BAB 63

Thriller Series 17

ASYIKIN membuka matanya pelahan-lahan, melihat sekelilingnya dan bangun dari baring, menyentuh lehernya yang berbalut.

Dia menyentuh dahinya yang juga berbalut begitu juga dengan pergelangan tangannya lalu dia menghela nafas lega.

“Sedar juga kau.” Mendengar satu suara, Asyikin melihat Naim yang tengah memeluk tubuh bersandar pada dinding menatap dirinya dari pintu.

Naim menghampiri Asyikin lalu melabuhkan punggung di tepi katil, “Kau dah rasa ok sekarang?”

Asyikin mengangguk kepala menatap tangannya, “Aku ada dekat mana sekarang?” Sebab dia yakin dia bukan berada di rumah atuknya kerana suasana bilik ini terlalu mewah dan berbeza dengan bilik di rumah atuknya.

“Rumah orang yang selamatkan kau. Nama dia tak silap aku, ‘Aryan’. Orang yang kena tangkap basah dengan kau.” Mata Asyikin terbuka luas mendengar ayat terakhir Naim lalu mengalih pandangan pada Naim.

“Apa maksud kau kena tangkap basah? Aku dengan Aryan? Apa yang kau cakap ni?” Naim menghela nafas sebelum buka mulut menceritakan apa yang berlaku selama Asyikin tidak sedarkan diri.

SETELAH mendengar keseluruhan cerita, Asyikin menyentuh dahinya sambil memejam mata. “Jadi sepatutnya aku kena tangkap basah dengan Zack tapi sebaliknya aku kena tangkap basah dengan Aryan?”

Asyikin menghela nafas kasar, “Mana jantan tu sekarang?”

“Dekat bawah. Atuk suruh aku tengokkan kau, takutlah kau bangun selepas tu mengigau yang bukan-bukan pula.”

Asyikin menatap Naim dengan pandangan tidak percaya, “Atuk ada sekali? Kau biarkan atuk dengan Zack macam tu je? Kau tak risau ke kalau atuk tu lunyai Zack nanti?”

Belum sempat Naim membalas, kedengaran suara bising dari bawah membuat mereka berdua pandang antara satu sama lain.

Masin mulut Asyikin mendengar suara atuknya yang tengah marah dengan suara kuat didengari sampai di biliknya.

Asyikin perlahan-lahan bangun dari katil dibantu oleh Naim dengan memegang lengan Asyikin untuk turun ke bawah.

Mereka berdua menggunakan tangga, menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan dan mereka tiba di ruang tamu.

Asyikin dan Naim melihat Tuan Haji yang sedang mengangkat tongkatnya untuk memukul Zack yang dah tak sedarkan diri, mungkin dibelasah oleh Tuan Haji.

Qhadir memeluk Tuan Haji dari belakang menahannya dari terus memukul Zack yang sudah tidak bermaya.

Qhadir menyedari kehadiran mereka berdua, “Jangan tengok je, tolonglah tenangkan atuk korang berdua ni!” Tegur Qhadir yang berusaha menahan Tuan Haji.

Asyikin dan Naim mendengar teguran itu bergegas menghampiri Tuan Haji lalu menenangkannya yang tengah marah besar.

“Atuk, bawa bertenang. Nanti penyakit jantung atuk datang balik. Sabar atuk.” Ujar Naim sambil memegang lengan Tuan Haji.

“Betul tu, atuk. Atuk bawa bertenang ye? Syikin dah ada depan atuk ni. Atuk berhentilah marah.” Tuan Haji mendengar suara Asyikin terus tenang lalu menatapnya dengan pandangan risau, mengangkat tangannya menyentuh pipi Asyikin.

“Ya Allah, Syikin. Kenapa dengan dahi, leher dengan tangan kamu ni? Ya Allah, bagitahu atuk siapa yang buat semua ni? Biar atuk bunuh mereka semua, berani mereka sentuh cucu kesayangan atuk!” Marah Tuan Haji menghentak tongkatnya dengan kuat membuat semua orang yang berada di ruang tamu itu terdiam termasuk Dato Ryan Lee.

