakan tentang Thoriq.
WAKTU malam tiba dengan suasana yang sunyi, dingin dan kedengaran bunyi burung hantu membuatkan suasana malam itu kelihatan menakutkan tapi tak bagi Asyikin yang sudah biasa dengan suasana begitu.
Asyikin tengah tekun menekan papan kekunci komputer ribanya dimana suasana di bilik itu hanya kedengaran bunyi dari hasil ketikan Asyikin yang terlalu laju dan bising.
“Perh tak sangka harga organ dalaman manusia ni boleh hasilkan duit sebanyak beribu-ribu? Huisshh tak sangka bijak juga Moonlit Killer ni nak hasilkan duit, tak perlu kerja keras just bunuh pahtu bedah orang, ambil organ dalaman mereka and jual pada pedagang luar. Boleh tahan otak Moonlit Killer ni.” Puji Asyikin sambil meneliti maklumat memaparkan harga bagi setiap organ manusia.
Tengah dia khusyuk meneliti, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon yang menandakan ada panggilan masuk.
Asyikin mencapai telefonnya, tanpa melihat siapa yang menelefon, dia terus menekan ikon hijau lalu mengangkat panggilan tersebut, “Hello, ada apa-apa…”
Asyikin terdiam seketika apabila mendengar satu suara yang sangat dikenalinya, “Akhirnya, awak jawab juga panggilan saya, Syikin. Susah juga nak call awak ni, awak seperti mengelak dari saya?”
Asyikin menjauhkan telefon dari telinga melihat nombor yang tertera, “Kenapalah aku tak cek dulu sebelum aku jawab?” Bisik hatinya.
Asyikin meletakkan balik telefon di telinganya, “Zack. Awak nak apa lagi? Sudah-sudahlah call dan mesej saya lagi, takde gunanya. Jangan ganggu hidup saya lagi, boleh tak?”
“Saya nak awak. Kan saya dah kata sebelum ni, ‘Sejauh manapun awak lari, saya akan selalu kejar awak tak kira apapun’. Sebab kita berdua ditakdirkan bersama Syikin, takdir yang ditulis oleh Allah kepada kita.” Asyikin mendengar hal itu, bangun dari kerusi kerja melangkah ke tingkap yang berada di belakang meja kerja.
“Takdir awak bukan dengan saya, melainkan dengan isteri awak, Tengku Tiara Sofea. Saya dah tahu awak dah kahwin, Zack. Dekat 2 tahun dah awak kahwin but bila saya tanya awak ‘Dah kahwin belum?’. Awak jawab belum tapi hakikatnya awak dah kahwin. Saya fikir awak dah berubah tapi masih lagi sama macam dulu!” Jerit Asyikin sambil memandang ke luar tingkap.
“Jangan garang sangat, sayang. Saya tak sama macam dulu, saya dah berubah tapi awak yang tolak saya dulu. Awak yang minta putus dulu, kan? Lagipun saya tak cintakan dia. Cinta saya, sayang saya dan rindu saya hanya pada seoarang perempuan sahaja iaitu awak, Syikin. Hanya awak yang…”
Belum sempat Zack habis cakap, Asyikin menyampuk. “Awak dah lupa ke apa yang awak lakukan pada saya 7 tahun lepas dan awak dah lupa kenapa saya minta putus dengan awak? Semuanya berpunca dari awak, Zack! Awak yang mulakan semua ini, awak yang curang dulu, kan? Bukan salah saya. Saya dah buat tindakan yang tepat sebelum saya tersilap pilih lelaki.”
“Lagipun awak pun dah dengar dari Qhadir kan? Saya dah ada boyfriend yang lebih baik dari awak, Zack. Saya dah takde apa-apa perasaan pada awak, semua tu dah takde selepas awak tinggalkan kenangan pahit dalam hidup saya, Zack.” Sambung Asyikin sambil tersenyum sinis.
“Saya tak percaya semudah tu awak lupakan cinta kita berdua! Saya ni cinta pertama awak, Syikin! Pasal tu, saya dah minta maaf, kan? Awak pun dah maafkan saya masa tu.”
“Memang saya dah maafkan awak tapi tu mulut saya yang cakap tapi hati saya masih lagi berdarah dan sakit bila tengok muka awak apatah lagi dengar suara jijik awak tu, Zack! Hey, dengar sini. Awak percaya atau tak, terpulang pada awak. Lepas ni tolong berhenti call dan mesej saya sebelum saya report polis, awak fahamkan maksud saya? Kalau takde apa-apa, bye.”
Asyikin meletakkan panggilan, menekan sesuatu pada telefonnya lalu padam nombor Zack daripada telefonnya.
“Jantan tak guna, semudah tu dia minta maaf dengan aku sedangkan dia tak tahu betapa sakitnya luka yang pernah dia beri pada aku.” Pada masa yang sama, tangannya mengenggam lengan kirinya.
“Sampai mati pun aku tak maafkan kau, Zack.” Selepas dia berkata begitu, Asyikin melangkah semula ke meja kerja untuk menyambung balik kerja yang tertangguh tadi.
KEESOKAN paginya, suasana di Kuala Lumpur seperti biasa sibuk dengan kenderaan dan motosikal di jalan raya setelah hujung minggu berakhir dan inilah saat mereka kembali pada kerja masing-masing.
Detektif Laya tengah khusyuk membaca fail tentang kes Moonlit Killer terganggu dengan ketukan pintu, “Masuk!”
Nazrul melangkah masuk setelah mendapat keizinan dari bosnya, menghampiri meja kerja bosnya, “Selamat pagi, bos.”
“Selamat pagi, Nazrul. Jangan kata ke saya yang awak datang ke sini pagi-pagi cuma nak ucapkan selamat pagi saja ke saya kan?” Kata Detektif Laya sementara matanya masih tertumpu pada butiran maklumat yang dibacanya.
“Tidak, bos. Saya nak hantar maklumat dari hasil soal siasat saya dengan bekas teman lelaki mangsa pertama yang sudah sedarkan diri 2 hari lepas.” Nazrul menghulurkan satu fail di dalamnya ada maklumat yang dia dapat dari hasil soal siasat dengannya.
Detektif Laya menyambut huluran Nazrul lalu membuka fail tersebut. Detektif Laya membaca maklumat tersebut dengan khusyuk sehinggalah… “Dasar tak guna. Selepas dia buat macam tu, dia jual girlfriend dia untuk bayar hutang dia. Memang sial betul sepatutnya masa dia kena tembak dengan samseng hari tu, kita patut biarkan dia mati ditembak je. Senang, habis cerita.”
“Ahh sekurangnya kita dapat sedikit maklumat tentang mangsa kan? Jadi benda yang dibuat dah tak boleh tarik balik, bos. Terima jelah hakikat bos yang bos dah selamatkan dia.” Balas Nazrul dengan hati-hati supaya tak naikkan kemarahan bosnya.
“Redha jelah. Apapun terima kasih atas kerja keras awak, Nazrul. Oh kaki awak tak apa-apa kan? Sebab malam kita buat operasi hari tu bukan ke main banyak benda dan orang yang awak tendang. Saya pula naik risau.” Tanya Detektif Laya bertanya keadaan kaki Nazrul yang sempat dirawat ke hospital disebabkan terseliuh sedikit.
“Kaki saya dah ok, saya baru je lepas balik dari hospital. Sekarang saya dah sihat walfiat. Kenapa bos tanya? Jangan kata bos risau pasal saya?”
“Tidak, saya tak risaukan awak. Saya tanya sebab kalau awak dah sihat, saya ada tugas baru nak bagi pada awak dengan Zulaikha.” Ujar Detektif Laya sambil meletakkan beberapa fail di atas meja.
“Aduh…kalau tahu bos nak bagi tugas baru, baik saya kata saya tak sihat lagi.” Balas Nazrul dengan perasaan sedih seketika.
“Hm saya tak kata, awak yang kata, Nazrul. Sebab tu saya tanya awak, dah sihat ke belum. Awak kata awak dah sihat walfiat jadi dengan senang hati saya bagi tugas baru. Bukan pada awak sahaja tapi pada Zulaikha juga sebab mungkin buat masa ni saya takkan dapat masuk agensi buat sementara waktu.”
Nazrul mendengar ayat bosnya dengan perasaan hairan, “Kenapa bos tak boleh masuk agensi untuk sementara waktu? Bos ada masalah ke?”