“Siapa lagi yang buat, kalau bukan jantan tak guna ni. Zack culik Syikin, lepas tu call pejabat agama supaya dia dapat kahwin free dengan Syikin dan cuba apa-apakan Syikin.” Balas Qhadir menatap Zack yang sudah habis dibelasah olehnya tadi.

Tuan Haji mendengar balasan itu, menatap Zack dengan perasaan marah dan ingin memukul Zack lagi tapi dengan cepat Asyikin dan Naim menahannya dari terus memukul Zack.

“Kurang ajar kau punya jantan! Tak cukup dulu kau cuba apa-apakan cucu aku, sekarang kau nak buat benda yang sama! Sepatutnya kau punya tu potong je, kau tak layak jadi jantan! Memang bangsat kau!” Jerit Tuan Haji yang masih meronta membuatkan Asyikin dan Naim mengenggam Tuan Haji dengan kuat.

“Qhadir! Bawa jantan tu keluar dari sini sebelum kau bawa dia ni ke balai dengan jasad dia je nanti.” Balas Asyikin berusaha menahan Tuan Haji daripada menghampiri Zack.

Qhadir mendengar arahan Asyikin, terus mengangkat Zack yang sudah tak sedarkan diri lalu melangkah keluar dari ruang tamu tersebut membawa Zack ke balai.
“Atuk, sabar atuk. Kita ada dekat rumah orang sekarang, tolong jaga aib atuk. Jaga maruah atuk juga.” Ujar Naim dengan suara perlahan menyedarkan Tuan Haji yang mereka sekarang berada di rumah orang bukan rumah sendiri.

Tuan Haji mendengar hal itu dengan cepat menenangkan diri lalu berdehem kecil, memandang semua orang yang menatap mereka sekarang.

“Maafkan saya atas apa yang berlaku dan atas sikap saya sebentar tadi. Tapi saya tak boleh kawal kemarahan saya kalau melibatkan cucu kesayangan saya ini. Saya perkenalkan diri terlebih dahulu, saya Tuan Haji Ariffin. Atuk kepada Luna Asyikin.” Tuan Haji menunduk sedikit kepala sebagai tanda hormat.

“Atuk? Mana ibubapa dia?” Tanya Dato Ryan Lee membuatkan Asyikin menunduk kepala memandang kakinya.

“Kedua ibubapa Syikin dah takde masa umur dia 5 tahun, jadi saya sebagai atuk dia mewakili kedua ibubapa dia.” Terang Tuan Haji membuatkan semua orang terkejut mendengarnya.

“Begitu. Apapun sila duduk dahulu.” Tuan Haji mengangguk kepala lalu melabuhkan punggung di sebuah sofa yang kosong diikuti oleh Naim sementara Asyikin masih berdiri.

“Kenapa kau tidak duduk? Kau masih dalam perawatan, kan? Ridz, ambilkan kerusi untuk dia.” Tanya Dato Ryan Lee pelik kerana Asyikin tidak duduk.

“Tidak, saya tak rasa orang seperti saya layak untuk duduk dalam situasi sekarang. Semua ini berlaku disebabkan kesalahan dan kecuaian saya. Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Sepupu saya dah ceritakan apa yang berlaku selama saya tak sedarkan diri.” Balas Asyikin dengan suara tegas.

“Mula-mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Aryan yang sanggup menyelamatkan maruah saya dan saya minta maaf kerana awak terpaksa tangkap basah dengan saya. Saya minta maaf.” Asyikin membungkuk badannya meminta maaf pada Aryan.

Aryan melihat tindakan Asyikin segera bangun lalu menghampirinya, “Awak tak perlu minta maaf, bukan salah awak. Awak dijadikan korban dan awak tak bersalah dalam hal ini. Saya sendiri yang nak selamatkan awak dan saya pun terkejut pada mulanya tapi siapa kita nak tolak ujian ni. Apapun duduk dulu, awak masih lagi belum sembuh.”

Aryan tarik kerusi yang dibawa oleh Ridz lalu menarik lengan Asyikin dengan perlahan menyuruh Asyikin duduk di kerusi tersebut.

Pada mulanya Asyikin menolak tapi selepas dipujuk oleh Aryan dan mendengar arahan Dato Ryan Lee yang menyuruhnya untuk duduk jika tidak dia takkan teruskan perbincangan ini akhirnya melabuhkan punggung perlahan-lahan dibantu oleh Aryan.

“Aku dah dengar semua penjelasan dari Aryan dan tiada pilihan lain untuk dibuat selain menyatukan kamu berdua. Padahal aku tak suka pada kau, kenapa dalam banyak-banyak perempuan, kenapalah kau?” Balas Dato Ryan Lee dengan suara dingin.

“Ayah. Ayah dah janji kan tadi? Ayah kata takkan cakap buruk takpun marah lagi pada bakal menantu Danial.” Tegur Tan Sri Danial dengan suara tegas membuatkan Dato Ryan Lee terdiam mendengar teguran anaknya itu.

“Saya sedar diri yang saya tahu yang Dato memang tak suka saya pun. Biar saya mengaku satu perkara, saya pun tak suka Dato.” Jawapan spontan Asyikin membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut dengan pengakuan beraninya.

Naim hanya mampu menggeleng kepala dengan pengakuan berani sepupunya itu.

“Tapi disebabkan saya bakal menjadi salah seorang anggota keluarga Lee dan juga cucu menantu Dato, saya akan cuba paksa diri saya untuk suka pada Dato walaupun terpaksa. Dan saya akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.” Jawab Asyikin dengan pandangan tegas menatap muka Dato Ryan Lee.

“Kalau Dato berfikir saya berkata begitu disebabkan mahu bolot harta Aryan, anda salah. Saya berkata begitu sebab saya masih ada rasa tanggungjawab atas apa yang berlaku dan saya lebih kaya dari Aryan. Lagipun…” Asyikin diam seketika sebelum menyambung balik ayatnya.

“…kami berdua saling menyukai antara satu sama lain, jadi saya tak rasa kalau saya boleh abaikan lagi perasaan saya terhadap cucu Dato. Jadi mohon tunjuk ajar Dato untuk terima saya sebagai cucu menantu anda.” Sambung Asyikin dengan nekad dan berani meluahkan perasaan sebenarnya.

Aryan mendengar pengakuan Asyikin itu terkedu seketika lalu menatap Asyikin dengan pandangan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Dato Ryan Lee mampu diam mendengar hal itu menghela nafas panjang, “Tak boleh nak kata apa lagi. Tapi sebelum kau diangkat sebagai salah satu anggota keluarga Lee, kau perlu lalui 3 ujian ni terlebih dahulu sebelum kahwin. Memandangkan sudah jadi begini kau akan laksanakan tiga ujian ni setelah kamu berdua kahwin.”

Setelah berkata begitu, Dato Ryan Lee bangkit dari tempat duduknya melangkah keluar dari ruang tamu diikuti oleh pembantunya.

Asyikin memerhati langkah Dato Ryan Lee lalu menghela nafas lega, “Aku fikir yang Dato akan halang aku dari kahwin dengan cucu dia. Tapi semudah itu sahaja dia terima aku walaupun dia benci aku.” Bisik hatinya.

Sementara dia termenung, dia merasakan sesuatu yang sejuk di pipinya lalu mengangkat kepala melihat Aryan menghulur segelas air kosong sejuk kepadanya.

“Awak mesti dahaga kan? Awak pun baru sedar, awak perlu banyak berehat.” Asyikin menyambut huluran itu lalu meneguk air itu sehingga habis.

“Terima kasih, Aryan.” Balas Asyikin menatap Aryan dengan senyuman di bibir.

“Kalau begitu, saya rasa kita boleh bincang tentang perkahwinan mereka berdua. Macam mana, Tuan Haji?” Suara Tan Sri Danial memecah kesunyian menatap Tuan Haji meminta pendapat darinya.

“Dah tentu, kita pun tak boleh buang masa. Saya serahkan semua ini kepada anda berdua sahaja.” Balas Tuan Haji.