“Bukan masalah tapi…macam nilah. Sebelum awak selamatkan saya dari Moonlit Killer malam tu, dia tawarkan sesuatu pada saya. Dia nak saya masuk dalam kumpulan dia lebih tepat dia nak saya jadi salah seorang anggota dia.” Mendengar hal itu, mata Nazrul terbuka luas.
“Apa?! Dia nak bos jadi salah seorang anggota dia? Seriuslah, bos? Habis tu bos terima ke? Jangan macam-macam bos, saya memang tak…” Detektif Laya mengangkat tangannya meminta Nazrul berhenti bercakap.
“Bagi saya jelaskan dulu, boleh?” Nazrul menunduk kepala lalu mengangguk.
“Saya tak kata saya nak masuk dalam kumpulan dia tapi saya tak rasa itu idea buruk. Maybe saya akan terima tawaran dia tu…” Nazrul baru sahaja ingin mencelah.
“Tapi saya takkan jadi anggota dia yang sebenarnya atau mungkin saya boleh katakan saya akan menyamar sebagai pengikut dia. Pura-pura jadi anggota dia dan pada masa yang sama saya dapat korek maklumat dan identiti Moonlit Killer secara dekat. Itu sahaja cara untuk tahu identiti sebenar Moonlit Killer dan saya dapat sumbat dia dalam penjara dengan semua bukti yang saya dapat.”
“Tapi bos, idea tu berisiko tinggi lebih tepat bos pasti tak selamat sekiranya bersama dengan Moonlit Killer. Saya nak tahu adakah Inspektor Qhadir dah tahu rancangan bos ni?” Detektif Laya bangun dari kerusi kerjanya lalu berjalan ke tingkap yang berada di belakang mejanya.
“Belum dan saya takkan bagitahu rancangan saya ni ke dia. Saya hanya bagitahu pada Komander tentang plan ni supaya dia tak syak apa-apa dengan saya jadi Nazrul selebihnya saya serahkan pada awak.”
“Sebelum tu, boleh saya cakap sesuatu?” Detektif Laya terdiam seketika lalu memberi isyarat tangan bermakna ‘silakan’.
“Bos tahukan risiko tinggi jika anda berhadapan dengan Moonlit Killer secara berdepan dan kita tak tahu apa rancangan dia sampai dia tawarkan bos untuk sertai kumpulan dia. Mungkin masuk kumpulan mereka, bos akan selamat tapi bila mereka dapat tahu agenda bos sebenarnya, bos pasti bos akan selamat? Bos pasti akan selamat dari genggaman Moonlit Killer? Bos tahukan Moonlit Killer tu macam mana kan? Saya tak rasa dia saja-saja je nak tarik bos sebagai anggota mereka, dia pasti ada agenda dia sendiri. Saya…” Nazrul menahan air matanya dari menitis dengan menunduk kepala menyembunyikan air mata jantannya.
Detektif Laya mengalih pandangan pada Nazrul yang sedang menunduk kepala.
“Saya tak nak kehilangan bos. Kalau bukan sebab bos kutip dan selamatkan saya, saya pasti dah takde depan mata bos sekarang. Saya tak nak apa-apa jadi pada bos. Bos adalah penyelamat hidup saya. Saya dah berjanji pada diri saya, saya akan jaga dan lindungi bos sampai ajal saya datang. Kalau apa-apa jadi pada bos, saya takkan maafkan diri saya.”
Detektif Laya terdiam seketika mendengar ayat Nazrul, “Penyelamat? Gelaran tu…tak sesuai untuk aku. Maaf Nazrul kerana buat kau macam ni tapi ini adalah langkah terakhir untuk selamatkan semua orang dan ini juga janji seseorang yang perlu aku tunaikan.” Bisik hatinya.
“Nazrul, angkat kepala awak.” Nazrul mengesat air matanya yang mengalir lalu mengangkat kepalanya menahan air matanya turun.
“Saya buat semua ni bukan untuk kepentingan saya sendiri, saya buat demi negara kita. Kalau saya mati pun, saya nak mati bila saya dah berjaya selamatkan negara kita. Saya takkan menyesal kerana dah selamatkan negara tercinta saya. Satu lagi daripada awak kata saya mati baik awak doakan saya supaya sentiasa selamat dan balik dalam keadaan sihat sejahtera.” Balas Detektif Laya sambil melangkah menghampiri Nazrul.
Share this novel