Puan Sri Diana memberi isyarat pada Aryan supaya bawa Asyikin berjalan di luar sementara mereka membincangkan tarikh perkahwinan mereka berdua.

Aryan memahaminya, menghampiri Asyikin lalu berbisik, “Sementara mereka tengah berbincang ni, apa kata kita berdua jalan-jalan dekat luar?”

Asyikin mendengar hal itu mengangguk kepala lalu bangun dari kerusi dengan perlahan dibantu oleh Aryan melangkah ke pintu untuk berjalan di luar.

Naim melihat tindakan Aryan dan Asyikin mampu tersenyum sahaja sambil memeluk tubuh melihat batasan Aryan yang tidak mengambil kesempatan atas sepupunya.

“Nampaknya aku dapat sepupu yang gentlemen.” Gumam Naim dalam hati lalu fokus pada perbincangan mereka sekarang.

APABILA berada di luar, Aryan memimpin Asyikin sehingga sampai di sebuah pondok yang unik dibina di tepi tasik kecil dimana terdapat ikan-ikan kecil berenang di dalamnya. Manakala di sebelah pondok itu terdapat bunga-bunga yang cantik ditanam di dalam pasu.

“Cantiknya. Duduk dekat sini rasa tenang je. Mesti Datin suka bunga kan?” Asyikin menatap bunga-bunga yang segar dan mekar dengan cantik.

“Ye, grandma memang suka sangat dengan bunga. Dekat belakang rumah ni, ada sebuah taman bunga yang sangat cantik. Semua bunga dekat taman tu grandpa tanam sendiri khusus untuk grandma. Grandpa nak buat grandma sentiasa gembira jadi dia bina taman bunga untuk dia.”

Asyikin tersenyum kecil mendengar cerita pendek Aryan, “Sayang betul Dato pada Datin ye? Tak hairan perangai dingin macam beruang kutub utara tapi depan isteri perangai macam kucing manja.” Perli Asyikin membuatkan Aryan ketawa kecil.

“Beruang kutub utara ye? Haiwan yang sesuai untuk ciri-ciri yang ada pada grandpa. Ohh leher awak tak apa-apa ke?” Aryan menatap leher Asyikin yang berbalut.

Asyikin mendengar pertanyaan Aryan itu menyentuh lehernya, “Dah ok. Terima kasih sebab sudi selamatkan saya, Aryan dan saya minta maaf sebab saya maruah awak ter…”

Aryan meletakkan jarinya di bibir Asyikin memintanya tidak terus bercakap, “Tidak apa-apa lagipun situasi kita bukan kena tangkap basah pun. Masa tu bukan kita berdua je ada dalam rumah tu, Qhadir dengan Zack ada juga cumanya ada dekat tingkat atas. Saya pula takkanlah nak biarkan awak begitu jadi saya dukung awak. Maaflah sebab sentuh awak tanpa izin.”

Asyikin mengangkat kedua tangannya lalu gerak ke kiri dan ke kanan secara perlahan, “Tidak perlu minta maaf, awak dukung saya sebab saya tak sedar diri kan? Buat apa saya nak marah pada awak yang dah selamatkan saya. Lagipun darurat kan?” Balas Asyikin dengan senyuman kecil di bibir.

“Pasal luahan awak tadi tu, betul ke?” Mendengar pertanyaan Aryan, Asyikin mengalih pandangan pada bunga-bunga di sebelahnya.

“Kalau saya dah sebutnya dari mulut saya, maknanya betullah.” Jawab Asyikin dengan muka seikit merah.

“Jadi maknanya awak sudilah?” Soalan Aryan membuatkan dahi Asyikin berkerut membuatkan Aryan melihat reaksi Asyikin itu tertawa kecil.

“Sudi jadi isteri saya?” Aryan mendekatkan mukanya dengan muka Asyikin tapi masih lagi menjaga jarak.

Mata Asyikin terbuka luas mendengar lamaran Aryan tersebut, mereka berdua menatap muka antara satu sama lain berserta dengan angin malam yang bertiup membuatkan suasana antara mereka menjadi lebih romantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience